Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2

( MAKROPENGAJARAN )

Mata Pelajaran

: Matematik

Tahun
Bilangan Murid

: Tahun 2
: 4 orang

Tarikh
Bidang Pembelajaran

: 27 Oktober 2011
: Ruang Dan Bentuk

Tajuk

: Bentuk Tiga Dimensi ( 3D )

Objektif Pembelajaran

: Mengenal pasti bentuk tiga dimensi

Hasil Pembelajaran
dapat

: Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid

i.
Menamakan
bentuk kubus, kuboid, sfera, piramid, silinder dan kon dengan betul dan
tepat.
ii.
Membezakan bentuk tiga dimensi (3D) yang ada permukaan rata
dan permukaan melengkung dengan betul.

Pendekatan P & P
Kaedah / Teknik

Konstruktivisme , Pembelajaran Masteri

Perbincangan

KBKK
: Mengelaskan, Menjana idea,
Berkomunikasi, Membanding dan
membezakan.
Nilai Murni

Bekerjasama

Bahan, peralatan dan bahan sumber :


1)

ping pong 5 biji

2)

kotak tisu 4 kotak

3)

set bongkah 3D 2 set

4)

lembaran kerja

5)

slaid powerpoint

Langkah berjaga-jaga

: - tiada -

Pengetahuan Sedia Ada


: Murid-murid telah mempelajari nama
bentuk tiga dimensi semasa belajar Matematik Tahun 1 dan mereka juga
mengetahui bentuk-bentuk bagi sesuatu objek dalam kehidupan harian
mereka.

Fasa

Isi Kandungan

Permulaan /
Mencungkil
Idea
( 5 minit )

Membezakan
permukaan
rata dan
permukaan
melengkung

Mengenali sisi
dan bucu

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran


Aktiviti Guru
1. Guru meminta
murid memerhati apa
yang dilakukan
olehnya.
2. Guru menjatuhkan
ping pong dan kotak
tisu ke atas meja.
3. Guru menanya
murid :
a) Apa yang kamu
dapat lihat semasa
ping pong / kotak tisu
itu terjatuh ke atas
meja ?
b) Mengapakah ping
pong boleh berguling
ke depan, kotak tisu
tidak dapat?
c) Apa bentuk bagi
ping pong / kotak tisu
ini?
d) Cuba kamu
merasa dan membuat
pemerhatian pada
permukaan ping pong
dengan tapak tangan.
Apa yang kamu rasa?
Adakah
permukaannya rata
atau melengkung?
( diikuti dengan
merasa kotak tisu )
e) Sekarang, cuba
kamu rasa bahagian
yang di hujung kubus.
Apa yang kamu rasa?
f) pegang bahagian
tepi kotak tisu. Cuba
kamu rasa, adakah ia
lurus atau bengkok?

Aktiviti Murid
1. Murid
melihat apa
yang dilakukan
oleh guru.
2. Murid
menjawab
soalan-soalan
guru.
(contoh
jawapan)
a) Ping pong
berguling
dengan cepat
ke hadapan.
Kotak tisu tidak
berguling.
b) Ping pong
boleh berguling
dengan cepat
kerana ia
berbentuk bulat.
Kotak tisu
berbentuk
segiempat.
c) Ping pong
berbentuk sfera.
Kotak tisu
berbentuk
kubus.
d) Permukaann
pada ping pong
licin dan
melengkung.
Permukaan
kotak tisu licin
dan rata.
e) Tajam.
f) Lurus

Nota /
Catatan
BBM :
Ping pong
Kotak tisu
Strategi /
Teknik :
Penyoalan
seluruh kelas
KBKK :
Membanding
dan
membezakan
Berkomunika
si

Menstruktu
r/
Menstruktu
r Semula
( 15 minit )

Menamakan
bentuk
bongkah 3D

Aplikasi
Idea
( 5 minit )

