Anda di halaman 1dari 3

Kajian Tentang Solat

15Apr09
Salam ukhuwwah..
Alhamdulillah syukur pada Allah kerana masih bagi kekuatan pada saya untuk menulis.betullah
kata sahabat-sahabat, letih berfikir lebih teruk dari letih melakukan sesuatu kerja.rasa nak cerita
tentang solat sebab sepanjang pemerhatian saya, ramai manusia yang mengaku beragama islam
tetapi mereka telah meninggalkan solat. Yang peliknya, orang bukan islam telah membuat kajian
tentang solat.Tahun lepas ada 3 orang penyelidik dari Universiti Malaya dan salah seorang dari
mereka ialah seorang yang berbangsa cina. Kajian ini dibuat dibawah Jabatan Kejuruteraan
Biomedikal Universiti Malaya dan mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri
yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.Allahukakbar..marilah samasama kita lihat apakah ulasan mereka tentang kajian mereka ini.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan
senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk
dan bongkok menyamai senaman ringan. Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat.
Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman
dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh, katanya. Malah, katanya solat
sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan
positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti
otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan
pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang
diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk
mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal
dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,
katanya .Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang
dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang
dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai
peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu
adalah tamakninah, katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu
berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan
memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih
bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim Komposisi Tubuh


Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu
tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur
komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan
keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat,
teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan
pelbagai penyakit kritikal lain, katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah
dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan
dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki
ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi
tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai
kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh
manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan
akhirnya meneutralkan cas tubuh.
Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak
penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan
mempunyai cas negatif, katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan
lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti
berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa,
komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah
akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika
berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh
yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan
beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan
membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan
menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk

wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman
sama seperti gerakan solat, katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali
sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum
ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan
pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu
dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,
katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu
dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai
kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar
denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan
lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,
katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada
posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi
solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu
melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus
terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga
bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan
menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu
Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh
(posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
InsyaAllah mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat daripada artikel
itu yang telah saya ambil dari Berita Harian.Saya doakan agar Allah memberi
hidayah kepada Ng Siew Chok mudah-mudahan dengan kajian yang dilakukan olehnya
menjadikan beliau semakin dekat dengan Islam dan seterusnya masuk Islam, insyaAllah.Marilah
sama-sama kita meningkatkan kualiti solat kita mudah-mudahan diterima Allah.Siiru alla
barakatillah