Anda di halaman 1dari 4

Halia

Nama Tempatan:
Nama Saintifik:
Nama Lain:
Famili:
Lokasi dijumpai:
Asal:

Halia
Zingiber Officinale
Jahe, ginger
Zingiberaceae
seluruh dunia
India

keterangan:
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale adalah tumbuhan herba yang paling mudah ditemui.
Kebanyakan masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan
masakan , juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan
yang berbau hanyir. Halia adalah tumbuhan dari famili Zingiberaceae. Halia atau zanjabil dalam bahasa
arab ada disebut didalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan
mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Halia mudah
membiak dengan cara pecahan rizom dan mudah tumbuh dengan subur dikawasan tanah yang
mempunyai kelembapan yang tinggi dan mendapat sinar matahari yang cukup.Tumbuhan ini mempunyai
batang yang tegak dengan rizom yang tersebar secara mendatar.Besar atau kecilnya halia ditentukan
oleh varian spesiesnya. Halia bara mempunyai rizom yang agak kecil berbanding dengan halia yang biasa
digunakan dalam masakan selain dari warnanya yang agak kemerahan.Gambar yang dipaparkan disini
ialah gambar halia bara.Halia juga mempunyai bunga yang cantik, bunganya muncul dari celah kelopak
daunnya dan terdiri dari bunga jantan dan betina.Halia sesuai tumbuh di kebanyakan iklim dan boleh
tumbuh pada semua ketinggian.Nama saintifik bagi halia bara ialah zingiber officinale var rubrum.
kegunaan:
Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit
perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman
makanan. Ia juga boleh merawat mati pucuk(impoten),keracunan oleh udang,sakit pinggang dan sakit
kepala.Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang
sakit.Untuk mencegah mati pucuk caranya, 2 halia sebesar ibu jari, sebiji limau nipis, sebiji telur ayam
kampung, 1 sudu teh serbuk kopi,satu sudu makan kicap,satu sudu makan madu. halia diparut dan
dicampur dengan semua bahan diatas dan digaul rata, diamalkan seminggu sekali.untuk sakit pinggang,
halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa, kemudian sapu pada pelipis.daunnya boleh juga
digunakan untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan
pelipis.untuk cirit-birit dan muntah2 caranya , halia, bunga dan buah pala, jintan putih, 1 gelas santan
kelapa dan satu sudu teh minyak kayu putih. semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati,
digunakan sebagai ubat sapu pada perut. bagi ibu yang mengandung , loya dan muntah boleh
dikurangkan dengan mengambil seinci hali, sebatang serai, 2,3 kuntum bunga cengkih, kayu manis,
masukkan kedalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup dan minum pagi dan
malam.

Ulasan pembaca

macam mana mahu buat minyak dya .. cara buat minyak dy ?


~ alya
sedia membekal halia bara rosmpk_k099@yahoo.com. lokasi Kemaman, Terengganu.

