Anda di halaman 1dari 14

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102)

DPLI KDC SABK


ISI KANDUNGAN

Penghargaan

Jawapan (A)

Jawapan (B)

Jawapan (C)

Rujukan

11

Lampiran

12

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102)


DPLI KDC SABK
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah


kurnia dan izinNya dapatlah saya menyiapkan tugasan projek ini bagi
memenuhi sebahagian daripada keperluan Diploma Pendidikan Lepasan
Ijazah (Kursus Dalam Cuti) (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan), IPG
Kampus Ipoh, Perak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En.
Mustafa Kamal bin Alias, penyelaras Falsafah & Etika Guru dan Tuan Haji
Ahmad bin Ahmad Rusdi selaku tenaga pengajar yang telah banyak
memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan.
Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan
bantuan bagi melengkapkan tugasan projek ini.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah
membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi
menyiapkan tugasan projek ini. Semoga Allah SWT memberikan balasan
yang lebih baik jua. Amin.

(A)

Dunia pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana

tunjang utama dalam pemerkasaan pembangunan negara dijana melalui


2

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102)


DPLI KDC SABK
keberkesanan sistem pendidikan. Justeru, kualiti pendidik atau guru menjadi
pemangkin kepada usaha membina generasi modal insan bertaraf dunia.
Untuk merealisasikan aspirasi negara iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara, guru perlu
menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara
berkesan dan menyeluruh di sekolah. Selaras dengan slogan yang
dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohamad, pada tahun 1981, selepas pelantikannya sebagai Perdana
Menteri keempat, iaitu Kepimpinan Melalui Teladan (Mahathir, 2011), guru
harus menjadi contoh yang baik bagi merealisasikan usaha murni ini.
Falsafah Pendidikan Guru telah digubal bagi menjelaskan ciri-ciri guru
teladan yang diperlukan oleh negara kita. Ia berbunyi:
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan
negara,

menjamin

perkembangan

individu

dan

memelihara

suatu

masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.


Mengikut falsafah ini, diharapkan terhasilnya warga pendidik yang berkualiti
daripada segi profesional, peribadi, sosial dan amalan tingkah laku,
menguasai ilmu, kemahiran dan amalan-amalan nilai-nilai keguruan, serta
berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan
wawasan pendidikan dalam abad ke-21 (Noriati, Lee, Zulkufli, Zakiah, 2014).
Menurut Razak, Awang & Azizi (2014), rakyat Malaysia yang berilmu
adalah rakyat yang mendaulatkan ilmu dengan melaksanakannya secara
bersunguh-sungguh. Guru berperanan mencari, meneroka dan menyelidik
apa jua ilmu sebelum mereka mula mengajar anak didik mereka. Guru boleh
menerapkan kepada murid tentang kepentingan menuntut ilmu tanpa
mengira batasan masa dan ruang kerana ilmu bukan sahaja boleh didapati di
kelas-kelas tetapi melalui pemerhatian, pengalaman, perkongsian cerita dan
3

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102)


DPLI KDC SABK
aktiviti-aktiviti luar kelas. Guru juga boleh menunjukkan contoh yang baik
dengan membudayakan tabiat suka membaca walau di mana pun berada.
Semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdP), guru boleh
menambah

