Pada era globalisasi ini, masalah disiplin juga meningkat seiring dengan zaman yang
semakin berubah-ubah dan semakin maju. Antara salah satu masalah disiplin ialah masalah
ponteng. Gejala ponteng ini juga semakin menular dalam kalangan remaja sekolah dan
semakin menjadi-jadi. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam
kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini
belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah. Salah satu
cara untuk membanteras gejala ponteng di sekolah ialah dengan adanya Program
Bimbingan dan Kaunseling.
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini
bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng
merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri
kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Ponteng juga merujuk
kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu
kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau
tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang
menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa
kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Di sesetengah sekolah, pelajar yang
ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi
kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas,
denda ataupun kelas gantian.
Ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang
munasabah.Masa yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku
sekolah sebaliknya dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti
melepak di kompleks membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan. Walaupun
adanya peraturan atau disiplin sekolah yang ketat tetapi seketat mana pun undang-undang
dibuat gejala ponteng tetap berlaku. Kajian Kementerian Malaysia (1978) mengenai disiplin
meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama.
Ponteng sekolah adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para
pelajar sama ada pelajar dekolah rendah ataupun sekolah menengah. Hal ini tidak
dinafikan dengan gejala ponteng iaitu satu isu gejala sosial sekolah boleh menjadi landasan
untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial lebih serius yang berunsur jenayah. Ini dapat
dilihat apabila senario remaja sekolah yang pada mulanya hanya terbabit dengan isu gejala
ponteng sekolah dan kemudian didapati terlibat dengan kes-kes jenayah berat kerap berlaku
seperti terlibat dengan kesalahan memiliki atau memakan atau mengedar dadah seperti
syabu, kokain, ecstacy, atau bahan-bahan sejenis yang mengkhayalkan sama ada dalam
bentuk cecair atau pil-pil kapsul dan sebagainya, merokok, minum minuman keras atau
arak, mencuri, bergaduh, terjerat dengan masalah cinta remaja atau love affair , vandalism,
terlibat dengan penubuhan kumpulan remaja nakal atau gangsterism dan banyak lagi.
Ponteng juga dikategorikan sebagai masalah disiplin. Menurut Laporan Jawatankuasa
Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979 merumuskan pengertian
disiplin ialah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang
sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga
bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib,
kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang
baik dan tidak mengganggu tingkah laku orang lain, kesanggupan hormat menghormati di
antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong dan kesanggupan
membina keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup
berkhidmat kepada masyarakat. Ini bermaksud masalah ponteng juga merupakan salah
satu masalah disiplin kerana murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah ponteng ini berlaku. Antara faktor
yang menyebabkan masalah ponteng ialah faktor rakan sebaya merupakan faktor yang
mempengaruhi gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Pengaruh rakan sebaya
ini turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng
sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi
minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala
ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang
bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah
seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi
tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi
alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah. Selain itu,sesuatu perbuatan yang baru bagi
seseorang pelajar biasanya mempunyai kaitan dengan perbuatan kawan yang lain.
Sekiranya seseorang pelajar tidak mengikut perlakuan kawan, pelajar tersebut
akan berasa bimbang dan kemungkinan tidak mendapat kawan yang ramai. Jadi
menganggotai sesuatu kumpulan merupakan jalan untuk mencapai objektif pelajar tersebut.
