Anda di halaman 1dari 29

Transformasi sosioekonomi:

Cabaran famili, gender & sosiobudaya

Bab 3
Keganasan Keluarga:
Gejala Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-kanak di Malaysia
Rahimah Abdul Aziz
Pengenalan
Keluarga sering digambarkan secara idealnya sebagai sumber kebahagiaan, keselamatan,
keseronokan, sokongan, dan perlindungan di tengah-tengah perbalahan, persengketaan
dan percanggahan yang terdapat dalam kehidupan harian.

Oleh kerana keluarga

digambarkan sedemikian maka lazimnya agak sukar untuk melihat apa yang sebenarnya
berlaku dalam sesebuah keluarga. Bahkan, realiti dalam banyak rumah adalah berbeza
daripada apa yang sering digambarkan itu.

Di sebalik gambaran kebahagiaan dan

keselamatan, rumah boleh merupakan tempat yang paling ganas dan terdapat anggotanya
yang bersikap bermusuhan lagi berbahaya.

Walau bagaimanapun, keganasan yang

berlaku dalam sesebuah keluarga, yang cenderung menidakkan imej keharmonian yang
sering dipaparkan dalam iklan televisyen dsb. adalah sukar untuk dikesani. Bukan sahaja
kerana keganasan dan penganiayaan yang berlaku dalam keluarga itu jauh atau
tersembunyi daripada pandangan orang ramai, tetapi mungkin kerana perlakuan itu juga
tidak dianggap sebagai satu yang salah.

Sebaliknya, perlakuan mengganas dan

menganiaya dalam keluarga mungkin dianggap sebagai satu perlakuan rumahtangga dan
keluarga yang normatif, sesuai dan mungkin juga perlu.
Secara umum keganasan keluarga antara lain merangkumi penganiayaan kanakkanak; keganasan domestik; keganasan oleh kanak-kanak; penganiayaan adik-beradik,
dan penganiayaan warga tua dalam keluarga. Di antara keganasan keluarga yang paling
memusnahkan ialah penganiayaan kanak-kanak dan keganasan domestik atau keganasan
yang berlaku antara suami-isteri. Secara umum banyak kajian menunjukkan bahawa
sasaran utama keganasan fizikal dalam keluarga adalah kanak-kanak, terutama kanakkanak di bawah umur enam tahun. Keganasan suami terhadap isteri pula menduduki
tangga kedua. Bab ini membincangkan satu bentuk keganasan keluarga, iaitu

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

37

penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak yang berlaku di Malaysia dan usaha yang
dilakukan oleh pihak state untuk menangani masalah itu agar ungkapan rumahku
syurgaku dapat direalisasikan dan hasrat membentuk sebuah masyarakat penyayang,
sebagaimana hasrat Wawasan 2020, tercapai.
Bab ini bermula dengan menghuraikan secara umum tentang keganasan keluarga
dan sebab-sebab yang mengakibatkan keganasan itu berlaku.

Kemudiannya diikuti

dengan huraian mengenai penganiayaan kanak-kanak sebagai satu bentuk keganasan


keluarga. Konsep, jenis dan faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya penganiayaan
kanak-kanak akan juga dikemukakan.

Huraian ini akan disusuli oleh perbincangan

tentang senario penganiayaan kanak-kanak di Malaysia dan langkah-langkah pencegahan


yang telah dan sedang dilaksanakan kini untuk menangani masalah tersebut. Bab ini
berakhir dengan membincang tentang perlu adanya kerjasama antara pelbagai agensi
kerajaan yang bertanggungjawab menangani dan mengurus keluarga dalam mana
berlakunya keganasan itu. Selain itu, perlu juga kerjasama antara state dan masyarakat
dipertingkatkan supaya masalah penganiayaan kanak-kanak itu khususnya, dapat
ditangani dengan lebih berkesan lagi
Keganasan Keluarga

Keganasan mengikut Gelles dan Cornell (1990) bermaksud satu tindakan yang dilakukan
dengan niat atau niat yang dipersepsikan untuk menyebabkan kesakitan atau kecederaan
fizikal terhadap orang lain. Sementara sebagai satu konsep, keganasan keluarga merujuk
kepada sebarang tindakan yang diambil terhadap individu yang mempunyai hubungan
yang sah dengan pelaku atau terhadap mereka yang mempunyai hubungan yang rapat
dengan pelaku bertujuan menyebabkan kecederaan fizikal.

Keganasan keluarga ini

secara umum tertumpu pada perlakuan ganas yang terdapat di kalangan ibu bapa,
pasangan suami isteri, anak-anak, adik-beradik, dan juga orang tua seperti memukul
seorang anak yang dianggap tidak ikut kata, merogol anak atau pasangan dan
mencederakan suami atau isteri. Maka, keganasan keluarga mengambil bentuk daripada
spanking sehinggalah kepada pembunuhan, termasuk tindakan yang tidak didefinisikan
sebagai menganiaya dan sering dilihat atau diterima sebagai sesuai.

Walau

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

38

bagaimanapun, Ross (1996: 590) mengatakan bahawa family violence does not include
reasonable acts of self-defence utilized by one parent to protect himself or herself or a
child in the family from the family violence of the other parent.
Mengikut Levinson (1989) dan juga Eshleman (2000) keganasan keluarga ini
tidak terdapat berlaku dalam masyarakat yang kehidupan berkeluarganya dicirikan oleh
sikap kerjasama, komitmen, berkongsi dan kesamaan. Sebaliknya, keganasan keluarga
adalah lebih lazim terdapat dalam masyarakat di mana golongan lelaki mengawal
kehidupan golongan wanitanya, terdapatnya penerimaan penyelesaian secara ganas
terhadap konflik dan ibu-ibu menanggung sebahagian besar tanggungjawab menjaga dan
membesarkan anak-anak.
Pelbagai Penerangan Teoritis

Sebagaimana banyaknya jenis jenayah yang terdapat dalam sesebuah masyarakat, begitu
juga terdapat pelbagai sebab yang telah diutarakan dalam usaha memahami dan
menerangkan kenapa jenayah berlaku. Begitu juga halnya dengan gejala keganasan
keluarga. Gejala tersebut dilihat bukan saja dari sudut individu, tetapi juga dari sudut
sosiobudaya yang lebih luas.

Bermakna, keganasan dilihat sebagai disebabkan oleh

sistem konflik yang terdapat dalam sesebuah masyarakat dan keberadaan norma budaya
yang menerima serta membolehkan keganasan keluarga itu berlaku. Banyak teori telah
diutarakan guna menerangkan tentang fenomena keganasan keluarga yang dipercayai
terdapat dalam hampir semua negara di dunia.

Setiap teori itu pula mengandungi

pemikiran dan perenungan yang amat berguna mengenai satu masalah yang begitu
kompleks sekali dan yang boleh dikatakan tidak mempunyai penyelesaian yang mudah.
Dari sudut individu, Gelles (1974) telah mengutarakan teori psikopatologi
berkaitan keganasan keluarga ini. Teori ini menegaskan bahawa keganasan yang berlaku
antara anggota sesebuah keluarga adalah kerana terdapatnya ciri-ciri psikologi yang tidak
normal (abnormal) di kalangan mereka yang terlibat dengan keganasan itu. Sumber
keganasan keluarga diandaikan terdapat dalam personaliti penganiaya itu sendiri
(OLeary, 1993).

Ini bermakna penganiaya menjadi ganas disebabkan gangguan

personaliti (personality disorder), penyakit mental atau pun emosi, atau akibat salahguna

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

39

alkohol atau dadah. Andaian seperti ini diterima kerana sebagaimana dicadangkan oleh
Gelles dan Cornell (1990), sekiranya terus dipercayai bahawa keganasan dan
penganiayaan adalah hasil penyimpangan daripada keadaan yang lazim atau disebabkan
penyakit, sedangkan dipercayai seseorang itu sebagai sihat, maka tindakan yang
diambilnya itu tidaklah boleh dikatakan sebagai menyakitkan atau menganiaya. Begitu
juga, Goode (1974) telah mengutarakan teori sumber atau kawalan sosial berkaitan
keganasan keluarga ini.

Secara ringkas teori ini menegaskan bahawa keganasan

merupakan sumber yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat yang
diinginkan, iaitu apabila sumber-sumber lain seperti wang, penghormatan, kasih sayang,
dan matlamat yang dikongsi bersama dirasakan telah berkurangan, tidak mencukupi atau
pun tiada. Secara umum terdapat sekurang-kurangnya dua ciri keluarga yang dikatakan
boleh

mengurangkan

kawalan

sosial dan dengan itu, berkemungkinan besar

menyebabkan berlakunya keganasan. Pertama, ketaksamaan dalam erti kata, lelaki lebih
kuat berbanding wanita dan golongan dewasa lebih kuat dan berkuasa berbanding kanakkanak. Kedua, sifat peribadi keluarga itu sendiri. Dalam hal ini anggota keluarga agak
berat untuk meminta bantuan daripada orang lain (kerana takut mendedahkan pekong di
dada) sementara orang luar (misalnya polis, jiran, rakan) mungkin teragak-agak untuk
campur-tangan dalam perkara yang dianggap sebagai hal peribadi (kerana tidak ingin
dikatakan menjaga tepi kain orang).
Penerangan golongan feminist berkaitan keganasan keluarga pula menekankan
peranan dominasi lelaki. Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa dari segi tradisi
kebanyakan sistem sosial telah meletakkan wanita pada kedudukan yang rendah
berbanding lelaki, dan dengan itu menggalak atau menyokong keganasan lelaki
(Schechter and Gary 1988).

Walau bagaimanapun, Yllo (1993) berpendapat teori

feminist ini tidak sepenuhnya dapat menerangkan tentang keganasan keluarga kerana
terdapat juga wanita yang bertindak ganas terhadap pasangan dan anak-anak mereka.
Sungguhpun dari segi teorinya tidak sepatutnya terdapat isteri sebagai penganiaya,
namun dari segi realiti situasi itu sebenarnya ada. Cuma, dari segi keganasan ini wanita
mungkin lebih menghadapi risiko.

Namun, disebabkan anggapan bahawa keganasan

keluarga merujuk khusus kepada penganiayaan terhadap isteri atau keganasan terhadap
wanita adalah begitu tertanam dalam pemikiran ramai, maka adalah sukar untuk anggota

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

40

masyarakat menerima hakikat bahawa wanita juga boleh bertindak ganas dan melakukan
penganiayaan terhadap pasangannya.
Tindakan ganas individu juga cuba diterangkan dari sudut sosial dan psikologikal,
iaitu melalui teori pembelajaran sosial, yang menekankan bahawa secara umum individu
belajar bertindak ganas daripada masyarakatnya dan juga daripada keluarganya (Ney
1992; Eshleman, 2000). Konsep lingkaran keganasan (cycle of violence) menunjukkan
bahawa tindaklaku ganas dipelajari hasil seseorang individu itu menjadi mangsa
keganasan atau menjadi saksi kepada keganasan.

