Anda di halaman 1dari 4

RUMUSAN

Pergerakan asas terbahagi kepada dua iaitu Lokomotor dan Bukan


Lokomotor. Lokomotor adalah pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Manakala bukan lokomotor pula ialah keupayaan untuk menggerakkan bahagian
tubuh badan tanpa beralih tempat. Antara aktiviti lokomotor yang boleh dilakukan
ialah berjalan, berlari, melompat, merangkak, berguling dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti
bukan lokomotor pula seperti berdiri, duduk, membongkok, memusing dan lain-lain.
Aspek-aspek keselamatan merupakan elemen paling penting dalam pergerakan
asas ini. Antaranya mengenal pasti kemampuan, tahap, dan kecergasan murid
semasa melakukan aktiviti, kemudahan peralatan, dan persekitaran atau tempat
beraktiviti.

Seterusnya,pada akhir kedua-dua aktiviti ini murid-murid boleh untuk


memahami, dan melakukan aktiviti-aktiviti ini mengikut aras-aras tertentu. Pada aras
1,murid-murid boleh menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira
dalam melakukan aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Selain itu,
murid-murid dapat melakukan aktiviti pergerakan lokomotor bukan lokomotor dengan
gaya yang betul dan selamat. Di samping itu juga, pada aras 2 mereka tahu aktivitiaktiviti yang terlibat dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan
memanipulasi alatan. Mereka juga mampu untuk melakukan satu rangkaian aktiviti
pergerakan dalam kedua-dua pergerakan. Pada aras 3 pula, mereka boleh mencipta
pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor bersama rakan.Sekali gus,mengenal
pasti anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti kedua-dua pergerakan
tersebut.

Tuntasnya, di akhir pengajaran dan pembelajaran tajuk ini, murid-murid dapat


melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular,
kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan. Selain, dapat

melakukan

pergerakan asas, gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif dengan betul dan
selamat. Di samping, memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam
semua aktiviti bagi menjaga keselamatan dan mengamalkan pengurusan masa yang
sesuai

untuk

beraktiviti.

Murid-murid

juga

dapat

belajar

berinteraksi

dan

berkomunikasi interpersonal secara berkesan dengan rakan dalam suasana yang


menyeronokkan.

8.0 RUMUSAN
Pergerakan asas amat menumpukan kepada keupayaan murid melakukan
pergerakan lokomotor,bukan lokomotor dan manipulasi alatan(mengkoordinasikan
bahagian-bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan).Aktiviti manipulasi alatan
boleh juga menggunakan pelbagai alatan lain seperti gelung rotan,bola kecil,kayu
hoki dan bola takraw.Contohnya aktiviti melontar dan menyambut pundi kacang
boleh ditukar dengan alatan lain seperti bola kecil,bola besar dan gelung rotan.
Semua kemahiran yang diperoleh membolehkan murid menyesuaikan diri
dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Selain itu,tumpuan harus diberikan kepada
teknik-teknik pergerakan dan kemampuan memanipulasi alatan agar murid-murid
memperoleh

kemahiran

pergerakan

di

samping

meningkatkan

kecergasan

fizikal.Aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ini penting kerana aktiviti ini dapat
meningkatkan tahap koordinasi murid-murid.
Kesimpulannya aktiviti ini sangat menarik dan murid-murid akan berasa
gembira dan seronok melakukan aktiviti ini.Ia juga dapat mengeratkan silaturrahim
diantara murid-murid.

5.5 Rumusan.

Pergerakan asas terbahagi kepada dua iaitu Lokomotor dan Bukan Lokomotor.
Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Manakala bukan lokomotor pula ialah keupayaan untuk menggerakkan bahagian
tubuh badan tanpa beralih tempat. Antara aktiviti lokomotor yang boleh dilakukan
ialah berjalan, berlari, melompat, merangkak, berguling dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti
bukan lokomotor pula seperti berdiri, duduk, membongkok, memusing dan lain-lain.
Aspek-aspek keselamatan merupakan elemen paling penting dalam pergerakan
asas ini. Antaranya mengenal pasti kemampuan, tahap, dan kecergasan murid
semasa melakukan aktiviti, kemudahan peralatan, dan persekitaran atau tempat
beraktiviti.
Seterusnya,pada akhir kedua-dua aktiviti ini murid-murid boleh untuk memahami,
dan melakukan aktiviti-aktiviti ini mengikut aras-aras tertentu. Pada aras 1,muridmurid boleh menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam
melakukan aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Selain itu, muridmurid dapat melakukan aktiviti pergerakan lokomotor bukan lokomotor dengan gaya
yang betul dan selamat. Di samping itu juga, pada aras 2 mereka tahu aktiviti-aktiviti
yang terlibat dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan
memanipulasi alatan. Mereka juga mampu untuk melakukan satu rangkaian aktiviti
pergerakan dalam kedua-dua pergerakan. Pada aras 3 pula, mereka boleh mencipta
pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor bersama rakan.Sekali gus,mengenal
pasti anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti kedua-dua pergerakan
tersebut.
Tuntasnya, di akhir pengajaran dan pembelajaran tajuk ini, murid-murid dapat
melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular,
kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan. Selain, dapat melakukan
pergerakan asas, gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif dengan betul dan
selamat. Di samping, memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam
semua aktiviti bagi menjaga keselamatan dan mengamalkan pengurusan masa yang
sesuai untuk beraktiviti. Murid-murid juga dapat belajar berinteraksi dan
berkomunikasi interpersonal secara berkesan dengan rakan dalam suasana yang
menyeronokkan.

Anda mungkin juga menyukai