Anda di halaman 1dari 9

Akidah

Pengenalan
1. Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau
satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
2. Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat
tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama
ada akidah yang betul atau sebaliknya
3. Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah
serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan
adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir
Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah.
Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah
Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang
dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan
Pengertian Akidah
1. Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah
swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
2. Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah
supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah
kepada Allah swt
3. Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah
Ilmu Akidah
Ilmu Tauhid
Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai
Ilmu Usuluddin
Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan
pesuruhNya
Ilmu Makrifat
Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara
mengenal Allah swt
Ilmu Kalam
Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai
perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan
Ilmu Akidah
Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan
kepada Allah swt

Huraian Rukun Iman


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni Al-Khattab r.a bahawa di dalam
pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah saw di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh
ramai sahabat-sahabat Rasulullah saw maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada
Rasulullah saw yang bermaksud:Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman maka jawab
Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada
kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan
dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah swt,
maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.

Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara
iaitu:
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Malaikat
3. Percaya kepada Kitab
4. Percaya kepada Rasul
5. Percaya kepada Hari Kiamat
6. Percaya kepada Qada dan Qadar
Percaya Kepada Allah Swt
Erti beriman dengan Allah Taala itu ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan
perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah
Taala.

Beriman dengan Allah juga bermaksud:


1. Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah
2. Membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allah, baik dalam perbuatanNya
menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap
makhluk

3. Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat


kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala
yang baharu

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu
dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang )
bertaqwa
(Surah Al-Baqarah:21)
Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di ala ini termasuk bumi
langit dan planet-planet yang lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya adalah
kepunyaan Allah swt
Percaya kepada Allah ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain
kerana dengan adanya Allah maka adanya yang lain-lain itu.

1. Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah Allah swt


2. Tauhid Rububiyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik,
pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Tidak boleh dijadikan, dianggap
atau dirasakan yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb.
3. Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang Islam yang beriman dengan keimanan yang
sebenar, dia hanya mengambil Allah sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah
bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaja sebagai pujaan dan
sembahannya. Maklud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah.
4. Mempelajari dan memahami ajaran Allah
5. Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita mempelajari dan memahami
segala yang datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau
al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah bukan sekadar percaya tentang kewujudan
Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah swt
Yakin dan Melaksanakan Petunjuk Allah swt
Antara maksud dan tuntutan iman kepada Allah ialah yakin terhadap apa yang datang
daripada Allah. Yakin dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu Din yang shamil
dan kamil serta terbaik
Percaya kepada Malaikat
Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya
tidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka sentiasa taat kepada
perintah Allah tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada
cahaya. Sabda Rasulullah saw (terjemahanya):
Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap &
dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah(Hadith
riwayat Muslim)
Nama dan Tugas Malaikat

1. Jibril Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi & rasul-rasulNya
untuk disampaikan kepada manusia
2. Mikail Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan, bintang-bintang, hujan &
panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah
3. Izrail Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai
waktu yang dikehendaki oleh Allah
4. Israfil Meniup sengkekala apabila tiba masanya
5. Raqib Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia
6. Atid Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia
7. Mungkar Menyoal manusia di dalam kubur
8. Nakir Menyoal manusia di dalam kubur
9. Ridhwan Mengawal syurga
10. Malik Mengawal neraka

Antara tugas-tugas Malaikat seperti:


1. Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul
2. Bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah
3. Memikut Arsy
4. Berdoa untuk orang-orang beriman
Peranan Malaikat di Akhirat seperti memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli neraka
dan seumpamanya
Hikmat Beriman Kepada Malaikat
1. Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan
sentiasa menjaga tingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kaya yang
walau dimana dia berada
2. Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana
menyedari setiap tutur kata dan gerak laku yang tidak terlepas daripada catitan
Malaikat Raqib & Atid
3. Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang disuruh Allah dan menghindar
apa yang dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui
apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh Malaikat di dalam kubur
Percaya Kepada Kitab
Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah swt telah menurunkan beberapa buah kitab
kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran

mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki
kehidupan manusia di dunia
Kitab-kitab yang wajib diketahui ialah:
1. Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti)
2. Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani)
3. Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani)
4. Al-Quran : Nabi Muhammad saw (dalam bahasa Arab)

Firman Allah swt yang bermaksud:


Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu tetapi
akhirnya mereka telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai
pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan
pemberi amaran (kepada yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan
bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk
menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikan
(Surah Al-Baqarah: 213)
Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah & penutup kepada segala
kitab-kitab yang terdahulu
Percaya Kepada Rasul
Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul
yang dipilihNya daripada jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka membimbing
manusia kepada kehidupan yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul:
1. Siddiq Benar pada segala percakapan, perkhabaran & perbuatan
2. Amanah Jujur dan tidak membuat kesalahan
3. Tabligh Menyampaikan semua perintah Allah kepada manusia
4. Fathonah- Bijaksana