Dalam hal ini dikatakan bahawa

individu yang dibesarkan dalam keluarga yang ganas akan cenderung untuk mengulangi
pola yang telah dipelajari itu. Bahkan, dikatakan bahawa dalam keluarga di mana ibu
bapa sering bertindak menggunakan hukuman berat (corporal punishment) sebagai cara
mendisiplin, maka semakin besar kemungkinan untuk seseorang anak itu akan terlibat
dengan pelbagai macam perlakuan anti-sosial termasuk bertindak ganas semasa dewasa
(Simons, Lin & Gordon 1998; Straus, 1994) kerana perlakuan seperti itu akan dianggap
sebagai sesuatu yang diterima dari segi moral. Walau bagaimanapun, teori ini tidak
menerangkan hakikat bahawa sungguhpun ramai daripada pemangsa (perpetrators)
keganasan keluarga itu sendiri pernah dianiaya semasa mereka di peringkat kanak-kanak,
namun tidak semua yang pernah dianiaya semasa kanak-kanak itu telah menjadi ibu/isteri
atau bapa/suami yang ganas pula.
Selain itu terdapat teori budaya yang memberi tumpuan kepada penerimaan
keganasan di dalam sistem nilai masyarakat dan norma sosial, yang menentukan bila dan
dalam keadaan apa perilaku ganas boleh diterima (Wolfgang dan Ferracuti,1967). Satu
ketika dahulu banyak masyarakat dunia memiliki norma budaya dan perundangan yang
memberi hak kepada seorang suami untuk mengenakan hukuman berat terhadap isterinya
bagi memperbetulkan perlakuannya yang dianggap salah. Sungguhpun kemajuan dan
pembangunan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat telah menyebabkan hak itu
terhakis atau pun dinafikan sama sekali sama ada menerusi undang-undang atau pun caracara lain, namun tindakan ganas masih berterusan dalam norma tidak formal banyak
masyarakat.
Strain theory (Merton 1957) pula memberi tumpuan kepada keadaan yang tegang
atau tekanan yang timbul apabila masyarakat mensosialisasi anggotanya untuk

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

41

menghendaki atau beraspirasi mencapai nilai-nilai tertentu budaya, tetapi tidak pula
disediakan cara atau alat untuk mencapainya. Satu sumber utama berlakunya keadaan
tegang ini ialah sumber ekonomi yang tidak mencukupi bagi membolehkan seseorang
individu mencapai mobiliti ke atas sebagaimana diharapkan oleh masyarakat atau untuk
menampung hidup keluarganya pada taraf yang dijangkakan oleh komuniti atau
masyarakat dalam mana keluarga itu berada. Dalam hal ini keluarga yang menghadapi
tekanan tertentu seperti akibat kemiskinan, pengangguran, atau penyakit dan pada masa
yang sama tidak pula menerima sokongan komuniti seperti dalam bentuk bantuan
perubatan dan penjagaan kanak-kanak akan menghadapi peningkatan risiko berlakunya
keganasan itu.

Penganiayaan Kanak-kanak sebagai Satu Bentuk Keganasan Keluarga

Sebagaimana yang telah disebutkan, disebabkan ketidakupayaan kanak-kanak melindungi


dan

mempertahankan

dirinya,

maka

penganiayaan

kanak-kanak,

terutamanya

penganiayaan secara fizikal adalah satu bentuk keganasan keluarga yang boleh dikatakan
paling serius berlaku dalam hampir semua masyarakat di dunia. Lazimnya, masyarakat
menerima bahawa tidak menjadi kesalahan untuk ibu bapa memukul anaknya sekiranya
tindakan itu adalah untuk tujuan memperbetulkan salah laku yang terus menerus berlaku
atau untuk tujuan mengawal. Selain itu, kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan
yang berlaku antara ibu bapanya, didapati lebih kerap menjadi mangsa penganiayaan.
Bahkan, banyak kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak menghadapi risiko
dianiaya secara fizikal dan/atau dihukum apabila berlaku keganasan dalam keluarga,
terutama keganasan terhadap isteri (Ross, 1996; Schecter & Edleson, 1994; Straus &
Smith, 1990). Hal ini kerana apabila pasangan lelaki (suami) semakin bertindak ganas
terhadap isterinya, mereka juga berkemungkinan menjadi semakin ganas terhadap anakanaknya (Ross, 1996: 596). Keganasan yang dilakukan oleh seseorang terhadap
pasangannya boleh menyebabkan kanak-kanak juga tertakluk kepada penganiayaan lisan,
hukuman fizikal dan penganiayaan fizikal (Tajima, 2000; Ross, 1996).
Secara umum gejala penganiayaan kanak-kanak telah wujud semenjak zaman
berzaman. Namun, pengakuan gejala tersebut sebagai satu masalah sosial telah hanya