pengetahuan-pengetahuan

baru

yang

diperoleh

daripada

pembacaan atau laman sesawang di dalam matapelajaran yang diajar. Ini


bukan sahaja menarik minat murid tetapi menunjukkan contoh yang baik
kepada murid. Guru juga harus sentiasa mengingatkan murid untuk
membuat islah dalam menuntut ilmu iaitu memastikan ilmu yang diperoleh
ditingkatkan supaya hari esok lebih baik dari hari ini serta berusaha
menyebarkannya bak kata pepatah Arab Ilmu tanpa amal, ibarat pohon
tanpa buah. Budaya menyebarkan ilmu ini mendidik murid-murid tidak
mementingkan diri sendiri sekaligus menggalakkan mereka supaya berfikiran
luas, jauh dan terbuka (Noriati, Lee, Zulkufli, Zakiah, 2014).
Individu yang mempunyai ketrampilan diri yang hebat seharusnya
memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang sesuai dengan
tugas (Noriati, Lee, Zulkufli, Zakiah, 2014). Semua jerih perih yang dilalui
oleh setiap guru untuk memiliki ikhtisas pendidikan membuktikan mereka
mampu dan layak mendidik anak bangsa dengan ilmu yang diperoleh. Murid
dapat memperoleh kemahiran-kemahiran dan kelayakan-kelayakan tertentu
melalui bimbingan guru di dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Sebagai
contoh, di dalam badan unit beruniform, Bulan Sabit Merah Malaysia, murid
diajar kemahiran-kemahiran pertolongan cemas dan rawatan sukan yang
boleh diaplikasikan di dalam dan di luar sekolah. Sehubungan dengan itu,
guru dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berfungsi secara maksima
dalam menjalankan tugas masing-masing dengan dedikasi, cekap dan
sempurna melalui pengarahan yang jelas dan teratur.
Akhlak yang mulia menjadi tunjang utama kehidupan bermasyarakat.
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia harus mengamalkan perlakuan baik
dan menjauhi perlakuan buruk (Razak, Awang & Azizi, 2014). Nilai-nilai ini
dapat diterapkan melalui peranan guru sebagai role model dan teladan bagi
murid. Guru harus sentiasa mempamerkan sahsiah yang baik melalui
perlakuan lisan dan bukan lisan sama ada semasa bertugas atau semasa
4

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102)


DPLI KDC SABK
berada dalam masyarakat. Justeru, guru harus pandai mengawal tingkah
laku dan emosi kerana semua perlakuan guru sentiasa diperhatikan oleh
murid dan diambil perhatian oleh masyarakat sekeliling. Selain itu, guru
berperanan mempamerkan kasih sayang kepada murid dan dalam hubungan
bermasyarakat seperti mengucapkan salam atau selamat, memberi kata-kata
pujian dan perangsang, atau memeluk murid untuk memberi semangat
apabila diperlukan serta semua ini dilakukan mengikut batasan yang
dibenarkan. Murid akan turut terkesan dengan perlakuan positif ini, sekaligus
menterjemahkannya melalui perlakuan dengan keluarga, rakan taulan dan
masyarakat sekeliling. Guru harus mengelakkan perasaan benci membenci
agar contoh buruk ini tidak ditiru oleh murid.
Mutakhir ini, kerosakan akhlak remaja acapkali menjadi tajuk utama
akhbar-akhbar

tempatan.

Semua

ini

berpunca

dari

sikap

kurang

bertanggungjawab remaja itu sendiri terhadap diri, keluarga dan masyarakat.


Guru sebagai salah satu agen perubahan masyarakat berperanan menanam
sikap bertanggungjawab ini di sekolah. Menurut Noriati, Lee & Zulkufli,
Zakiah (2014), rakyat Malaysia yang bertanggungjawab adalah individu yang
menyedari tugas dan tanggungjawab ialah amanah dan mesti dilaksanakan
dengan sempurna, menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah,
sentiasa mempertingkatkan daya pengeluaran, mematuhi peraturan dan
undang-undang

negara

dan

berusaha

memajukan

diri,

keluarga,

masyarakat, agama, bangsa dan negara. Guru boleh menjayakan hasrat ini
dengan datang awal ke sekolah, memakai tanda nama serta pakaian yang
kemas dan bersesuaian, menepati masa masuk ke kelas dan tegas dalam
memastikan tugasan murid dihantar pada waktunya. Semua ini menjadi
contoh kepada murid agar bertanggungjawab dalam setiap perlakuan
mereka. Guru juga harus menegaskan kepada murid kesan sikap tidak
bertanggungjawab dan sambil lewa contohnya terhadap masa dan tugas
boleh menggangu produktiviti kerja sekaligus memberi kesan buruk kepada
orang sekeliling.
Akal yang cerdas datang daripada tubuh badan yang sihat. Oleh yang
demikian,

bagi

mencapai

hasrat

melahirkan
5

rakyat

Malaysia

yang

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102)


DPLI KDC SABK
berkeupayaan menjaga kesejahteraan diri, iaitu berfikiran waras, jiwa tenang,
badan yang sihat, mempunyai ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi
cabaran hidup dan mewujudkan perhubungan baik, pelbagai program boleh
dilaksanakan di sekolah. Antaranya, aktiviti 1Sukan 1Murid boleh membantu
murid membina tubuh badan yang sihat dan cergas kerana mereka
berpeluang belajar dan bermain sekurang-kurangnya satu jenis sukan di
sekolah. Melalui aktiviti sukan dan permainan, murid belajar menanam
keyakinan diri berhadapan dengan khalayak, mengawal diri secara emosi
atau jasmani melalui tekanan yang dihadapi, serta mewujudkan daya
ketahanan yang kuat apabila berhadapan dengan pihak lawan. Mereka juga
belajar bekerjasama dan sekaligus belajar bertolak ansur sesama rakan
sepasukan.
Kesimpulannya, semua usaha yang disebut di atas jika dilakukan oleh
guru dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah
untuk

melahirkan

kesejahteraan

diri

rakyat
serta

Malaysia

yang

menyumbang

berkeupayaan

kepada

mencapai

keharmonian

dan

kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.


