Masalah
Setelah sebulan berada di sekolah ini, saya merasakan banyak yang perlu diperbaiki di sekolah
ini. Antaranya ialah pelajar sangat lewat masuk ke kelas selepas waktu rehat. Masa rehat tamat
adalah pada pukul 10.15. Mereka sangat lambat untuk masuk ke dalam kelas dan kadang kala
lewat sehingga 10 minit. Hal ini membuatkan proses pembelajaran terganggu. Lebih teruk lagi
apabila, mereka membawa minuman dan makanan yang belum habis ke dalam kelas, dan
mereka minum ketika proses PNP berlangsung.
Analisis masalah
Saya merasakan hal ini terjadi kerana kurang nya peraturan yang dikenakan keatas mereka.
Dari pemerhatian saya, mereka juga berbuat sedemikian di masa-masa cikgu yang lain. Cikgucikgu yang lain juga datang lewat 5 minit selepas waktu rehat dan ini membuatkan mereka
berasa santai untuk berjalan ke kelas setelah loceng habis rehat dibunyikan.
Cadangan
a.)
Saya perlu memberi tekanan kepada mereka untuk masuk ke kelas tepat pada masanya.
Saya akan memberi amaran kepada sesiapa yang masuk lewat, saya akan menutup
pintu dan akan membiarkan mereka berdiri di luar. Saya akan praktikkan cara ini selama
beberapa hari agar mereka menjadi biasa dan ingat.
Tempoh Masa
Seminggu
Disahkan
Pembimbing
Tandatangan :
Tandatangan :
Nama
Nama
Tarikh
Tarikh
oleh
Pensyarah