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

42

berlaku pada kira-kira pertengahan abad ke 20. Berkaitan hal ini boleh dikatakan bahawa
pada satu ketika dahulu hampir semua institusi utama dalam banyak masyarakat
mempunyai hak menggunakan kekerasan dan keganasan terhadap anggotanya. Untuk
berabad-abad lamanya penganiayaan yang dikenakan terhadap kanak-kanak telah
dijustifikasi melalui kepercayaan bahawa hukuman fizikal yang keras adalah perlu sama
ada untuk mengekalkan disiplin, untuk mengajar sesuatu, untuk mengambil hati dewa
atau tuhan tertentu atau untuk membuang kecelakaan yang dipercayai terdapat dalam
anggota kanak-kanak mangsa itu. Untuk sekian lamanya juga guru dan ibu bapa sentiasa
mempunyai prerogratif untuk merotan kanak-kanak. Kini, sungguhpun hanya polis dan
ibu-bapa mempunyai mandat yang sah dari segi undang-undang untuk mengguna
keganasan sebagai satu cara mengenakan kawalan sosial, namun dalam kebanyakan
negara hukuman fizikal masih dianggap sebagai penting dalam proses sosialisasi dan
untuk mendisiplin kanak-kanak. Begitu juga di Malaysia, terdapat kanak-kanak yang
dipukul dengan kejam, dianiaya dan kadang-kala dibunuh oleh ibu, bapa atau individu
yang paling rapat dengan mereka.
Erti Penganiayaan Kanak-kanak

Secara umum masih terdapat banyak perdebatan dan perbincangan berkaitan sama ada
bentuk-bentuk ringan hukuman yang dikenakan ke atas kanak-kanak merupakan tindakan
menganiaya. Walau apapun, kebanyakan orang bersetuju bahawa bentuk penganiayaan
kanak-kanak yang dikatakan serius, adalah seperti tindakan fizikal yang mengakibatkan
kesan-kesan luka dan abrasi, lebam-lebam, kecederaan kepala dan otak, kerosakan sistem
urat saraf, melecur, terbakar, patah tulang, seliuh dan dislokasi; penganiayaan seksual,
kecederaan dalaman dan kematian. Secara umum, Gil (1970: 6) telah mentakrifkan
penganiayaan kanak-kanak sebagai the intentional, non-accidental use of physical force, or
intentional non-accidental act of omission, on the part of the parent, parents or other care takers
interacting with the child in his/her care, aimed at hurting, injuring or destroying that child.

Bahkan, menurut Finkelhor dan Korbin (1988:4) tindakan menganiaya merujuk kepada
that portion of injury to children that results from human action that is proscribed,
proximate, and preventable.

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

43

Mendasari definisi berkaitan penganiayaan kanak-kanak itu ialah dua konsep asas,
iaitu kecederaan dan tanggungjawab (Gough 1996:996).

Semua jenis penganiayaan

melibatkan jenis tertentu kecederaan, sama ada yang sebenarnya ataupun yang berpotensi
berlaku kepada kanak-kanak.