Pengaruh rakan sebaya pada peringkat remaja amat ketara kesannya kerana pada
peringkat ini remaja cuba memilih rakan-rakan yang sehaluan dengan hobi dan minat
mereka. Pergaulan pelajar dengan rakan sebaya tanpa kawalan amat berbahaya kerana
boleh menyebabkan seseorang pelajar melakukan perkara-perkara yang tidak diingini
seperti menghisap rokok,menghidu gam, mencuri dan lain-lain lagi. Keadaan akan
bertambah teruk jika pelajar tersebut bergaul dengan rakan-rakan yang tidak bersekolah
lagi. Kebiasaannya pelajar yang ponteng adalah mereka yang mempunyai pendirian yang
lemah. Lemahnya pendirian seseorang akan menyebabkan seseorang itu mudah
dipengaruhi oleh orang lain. Pada usia yang masih muda remaja, pelajar dalam proses ingin
mencari identiti diri maka mereka senang mencuba sesuatu yang baru tanpa berfikir
panjang. Positif dan negatif kelakuan seseorang pelajar banyak dipengaruhi oleh rakan
sebaya dan ini dapat dikukuhkan juga kerana rakan sebaya menjadi pendorong kepada
pelajar untuk ponteng. Berlakunya keadaan sedemikian kerana rakan sebaya merupakan
individu yang mudah menerima cita rasa atau pembaharuan yang dibawa oleh rakan lain
dan akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan sebaya. Ini juga dapat dikaitkan dengan
masalah ponteng, apabila rakan sebaya murid ponteng maka mereka juga akan terikut-ikut
dengan perbuatan tidak baik ini. Oleh itu pemilihan rakan sebaya yang sesuai akan dapat
meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran. Selain itu, ia juga penting bagi
mempertingkatkan mutu pencapaian pelajaran. Jadi pelajar-pelajar seharusnya bijak untuk
mencari siapakah rakan-rakan yang sepatutnya dijadikan kawan sewaktu berada di sekolah
kerana kawan yang baik akan sentiasa berada di sisi kita walau dalam apa pun keadaan.
Sehubungan dengan itu juga perbuatan ponteng sekolah akan dapat dikurangkan apabila
pelajar dapat memilih rakan yang sesuai dengan mereka.
Selain itu juga, faktor gejala ponteng yang lain ialah ibu bapa tidak mengambil berat
terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa masa kini lebih
mementingkan kerjaya kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan. Mereka menghabiskan
masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan mengejar status. Mereka juga
menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Anakanak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu. Ibu bapa tidak
memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang
membesar. Oleh sebab ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak, muridmurid sekolah mengambil peluang untuk melakukan apa-apa sahaja. Mereka berpendapat
perlakuan mereka di luar rumah tidak akan diketahui oleh ibu bapa mereka.
Pelajar juga ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang perhatian, kasih sayang
daripada ibu bapa mereka dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai
seorang ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di
luar dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin
berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu
bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara
negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu
bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka
memonteng sekolah dan kesannya kawan baru ini akan mengajak mereka pergi ke tempat
lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya.
Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang
melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan
kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharapharapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk
berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa
ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan halehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang
berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan
persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat
akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini. Jadi, sikap ibu bapa
yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak juga mencetuskan gejala ponteng
sekolah dalam kalangan murid-murid.
Selain itu, murid juga ponteng adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap
pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi
kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran
yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains,
geografi dan sebagainya.
Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin tidak
mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan
diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak
di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar
seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah
semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana
telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan
pelajar yang lebih cerdas. Selain itu, murid ini juga lebih cenderung untuk ponteng kerana
tidak dapat bersaing dengan rakan lain dan mendapat markah rendah menjadikan mereka
malu untuk ke sekolah dan malas untuk menghadiri kelas kerana mereka rasa walaupun ke
sekolah mereka tidak dapat berjaya dan merasa amat rendah diri dengan diri mereka
menjadikan mereka malas untuk ke sekolah.
Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga
malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku.
Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa
belajar dari pagi hingga tengahari di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja
rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah
dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi
dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan
sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronokseronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar
seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video. Pelajar ponteng sekolah
berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada
pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan
untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah,
pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang
ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah
sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan.
