Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI

Saya bersyukur dan berasa gembira selepas saya dapatmenyiapkan


tugasan. Semasa saya mendapat soalan tugasan itu, saya tidak pasti
tentang kehendak soalan yang diberikan. Dengan penerangan pensyarah
saya iaitu Dr Tey Kien Huat, saya memahami kehendak soalan projek itu
dan akhirnya dapat menyiapkannya sebelum tarikh serahan. Beliau
memberi bimbingan kepada rakan sekelas saya dan saya apabila kami
mengalami cabaran dalam proses membuat projek itu. .
Sebelum saya memulakan tugasan saya, saya mencari maklumat
sama ada di internet atau di pusat sumber institut pendidikan guru saya.
Selain itu, saya juga merancang bagaimana cara untuk menghasilkan satu
klip video yang baik. Semasa waktu kuliah, pensyarah akan menerangkan
cara-cara dan teknik-teknik yang penting untuk menghasilkan satu bahan
pembelajaran berasaskan web dan klip video.
Selain itu, saya juga berbincang dengan rakan-rakan saya supaya dapat
pelbagai idea yang baik dalam penghasilan video. Sebelum mula membuat
kerja, saya akan merancang isi-isi yang saya hendak menyampaikan dalam
video. Saya juga melayari internet untuk merujuk video yang dibuat oleh
golongan professional. Ilmu dan teknik digunakan oleh mereka membuat
video patutlah saya pelajari. Sebagai guru, saya hendaklah memenuhi diri
saya dengan ilmu pengetahuan dan cara-cara yang berkaitan dengan
akdemik
Selain itu, saya dapat pengalaman untuk menghasilkan video klip. Mulamulanya,saya merancang maklumat apa yang hendak disampaikan dalam
video saya. Selepas itu, saya berlakon dalam lakonan yang disediakan
terlebih dahulu, kawan saya pula menolong saya angkat kamera video
supaya dapat merakamkan lakonan itu. Saya akan memasukkan elemenelemen multimedia seperti gambar dan lagu ke dalam video itu. Akhirnya,
saya menyambungkan semua klip-klip video yang saya rakam itu kepada
video.

Seterusnya, saya mempelajari teknik-teknik mengubahsuai video yang


biasa tidak dapat dipelajari dalam kelas. Saya dapat mengetahui cara-cara
menyerapkan unsur-unsur multimedia ke dalam video itu supaya ia boleh
menjadi lebih menarik jika digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru hendaklah menarik perhatian murid-murid supaya
mereka tidak berasa bosan semasa belajar dalam kelas. Selain itu, saya
juga mempelajari cara-cara untuk mereka bentuk laman web supaya ia
lebih sesuai untuk menjadi bahan pembelajaran dalam bilik darjah.
Saya juga merujuk kepada laman web yang ada pada internet sebagai
garis panduan saya semasa membuat projek ini. Dengan melaksanakan
projek ini, saya mendedahkan kepada ilmu pengetahuan tentang rangkaian
iaitu saya hendaklah memuatnaikkan projek saya kepada internet. Dengan
itu, saya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang teknologi sebelum
menjadi seorang guru pada masa depan.
Selain itu, saya juga mencari buku rujukan yang berkaitan dengan
menghasilkan laman web dalam perpustakaan. Dengan itu, saya
berbincang dengan kawan saya yang mempunyai pengalaman dalam
penghasilan media dan laman web selepas saya membaca buku rujukan itu.
Masalah yang saya menghadapi semasa membuat tugasan ini adalah
pengurusan masa. Masa untuk membuat projek subjek teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran sama dengan subjek lain. Oleh sebab itu,
saya hendaklah merancang dan membuat satu jadual untuk
membahagikan masa membuat tugasan antara subjek ini dengan subjek
lain. Seterusnya, saya juga menghadapi masalah kewangan semasa
membuat tugasan yang diamanahkan ini. Dengan bantuan ibu dan bapa
saya, saya dapat menyelesaikan masalah ini dengan lancar.
Selain itu, saya menghadapi cabaran apabila kesesuaian video tidak
sepadan tempat yang dekat . Masalah pengangkutan juga menyebabkan
video yang dihasilkan tidak mempunyai keistimewaan. Video yang
dihasilkan mempunyai latar yang berbeza-beza supaya video itu dapat
menarik perhatian murid-murid semasa dalam proses pengajaran

pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan mengatasi masalah itu, kawan


saya dan saya telah mengajak antara satu sama lain untuk keluar mencari
tempat yang lebih baik supaya dapat menghasilkan video yang lebih
menarik.
Sebagai seorang guru pelatih, ilmu pengetahuan tentang teknologi
maklumat komunikasi amat penting kepada saya untuk menjadi seorang
guru pada masa akan datang.hal ini demikian,ilmu tersebut dapat
memudahkan cara-cara berkomunikasi kami dengan murid-murid kami.
Penyampaian maklumat akan lebih berkesan apabila guru menggunakan
alat-alat teknologi maklumat komunikasi. Dengan itu, proses pengajaran
dan pembelajaran yang dilaksanakan akan menjadi lebih berkesan.
Subjek teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan ilmu pengetahuan yang tidak boleh ditimba melalui buku-buku
ilmiah biasa yang saya belajari setiap hari. Saya berasa kerjaya sebagai
seorang guru apabila dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan tentang
teknologi maklumat komunikasi di dalam kelas pada masa hadapan .
Selain itu, saya dapat memperolehi pengalaman dalam merakamkan video,
mengubhsuai video dan teknik ataupun cara berlakon.
Pada zaman globalisasi ini, guru melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) dalam biliik darjah dengan menggunakan
komputer. Saya memahami kepentingan ilmu tentang teknologi maklumat
komunikasi kepada seseorang guru dan saya akan berusaha mempelajari
sebanyak mungkin ilmu pengetahuan semasa saya belajar di institut
pendidikan guru (IPG) . Selain itu, guru merupakan satu profesion yang
sangat mulia mahupun penting dalam masyarakat pada zaman sekarang.
Guru merupakan Oleh sebab itu, guru hendaklah mempelajari ilmu dalam
semua bidang yang berkaitan dengan bidang akdemik.
Di samping itu, penerapan ilmu pengetahuan yang berkaitan
teknologi maklumat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat
membantu pembentukan sosial dan intelek murid-murid. Ilmu pengetahuan
yang terdapat dalam subjek teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

adalah selaras dengan kehendak tahap kecemerlangan dan penting dalam


perkembangan dari segi sosial dan intelek. Antara ilmu yang diterapkan
adalah cara menggunakan computer, perisian dan alat berkomunikasi.
Selain itu, ilmu pengetahuan tentang penghasilan media berkaitan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan menarik
perhatian murid-murid belajar dan juga meningkatkan minat belajar dalam
kalangan murid-murid. Dari segi aspek intelek, penghasilan media sebagai
alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan
sahaja dapat mengurangkan rasa bosan murid semasa belajar di dalam
bilik darjah namun begitu ia juga meningkatkan dan memperkembangkan
aspek intelek murid-murid.
Sebagai contoh, guru menghasilkan bahan bantu mengajar dalam
bentuk multimedia agar dapat memupuk minat murid-murid dalam proses
pembelajaran. Di samping itu, guru wajarlah mengadakan aktiviti-aktiviti
seperti pertandingan Pemikiran Secara Kreatif dan Kritis iaitu untuk
memberi peluang kepada murid-murid untuk menghasilkan media dengan
kreativiti masing-masing. Hal ini demikian dapat mengembangkan
pemikiran secara kreatif dan kritis dalam kalangan murid-murid dan
membolehkan murid-murid mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan yang
tidak dapat dipelajari didalam bilik darjah.
Penghasilan media dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik. Hal ini demikian, penghasilan media
mempunyai elemen-elemen multimedia seperti grafik, animasi, video dan
bunyi yang lebih senang untuk meningkatkan kefahaman semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di samping itu,
penghasilan media dapat menghasilkan alat bantu mengajar yang dapat
menarik perhatian murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, murid-murid akan lebih senang memahami maklumat yang
disampaikan oleh guru dengan bantuan media.

Anda mungkin juga menyukai