Kecederaan ini meliputi kecederaan fizikal, kesakitan

emosi sehinggalah kepada kesan-kesan yang menjejaskan perkembangan kognitif fizikal


atau sosio-emosi ataupun juga pelanggaran hak kanak-kanak sebagai seorang individu.
Setiap masyarakat atau budaya lazimnya mempunyai norma yang tersendiri
berkaitan isu mengandung, membesarkan atau mendisiplin anak, juga berkaitan struktur
dan nilai keluarga. Berkaitan penjagaan dan pendisiplinan kanak-kanak, Steinmatz dan
Straus (1973) berpendapat jenis keganasan fizikal yang paling sejagat yang dikenakan
oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka ialah hukuman dera. Berkaitan hal ini hampir
semua ibu bapa dikatakan ada menggunakan hukuman fizikal pada sesuatu masa dalam
kehidupan anak mereka itu.
Di Malaysia, norma dan budaya yang diamalkan mempertahankan hak ibu bapa
mengawal dan mengurus anak-anak mereka dengan cara yang dia anggap sesuai. Budaya
yang terdapat di negara ini juga secara tradisinya menerima penggunaan hukuman berat
untuk tujuan mengawal dan mengurus ini, seperti yang dibayangkan oleh ungkapan
sayangkan anak tangan-tangankan (pepatah Melayu), anak yang setia (filial)
dihasilkan daripada belantan (terjemahan pepatah Cina) dan spare the rod and spoil the
child (pepatah Inggeris).

Ringkasnya, autoriti ibu-bapa ke atas anak-anak adalah

dianggap mutlak dan kepatuhan dipastikan menerusi tindakan disiplin yang keras.
Hukuman fizikal dikenakan tanpa banyak bicara, bahkan difikirkan perlu dan kanak-kank
dianggap sebagai tidak mempunyai hak sebagai seorang individu atau juga haknya
dianggap sebagai tidak penting.

Jenis Penganiayaan Kanak-kanak

Penganiayaan secara umumnya boleh dikategorikan kepada empat jenis utama: iaitu
penganiayaan fizikal, yang bermaksud keganasan dan tindakan yang disengajakan, yang
menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak berkenaan dan boleh menyebabkan
kecederaan atau kerosakan yang kekal terhadap perkembangan kanak-kanak itu atau

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

44

keupayaannya berfungsi dengan sempurna. Jenis kedua ialah pengabaian fizikal yang
merujuk kepada kegagalan menyediakan keperluan asas kepada seorang kanak-kanak
untuk membolehkan ia hidup dengan sempurna termasuk makanan, pakaian, tempat
kediaman, keselamatan emosi, rawatan perubatan dan pendidikan. Pengabaian fizikal
termasuk ditinggalkan atau dibiarkan tanpa jagaan untuk satu tempoh yang lama. Jenis
ketiga ialah penganiayaan seksual. Penganiayaan jenis ini berlaku apabila seorang yang
lebih tua memaksa seseorang kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktivi bersifat
seksual atau mengguna kanak-kanak untuk memenuhi keperluan dan kepuasan
seksualnya. Penganiayaan jenis ini termasuk perhubungan seks, meraba, marstubasi, seks
oral, meliwat, atau pun mendedahkan kanak-kanak kepada bahan video, majalah dan
buku lucah. Jenis keempat dirujuk sebagai penganiayaan dan pengabaian emosi (atau
psikologi). Penganiayaan jenis ini berlaku apabila ibu bapa gagal menyediakan keperluan
emosi secara berterusan dan gagal untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak
mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang kepercayaan, tiada keyakinan diri,
menjadi takut, merasa bersalah, murung, menjadi pendiam atau menjauhkan diri.
Pengkategorian jenis-jenis penganiayaan ini menunjukkan tingkat kesedaran
masyarakat terhadap gejala tersebut.

Henry Kempe (1978) telah menerangkan

penganiayaan kanak-kanak sebagai meliputi daripada bayi yang dihentam kepada


penganiayaan fizikal yang dikenakan terhadap kanak-kanak pelbagai umur, sehinggalah
kepada kegagalan kanak-kanak untuk berkembang, pengabaian, penganiayaan psikologi
dan emosi dan penganiayaan seksual.

