Anda di halaman 1dari 2

NAMA

: MUHAMMAD NURUL FAHIMI BIN ISMAIL

KUMPULAN : 3 PISMP MATEMATIK 1


TAJUK

: GURU TIDAK EFEKTIF

Sepanjang belajar di sekolah rendah dan menengah, kadang-kadang saya


mendapat beberapa guru yang tidak efektif ketika mengajar. Namun, saya tidak
menyalahkan mereka kerana sebagai seorang insan, kita tidak dapat lari daripada
melakukan kesilapan. Mungkin guru tersebut tidak menyedari kesilapannya. Walau
bagaimanapun, saya berterima kasih kepada mereka kerana sanggup megajar saya.
Setelah mengingati semula, saya ingin menyatakan mengenai seorang guru
yang tidak efektif ketika saya belajar di darjah 4 dan 5. Beliau seorang lelaki dan
merupakan guru matematik saya serta berumur dalam lingkungan 40-an. Perkara yang
peling jelas sekali saya dapat lihat ialah beliau bersikap tidak adil dan selalu memberi
perhatian kepada murid perempuan sahaja. Hal ini menimbukan rasa tidak puas hati
dan perasaan tersinggung di kalangan murid lelaki di dalam kelas. Contohnya, soalan
selalu ditanyakan oleh beliau kepada murid perempuan seolah-olah tiada lelaki di
dalam kelas tersebut. Selain itu, beliau selalu memantau di kawasan murid perempuan
sewaktu diberikan latihan. Apabila murid lelaki bertanya, beliau hanya menerangkan
secara biasa sahaja. Bagi saya, beliau tidak patut melakukan tindakan sedemikian
kerana ini boleh menyebabkan murid lelaki tidak bermotivasi untuk belajar matematik.
Di samping itu, penerangan beliau juga tidak terlalu mendalam dan secara umum
sahaja. Akibatnya murid kurang memahami apa yang diajarkan. Sikap tidak
bersungguh-sungguh beliau menyebabkan murid kurang bersemangat untuk belajar
kerana guru mereka tidak menggunakan suara yang kuat dan lantang ketika mengajar.
Oleh itu, ada beberapa murid yang kurang faham dan mendapat keputusan yang
sederhana dan kadang-kadang saya juga tergolong dalam kalangan tersebut.
Namun, saya tidak menyalahkan beliau dan saya berharap beliau dapat
mempertingkatkan komitmen dan kesungguhan ketika mengajar serta mengubah
sikapnya. Perkara ini boleh saya jadikan iktibar supaya saya tidak menjadi seperti

beliau dan bersifat adil kepada semua murid saya tidak kira lelaki atau perempuan serta
bersungguh-sungguh memberikan ilmu kepada murid. Walau bagaimanapun, saya
berterima kasih juga kepada beliau kerana sanggup mengajar saya sehingga berjaya
seperti sekarang.

Anda mungkin juga menyukai