1. Erti Rasul dari segi bahasa : Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan
seseorang kepada orang lain
2. Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki utusan Allah yang menerima wahyu Allah untuk
dirinya yang wajib disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat melalui
jalan yang lurus dan diredhai Allah
3. Dari segi keaslian : al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda
oleh manusia manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli

4. Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain untuk
tempoh-tempoh tertentu sahaja
5. Bahasa Al-Quran adalah bahasa arab yang hidup pemakainnya sepanjang masa, iaitu
sentiasa digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia

Hikmah Beriman Dengan Kitab-kitab


Menunjukkan bahawa agama yang dating daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang
terkandung di dalam kitab-kitab yang datAng daripada Allah mendahului. Para Nabi semasa
ke semasa sehinggalah kitab al-Quran
Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam,
yang berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang
datAng daripada Allah

Perbezaan dari segi syariat perkara penting berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh
berlaku. Yang ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara
usul. Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain
berbeza, tetapi akidah dan perkara pokok yang lain semuanya sama
Semua para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan antara al-Quran dan Taurat
sebagaimana juga tidak ada pertentangan dengan Injil dan kitab-kitab lain.
Percaya Kepada Hari Akhirat
Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala macam
akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang manusia
telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fakir selalu menempatkan persoalan ini sebagai
inti penyelidikan, sebab beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada
keyakinan adanya satu kehidupan duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah
pentingnya masalah ini hingga turunnya ayat-ayat Allah menerangkan kedudukan hari
Akhirat.

Lima fasa pola beriman kepada hari Akhirat:


1. Tahap kehancuran makhluk yang ada di muka bumi. Terjadi gempa bumi, di mana
gunung-gunung menjadi debu, air laut mendidih meluap-luap, bintang-bintang
berguguran, langit bergulungan, sedang manusia mabuk dan pitam. Kemudian
musnahlah segala makhluk sama ada yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah
yang tetap kekal
2. Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan
dipadang Mahsyar
3. Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi
sama ada yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar zarah
4. Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, dimana manusia akan
memperolehi keputusan yang paling adil tanpa ada penganiayaan

5. Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran yang setimpal dengan
amalannya. Di sini saat yang dijanjikan akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan
manusia. Mereka yang banyak amal kebajikan ditempatkan di syurga dan banyak
amalan kejahatan akan ditempatkan di neraka

Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat


1. Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam akhirat yang merupakan
tempat manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua
manusia
2. Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku
pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan pemilikan hari
Akhirat dan segala isi kandungannya
3. Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat
4. Mengalakkan orang Islam melakukan maruf (kebaikan) dan meninggalkan kejahatan
Beriman Kepada Qada Dan Qadar'
Maksud Takdir
1. Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya manusia dapat
dibahagikan kepada dua:
2. Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab
3. Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia

Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah


1. Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha
Adir dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah
tentukan kepada manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan
keadilan Allah. Ada sesuatu hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita
rasa baik adalah buruk bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui
apa yang tidak kita ketahui
2. Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke atas
diri kita. Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah
akan anugerahkan kepada kita
Peringkat-Peringkat Iman
1. Iman Taqlid Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata mengikut pendapat orang lain
2. Iman Ilmu Beriman semata-mata kerana berilmu dan berdasarkan pada fikiran tidak
terletak di hati
3. Iman Ayan Iman yang terletak di dalam hati. Iman ini dimiliki oleh orang-orang
soleh

4. Iman Hak Iman sebenar yang terlepas dari nafsu syaitan. Iman ini dimiliki oleh
golongan muqarabbin, iaitu orang yang hampir dengan Allah
5. Iman Hakikat Iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini
hidup semata-mata untuk Allah dan Rasul serta hari Akhirat seperti para sahabat
nabi
Iman Bertambah Dan Iman Berkurang
Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan. Perkara-perkara yang
perlu dilakukan untuk meneguhkan iman:
1. Melawan hawa nafsu
2. Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela
3. Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji
4. Melahirkan keikhlasan berbakti & berkorban semata-mata kerana Allah
5. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat
6. Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasan Allah
Kepentingan Mempelajari Ilmu Akidah
Antara beberapa kepentingan mempelajari ilmu akidah termasuklah:
1. Supaya terhindar daripad ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah
seseorang terhadap Allah swt
2. Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya
3. Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan
amalan-amalan yang boleh merosakan akidah
4. Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di
akhirat ialah hisab dan timbangan amalan
5. Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa
orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan
amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya
akan dimasukan ke dalam neraka
6. Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak
lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang

Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan Manusia


1. Akidah Sebagai Asas
2. Akidah Sebagai Penentu atau Pendorong
Penyelewengan Dan Kerosakan Akidah

1. Melalui Percakapan atau ucapan


2. Melalui Perbuatan
3. Melalui Iktikad dalam hati
Pembinaan Akidah
1. Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara
khusus
2. Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara
yang disuruh oleh Allah
3. Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam
4. Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang
baik
5. Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah
6. Bertawakal kepada Allah
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum
kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah(berterusan).
Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan
melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.