Sebab Berlakunya Penganiayaan Kanak-kanak

Sebagaimana banyak sebab berlakunya keganasan keluarga, begitu juga terdapat banyak
sebab yang dikatakan boleh menyebabkan kanak-kanak dianiaya. Masalah penganiayaan
dan pengabaian kanak-kanak ini boleh dikatakan satu masalah yang kompleks dan sebabsebab yang menyumbang kepada gejala itu bukanlah bersifat satu dimensi dengan satu set
faktor penyebabnya sahaja.

Sebaliknya, penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak

merupakan satu gejala yang pelbagai dimensi atau mempunyai pelbagai faktor penyebab.
Maka, seperti juga jenis keganasan keluarga yang lain, saling kaitan dan pengaruh

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

45

pelbagai faktor penyebab itu perlu difahami dalam konteks struktur dan budaya
masyarakat yang lebih luas.
Berdasarkan model sosiopsikologi sebab-sebab berlakunya penganiayaan kanakkanak (Rajah 1), boleh dikatakan bahawa antara perkara yang menyebabkan
penganiayaan berlaku dalam keluarga ialah pengangguran atau tingkat pendapatan yang
rendah yang mengakibatkan tekanan ekonomi berlaku; rumah yang sesak, berbahaya,
kotor atau tidak sihat; keluarga yang tidak mempunyai banyak hubungan dengan saudaramara, jiran, rakan dan sebagainya; kejiranan yang tidak selamat; keluarga beribu tunggal
yang terpaksa berkerja dan memenuhi bermacam tanggungjawab yang lain lalu
menghadapi tekanan yang amat sangat; masalah kesihatan dalam keluarga dan lain-lain.
Seperti keganasan suami-isteri, gejala penganiayaan kanak-kanak secara umumnya
merentasi sempadan sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat. Namun, seperti juga
keganasan yang berlaku antara suami-isteri itu, penganiayaan kanak-kanak lebih sering
berlaku dalam kalangan keluarga yang berkedudukan sosio-ekonomi yang relatifnya
rendah.

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

Kedudukan
sosial dan
ekonomi ibu bapa

46

Kelas dan Komuniti:


Nilai terhadap
keganasan, subbudaya keganasan

Tekanan situasi:
Pengalaman
sosialisasi:
penganiayaan, role
model keganasan;
keagresifan.

Keadaan Psikopatik:
Sifat keperibadian,
Sifat watak; kesukaran
mengawal, kekacauan
neurologi

A. Hubungan antara ibu


bapa
B. Tekanan struktur spt.
pengangguran,
bilangan anak yang
ramai,
ancaman
kepada autoriti keibu
bapaan, nilai dsb.
C. Tekanan disebabkan
anak spt. anak yang
tidak dikehendaki,
anak bermasalah
(selalu sakit,
bermasalah, cacat,
dsb.)

Situasi yang
mencetuskan
insiden: spt.
pergaduhan,
kanak-kanak
salah laku

Penganiayaan
kanak-kanak:
Serangan
fizikal yang
berlaku sekali;
serangan
fizikal berkalikali;
keganasan
psikologi
(serangan
secara lisan)

Rajah 1: Model Sosiopsikologi Sebab-sebab Berlaku Penganiayaan Kanak-kanak


(Disesuaikan daripada Gelles, 1974:200-201)

Dari sudut penerangan teoritis dan sesuai dengan ungkapan keganasan


menghasilkan keganasan (violence begets violence), teori pembelajaran sosial
memberikan satu asas konseptual bagi menerangkan bagaimana pengalaman kanak-kanak
dalam keluarga asasnya menyumbang kepada risiko beliau pula melakukan penganiayaan
semasa dewasa (Tzeng, Jackson & Karlson, 1991: 94-98). Pola perlakuan yang agresif
dikatakan berkembang sebahagiannya disebabkan pembelajaran secara pemerhatian
(observational learning), dalam erti kata kanak-kanak akan berkelakuan seperti
sebagaimana ia pernah lihat dan alami (Bandura, 1977). Ringkasnya, terdapat cadangan