(B)

Transformasi ke arah menjadikan masyarakat Malaysia sebuah

masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi


semata-mata, tetapi juga perlu berasaskan kemajuan sosial, budaya, intelek
dan rohani. Cabaran besar yang perlu ditangani dalam usaha tersebut ialah
peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya
masyarakat. Kod etika profesional adalah satu alat kawalan sosial yang
digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri ke arah
yang lebih beretika. Etika kerja mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia
harus difahami, dihayati dan dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip
berikut, iaitu; niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah
kebaikan, memperkotakan apa yang dikata dan berdisiplin serta beradab.
Memegang status penjawat awam, guru perlu mematuhi kod etika
penjawat awam, khususnya kod etika profesion keguruan demi menjaga
imej, maruah, status, akhlak dan keperibadian seorang guru. Di Malaysia,
6

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102)


DPLI KDC SABK
imej yang dipertontonkan oleh guru perlu boleh diteladani oleh anak-anak
muridnya supaya imej dan maruah guru dapat dimartabatkan dan dipandang
tinggi. Tatasusila Profesyen Keguruan adalah landasan dan garis panduan
untuk setiap guru menjaga imej profesionnya.
Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan
ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu,
taat

setia,

bertanggungjawab

dan

berkebolehan,

menyedari

betapa

pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat


yang

gemilang,

dan

yang

percaya

kepada

demokrasi,

kebebasan

perseorangan dan prinsip-prinsip rukunegara. Dengan menyedari betapa


besarnya

tanggungjawab

membimbing

anak

muda

untuk

mencapai

kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila


berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan
profesion kami ke taraf kesusilaan yang setingi-tingginya.
Pertama,

kod

etika

profesion

keguruan

menggariskan

guru

bertanggungjawab sepenuhnya kepada murid-murid mereka. Mereka harus


lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain
lain. Guru tidak boleh lewat masuk ke kelas untuk mengelakkan berlakunya
hal-hal yang tidak diingini seperti kemalangan di dalam atau di luar kelas.
Guru juga harus bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira
faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau
agama. Guru perlu bersikap neutral kepada semua orang murid tanpa
memilih kasih. Hal ini menjadikan guru lebih bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas mulia mereka dan .
Kedua, guru juga bertanggungjawab terhadap ibu bapa kepada muridmurid mereka. Antara tugas yang boleh dilaksanakan ialah memberikan
maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat yang diterima daripda ibu bapa secara teliti dan
bijaksana. Guru berpeluang berjumpa ibu bapa untuk berbincang mengenai
prestasi anak mereka dan mendengar sendiri pendapat dari ibu bapa
mengenai sikap dan cara belajar anak-anak mereka agar guru dapat
7

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102)


DPLI KDC SABK
memaksimumkan

maklumat

ini

dalam

membantu

murid

mencapai

kecemerlangan. Hal ini dapat meningkatkan hubungan baik dan keyakinan


ibu bapa kepada guru sekaligus memberi impak positif kepada guru dalam
hubungan sosial.
Ketiga, dalam tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara,
guru harus menghormati masyarakat di tempat berkhidmat dan memenuhi
segala tangungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Sebagai
sebahagian daripada ahli komuniti masyarakat di sesuatu tempat, guru harus
turut serta dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang diadakan seperti
gotong-royong, program motivasi, lawatan ke rumah anak-anak yatim, orang
kelainan upaya atau rumah kebajikan orang-orang tua. Dalam lawatan ini,
contohnya, guru dapat berkongsi kisah suka duka mereka, mendengar
masalah mereka dan memberi semangat serta dilatih menyumbang tenaga,
masa dan wang tanpa mengira penat lelah.
Kesimpulannya, tanggungjawab guru kepada murid, ibu bapa,
masyarakat dan negara jika dilaksanakan dengan amanah dan cemerlang,
dapat membentuk sahsiah guru seterusnya memartabatkan kerjaya guru.
(C)

