Anda di halaman 1dari 2

PENGE

NALAN

Sosial ialah segala perkara yang mengenai masyarakat atau kemasyarakatan.


Budaya pula maksudnya fikiran dan akal budi. Budaya ialah segala hal yang dibuat
oleh manusia berdasarkan fikiran dan akal budinya yang mengandungi cinta dan rasa.
Dapat berupa kesenian, pengetahuan, moral, hukum, kepercayaan, adat istiadat
ataupun ilmu. Maka, definisi sosial dan budaya ialah segala hal yang dicipta oleh
manusia dengan pemikiran dan budi nuraninya. Untuk pengertian yang lebih jelas,
sosial dan budaya ialah manusia membuat sesuatu berdasarkan budi dan fikirannya
yang diperuntukkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Adat ialah aneka kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada keadaan
dan situasi sesuatu masyarakat itu. Ringkasnya, adat adalah peraturan hidup seharihari. Ia merupakan gagan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai, kebudayaan,
norma, dan kebiasaan. Secara umumnya, kelaziman atau kebiasaan sesuatu perkara
yang dilakukan itu telah bersebati dalam kehidupan sesuatu masyarakat dari suatu
negara, kebudayaan, waktu atau agama yang sama. Adat dapat diteruskan dengan
adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis
ataupun lisan. Tujuan adat serupa dengan semua kaum di negara kita,, iaitu untuk
membentuk suatu masyarakat yang maju, dinamik dan progresif, kerana adat dapat
mencerminkan jiwa suatu masyarakat atau bangsa dan merupakan suatu keperibadian
dari suatu masyarakat atau bangsa.

Budaya dan adat amat penting dalam kehidupan masyarakat. Sesuatu budaya
mempunyai nilai-nilai murni dan boleh memupuk sikap menghormati antara satu
sama lain. Pengamalan budaya memastikan peraturan dan saling bergantung anggota
masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan dalam negara, budaya amat
penting kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain
menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang
remeh. Penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita. Sikap

menghargai budaya pula memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput
ditelan zaman. Adat resam berupaya memberikan nasihat atau teguran tanpa
menyinggung perasaan seseorang. Usaha membentuk insan yang berakhlak mulia
bukanlah mudah. Di sinilah letaknya kepentingan adat resam seperti pantang larang.

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum.


Rakyat di negara kita terdiri tiga kaum yang utama iaitu kaum Melayu, Cina dan
India. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan
sehinggalah kematian, terdapat di dalam kehidupan semua masyarakat di Malaysia.

Pada zaman moden ini, adat dianggap sebagai perkara yang remeh. Selain itu,
zaman moden ini telah membentuk dunia tanpa sempadan dalam semua aspek
termasuk adat resam yang diwarisi secara turun-temurun. Adat-adat yang mempunyai
unsur-unsur tradisional telah diterapkan oleh budaya barat disebabkan oleh dunia
tanpa sempadan. Tambahan pula, dewasa kini juga menganggap adat sebagai suatu
beban. Sebagai contoh, adat membuat kenduri di mana mereka bekerjasama semasa
memasak untuk seluruh kampong. Akan tetapi, kini perkhidmatan katering
menggantikkannya kerana terlalu meletihkan diri. Ini menyebabkan adat tersebut
terhakis. Rasional saya memilih tajuk adat kelahiran masyarakat melayu adalah untuk
memahami tentang kepentingan masyarakat meayu mengamalkan adat-adat tersebut
dan juga mengkaji proses-proses yang dilakukan semasa menyambut kelahiran anak.

Adat kelahiran masyarakat melayu mempunyai pelbagai pantang-larang tersendiri


dan bermula sewaktu seorang ibu sedang mengandung hinggalah kepada peringkat dia
bersalin. Tujuannya ialah supaya ibu dan anak yang dikandung berada dalam keadaan
sihat dan selamat. Melalui kajian ini, saya sebagai masyarakat dari kaum lain dapat
memahami adat yang diikuti oleh masyarakat melayu semasa menyambut kelahiran
anak dan dapat menghormati adat mereka.

Anda mungkin juga menyukai