Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Setiap pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan baik dan


sistematik bagi menjayakannya. Rancangan pelajaran harian haruslah mengikut
standard yang dikehendaki. Tugasan rancangan pelajaran harian pendidikan seni visual
ini banyak membantu dan membimbing kami ke arah bagaimana mengajar pendidikan
seni visual di sekolah. Setelah banyak sesi interaksi bersama pensyarah akhirnya kami
benar-benar faham dan teruja untuk mengajar pendidikan seni visual ini di sekolah.
Dalam membuat objektif pembelajaran pendidikan seni visual murid-murid
banyak dilatih dan diajar menggunakan peralatan dalam teknik-teknik tertentu misalnya
kemahiran menggunting kertas dalam teknik guntingan. Hal demikian membuktikan
bahawa pendidikan seni visual ini adalah mata pelajaran yang begitu baik untuk
peninkatan daya pemikiran dan kemahiran murid.
Hasil karya murid juga boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain
misalnya hasil karya seni murid menggambarkan buah-buahan tempatan boleh
digunakan oleh guru sains semasa mengajar sains. Ini menunjukkan pendidikan seni
visual ini tiada masa putus malahan membantu seseorang individu bagi mencapai
kehendak dan keperluannya.
Kami berharap ilmu pendidikan seni visual yang diberikan ini dapat kami guna
dan amalkan agar murid-murid kita gembira dan berjaya dalam merangka masa depan
mereka.

Bimbingan dan dorongan yang membina oleh pensyarah kami iaitu

En Johan B Kadis, En Mohd Rofidzan B Abd Manap, En Shaiful Bahari B Bachik,

Pn

Hamidah Shahrom serta pensyarah-pensyarah yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung amat kami hargai. Tidak dilupakan juga rakan-rakan lain yang banyak
membantu menjayakan tugasan ini.
Akhirnya besar harapan kami agar para pensyarah serta rakan-rakan dapat terus
membimbing dan memberi dorongan kepada kami agar dapat menjunjung segulung
ijazah sarjana muda pendidikan sains dan seterusnya berterusan ke tahap ijazah
sarjana dan PHD.

Anda mungkin juga menyukai