Memperihalka
n permukaan
rata,
permukaan
melengkung,
sis dan bucu
bentuk 3D

1. Guru menunjukkan
bongkah 3D dan
minta murid
menyatakan bentuk
bongkah tersebut.
2. Guru mengagihkan
murid kepada 2
kumpulan secara
berpasangan.
3. Guru memberi
satu set bongkah tiga
dimensi dan satu
jadual kepada setiap
kumpulan.
4. Guru meminta
murid membilang
permukaan rata,
permukaan
melengkung, sisi dan
bucu bagi setiap
bongkah yang
dibekalkan.
5. Guru meminta
murid merekodkan
hasil perbincangan
mereka di dalam
jadual yang diberikan.
6. Guru
menggunakan slaid
powerpoint untuk
menerangkan
bilangan permukaan
rata dan melengkung,
sisi dan bucu bagi
setiap bentuk tiga
dimensi.
7. Guru meminta
murid menyemak
jawapan mereka.
1. Guru
mengedarkan latihan
penilaian mengikut
aras murid.
2. Guru berbincang
jawapan bersama
dengan murid.

Refleksi /

Teka- teki

1. Guru menaksir

Memperihalka
n permukaan
rata,
permukaan
melengkung,
sis dan bucu
bentuk 3D

1. Murid
menyatakan
nama bentuk
bongkah 3D
yang
ditunjukkan oleh
guru.
2. Murid
membilang
bilangan
permukaan rata,
permukaan
melengkung,
sisi dan bucu
bagi setiap
bongkah.
3. Murid
merekodkan
hasil dapatan
mereka di
dalam jadual.
4. Murid
melihat nota di
slaid powerpoint
yang
ditunjukkan dan
mendengar
penerangan
guru.
5. Murid
menyemak hasil
perbincangan
mereka tadi.

Strategi /
Teknik :
Penyoalan
seluruh kelas
Perbincanga
n

1. Murid
menyiapkan
latihan
penilaian.
( pembelajaran
masteri )

BBM:
Lembaran
kerja

1. Murid

Strategi /

BBM :
Set bongkah
3D
Nilai Murni :
Bekerjasama
KBKK :
Mengelaskan

Penutup
( 5 minit )

- Menamaka
n bentuk 3D

kefahaman murid
dengan memberi
teka-teki.
2. Guru menyatakan
penerangan dan
minta murid cuba
meneka apa bentuk
itu.

mendengar
penerangan
guru dengan
teliti dan
menjawab
soalan teka-teki
tersebut.

Teknik
Teka -teki

Refleksi :

Daripada maklum balas murid, saya dapati mereka memberi respon yang
agak memuaskan terhadap soalan yang saya kemukakan pada permulaan
pengajaran iaitu set induksi. Ini telah menunjukkan saya telah
meransangkan minat murid dengan menghubungkaitkan pengetahuan
sedia ada mereka dan menunjukkan murid dalam keadaan bersedia untuk
meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid dalam
menjalankan aktiviti adalah aktif dan menunjukkan semangat
bekerjasama dalam perbincangan menyiapkan aktiviti yang disuruh
dengan baik. Aktiviti yang saya rancang telah menjurus kepada
pencapaian objektif pengajaran pada hari itu.

Dengan mengimbas kembali, objektif pengajaran yang telah ditetapkan


sebelum ini turut tercapai dengan 97% kerana terdapat seorang murid
membuat sedikit kesilapan memperihalkan permukaan rata, permukaan
melengkung, sisi dan bucu bagi bentuk tiga dimensi (3D). Murid-murid
dapat menjawab lembaran kerja yang diberi dengan betul setelah
disemak.

Kekuatan dan kelemahan : Saya perlu mengawal masa yang digunakan


dalam semua fasa pengajaran supaya tidak menjejaskan mana-mana
aktiviti yang telah dirancang. Selain itu saya kurang memberi galakkan
kepada murid yang menjawab soalan dengan betul semasa pengajaran
dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancang dapat memupuk nilai
kerjasama antara murid-murid serta mengukuhkan kefahaman mereka
terhadap isi pengajaran yang disampaikan. Juga tidak ketinggalan dengan
bahan bantu mengajar yang menarik perhatian murid dan seterusnya
meningkatkan pencapaian objektif pembelajaran pada hari itu.

