Anda di halaman 1dari 1

Tajuk :Cita cita Saya

Semua orang mempunyai cita-cita,begitu juga


dengan saya.Saya bercita-cita ingin menjadi seorang
doktor suatu hari nanti.
Saya berminat untuk menjadi doktor kerana saya
hendak mengubati orang-orang yang sakit.Jika ada ahli
keluarga saya yang sakit maka saya dapat mengubati
mereka.
Ibu dan bapa mendorong saya supaya belajar
bersungguh-sungguh supaya cita-cita saya hendak
menjadi doktor akan tercapai.
Jika saya mahu menjadi doktor saya perlu berusaha
dengan lebih rajin dan perlu mengambil jurusan sains.
Kerjaya doktor sangat dipandang mulia.Selain
memberi pendapatan yang lumayan,kerjaya ini juga
membolehkan kita berbakti kepada orang lain.
Saya berdoa dan berharap supaya cita-cita saya
hendak menjadi doktor akan tercapai.Saya ingin berbakti
kepada masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai