Anda di halaman 1dari 4

TEKS BERCERITA DARIPADA KISAH AL-QURAN (PEREMPUAN)

TAJUK : ISRAK MIKRAJ


Nasi lemak buah bidara
Daun selasih hamba lurutkan
Salam ukhuwwah pembuka bicara
Kepada hadirin hadirat sekalian
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Setahun sebelum Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, dua peristiwa berlaku
ke atas diri baginda. Peristiwa pertama, wafatnya Sayyidatina Khadijah isteri tercinta.
Kedua, wafatnya bapa saudara baginda A...bu Tolib.
Dengan

pemergian

orang

yang

amat

dikasihi,

bertambahlah

penderitaan

Rasulullah...kerana mereka adalah pembela dan pendamping Rasulullah ketika baginda


menghadapi penentangan dalam menyebarkan agama Islam, lalu... tahun tersebut
dinamakan sebagai Tahun Dukacita. Peristiwa yang menyedihkan itu baginda hadapi
dengan penuh kesabaran dan keimanan.

Ya, kawan-kawan sabar adalah kunci kejayaan...setiap halangan pasti ada


hikmahnya.
Untuk menghidupkan kembali semangat Rasulullah, Allah menjemput baginda
menemuiNYA melalui peristiwa Israk dan Mikraj.

untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran kami.


Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
al-Israk ayat 1

-Surah

Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada
malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke
Sidratul Muntaha, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Ianya berlaku
pada malam 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan.
Ketika Rasulullah sedang berehat di rumah Ummu Hani, sepupu Rasulullah. Tiba-tiba
datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga zam-zam. Di sana dada
Nabi dibedah dan dikeluarkan hatinya untuk dicuci dengan air zam-zam. Malaikat
memasukkan iman dan hikmah ke dalam dada baginda sebagai persediaan untuk Israk
dan Mikraj.

Lagu

Pandangan hati itu yang hakiki...


Jika hati itu bersih...

Ya kawan-kawan, Islam menitikberatkan kebersihan hati. Bagi menjaga


kebersihan hati, kita digalakkan supaya sentiasa mengingati Allah.

Firman Allah dalam Surah ar-rad ayat 28

ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenanglah hati manusia.


Kemudian, baginda dipersilakan oleh Jibril menunggang sejenis kenderaan yang amat
canggih. Kepantasannya lebih laju daripada kereta lumba F1 tetapi tidak menggunakan
minyak. Kenderaan itu ialah seekor binatang yang dipanggil Buraq.
Setelah beberapa ketika, sampailah baginda di beberapa tempat iaitu Kota
Toyibah, Madyan, Bukit Thursina dan Baitul Laham. Di setiap tempat baginda singgahi
itu, Malaikat Jibril menyuruh Nabi melakukan solat 2 rakaat.

Ya kawan-kawan, kita dituntut mengerjakan solat sunat apabila singgah di


masjid atau di tempat-tempat yang mulia dengan tujuan untuk memakmurkan
tempat tersebut.

Perjalanan diteruskan lagi. Semasa ke Baitul Maqdis, Nabi telah diperlihatkan


pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil. Di antaranya adalah :
- Jin Ifrit membawa obor, mengejar baginda untuk memperdaya dan menghalang
perjalanan baginda.

Kawan-kawan, itulah kerja Iblis dan syaitan yang tidak akan jemu menggoda
dan memperdayakan manusia dengan pelbagai cara. Jangan mudah terpedaya
tau !
- Seterusnya nabi diperlihatkan satu kaum memecahkan sendiri kepala mereka dengan
batu besar, setelah pecah ia kembali sembuh dan mengulanginya semula.
- Nabi juga melihat pelbagai bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan manusia yang
makan riba, penzina, pengumpat, penfitnah dan lain-lain lagi. Seperti tagline Astromacam-macam ada......

Kawan-kawan nak tak diseksa di dalam neraka? Tentu tak nak kan?? Oleh yang
demikian marilah kita hayati firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat 6:

Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka.

Selepas menyaksikan peristiwa Israk, akhirnya sampailah baginda di Baitul Maqdis.


Di sana, Baginda telah solat tahiyatul masjid dan berjemaah bersama para nabi dan rasul
terdahulu.

Setelah itu, baginda diMikrajkan. Ketika inilah, manusia diwajibkan untuk menunaikan
solat lima waktu. Kawan-kawan tahu tak? Pada mulanya Allah memerintahkan solat sebanyak
50 waktu sehari semalam. Namun apabila dinasihati oleh nabi Ibrahim, Baginda menghadap
semula Allah dan memohon agar dikurangkan, dengan alasan bahawa umatnya tidak sanggup
melaksanakan solat 50 waktu itu.
Diringkaskan cerita, setelah beberapa kali Baginda berulang alik bertemu dengan
Allah supaya dikurangkan, akhirnya, Alah memerintahkan solat hanya 5 kali sahaja sehari
semalam itupun masih ramai umat Islam yang tidak solat. Tak baik tau...!!
Firman Allah dari surah al-Ankabut, ayat 45 :

Sesungguhnya solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Ya, kawan-kawan...Solat adalah tiang agama. Jika dilaksanakan, kuatlah


agama, mantap iman di dada. Jika ditinggalkan, runtuhlah agama jiwa merana.
Lagu - Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walau pun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa guna
Walau pun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa guna......

Sekian....Wabillahi

taufik

walhidayah

wabarakatuh...

wassalamualaikum

warahmatullahi