Gejala ponteng sekolah ini juga disebabkan oleh cara pengajaran guru dan juga
persekitaran sekolah. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak
pandai mengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga
membuatkan pelajar bosan lalu ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap
seperti ini sangat kecil. Hal ini dibuktikan oleh Dt. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani
Khairi, dua orang pensyarah pendidikan di Universiti Malaya dalam kajian mereka tentang
punca pelajar ponteng di beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam kajian
yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar
yang menyatakan bahawa mereka bosan dengan cara pengajaran guru. Ada juga guru yang
bersifat suka menyindir, marah pelajar tanpa sebab juga menyebabkan pelajar malas untuk
ke sekolah. Guru yang baik merupakan guru yang sentiasa memahami kehendak pelajar
mereka dan cuba mencari cara yang menarik untuk menarik minat pelajar, bukan hanya
dengan kaedah dan cara yang sama yang menyebabkan pelajar bosan dengan keadaan di
dalam kelas menyebabkan pelajar untuk lebih cenderung kepada ponteng daripada hadir ke
sekolah. Suasana sekolah yang tidak memberangsangkan dan suram juga membuatkan
pelajar malas untuk ke sekolah. Hasil kajian dari Abd. Karim (1994), menyatakan keceriaan
sekolah merupakan salah satu elemen penting yang akan mempengaruhi pengurusan
sekolah dan disiplin pelajar di sesebuah sekolah. Azizah (2002) pula menyatakan bahawa,
pembinaan fizikal dan alam sekitar sekolah yang menarik boleh membantu kehadiran
pelajar ke sekolah. Oleh itu, pembangunan terhadap kemudahankemudahan sekolah yang
berkaitan perlu dilaksanakan dengan sedaya upaya bagi mengatasi masalah ponteng.
Kajian oleh Foster dan Clark (1989) juga menyokong bahawa 49% daripada responden
mengatakan suasana sekolah itu sendiri mempengaruhi pelajar ponteng sekolah.
Persekitaran sekolah yang tidak ceria, peraturan yang ketat, ketidakmesraan guru-guru
dengan pelajar, beban kerja yang banyak, dan rasa bosan terhadap pengajaran guru
menjemukan dan menggalakkan tindakan ponteng.
Masalah ponteng ini boleh diatasi dengan pelbagai cara oleh seorang guru, begitu juga
pihak sekolah, pihak sekolah boleh membantu mengatasi masalah kaunseling ini juga
dengan adanya bimbingan dan kaunseling di sekolah. Perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling ini dapat membantu untuk mengatasi masalah ini.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah memainkan peranan penting untuk
menggerakkan agenda pendidikan negara terutamanya dalam usaha mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Negara di samping menyahut cabaran Wawasan 2020. Wawasan
2020 mengandungi sembilan cabaran yang perlu dijadikan pedoman oleh para pendidik.
Cabaran ketujuh dalam wawasan 2020 adalah mencapai hasrat dan usaha melahirkan
masyarakat penyayang, seperti berikut :
berbudi bahasa. Masyarakat penyayang akan dapat dilahirkan sekiranya guru bijak
mengatur langkah membentuk pekerti murid di sekolah.
Justeru itu, bimbingan dan kaunseling adalah perlu untuk membantu pihak sekolah
merancang program pendidikan ke arah mencapai matlamat zero defect dalam semua
jurusan pendidikan, seperti tiada masalah pengajaran dan pembelajaran, tiada masalah
disiplin, tiada masalah pengurusan dan kepimpinan, serta tiada masalah keceriaan.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diwujudkan sebagai usaha individu mencari jalan
keluar agar setiap individu mencapai kesejahteraan dalam menangani pelbagai masalah
yang dihadapi oleh para pelajar. Hal ini bersesuaian untuk membanteras gejala ponteng di
sekolah selaras dengan matlamat bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Pelbagai istilah telah diberikan untuk menerangkan konsep bimbingan dan kaunseling.
Bimbingan dapat didefinisikan sebagai memberi bimbingan atau nasihat kepada individu
atau satu kelompok individu. Bimbingan juga merupakan proses membantu seseorang
dalam membuat pilihan.
Bagi konteks pendidikan, menurut Crow dan Crow (1983), bimbingan merujuk kepada
bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan.
Murid yang memerlukan bimbingan merujuk kepada murid yang bermasalah dari aspek
intelek, rohani, emosi ataupun sosial.
Terdapat beberapa jenis perkhidmatan bimbingan kaunseling disekolah.Jenis-jenis
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di dalam buku panduan perlaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (1984), telah menyatakan terdapat sepuluh perkhidmatan di dalam kaunseling
yang harus disediakan di sekolah-sekolah.
Jenis-jenis perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan inventori individu dan rekod,
perkhidmatan memberi maklumat, perkhidmatan bimbingan kelompok, perkhidmatan
kaunseling, perkhidmatan penempatan, perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah,
perkhidmatan perundingan dan rujukan, perkhidmatan penyelarasan sumber, perkhidmatan
perbincangan dengan ibu bapa, dan perkhidmatan penilaian. Keutamaan tugas bergantung
kepada keadaan dan keperluan murid. Terdapat enam perkhidmatan yang dilaksanakan di
sekolah.
Perkhidmatan yang pertama ialah perkhidmatan inventori individu dan rekod. Melalui
perkhidmatan ini guru mengendalikan fail bimbingan bagi setiap murid. Guru
bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan
pentafsiran minat murid. Melalui rekod yang telah dikumpul, guru dapat mengawasi corak
kehadiran murid yang dirujuk untuk tujuan bimbingan atau kaunseling. Jadi dengan adanya
fail-fail dan inventori ini, guru akan dapat menyelidik latar belakang murid yang ponteng, dan
ini juga sebagai pemudah cara kepada guru bimbingan untuk lebih mengenali tentang
pelajar yang ponteng ini.
Jenis perkhidmatan yang kedua ialah perkhidmatan memberi maklumat. Perkhidmatan
ini memerlukan guru membantu murid mengumpul dan menyebarkan maklumat.Antara
maklumat yang boleh diberikan kepada murid ialah maklumat yang berkaitan dengan
pelajaran, vokasional, latihan, dan juga kerjaya. Maklumat ini dapat diberikan kepada murid
melalui penerbitan risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, buletin, dan pengendalian Hari
Kerjaya dan Pameran Kerjaya.
Perkhidmatan yang ketiga ialah perkhidmatan bimbingan kelompok. Perkhidmatan ini
ialah guru merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar
yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri yang positif, aspek kognitif, afektif,
psikososial, jasmani, kejantinaan, vokasional, moral atau agama. Perkhidmatan ini diadakan
tentang masalah disiplin, pelajaran, sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh
murid dari semasa ke semasa. Bimbingan ini lebih bersifat penyesuaian.
Perkhidmatan keempat ialah perkhidmatan kaunseling. Perkhidmatan kaunseling boleh
dilakukan secara individu atau kelompok. Antara perkara yang boleh dibincangkan ialah
pencapaian akademik yang kurang memuaskan, rujukan yang dibuat oleh guru-guru dan ibu
bapa, aspek peribadi dan kerjaya, ketidak hadiran untuk kegiatan kokurikulum dan masalahmasalah disiplin. Contoh masalah disiplin ialah lewat ke sekolah, ponteng sekolah, merokok,
bergaduh, buli dan menyalahgunakan dadah.
Perkhidmatan kelima ialah perkhidmatan penempatan. Guru membantu murid memilih
kegiatan biadang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan,minat dan kemampuan
mereka. Selain itu, perkhidmatan ini memerlukan guru membantu murid dalam penempatan
ke sekolah menengah. Contohnya, guru menjadi penyelaras menempatkan murid ke
sekolah menengah yang berdekatan atau sekolah menengah pilihan murid.
Perkhidmatan keenam ialah perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah. Bagi
perkhidmatan ini guru mengadakan bimbingan secara individu atau kelompok untuk
menanam dan memupuk sikap benci dadah. Antara bimbingan yang boleh digunakan ialah
mengadakan kempen, pertandingan melukis dan juga sebagainya supaya dapat mencegah
penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid. Guru juga akan memberikan pertolongan
kepada murid untuk mendapatkan bantuan pemulihandan rawatan kepada murid.
