Anda di halaman 1dari 2

NAMA

: MUHAMMAD NURUL FAHIMI BIN ISMAIL

KUMPULAN : 3 PISMP MATEMATIK 1


TAJUK

: GURU EFEKTIF

Saya mempunyai ramai guru yang efektif sepanjang bergelar pelajar tidak kira
sekolah rendah ataupun menengah. Mereka telah sedaya upaya membantu
memberikan ilmu dan maklumat yang diperlukan kepada saya untuk berjaya dalam
pelajaran dan perkara lain. Namun setelah diingati semula, saya sangat tertarik kepada
seorang guru kimia saya ketika saya berada di tingkatan 4 dan 5 sewaktu bersekolah di
SMKA Falahiah, Kelantan. Terlebih dahulu, nama beliau ialah Cikgu Khairi dan tinggal
di Pasir Pekan dan berumur dalam lingkungan 40-an. Beliau mempunyai ciri-ciri guru
yang efektif dan sentiasa komited terhadap tugasnya mengajar saya dan rakan-rakan.
Bukti beliau seorang guru yang efektif ialah beliau sangat mengambil berat
terhadap kefahaman pelajar-pelajar. Selagi pelajarnya tidak memahami sesuatu tajuk,
beliau tidak akan meneruskan ke tajuk seterusnya malah mencuba sedaya upaya untuk
membuatkan pelajarnya faham dengan memberikan contoh tambahan supaya saya
faham konsep yang diajar. Pada mulanya ketika saya berada di tingkatan 4, saya selalu
memperoleh keputusan yang sederhana seperti gred C dan kadang-kadang mendapat
gred B, namun dengan kesungguhan beliau mengajar tanpa jemu disertai dengan kelas
tambahan yang diadakan oleh beliau, Alhamdulillah saya berjaya meningkatkan
keputusan tersebut menjadi gred B pada awal tingkatan 5. Akhirnya, Cikgu Khairi
memberikan banyak formula dan cara-cara menjawab peperiksaan dengan betul
supaya saya berjaya menjawab dengan baik di dalam SPM. Berkat ilmu daripada beliau
saya dapat menjawab kertas kimia SPM dengan cemerlang dan mendapat keputusan
A1 yang sememangnya belum pernah saya perolehi ketika di tingkatan 4 dan 5. Saya
sangat berterima kasih kepada beliau kerana membantu saya memperoleh keputusan
cemerlang. Selain itu, beliau juga telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam
subjek kimia. Apabila pelajar tidak faham sesuatu tajuk, beliau akan mengulanginya dan
mengajar mereka datang ke rumah untuk belajar. Beliau juga selalu menepati masa
dengan masuk ke kelas pada waktu yang sepatutnya. Cikgu Khairi juga mempunyai

suara yang kuat dan lantang. Oleh itu, setiap perkara yang diajarnya dapat didengari
dan difahami oleh pelajarnya termasuk saya. Kemudian, saya dan rakan-rakan juga
diberikan peluang untuk bertanya soalan ketika sesi pengajaran supaya setiap
persoalan dapat dijawab pada waktu itu juga.
Akhir kata, saya sangat bersyukur mendapat guru seperti beliau dan berharap
untuk mencontohi tindakan dan cara beliau mengajar supaya saya juga dapat menjadi
guru yang efektif kepada pelajar saya kelak.

Anda mungkin juga menyukai