~ rosmpkmn
salam kpd Pn Nora
saja nak kongsi cerita yg hampir sama ngan Pn Nora, mem saya pun kalau dalam pantang itu juga
resepinya tapi cara masak sikit beza. Halia muda, lada hitam, bwg putih tumbok lumat gaul ngan ikan (1
atau 2 ekor kelar jarang-jarang) dan sumbat juga ke dalam perut ikan tu, letak ikan dalam piring letak
dalam kukusan dan masak semasa tanak nasi ngan ricecooker, resepi wajib mem saya dalam pantang
dari anak sulong sampai anak ke 9, lepas saya pakaikan bengkong 5 depa kain boleh makan.
Alhamdulillah sampai sekarang pinggang masih genting macam kerengge-boleh pakai baju kebaya, tapi
saya lebih suka mem pakai baju kurong, kengkawan ramai tak tahu berapa umor mem saya mereka kata
awal 30an. mengarutlah saya tahu lah mem saya 48 muda 3 tahun dari saya.
~ BaniMaaruf
Satu masa sya outstation kwsn Sg Telang n Sg Tengelang, pedalaman Pahang, beradu di kepala geretak
kayu ujung kampong di hilir kg org asli, satu ari tu sya dok tebang pokok ngan chainsaw nak buat
geretak utk 4x4 nyebrang anak sg. tetiba jatoh dahan kayu mati timpa kaki sya, petang tu kaki dah rasa
kebas semacam dan mula bengkak malam tu tak dapat tidor berdenyut nyutnyat-nyutnyat nak pakai
selipar pun dah tak masok. Dalam dok payah tu Anang kata kita coba bebat ngan halia En.D.... Sya ni
org sakit dok dlm utan apa nak kata, asal jangan kerat kaki sya kira setuju je lah. Anang tumbok halia
(ni halia tua, bukan halia muda yg pucat tu)sebesar dua ruas jari kemudian gaul sedikit tepong gandum
(1/2 sudu nak suroh melekat)pas tu tempek kat kure kaki sya yang membengkak tu lalu barut ngan kain
kemas-kemas. Mula tu payah nak tidor dia mari paneh/hangat semacam, kalau tak sabit nak suroh baik
bengkak tu rase nak rentap terajang je, tapi apa nak buat kita org sakit ni ok ok gitu la. Bangun tidor
pagi esok Alhamdulillah kaki macam tak pernah kena apa-apa kiri kanan sama macam sediakala, tapi
Anang kata nak molek malam kikgi kita bebat halia sekali lagi En.D...., sya setuju je lah.
~ BaniMaaruf
halia,lada hitam dan bawang putih dijemur sehingga kering kemudian blender simpan dalam bekas
kedap udara dan dimakan bersama nasi sangat sesuai untuk wanita dalam pantang. alhadulillah
kita akan sihat cergas dah jadi amalan saya la ni dah 3 anak.
~ nora
Kat umah sya ada tnm halia isi dia warna itam keunguan. itu pun org bagi msa cari kunyit itam dulu. dia
kta ini halia itam. baru tau la khasiat dia.
~ zamtia
Kepada semua pembaca saya ingin bertanya selain halia biasa, halia bara merah ada ke terdapat halia
bara hitam ? Pada pagi jumaat 9/10/09 saya ada bercakap dengan seorang pengumpul tanaman herba
katanya 3 bulan lepas beliau ada bermimpi lokasinya di kawasan hutan simpanan Pondok Tanjung.
Mengikut ceritanya beliau bersama seorang kawan telah ke lokasi namun niat terhalang kerana terlihat
seekor ular besar disitu. Mungkin penjaga pokok tersebut.Selepas sembahyang Jumaat 9/10/10 saya
terus ke lokasi seperti yang diceritakan.Benarlah cerita beliau berpandukan pokok buluh saya dapat
mengagak kedudukan lokasi halia bara hitam tersebut. Masa itu hujan renyai-renyai. Bila teringatkan
ular besar serta keseorangan saya mengambil keputusan beredar segera. Satu lagi telahan saja tepat
tidak jauh dari situ memang terdapat satu kawasan tempat membuang makhluk halus . Jika benar
wujud pokok ini pasti ada rahsia tersembunyi kehebatannya.Jika ada sesiapa tahu atau ada pernah
dengar pokok ini sila beri komen untuk kita sama-sama berkongsi maklumat.
~ jentayubisu@yahoo.com
skygate formulator
suite 18, 1st floor,
tingkat teluk kumbar 2,
bandar baru teluk kumbar,
11920 bayan lepas,

