Anda di halaman 1dari 8

1.

DEFINISI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandunagan


dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini
meyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

Pengalaman harian hidup

Persekolahan

Kehidupan masyarakat

Alam pekerjaan

2.0

TEORI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Mengikut teori pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila murid
dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna
dalam rangka minda mereka. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika
maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.
Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk
menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
(i) Konteks yang pelbagai :
a. Fizikal
b. Budaya
c. Psikologi
d. Sosial
(ii) Kepelbagaian persekitaran pembelajaran :
1

a. Bilik darjah
b. Makmal
c. Tempat kerja
d. Kehidupan harian
(iii) Kumpulan sasaran murid yang mendapat manfaat yang lebih daripada
pembelajaran secara kontekstual :
a. Jenis murid
- kumpulan sederhana
b. Ciri murid
- cenderung kepada aplikasi konsep
- terdorong melalui aktiviti hands-on
- tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak
c. Lokasi
- sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional
- sekolah-sekolah menengah harian

3.0

KEPENTINGAN PENDEKATAN KONTEKSTUAL

Pendekatan kontekstual perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) bagi memastikan
murid dapat mngekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri. Selain
daripada memastikan murid dapat memiliki pelbagai jenis kecerdasan, pembelajaran kontekstual
juga mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.
Ciri-ciri Kejayaan Dalam Pembelajaran
Kita kekalkan :

Kita Belajar

- 10%

Apakah yang kit abaca

- 20%

Apakah yang kita dengar

- 30%

Apakah yang kita lihat

- 50%

Apakah yang kita dengar dan lihat

- 70%

Apakah yang kita bincang dengan orang lain

- 80%

Apakah yang kita alami sendiri


2
Apakah yang kita ajar kepada orang lain

- 95%

Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation

Teori Kecerdasan Pelbagai


Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan
pelbagai

iaitu

verbal-linguistik,

logic-matematik,

naturalis,

interpersonal,

kinestetik,

intrapersonal, visual-ruang dan muzik.


Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walaubagaimanapun tahap kombinasi
kecerdasn berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat tentang
apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru
pendekatan pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih
berkesan.
Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah p&p yang mencabar, berkesan dan
menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran
dan prestasi murid.
Pelbagai Gaya Pembelajaran
Pembelajaran secara konkrit
Merasa
Mengalami dan
melakukan
Melakukan

Melihat dan
mengalami
Pembelajaran
Kontekstual
3

Melihat

Memikir dan
Melakukan

Melihat dan
memikir
Memikir

Pembelajaran secara abstark


4.0

FAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Pendekatan pembelajaran kontekstual ini memberi faedah kepada pelbagai pihak iaitu murid,
guru dan industri. Pendekatan ini membolehkan murid mengaikan matapelajaran dengan
pekerjaan atau kehidupan dan pengalaman harian. Murid juga boleh memindahkan kemahiran
serta meneroka dan medapatkan bukti tentang apa yang dipelajari. Selain itu murid juga boleh
menguasai secara abstrak melalui pengalaman konkrit dan dapat belajar secara kerjasama.
Faedah yang akan diperolehi sebagai seorang guru pula adalah dapat menjadikan pengajaran
sebagai satu pengalamn berjaya. Guru dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan
dunia pekerjaan. Selain inu juga guru dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan
vokasional atau industri.
Faedah seterusnya ialah faedah yang diterima oleh pihak industri. Industri akan menerima tenaga
kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan.
Selain itu dapat menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi.

5.0

STRATEGI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Pengajaran dan kurikulum yang berteraskan strategi pengajaran dan pembelajaran (p&p)
konteksual sebaik-baiknya distruktur untuk menggalakkan lima bentuk asas pembelajaran iaitu
Relating (Menghubung), Experiencing (Mengalami), Applying (Mengaplikasi), Cooperating
(Berkoperasi), dan Transferring (Pindahan).
Relating (Menghubung kait)
Pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup, atau membuat kaitan, merupakan suatu bentuk
pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku dikalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak
4

membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang
bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup
mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan-keadaan harian.
Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan-keadaan harigan itu dipautkan dengan maklumat
baru untuk diinternalisasikan atau menyelesaikan sesuatu masalah.
Experiencing (Mengalami)
Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan, dan reka cipta - merupakan
nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi
p&p seperti video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk
pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya
pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan
yang aktif.
Applying (Mengaplikasi)
Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks berguna kerap kalinya dapat melonjakkan
pelajar ke masa hadapan yang dibayangkan (pekerjaan yang akan ditempuri) atau lokasi yang
tidak begitu biasa (tempat kerja sebenar). Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi
seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan
amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja.
Cooperating (Bekerjasama)
Koperasi - pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan
pelajar lain - merupakan strategi p&p yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman
berkoperasi bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia
juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Majikan
mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat, dan bekerja dengan
selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih
kemahiran koperasi di sekolah.

Kerja-kerja makmal yang merupakan salah satu kaedah pengajaran utama dalam kursus
konteksual, juga berbentuk koperatif. Biasanya pelajar-pelajar bekerja dengan ahli kumpulan
untuk melakukan amali makmal. Penyelesaian amali makmal memerlukan delegasi, pemerhatian,
cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan
bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.

Transfering (Memindahkan)
Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya
adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai Relating iaitu
berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya kebanyakan pelajar
menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia
adanya. Guru boleh membantu meningkatkan kemuliaan dan keyakinan pelajar dengan
menyediakan titian yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang
telah diketahui pelajar.

6.0

PERBEZAAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN


TRADISIONAL
Pembelajaran Secara
Kontekstual

Pembelajaran Secara
Traditional

Objektif

Mencari, membina dan


mengaplikasikan maklumat
kepada dunia sebenar

Memindahkan maklumat

Peranan Guru

Pembimbing dan mentor

Penyampai maklumat

Peranan Murid

Aktif mencari dan membina


maklumat melalui aktiviti
sebenar dalam kehidupan

Peneriam maklumat yang


pasif melalui syarahan dan
pembacaan

Disesuaikan untuk kecerdasan


pelbagai

Disesuaikan untuk kecerdasan


Bahasa dan Logik-Matematik

Perkara

Isi Kandungan

Inkuiri, penemuan dan


aplikasi

Kaedah

Berasaskan pencapaian atau


prestasi atau penyelesaian
masalah

Penilaian

7.0

Syarahan dan soal jawab

Menguji fakta

KESIMPULAN

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui
pelbagai bentuk, Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait, mengalami,
mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan harus
mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid yang melaui proses
pembelajaran

kontekstual

berupaya

mengaitkan

apa

yang

dipelajari

dan

berupaya

mengaplikasikannya kepada situasi lain. Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan


gabung jalin atau interaksi

di antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa.

Penglibatan masyarakat dan industri dalam merancang strategi untuk menjayakan wawasan
bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu sekolah, industri dan masyarakat perlu
bersedia menerima perubahan da;lam menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara
kontekstual.

RUJUKAN
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembelajaran Secara
Kontekstual
http://www.teachersrock.net/kontekstual1.htm

Anda mungkin juga menyukai