Anda di halaman 1dari 4

TEKS BERCERITA DARIPADA KISAH AL-QURAN (LELAKI)

TAJUK : SITI AMINAH BONDA RASULULLAH S.A.W

Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum w.b.t.

Tersebutlah kisah seorang wanita,


Cantik bestari tiada taranya,
Anak bangsawan pekerti mulia,
Itulah dia Aminah namanya.

Tahukah kawan-kawan siapakah bonda Rasulullah s.a.w ? Beliau ialah Aminah


binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Beliau adalah seorang wanita
berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yang menganugerahkan anak tunggal
yang mulia, rasul yang bijak, pembawa hidayah.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda tentang nasabnya, iaitu asal keturunan
baginda. Allah telah memilih aku dari kinanah, dan memilih kinanah dari suku

Quraisy bangsa Arab. Aku berasal dari keturunan orang yang baik-baik.
Anak adalah amanah Tuhan,
Menyambung warisan generasi belia,
Aminah binti Wahab ibu pilihan,
Keturunan terbaik lagi mulia.

Kawan-kawan sekalian,
Ibu kita juga adalah wanita pilihan Allah kerana mereka telah berjaya
mengharungi pelbagai dugaan hidup untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang
solehah kepada suami dan anak-anaknya. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Wanita-wanita yang solehah itu ialah mereka yang taat (kepada Allah)
dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada kerana Allah telah menjaga mereka
(surah An-nisa : 34)
Berbalik kepada cerita tentang bonda Rasulullah.... Aminah binti Wahab
adalah isteri kepada Abdullah bin Abdul Mutalib, iaitu bapa Nabi Muhammad s.a.w .
Ketika berkahwin dengan Abdullah, umur Aminah binti Wahab ketika itu masih
dibawah 20 tahun manakala Abdullah bin Abdul Muttalib pula menjejak usia 25
tahun.

Rakan-rakan sekalian,
Suatu malam, Aminah bermimpi seakan-akan cahaya keluar darinya menyinari
istana-istana

Syam.

Beliau

juga

mendengar

suara

ghaib

bahawa

beliau

mengandungkan seorang pemimpin umat.


Para pendita Yahudi dan Nasrani selalu membicarakan tentang kedatangan
nabi yang ditunggu-tunggu selama ini. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah,
ayat 129:

Bermaksud : Ya Tuhan kami, Utuslah bagi kami seorang rasul dari kalangan mereka
sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu, dan mengajarkan kitab
dan hikmah kepada mereka, dan menyucikan mereka.

Kawan-kawan sekalian,
Memang benarlah ramalan mimpi Aminah tentang cahaya yang keluar dari
dirinya serta menerangi istana-istana Syam itu. Aminah binti Wahab telah selamat
melahirkan seorang putera lelaki pada hari Isnin, 12 Rabiul awal bersamaan 570
2

Masihi. Putera yang diberi nama Muhammad itu dipilih Allah sebagai rasul pembawa
risalah untuk umat manusia hingga akhir zaman. Telah termaktub di dalam al-Quran
Surah Ali-Imran, ayat 85.:

Yang bermaksud : Dan barangsiapa memilih agama selain Islam, maka tiadalah
diterima ( agama itu ) darinya. Dan di akhirat termasuklah orang-orang yang rugi.
Nabi Muhammad akhiri zaman,
Pembawa rahmat seluruh alam,
Akhlak mulia tiada bandingan,
Menjadi ikutan setiap insan.

Tahukah kawan-kawan?
Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah. Anak tersebut
tidak membawa sebarang dosa yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya. Rasulullah
SAW bersabda maksudnya: Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan

fitrah. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun pada masa kini, masih ada lagi fahaman karut menyatakan anak kecil
yang dilahirkan membawa sial kerana menyebabkan berlakunya pelbagai masalah
seperti bankrap dalam perniagaan, ditimpa malapetaka dan sebagainya.

Ingatlah

kawan-kawan, segala masalah yang berlaku itu merupakan satu ketetapan daripada
Allah SWT dan bukan disebabkan zuriat yang tidak berdosa.

Sidang hadirin sekalian,


Ketika usia nabi Muhammad s.a.w 6 tahun, Aminah bersama-sama anaknya,
Muhammad serta pengasuhnya, Ummu Aiman pergi menziarah pusara suaminya,
Abdullah di Yathrib.

Ketika perjalanan pulang ke Mekkah, Aminah jatuh sakit dan meninggal dunia.
Beliau dikuburkan di sebuah tempat bernama Abwa. Dengan hati yang penuh luka,
kembalilah Nabi Muhammad s.a.w bersama-sama pengasuhnya Ummu Aiman. Maka,
tinggallah Muhammad menjadi yatim piatu. Setelah itu, Muhammad dijaga pula oleh
datuknya, Abdul Mutalib.
Tinggallah nabi seorang diri,
Hilanglah insan yang dikasihi,
Tinggallah nabi seorang diri,
Mengajarnya hidup berdikari.

Betapa harumnya nama Aminah, dan betapa kekal namanya nan abadi. Seorang
ibu yang luhur dan agung sebagai ibu junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,

Ya kawan-kawan,
Kasihan Nabi Muhammad s.a.w, sejak kecil telah menjadi yatim piatu,
bayangkan kita di tempatnya. Kita patut bersyukur kerana masih mempunyai ayah
dan ibu yang sentiasa menyayangi dan mengasihi kita. Sebagai anak kita hendaklah
menggunakan masa yang ada untuk membalas jasa ibu bapa kita yang telah
melahirkan

dan

membesarkan

kita

sehingga

dewasa.

Jangan

sesekali

kita

menderhaka kepada orang tua kita. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Redha Allah bergantung pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung

pada murka kedua ibu bapa.


Cantik sekali si burung nuri,
Hinggap sebentar di atas atap,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf salah dan silap.
Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian
terima kasih.
4