pulau pinang.
hotline-017-4266 700.
MR ZECK ( FORMULATOR )
SKYGATE FORMULATOR MAMPU MENCIPTA, MENGHASIL DAN MENGELUARKAN SEMUA PRODUK BERASASKAN
HERBA TRADISIONAL MALAYSIA BAGI PENJENAMAAN BARU.
*MAKE YOUR OWN BRAND NOW*
*YOUR FUTURE BEGINNING BY YOUR OWN BRAND*
UNTUK KETERANGAN LANJUT,
SMS KAN NAMA DAN ALAMAT ANDA.
KAMI AKAN MENGHANTAR SENARAI PRODUK YANG KAMI HASILKAN SECARA PERCUMA.
JANGAN TUNGGU LAGI.
~ PROFESSIONAL FORMULATOR
ada tak contact peladang2 halia di sabah..?
~ asrol@jst.com.sg
assalamualaikum...memang betul.Dulu saya sakit pinggang kerana hari hari angkat tong gas dari rumah
kerumah naik lori.Sekarang dah ok..halia ubat segala penyakit.Tak percaya cuba try.....wassalam
wallahualam.
~ cucu haji mahadi negeri sembilan
sambal halia muda elok untuk wanita dlm pantang,ditumbuk bersama bawang merah,ikn bilis n secubit
garam
~ meed, bp jhr
bagi r produk skali.. bru sng nak cari maklumat..
~ kami_kaka
bolehkah saya ingin tahu dengan lebih lanjut tentang persamaan dari segi morfologi tuhau, halia merah
dan cekur? adakah ketiga-tiga tumbuhan herba ini hidup dalam persekitaran yang sama?
ingin tahu..
~ equisitophyta86@hotmail.com
saya sedang mencari resepi membuat minyak halia sebagai minyak urut, sila lah kongsi bersama..
minyak halia urut ini mmg bagus utk disapu pada badan terutamanya utk yg mempunyai masalah angin
dlm badan...terima kasih, semoga kalian dapat membantu
~ nurule
cam ner nak ekstrak halia utk buat slimming cream?
~ New humanity scientist
assalamualaikum
sy nk th lbh lanjut ttg pokok ni sy nk bt kajian ttg pokok ni
~ hazinah_2003@yahoo.com
halia merah x biasa dengar halia bara adela aku ade tanam berlambak nak contact akule at
rafiah72.yahoo.com
~ labu labi

Halia untuk merawat uban


Halia dikatakan berkesan untuk merawat masalah uban . Caranya potong beberapa keping halia nipisnipis dan rendam dalam madu. Kepingan halia ini dimakan sekeping sehari
~ Admin
saya ada tanam. senang bila nak guna, gali aje tanah kat belakang umah....
~ nz
kat mana nak dapat halia bara nie? susah betul nak jumpa.boleh bg info tak?
~ watie
terimakasih banyak-banyak kepada Admin atasinformasinya tentang halia boleh dipakai untuk merawat
uban.Buat melur kalau boleh dapatkan maklumat lebih lengkap lagi.taks
~ ukarz_s@yahoo.com
nama botani bagi halia bara ialah zingiber minor.
~ fajarsiang@yahoo.com
halia hutan(globa panicoldes) macam mana pokok ini?ada sesiapa yang ada gambarnya?
~ fajarsiang@yahoo.com
halia merah ada tak? saya ada tengok halia yang kulit rizomnya berwarna agak kemerahan. kata orang
tua nama halia tu halia merah. apa khasiatnya?
~ fajarsiang@yahoo.com
adakah halia berpotensi sebagai bahan aroma terapi?harap dapat maklum balas secepat mungkin.
~ waheed_gloriouzz@yahoo.com
bolehkan halia dibuat pembalut makanan?
~ shida_metal88@yahoo.com
macammana nak tau yang halia boleh lambatkan penuaan ngan dapat hilangkan kelimumur? laman web
ini sangat baik kerana saya seorang pelajar yang suka mencari maklumat.
~ khaiyusof
Saya amalkan petua untuk hilangkan loya masa mengandung, memang okey.
~ YMummy
laman web ini bagus cukup lengkap
~ aas
Halia untuk kelemumur
Untuk mengatasi masalah kelemumur pula, halia muda yang telah ditumbuk dilumurkan pada akar
rambut.Halia juga dikatakan boleh melambatkan proses penuaan.
~ Admin

Anda mungkin juga menyukai