Malaysia sebagai sebuah negara unik, yang mana rakyatnya

berbilang kaum, memerlukan satu gagasan yang jelas, mudah difahami dan
berkesan untuk dihayati oleh setiap rakyatnya. Guru merupakan salah satu
agen perubahan yang memegang tanggungjawab besar ini untuk dijayakan
di sekolah bagi menjaga keharmonian negara. Oleh itu saya sebagai
seorang guru harus proaktif mengadakan aktiviti-aktiviti yang mampu
menjayakan konsep kesedaran diri dan keharmonian kaum di sekolah untuk
anak-anak murid.
Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, sedar membawa maksud tahu
dan

ingat

(akan

keadaan

yang

sebenarnya),

insaf

dan

mengerti.

Berdasarkan maksud ini konsep kesedaran diri adalah keadaan di mana


seseorang mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman
8

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102)


DPLI KDC SABK
mengenai dirinya, persekitarannya dan Penciptanya. Ia juga bererti
seseorang mengenali emosi dan kesannya. Keharmonian pula bermaksud
keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian
(Kamus Dewan Edisi Keempat). Bagi membentuk remaja yang mempunyai
kesedaran diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu
mengekalkan keharmonian kaum, ciri-ciri yang perlu diterapkan oleh saya di
sekolah ialah mengenali tabiat dan peribadi diri, berupaya menjelaskan
tindakan dan tingkah laku, melakukan penyesuaian yang perlu apabila
berhadapan dengan orang lain dan memberi keprihatinannya kepada
persekitaran.
Ceramah Gagasan 1 Malaysia yang dikendalikan oleh wakil badanbadan kerajaan boleh diadakan di sekolah saya bagi membina jati diri murid
agar menjadi insan cemerlang dalam menjalani kehidupan seharian.
Gagasan 1 Malaysia telah diperkenalkan pada 3 April 2009 oleh Dato Seri
Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya
yang berbunyi :
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilainilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
Melalui ceramah ini, murid-murid diberi pendedahan konsep 1Malaysia yang
merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan sedia ada yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi
menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang
lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia
digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi
negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari
rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Selain itu, saya juga boleh mengadakan program Hari Keharmonian
Kaum di sekolah atau melibatkan murid dengan aktiviti-aktiviti luar anjuran
badan-badan kerajaan atau swasta yang bertujuan mengetengahkan konsep
kesedaran diri dan keharmonian kaum. Melalui program-program ini, semua
9

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102)


DPLI KDC SABK
murid berpeluang melihat, mencuba dan meneroka aktiviti-aktiviti yang
dijalankan dalam program tersebut serta melibatkan pelbagai kaum. Antara
aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara kaum dan memupuk
kesedaran diri ialah pameran dan demonstrasi makanan serta nilai-nilai
murni dan budaya, pelancaran buku dan logo nilai murni, persembahan
tradisi, pameran baju-baju tradisi pengantin adat perkahwinan pelbagai
budaya dan kenduri rakyat. Murid berpeluang mencuba semua jenis aktiviti
ini dan merasai pengalaman-pengalaman berbeza dan belajar menghargai
perbezaan yang terdapat dalam kalangan rakyat negara ini. Ini membantu
memberi mesej kepada murid betapa pentingnya menghormati budaya kaum
lain dan hidup secara berharmoni tidak kira sama ada bangsa Melayu, Cina,
India, Iban, Kadazan, Serani atau bangsa-bangsa lain di negara ini.

Gambar

1:

Contohcontoh

aktiviti
kesedaran diri dan keharmonian kaum

Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti berkenaan mampu menjayakan konsep


kesedaran diri dan keharmonian kaum dalam kalangan murid. Mereka dapat
belajar hidup berharmoni bersama kaum lain walau di mana sahaja mereka
berada.

10

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102)


DPLI KDC SABK
RUJUKAN
Abd. Razak bin Abdul Kadir, Awang bin Abdullah, Azizi bin Jaafar (2014).
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
http://dutanlps.blogspot.com/2010/07/hari-keharmonian-kaum.html
http://peraktoday.com.my/2014/12/festival-kuala-kangsar-pengisian-menariksempena-sambutan-tahun-baru-2015/
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=harmoni
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=KESEDARAN+DIRI
http://www.scribd.com/doc/14055811/Guru-Merealisasikan-FPK-CabaranGuru-Model-Taba-Dan-Tyler#scribd
http://www.scribd.com/doc/85548682/Apakah-Peranan-Guru-DalamMerealisasikan-Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan#scribd
https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf
Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin
(2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Tun Dr Mahathir Mohamad (2011), A Doctor in The House : The Memoirs of
Tun Dr Mahathir Mohamad, Petaling Jaya: MPH Group Publishing
Sdn Bhd.

11

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102)


DPLI KDC SABK
LAMPIRAN
a) Buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua)
- Model Konseptual Pendidikan Guru

12

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102)


DPLI KDC SABK

Festival Kuala Kangsar, Pengisian Menarik Sempena Sambutan Tahun


Baru 2015 Posted on Monday, December 15, 2014 4:10 pmDecember 15,
2014 245 views
IPOH : Sempena ambang tahun baru 2015 yang akan menjelang tidak
lama lagi, Kuala Kangsar Bandar Diraja turut mempunyai pengisian
tersendiri yang berbentuk ilmiah dan hiburan dalam mempromosikan
kesenian yang terdapat di Kuala Kangsar itu sendiri. Menurut Yang
Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Shahrom Datuk Abdul Malik
penganjuran Festival Kuala Kangsar dianjurkan khusus bersempena
sambutan tahun baru dengan beberapa pengisian menarik bermula 18
Disember ini.
Pada 18 haribulan ini akan diadakan pertandingan futsal terbuka
jawatankuasa penduduk bagi kawasan Kuala Kangsar dan Padang
Regas pada pukul 8 pagi bertempat di Dewan Jubli Perak. Karnival Nilainilai Murni Semarak Warisan pula akan diadakan pada 20 Disember
bermula 8 pagi hingga 10 malam bertempat di Dataran Sungai Perak
Indah, Kuala Kangsar, katanya. Sementara itu, pertandingan futsal
melalui Karnival Ramah Mesra Jawatankuasa Penduduk Parlimen Sungai
Siput dijangka berlangsung pada 21 Disember anjuran jawatankuasa
Penduduk Zon Parlimen Sungai Siput, di Dewan Belia Sungai Siput.
Acara kemuncak menyambut tahun baru iaitu pada 31 Disember
ialah Karnival Aspirasi Seni Warisan Negeri Perak (PILAR), bertempat di
Laman Budaya Kuala Kangsar menjanjikan pengisisan yang menarik buat
semua. Ahli Dewan Undangan Negeri Manong, Mohamad Kamil Shafie
memberitahu, penganjuran PILARE ini bakal melibatkan 200 penggiat
seni daripada pelbagai medium kesenian.Penglibatan penggiat seni
orang tempatan daripada Perak sendiri merangkumi pelbagai bidang
dengan mengambil sumber aspirasi daripada bangunan warisan terdapat
di Kuala Kangsar, katanya. Perasminaan PILARE bakal diadakan di
Galeri Sultan Azlan Shah pada sebelah paginya manakala pada sebelah
malam diadakan persembahan seni dan warisan kebudayaan bertempat
di Laman Budaya. Panjuran festival ini melibatkan Kelab Fotografi Perak
(ASFON), Persatuan pelukis Perak bersama Perak Heritage Society
bakal menganjurkan pelbagai
bengkel
fotografi,
seramik
dan
lukisan serta pertandingan Fotografi 1 Kuala buat semua pengunjung
yang berminat.
Penglibatan pelukis Anak Perak yang terkenal seperti Juhari said
dan Jalaini Abu Hassan diharap memberi keunikan tersendiri dalam
program yang dirangka ini di tambah pula pengisian berkenaan seni
halus, fotografi, seni visual dan seramik. Sementara itu, menurut
Pengarah Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perak,
Syahruddin Abdul Hamid penganjuran festival ini mengadaptasi medium
seni sebagai medium utuk mempromosikan pelancongan dengan
penambahan elemen ilmu dan info selain hiburan sahaja. Festival ini
bukannya hiburan semata-mata tetapi mengetengahkan konsep rakyat,
seni, ketuhanan dan kemasyaraktan, katanya. Orang ramai dijemput
13

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102)


DPLI KDC SABK
memeriahkan festival ini termasuklah pegiat seni daripada Perak bagi
berkongsi keunikan yang terdapat di Kuala Kangsar kepada mata dunia.
c) Program Festival Kuala Kangsar, anjuran Manjlis Perbandaran Kuala
Kangsar sempena ambang tahun baru 2015

14