Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BECHAH DURIAN

17020 PASIR MAS, KELANTAN


KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN UNIT HEM SK BECHAH DURIAN

TARIKH :
7 JULAI 2012

TEMPAT :
DEWAN WAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN BECHAH DURIAN,
17020 PASIR MAS, KELANTAN.

1.0

BUTIRAN AM

Tajuk
Anjuran
Penasihat
Pengerusi
Setiausaha
Naib Setiausaha
Bendahari
Tempat
Tarikh
Jumlah Peserta

2.0

: Kem Kepimpinan Pengawas, dan Pusat Sumber


: Unit Hal Ehwal Murid (HEM),BadanDisiplin dan
Pengawas Sekolah dan Unit Bimbingan dan kaunseling
: Pn. Juariah bt Othman
: Pn. Hjh Lailawati bt Hasni ( GPK Hal Ehwal Murid)
: Pn. Norhayati bt Mohamed Tah
: Pn. Siti Ruzana bt Abd.Hamid
: Cik NorAzlina bt Akashah
: Dewan terbuka dan Perpustakaan SK Pulau Serai
: 5 dan 6 Februari 2015
: 64 Orang

PENGENALAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit HEM SK Pulau
Serai dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Program ini melibatkan
semua pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber. Tujuan utama penganjuran
kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas
yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi
cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh
yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran
dalam

kepimpinan,

pengetahuan

dan

menambah

pengalaman

serta

memantapkan pelajar. Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan
peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan
pihak pihak luar dalam memantapkan lagi profesionalisme mereka. Semoga
usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam
menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan
nama sekolah.
3.0

TUJUAN

Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman, serta kelulusan daripada pihak
Sekolah Kebangsan Pulau Serai mengenai penganjuran Kem Kepimpinan
Peringkat Sekolah.
4.0

TEMA

Pelajar Inovatif Melonjakkan Transformasi Kepimpinan Negara

5.0

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Ini adalah untuk :


5.1

Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan


modul program jati diri.

5.2

Memupuk nilai nilai kreatif dan semangat dalam proses


melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.

5.3

Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan


persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat
membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.

5.4

Melalui aktiviti aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan


akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap
para pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .

6.0

MASA, TARIKH & TEMPAT


Tarikh : 5 & 6 Februari 2015

7.0

Masa

: 3.00 5.00 Petang

Tempat

: Dewan Terbuka dan Pusat Sumber Sekolah

SASARAN

64 orang murid termasuk Pengawas Sekolah, dan Pengawas Pusat Sumber


Sekolah Kebangsaan Pulau Serai.
8.0

KANDUNGAN PROGRAM

Ceramah Kepimpinan
Menerangkan

erti

sebenar

kepimpinan

dan

menjadikan

murid

tahu

tanggungjawab mereka di sekolah sebagai seorang pemimpin.


Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Menggalakkan murid tampil ke hadapan dan meningkatkan keyakinan diri murid
dengan menceritakan idea mereka dan berkongsi dengan rakan rakan. LDK
juga membantu murid untuk menerapkan kerjasama antara satu sama lain dan
perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Muhasabah Diri
Membantu murid merenung kembali kelebihan dan kelemahan diri mereka.
kelebihan yang ada dalam diri akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk terus
berjaya dan yakin dengan kebolehan diri. Kelemahan yang ada dalam diri perlu
diatasi dengan cara yang positif dan bukan hanya mengalah begitu sahaja.

9.0

ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran

Jumlah ( RM )

Anggaran Perbelanjaan

Jumlah ( RM )

Pendapatan
Unit Bimbingan dan

RM 256.00

Kos Makan

Kauseling

Sumbangan PIBG

JUMLAH

10.0

RM 256

( 64 Pelajar x 4 )

RM 100.00

Cenderahati , sijil, hadiah

RM 356

RM 100

RM 356

ATURCARA PROGRAM
5 Februari 2015
2.30 Petang

Pendaftaran

3.00 - 4.00 petang

Ceramah Kepimpinan dan Ice Breaking

4.00 5.00 Petang

LDK 1

6 Februari 2015

11.0

2.30 Petang

Pendaftaran

3.00 - 4.00 petang

LDK 2

4.00 4.30 Petang

LDK 3 / 4

4.30 5.00 Petang

Penutup

JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat
Pengerusi

Pn. Juariah bt Othman


Pn. Hjh Lailawati bt Hasni

Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari

Pn. Norhayati bt Mohamed Tah


Siti Ruzana bt Abd Hamid
Cik Nor Azlina bt Akashah
AHLI JAWATAN KUASA

Persiapan Tempat
1. En. Mohd Samsul Hasim
2. Pn Siti Ruzana Bt. Abdul Hamid
3. Pn. Norhayati Bt. Mohamed Tah

Pengacara Majlis
1. Pn. Siti Ruzana Bt. Abdul Rahim

Siaraya
1. En Naqiuddin Syafiq B. Zabiddin

Bacaan Doa
1. Ustaz Amiruddin Mohd Salleh

Sijil
1. Pn Siti Ruzana Bt Abdul Hamid
2. Pn Nurul Huda Bt. Abdul Rahim
Kawalan Murid
1. En. Mohd Samsul Hasim
2. En. Ahmad Taufik Othman
Hadiah & Cenderahati
1. Pn. Rabiyatul Adawiyah Kamaruddin
2. Pn. Musalma Ahmad

12.0

PENUTUP

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan


semangat baru kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pemimpin
Sekolah Kebangsaan Pulau Serai. Menyedari pentingnya keterampilan dan

keunggulan pemimpin umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap


dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Serai Pekan, diharapkan
kem ini akan memudahkan dan boleh membantu para peserta dalam
menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga
diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif
kepada semua peserta sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk
menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar.
Sekian.

Disediakan oleh:

......................
(NORHAYATI BT MOHAMED TAH)
Setiausaha,
Kem Kepimpinan
Unit HEM SK PULAU SERAI
Pekan Pahang