Anda di halaman 1dari 10

Dengar

sini

kawan

kawanku

sekampung,

aku

berharap,

janganlah hendaknya, ada manusia seperti ini di tanah air kita,


kerana, manusia yang seperti inilah yang akan merosakkan
keturunan kita, ya memang bangsa kita masih muda dan masih
lemah, aku tak peduli itu semuaharapan ku hanyalah, kita
sesama bangsa, bersatu padu lah hendaknya P.RAMLEE
(SARJAN HASSAN) 1958.

1.Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim, jika disebut akan
namanya ini, pasti ramai generasi muda kita tidak berapa kenal dengan
nama agung ini, tapi jika disebut P.Ramle, dari tokwan sehinggalah ke cicit
wan pon semua kenal akan insan agung teristimewa ini.
2. Tentu para pembaca hairan, kenapa dan apakah sebabnya artikel ini
ditulis. Apa kaitannya dengan blog Military of Malaysia ini?
3. Di sini tuan tuan pembaca sekalian, saya ingin mengajak tuan tuan
semua mengkaji dan menilai setiap lakonan dan penceritaan seniman ini
yang

pada

hemat

saya

kebanyakan

penonton

peminat P.Ramlee ini hanya untuk menonton dan menghiburkan diri


sendiri atau keluarga.
4. Tetapi sedar atau tidak, seniman ini sebenarnya mengajar kita pelbagai
erti rencah hidup yang sememangnya kita hadapi pada zaman sekarang
ini. Apa yang tersurat dan tersirat dalam mesej yang disampaikan kepada
kita khususnya bangsa Melayu telah lama di kaji oleh beliau dan
terbukti pemikirannya ini mendahului zaman!
5. Pelbagai versi berkenaan dengan seniman ini telah di perkatakan oleh
pelbagai peringkat dan komuniti. Namun ia tetap penuh misteri, mistik
sehingga mengangkat insan ini terus di puja di sanjung hingga kini.
6. Perwatakan aneh, suara merdu, kata kata berfalsafah dan dicampur
dengan unsur ketuhanan menyebabkan kadang kadang pemikirannya
melepasi jangkauan pemikiran masyarakat ketika itu.

7. Ia memiliki segala galanya yang perlu ada bagi setiap insan kreatif dan
bestari dan menggunakan kreativitinya untuk keperluan masyarakat.
8. Diiktiraf sebagai anak Melayu pemikir (Whole brain thinker) melalui
kehebatannya berkarya dan telah membuktikan kebolehannya memimpin
walau hanya di dalam filem.
9.

OK,

berbalik

zamannya,

kepada

saya

pemikiran

mulakan

dengan

seniman

ini

yang

filem SARJAN

mendahului

HASSAN 1958.

Sudah 55 tahun rupanya filem ini. Petikan dialog di atas diucapkan 55


tahun yang lampau yang menyeru agar bangsa Melayu bersatu dan tidak
menjadi tali barut penjajah.
10.Memang bangsa kita masih muda, tetapi kita jangan pedulikan itu
semua. Mesej bersatu di utarakan dalam dialog ini.
11.Filem SENIMAN BUJANG LAPOK 1961 (sudah 52 tahun) dialog yang
berbunyi begini : Hoi, ini wayang gambar bikin ka? (sudin)..nama
saja orang Melayu..budi bahasa pon tak tau..panggil orang hoi hoi
hoi
(jaga Singh).. tengok banggali ni bahasakan kita laa,, memang
betul

apa

dia

cakap

panggil

orang

hoi hoi

hoi,

bahasa

menunjukkan bangsa tau..(Ramlee)..


12.Mesej

yang

cuba

disampaikan

ialah

bagaimana

bahasa

itu

mencerminkan suatu bangsa iaitu Melayu. Suatu bangsa yang unggul


mempunyai

bahasa

dan

tuturkata

yang amat sopan dan bererti. Saya juga merujuk kepada satu puisi
mengenai

bangsa

Melayu

iaitu Melayu

itu

menegur

pun

ia

sopan. Harap forumer lepas ni pun bersopan laaa. Hehehehe.