Walaupun suara saya yang lantang dan jelas memudahkan murid-murid


saya faham akan soalan saya dan seterusnya melibatkan diri dalam
menjawab soalan yang dikemukakan. Murid-murid juga memberi tumpuan
yang sepenuhnya terhadap sesi pengajaran yang dilaksanakan. Namun
begitu, saya gagal memanggil seorang demi seorang untuk mencuba

menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh saya. Soalan-soalan yang


diajukan adalah secara keseluruhan kelas dan tidak dapat mengesan
kefahaman murid terutamanya bagi murid LINUS.Sebagai seorang guru
yang efektif, saya seharusnya memanggil nama murid untuk menjawab
setelah mengajukan soalan kepada murid dan lebih bertanyakan soalan
yang berkaitan dengan topik untuk menguji kefahaman murid
LINUS. Sekiranya murid LINUS yang dipanggil masih tidak dapat menjawab
soalan yang dikemukakan, saya perlulah menunjukkan kesabaran dan
memberi galakkan kepada murid tersebut sehingga dapat menjawab
soalan yang dikemukan selain daripada menaksir kefahaman murid
terhadap isi pengajaran hari itu. Lama-kelamaan keyakinan pada diri
murid tersebut dapat dipupukkan sedikit demi sedikit begitu juga dengan
merasai penghargaan daripada saya dalam menjawab soalan. Oleh itu,
murid tersebut akan meneruskan usaha mereka untuk mencapai kejayaan.

Selain itu, kelemahan-kelemahan lain yang dapat dikenalpasti dalam


proses pengajaran dan pembelajaran ialah saya telah lupa menyediakan
salah satu bentuk bongkah 3D iaitu berbentuk sfera. Saya berasa cemas
apabila mendapati bogkah 3D berbentuk sfera tidak ada. Jadi saya
terpaksa mengubah strategi rancangan pengajaran saya dengan
menggunakan ping pong menggantikan sfera. Saya juga mendapati
interaksi antara murid dan guru adalah kurang memuaskan. Murid hanya
menjawab soalan saya setelah diajukan kepada mereka sahaja.

Dalam p & p pada hari ini, saya telah menggunakan teknologi maklumat
seperti powerpiont dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang canggih ini telah menarik minat
murid kerana seiring dengan perkembangan dunia sekarang yang mana
kapur dan papan hitam dilihat sudah ketinggalan zaman. Power Point yang
ditunjukkan menarik dan bersesuaian dengan tajuk pengajaran pada hari
ini serta juga dapat merangsangkan minat murid dan menggalakkan
memberikan tumpuan terhadap isi pengajaran. Lembaran kerja yang
disediakan kepada murid juga bersesuaian dan mengikut tahap
penguasaan murid iaitu murid LINUS dan murid PERDANA.

Melalui apa yang telah diperkatakan, jika saya diberi peluang untuk
mengajar tajuk ini sekali bagi kumpulan murid yang sama, saya akan lebih
bersedia dengan menyediakan Power Point yang lebih menarik lagi
berbanding dengan slaid powerpoint yang digunakan sekarang. Selain itu,
saya akan memeriksa semua bahan bantu mengajar saya dengan terapi
sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajara. Saya juga
akan membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan
teknik bermain dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar bagi
menarik penglibatan murid secara aktif. Suasana pembelajaran juga akan
saya wujudkan menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dalam
pelbagai hala dalam kelas seperti memberi senyuman atau respons yang

positif kepada murid yang sudi menjawab soalan saya. Melalui cara ini
barulah saya dapat membantu murid-murid dalam mencapai objektif
pembelajaran secara produktif dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai