Anda di halaman 1dari 3

Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau

97200, Tatau Bintulu


Sarawak
__________________________________________________

KERTAS KERJA
Program Minggu Kemanusiaan
Panitia Psv:
Taman Mini Arca
_____________________________________________

TARIKH:
27 OGOS HINGGA 30 OGOS 2012

ANJURAN:
MINGGU KEMANUSIAAN
(Panitia Pendidikan Seni Visual)

KERTAS KERJA TAMAN MINI ARCA

1.0 PENGENALAN
Sempena Minggu Kemanusiaan 2012, Panitia Pendidikan Seni Visual bercadang untuk memurnikan
lagi landskap sekolah dengan menerapkan elemen budaya, tradisi dan cara hidup masyarakat yang
berada di dalam SMK Tatau. Peralatan tradisional masyarakat Sarawak ditonjolkan dalam satu
persembahan yang dinamakan sebagai Taman Mini Arca.
2.0 TUJUAN
Tujuan taman mini arca ini diwujudkan adalah untuk memasyarakatkan lagi karya seni yang berbentuk
tiga dimensi. Penghasilan arca replika juga mampu menanam minat pelajar terhadap dunia seni
tampak tempatan. Nilai budaya dan identiti masyarakat tempatan diterapkan dalam pemilihan objek
sekaligus mengingatkan pelajar tentang secanggih mana ledakan teknologi semasa, masyarakat serta
pelajar harus mengekalkan jati diri dan nilai hidup tempatan.
3.0
OBJEKTIF
Penghasilan Taman Mini Arca ini diharapkan dapat:
i)
Menjayakan aktiviti bidang kemanusiaan dalam bidang Seni Visual.
ii)
Meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan budaya dan asal-usul yang perlu
dikekalkan.
iii)
Mewujudkan landskap dan persekitaran yang unik dan indah.
iv)
Memperkenalkan kepada masyarakat luar terhadap budaya setempat
v)
Menerapkan unsur seni tiga dimensi dalam seni taman.
3.0

SASARAN
i) Pelajar-pelajar SMK Tatau
ii) Ibu dan bapa
iii) Pelawat
iv) Masyarakat setempat.

4.0

PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : 27 Ogos hingga 30 Ogos 2012
Hari
: Isnin hingga Jumaat
Lokasi : Bersebelahan gelanggang Tenis

5.0

KAEDAH PELAKSANAAN
i) Struktur dawai dan besi
ii) Simen ferro
iii) Binaan konkrit (batu-bata)

6.0

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat
Pengerusi
Ketua Aktiviti
AJK 1
AJK 2
7.0

KEWANGAN

: En. Umpang Anak Keling


: En. Danielson Tajak
: En. Shahrizan Mohd Sapie
: En. Ariffin Mohiddin
: En. Azuan Mohd Khalid

(Pengetua SMK Tatau)


(K. Bidang Kemanusiaan)
(Guru PSV)
(K.Panitia PSV)
(Guru PSV)

7.1 Sumber Kewangan


(A)
Panitia PSV / Sekolah
JUMLAH (A)

RM 954.50
RM 954.50

7.2 Anggaran Perbelanjaan


(B)
Bahan Binaan Taman Mini Arca
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Barang

Kuantiti
1 tan
7 beg
2 batang
10 Meter
1 gulung
2 gulung
1kg
1 unit
2 unit
5 unit
1 unit
300 unit

Pasir
Simen
Besi
Dawai besar
Dawai sederhana
Dawai kecil
Dawai penyidai
Pemotong dawai
Scrapper
Sarung tangan
Kayu 2 x 4
Batu-bata

Harga / Seunit
RM 52.00/ tan
RM 20.00/ beg
RM 75.00/ batang
RM 9.50/ meter
RM 150.00/ gulung
RM 59.00/ gulung
RM 9.50/ kg
RM 24.50/ unit
RM 3.00/ unit
RM 6.30/ unit
RM 28.00/ unit
RM 0.50/ unit

JUMLAH (B)
JUMLAH
8.0

(A) - JUMLAH (B)

= JUMLAH KESELURUHAN

Jumlah RM
RM 52.00
RM 140.00
RM 150.00
RM 95.00
RM 150.00
RM 118.00
RM 9.50
RM 24.50
RM 6.00
RM 31.50
RM 28.00
RM 150.00
RM 954.50

RM 00.00

PENUTUP

Program Minggu Kemanusiaan menerusi binaan taman mini arca yang kekal ini diharap dapat dijadikan
sebagai kenangan dan simbol kebanggaan SMK Tatau. Semoga para pelajar dapat mempergunakan
dan memanfaatkan segala pengisian maksud persembahan arca tersebut. Persekitaran landskap yang
menarik juga turut mempengaruhi psikologi minda pelajar. Lantaran itu, kerjasama daripada semua
pihak penting untuk merealisasikan Minggu Kemanusiaan SMK Tatau 2012 dan warisan budaya
tempatan.
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..
(SHAHRIZAN MOHD SAPIE)
Ketua AJK Taman Mini Arca

(EN.DANIELSON TAJAK)
Ketua Bidang Kemanusiaan

Disahkan oleh,
..
(EN. UMPANG ANAK KELING)
Pengetua SMK Tatau

Anda mungkin juga menyukai