13.Filem SEMERAH PADI 1956 (sudah 57 tahun) menceritakan sebuah
negeri

yang

mendaulatkan

undang

undang

islam

dalam

pemerintahannya. Arus pemikiran seniman ini berkonsepkan ketuhanan


dan menerapkan budaya Melayu yang agak pekat dalam kehidupan

seharian. DialogDari hidup bergelumang dosa, biar mati dijilat


nuraka, Teruna mengeluh kesal di hadapan sahabatnya Aduka.
14.Dengan parang di atas kedua telapak tangannya, Teruna (P. Ramlee)
menyerahkan
menyatakan

nasibnya

di

tangan Aduka (Nordin

pengakuannya;

berzina

Ahmad)

bersama Dara. Mesej

ketika
yang

diutarakan ialah bagaimana adab sopan bangsa Melayu itu di jalinkan


bersama kepatuhan beragama yang tinggi dan nilai kejujuran serta
merendah diri bangsa di zahirkan dengan kekesalan melakukan satu dosa
dan sedia menerima hukuman.
15.Zaman sekarang? Payah hendak jumpa orang yang mudah mengaku
salah dan silapnya. Selagi boleh lawan, lawan la, peguam kan banyak.
16.Filem IBU, keluaran 1953 (Sudah 60 tahun) menceritakan seorang
anak yang patuh pada ibunya dan guru muziknya tetapi gagal dalam
hidupan akibat terpengaruh dengan wanita penghasut sehinggakan ibu
dan gurunya sanggup berkorban demi menyantuni hati dan perasaan
anaknya.
17.Mesej filem ini digarap baik oleh Teuku Zakaria sebagai satu filem
yang menunjukkan budi bahasa orang Melayu yang diajar oleh keluarga
sejak kecil iaitu menghormati seorang guru (Muzik) yang berjaya melatih
anak muda itu sehingga berjaya.
18.Namun oleh kerana hanyut dalam dunia glamor dan pengaruh wanita,
maka segala budi bahasa itu turut hanyut dan sehingga menderhaka pada
ibu dan gurunya.
19.Apa yang hendak disampaikan ialah, pemikiran Teuku Zakaria ini
telah dapat melihat dan membayangkan bahawa 60 tahun selepas filem
ini, wujud betapa ramai anak muda Melayu kita yang derhaka pada
keluarga dan sekarang ini ramai yang telah terpesong dalam hidup dan
gagal
negara.

menjadi

anak

yang

berguna

untuk

20.Jika derkaha pada Sultan atau Pemerintah.. bagaimana pula?


21.Filem HANG

TUAH keluaran tahun 1956 (sudah 58

tahun), filem

Hang Tuah antara filem yang amat saya minati.


22.Dialog dialog yang penuh dengan patriotisme Melayu dan taat setia
pada pemerintah serta dialog setia kawan antara 5 Hang bersaudara.
23.Jika ku tau abang Tuah masih hidup, tidak akan ku lakukan
semua ini bang Tuah, Jebatkah yang bersalah? Atau aku
kah?, Ampun Tuanku.. Sembah Derhaka patik berikan.. Jika
pacal

Hang

Tuah

masih hidup..

apakah

tuanku

akan

maafkannya?
24.Apa? Tuah masih hidup? Jika sebesar gunung sekalipun, beta
akan maafkannya..Betapa indahnya bahasa yang diguna walaupun
dengan nada yang agak marah dan nada kekesalan dari watak watak
tersebut. Garapan Teuku Zakaria pada dialog ini disertai dengan mainan
emosi dan mimik muka berjaya menyampaikan mesej mesej berikut
kepada bangsa Melayu kita
25.Dialog pertama : dari Hang Jebat menyaksikan bahawa tindakan
derhaka kepada pemerintah itu adalah bersebab tetapi kerana sebab itu
datangnya dari fitnah, maka akibat yang harus ditanggung adalah besar.

26.Oleh itu wajarlah kita menyiasat apa jua berita yang datang agar tidak
di pecah belahkan oleh musuh musuh kita. Kelak buruk padahnya.
27.Dialog kedua : penyesalan dari Hang Tuah kerana terlampau taat
setianya kepada pemerintah, (zaman sekarang dipanggil arahan /
perintah) maka saudara sendiri terkorban.
28.Jelas menunjukkan bahawa taat setia orang Melayu pada pemerintah
sebenarnya bagai isi dengan kulit.
29.Menunjukkan sesungguhnya Melayu itu amat setia dan mengikut
perintah serta mudah memberontak jika diganggu gugat.
30.Dialog seterusnya memperlihatkan bahawa, di atas taat setia rakyat
kepada pemerintah, maka pemerintah juga sanggup memaafkan rakyat
jika rakyat itu benar benar berkhidmat untuk negara dan memperlihatkan
kuasa pemerintah itu adalah luas.
31.Maka

seharusnya

bagi

bangsa

Melayu

itu

sendiri

khususnya,

pemerintah adalah ketua bagi segala-galanya dan jika kita taat setia,
tidak mustahil jasa jasa kita akan dihargai walaupun telah tiada.
32.Filem LAXMANA DO RE MI 1972 (sudah 41 tahun) merupakan filem
terakhir

Teuku

Zakaria.

Dialog

: Wahai

Bangsi

hikmat..

kau

butakanlah mata kedua dua kawanku..


33.Dialog sewaktu 3 laxmana membawa pulang puteri kerajaan Pasir 2
butir. Mesej dialog ni menunjukkan bahawa, jika kita mempunyai suatu
kuasa dan mampu merubah sesuatu keadaan, maka ia akan menjadi
bala jika kita menyalahgunakan kuasa yang ada. Mesej menyeru orang
Melayu

agar

jangan

salah

gunakan

kuasa

yang kita ada selama ini.


34.Tok Moh.. apa punca penyakit tuan puteri ni? Kurang
Vitamin C : Situasi perbomohan yang
mempunyai nilai paling estetik bagi saya.

ditunjukkan oleh filem ini

35.Tidak dinafikan apa apa jua penyakit yang datang, tok bomoh la
yang akan dicari dulu sememangnya kita masih mudah mempercayai ilmu
ilmu mistik traditional Melayu yang telah sebati dengan darah bangsa
kita, tetapi Teuku Zakaria menyelitkan unsur perubatan moden dalam
kaedah traditional perbomohan dengan menyatakan punca tersebut
datang dari kurangnya Vitamin C! Pernahkah tuan tuan berjumpa bomoh
dan nyatakan bahawa penyakit tuan berpunca dari kurangnya Vitamin C?
bukan di sampuk hantu jepun artikel lepas? Hihihiihi ?
36.Menerusi Filem PENDEKAR BUJANG LAPOK 1961, (sudah 52 tahun)
Pak Abu.. ni huruf apa? Yang ini JIM.. ada satu mata di bawah..
yang ini matanya di atas.. apa kah dia? oooooo itu pakcik tau
tu

itu

huruf

Itu

bukan

huruf

M,

tu

huruf

Ha

(hahahahahahahah)
37.Hakikat bangsa Melayu itu (huruf M) sememangnya suka gelakkan
orang lain jika ada sesuatu kesilapan yag dibuat. Garapan sikap bangsa
Melayu

yang

suka

mengejek

(realiti)

orang

yang

mahu

belajar

memperlihatkan pada waktu itu ilmu pengetahuan adalah amat daif


dikalangan bangsa kita.
38.Beliau mengkaji fenomena dan masalah buta huruf dalam kalangan
bangsa Melayu ketika itu walaupun sewaktu ingin menuntut ilmu
pendekar, namun akhirnya mereka terpaksa belajar mengenal huruf
setelah gagal menulis mantera yang diajar oleh Pendekar Mustar.
39.Kerana

kegersangan

ilmu,

maka

penduduk

di

kampung Pinang

Sebatang menderita ditindas sekumpulan samseng (Ahmad Nesfu /


Syarif Dol / A.Rahim) yang memonopoli perusahaan perahu yang
menjadi pengangkutan awam untuk menyeberangi ke dunia luar.
40.Itu baru menuntut ilmu pendekar.. jika sekarang ini ingin menuntut
ilmu seperti itu.. berapa ramai anak Melayu kita gagal dalam tulisan jawi
kitab?

41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana
mengkaji

apa

yg

telah

dikaji

oleh

profesor

profesor

universiti

kita. Wuyooo rajin nyaa nak menulis / ek elee,, ko kaji laaa


benda lain / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la
bro bukan boleh kaya ponnn
42.Biar saya jawab lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau
tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita
ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi
untuk anak anak saya bila besar nanti wahh ni kajian bapak kita dulu
nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
44.Filem ANAKKU SAZALI 1956 (sudah 58 tahun)Panjang lagi nak
ulas tapi saya pendekkan kepada mesej sahaja. Yang Penting tuan tuan
pembaca sekalian sudah hafal cerita cerita Teuku Zakaria ni ok
sekarang.
45.Mesej yang disampaikan kepada kita ialah, sifat seorang anak yang
dimanjakan sangat sangat akhirnya memakan bapanya sendiri. Kegagalan
institusi keluarga Melayu khususnya zaman sekarang ini menampakkan
apa yang Teuku Zakaria terjemahkan di dalam filem ini telah berlaku.
Ramai kan? Anak muda kita keras kepala? Kurang ajar? Samseng? Biadap?
46.Bapak yang bersalah di atas hal ini, hehehe.. jika dahulu
bapak tampar Sazali begini,, tentu Sazali tidak akan jadi begini,
tapi sekarang Sazali sudah besar.
47.Filem 3

ABDUL 1964 (sudah 49

tahun. Dunia

dunia

meniaga

orang lebih untung dari meniaga unta.. WOWDi dalam scenario ini
memperlihatkan bahawa, suatu individu yang kaya, mampu membeli apa
sahaja
48.Jika ber wang.. dan satu manusia yang lain boleh berjual beli hamba
mengikut harga yang dia suka. Nampak jelas bahawa, sesuatu bangsa itu

jika cerdik tetapi tamak dalam tindakan akan menyebabkan maruah dan
harga diri tergadai.
49.Malah akan di permainkan dan di perkotak katikkan dalam urusan
dunia jika maruah tergadai. Mesejnya jelas supaya jangan tergadai walau
bijak berpolitik, kerana tamak, tuan tuan mungkin tergadai tanpa di
sedari.
50.Filem MADU 3 1964 (sudah 49 tahun)Emmm bapak.. baik betul
tuan Jamil tu ya, Ya.. baik. Baik ada makna tu Hehehe Tuan
Jamil watak pandai berbini, penuh dengan tipu helah dan dapat support
dari pak mertua bini tua.
51.Bagaimana taktik muka manis dan lemah lembut tutur bicara
mencairkan hati seniwati Sarimah.
52.Bagaimana Teuku Zakaria memperlihatkan budaya lemah lembut
Melayu itu dalam tuturkata bagi memikat hati Sarimah, dan bagi orang
tua seperti watak ayah Sarimah itu dapat membaca isi hati tersirat dari
Tuan Jamil.
53.Memperlihatkan betapa tingginya nilai budaya Melayu itu penuh
dengan sopan dan berlapik dalam menzahirkan hasrat di dalam hati.
54.Filem LABU LABI 1962 (sudah 51 tahun) : Er.. labu labu.agak
agak laa kan.. ko nak jadi apa laa Emm.. kalu aku laa.. aku
nak jadi tarzan
55.Mesej yang disampaikan memperlihatkan kedua orang gaji Hj Bakhil ini
kuat berangan angan, nak jadi itu dan ini dan akhirnya semua gagal.
56.Teuku Zakaria menyindir pemikiran orang Melayu yang suka sangat
berangan angan dari dulu hingga sekarang dan tidak mahu berusaha
menjadikan ia realiti. Sepadanlah dengan peribahasa angan angan Mat
Jenin.
57.Ia cuba membuka minda Melayu agar berusaha dan jangan berangan
angan walaupun susah dan janganlah hanya bergantung harap kepada