Sebagai contoh, dalam masalah ponteng ini, murid ini mungkin kecewa dan ponteng
kerana dia tidak mempunyai kawan (C = akibat) jadi dia ponteng dan mengikut kawannya
supaya mereka mempunyai kawan disekolah (B=kepercayaan). Bagi menangani masalah
ini, sistem kepercayaan (B) yang tidak rasional perlu dibetulkan terlebih dahulu iaitu dengan
guru boleh memupuk kepercayaan baru dalam diri pelajar iaitu jika pelajar berjaya
menyesuaikan diri disekolah dan pandai memilih kawan, murid lain juga akan berkawan
dengannya. Kepercayaan baharu ini adalah lebih rasional dan situasi ini dinamakan sebagai
D (dispute, iaitu mencabar kepercayaan yang tidak rasional).
Individu akan mengalami E (Effect) iaitu perasaan tenang dan lega setelah mencapai D
(kepercayaan rasional). Idea rasional yang sering menggangu murid ini ialah adalah perlu
bagi murid ini untuk mempunyai kawan dan digemari oleh rakan-rakan yang lain. Dengan
teori ini, kita boleh membetulkan fikiran tak rasional murid iaitu perlu mengikut rakan sebaya
yang ponteng supaya dapat berkawan dengan mereka menjadi kepada fikiran rasional iaitu
perlu pandai memilih kawan dan pandai menyesuaikan diri di sekolah dan berkawan dengan
orang yang tidak ponteng juga boleh membuatkan murid yang ponteng ini mempunyai
kawan yang lain.
Idea yang tidak rasional ini perlu digantikan dengan idea rasional seperti kita tidak perlu
mengikut benda yang tidak baik untuk berkawan dengan sesorang, apa yang baik dijadikan
teladan, yang buruk pula dijadikan sempadan. Malah, kita boleh menumpukan pada amalan
penyesuain diri. Untuk mendapat kawan, kita seharusnya bijak untuk memilih kawan, kita
tidak seharusnya mengikut sahaja perangai buruk kawan-kawan, kita sepatutnya memilih
apa yang boleh diikuti dan yang tidak boleh diikuti. Sekiranya murid-murid ponteng ini
berfikir secara rasional, pastinya kes ponteng ini tidak wujud sama sekali.
Terdapat dua jenis kaunseling yang guru bimbingan dapat gunakan sewaktu
menyelesaikan masalah ponteng ini. Dua jenis kaunseling ini ialah kaunseling individu dan
juga kaunseling kelompok. Kaunseling individu ialah proses kaunseling dimana ia dikenali
sebagai proses interaksi yang memudahkan kefahaman bermakna mengenai diri dan alam
sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai untuk tingkah
laku. Ini bermaksud kaunseling individu ini merupakan interaksi antara dua pihak untuk
,meluahkan perasaan berkenaan emosi dan apa yang berlaku dan seorang daripada dua
pihak tersebut adalah pendengar yang empati dan cuba menolong sebelah pihak lagi.
McLeod, J. (2007) menjelaskan kauseling individu sebagai seseorang individu yang
membina hubungan istimewa dengan seseorang yang terlatih yang boleh membantunya
menyelesaikan suatu masalah yang sukar diselesaikan oleh dirinya sendiri. Dengan
kaunseling individu ini juga kauselor boleh membantu pelajar yang mempunyai masalah
ponteng iaitu pelajar tersebut boleh meluahkan perasaan kenapa dia berbuat begitu,
kaunselor juga boleh membantu pelajar berkenaan untuk menyelesaikan masalah beliau
dengan mendengar dengan empati setiap masalah yang murid itu hadapi. Berkemungkinan
murid tersebut ponteng kerana ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa atau ingin
mendapat kawan.