keselesaan yang kita sedia ada sekarang ini kerana keselesaan ini
mungkin akan hilang suatu hari nanti.
58.Hm. Rasa rasa ulasan ni yang terakhir untuk saya kupaskan tentang
pemikiran mendahului zaman Teuku Zakaria.. Tak larat nak open dvd
dahkaji setiap satu dialog..hihihihi. Filem terakhir untuk di kupas ialah
filem : NUJUM PAK BELALANG 1959 (sudah54 tahun).
59.Dialognya

begini

: Bagitau

rakyat

jelata

Kita

beroleh

kemenangan yang ke EMPAT (3+1) Babak menunjukkan rakyat


berpesta apabila skorbod kemenangan Negara Beringin Rendang berubah
dari nombor satu kepada dua kepada tiga.
60.Memperlihatkan seolah olah rakyat pandai mengira matematik tetapi
hakikatnya apabila skorbod keluar nombor 3+1? Kelihatan rakyat
membilang jari jari dan menggaru kepala lantas bersorak tanpa usul
periksa asalkan kemenangan telah terhasil.
61.Satu fenomena kemenangan yang tidak dijangka tetapi kerana sifat
nombor itu gagal diterjemah , maka rakyat hanya tahu melompat
kegembiraan.
62.Beliau mengkritik kelemahan bangsa Melayu itu di dalam matematik
dan hanya tahu bersorak kegembiraan sahaja. Beliau menjelaskan secara
terang tentang lemahnya matematik dikalangan orang Melayu sejak 54
tahun yang lalu yang memerlukan satu perubahan paradigma dalam
membudayakan matematik sebagai satu subjek pilihan Melayu.
KESIMPULAN PENULIS, FAIZAL :
Adalah wajar gaya pemikiran dan kecenderungan Allahyarham sewaktu
berkarya dikaji dan didedahkan kepada umum. Selain silent reader
termasuklah para pengkaji patriotisme alam Melayu, kajian itu juga boleh
dimanfaatkan oleh para forumer blog MOM khususnya orang Melayu
Islam.

Mesej 20 filem di atas adalah antara yang sempat saya kaji dan fahami
maksudnya. Walaupun ada lagi filem yang menyimpan soal patriotisme
Melayu di dalam penceritaannya, maaflah saya tidak dapat habiskan
semua.
Maklumlah artikel ni pun dah panjang sangat, letih pula forumer nak baca
dan

kaji.

Namun begitu Allahyarham telah mengajar kita erti sebenar bangsa


Melayu itu. Nilai nilai estetika yang diserapkan dan di siratkan dalam filem
sebenarnya mengajak kita untuk berfikir siapakah kita sebenarnya. Di
mana letaknya kedudukan bangsa kita di negara tercinta ini.
Bila masanya untuk kita bangkit Apa sebenarnya yang tersembunyi
dalam jati diri kita siapa ketua kita sebenarnyadan bagaimana nasib
bangsa kita selepas ini.
Dikesempatan ini saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Shah
Paskal selaku pemilik blog MilitaryofMalaysia.net kerana menyiarkan
artikel artikel saya selama ini dan setelah saya berjumpa beliau saya telah
mendapat suntikan baru dalam penulisan blog.
Satu pertemuan bermakna antara dunia mistik dan military. Serta saya
melihat wadah perjuangan bangsa kita bukan hanya terletak pada military
sahaja tetapi jatidiri bangsa itu sendiri yang akan menjadi tulang belakang
kestabilan negara.