Seterusnya ialah kaunseling kelompok. Kaunseling kelompok ini berbeza dengan kaunseling
individu kerana kaunselor bukan sahaja berinteraksi dengan seorang klien, tetapi dengan
beberapa orang klien. Kelompok merupakan pengumpulan beberapa orang individu yang
berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi antara satu sama lain. Ohlsen, M.M
(1977) menyatakan kaunseling ialah satu perhubungan yang unik, klien berasa selamat
membincangkan perkara yang membimbangkan mereka serta mengenalpasti tingkah laku
baharu yang diingini, mengamalkan kemahiran-kemahiran antara individu yang asas dan
melakukan tingkah laku baharu. Kaunseling kelompok ini juga boleh digunakan untuk
membanteras masalah ponteng di sekolah. Kaunselor sebagai ketua kelompok perlu
memainkan peranan penting sewaktu aktiviti perbincangan ini berlaku supaya ianya
berkesan dan perbincangan tersebut tidak berlaku dengan sia-sia. Sesi kaunseling
kelompok ini dimulakan dengan pengenalan diri masing-masing dan seterusnya berbincang
tentang masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikan. Sebagai contoh, jika dalam
kaunseling kelompok tersebut, murid pertama menceritakan tentang masalah ponteng dan
perbincangan ini akan menjadi lebih terbuka dan kesemua ahli kelompok akan lebih merasa
selesa apabila berbincang tentang satu masalah dan gejala ponteng ini juga dapat
dibanteras dengan kaedah ini.
Dalam bimbingan dan kaunseling, terdapat juga beberapa terapi yang boleh digunakan
dalam membanteras apa-apa sahaja masalah disiplin. Antara terapi yang ada ialah terapi
bermain, terapi muzik dan juga terapi bercerita, terapi seni dan juga terapi muzik. Antara
terapi yang boleh digunakan untuk masalah ponteng ini ialah terapi bercerita, dengan
menggunakan terapi bercerita ini, murid akan mendengar cerita dan apabila cerita ini lebihg
kurang sama dengan kisah hidupnya, murid ini akan cenderung akan berubah tetapi
kaunselor perlu berhati-hati dalam kisah penceritaan yang ingin disampaikan supaya ianya
tidak lari dari kisah hidup pelajar tersebut. Sebagai contoh, kaunselor telah mereka cerita
tentang masalah ponteng dan perlu berkaitan dengan diri mereka dan setiap cerita perlulah
mempunyai pengajaran seperti seseorang itu selalu ponteng menjadikan pelajar itu tidak
berjaya. Melalui cerita ini, murid tersebut akan berfikir dan cuba reflek balik apa yang telah
mereka lakukan. Dengan terapi cerita ini kanak-kanak boleh mereka cerita dan cuba untuk
mengekspres apa yang ada dalam diri mereka melalui cerita yang direka dan ini akan
membentuk komunikasi antara kaunselor dan pelajar.
Terapi lain yang boleh digunakan juga ialah terapi muzik, American Music Therapy
Association (2009) mentakrifkan Terapi Muzik sebagai penggunaan intervensi muzik
berasaskan klinikal dan bukti untuk mencapai matlamat individu dalam perhubungan
terapeutik oleh professional yang mempunyai kredential yang telah menamatkan program
terapi muzik yang diiktiraf. Ini bermaksud, terapi muzik boleh digunakan untuk membanteras
apa-apa masalah, begitu juga dengan masalah ponteng. Dalam kaunseling, kita perlu
berfokus kepada minat klien dan personaliti klien terhadap muzik samaada muzik rancak
ataupun muzik yang agak lembut. Melalui terapi muzik ini juga, muzik berupaya mengubah
dan mewujudkan perasaan yang berlainan. Muzik juga boleh mempercepat ekspresi emosi
disamping mengurangkan stress dan juga keresahan. Terapi muzik ini juga boleh membantu
dalam isu-isu yang berkaitan kesedihan dan juga penderaan. Sebagai contoh untuk terapi
muzik ini ialah seorang pelajar ponteng kerana kurang mendapat perhatian ibu bapanya dan
selalu didera oleh kedua ibu bapa menjadikannya memberontak dan suka untuk ponteng
kelas. Jadi guru perlu mencari muzik yang diminati seperti muzik lembut dan ini akan
membantu pelajar tersebut untuk berada dalam keadaan tenteram dan lebih gembira.
Kesimpulannya, dengan adanya bimbingan kaunseling di sekolah, masalah-masalah
disiplin disekolah dapat dibanteras dan dikurangkan jika guru bimbingan disekolah dapat
menggunakan kaedah yang betul, pihak sekolah juga perlulah membantu kaunselor untuk
membanteras gejala disiplin ini.