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

47

bahawa pengalaman dianiaya oleh ibu, bapa atau kedua-duanya meningkatkan


kemungkinan kanak-kanak mangsa itu melakukan tindakan yang sama semasa ia dewasa.
Bahkan, pengalaman perlakuan keibubapaan yang melampau (seperti serangan secara
lisan dan keganasan fizikal), kekurangan perlakuan keibubapaan yang positif (seperti
kemesraan, tunjuk-ajar dan berbincang) dan menyaksi berlakunya penganiayaan
pasangan boleh menyumbang kepada kejadian penganiayaan kanak-kanak itu kemudian
hari.

Walau

bagaimanapun,

harus

diingat

bahawa

pandangan

terdapatnya

kesinambungan keganasan akibat pengalaman kanak-kanak menyaksikan keganasan


keluarga sehingga kanak-kanak itu sendiri kemudiannya melakukan perbuatan tersebut
pada kemudian harinya merupakan satu generalisasi yang agak simplistik sekiranya
pandangan itu tidak mengambil kira faktor penyumbang yang lain, yang terdapat di
peringkat peribadi dan struktur masyarakat. Faktor penyumbang yang lain harus diambil
kira bagi menerangkan kenapa berlakunya keganasan keluarga amnya dan penganiayaan
kanak-kanak khususnya.

Senario Penganiayaan Kanak-kanak di Malaysia


Timbulnya Kesedaran

Malaysia, sebuah negara yang sedang pesat mengindustri dan membangun dengan
masyarakatnya dianggap sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, juga tidak terlepas
daripada menghadapi masalah keganasan keluarga amnya dan penganiayaan dan
pengabaian kanak-kanak khususnya. Bahkan, gejala ini kini diakui sebagai satu masalah
sosial negara.

Sungguhpun gejala penganiayaan kanak-kanak telah menarik banyak

perhatian di negara Barat dan semenjak beberapa dekad kebelakangan ini banyak
penyelidikan dilakukan mengenainya, namun di Malaysia masalah ini hanya baru mula
menerima perhatian yang serius sebilangan besar anggota masyarakat.

Bahkan,

penerimaan penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak sebagai satu masalah sosial


berlaku selepas tahun 1970 apabila didapati insiden penganiayaan dan pengabaian kanakkanak telah terjadi melebihi apa yang disangkakan dengan ada di antaranya yang berakhir
dengan kematian. Dalam hal ini peristiwa kematian kanak-kanak bernama Balasundram

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

48

a/l Balakrishnan, yang hanya berumur dua tahun, di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mei
1990, akibat dianiaya telah mengejutkan masyarakat. Peristiwa ini boleh dikatakan telah
memulakan peningkatan kesedaran anggota masyarakat Malaysia terhadap masalah
penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak secara keseluruhannya.

Jadual 1: Malaysia: Jumlah Kes yang Dilaporkan


ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (1974 - 2002)
Tahun

Bilangan Kes

Tahun

Bilangan Kes

1974
1975
1976
1977
1978
1979
1980
1981
1982
1983
1984
1985
1986
1987
1988
1989

85
76
63
70
68
82
96
89
82
139
97
72
179
149
191
276

1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
2001
2002

511
970
820
1084
836
1117
1009
1149
1161
1107
934
1036
821

Sumber: (a) 1974 1997:Bahagian Perancangan dan Sistem Maklumat,


abatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia
(b) 1998 2002: Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat.

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

49

6000
5000
4000
3000

Bilangan Kes

2000
1000
0
1974-75

1976-80

1981-85

1986-90

1991-95 1996-2000 2001-2002

Rajah 1: Malaysia: Jumlah Kes yang Dilaporkan ke


Jabatan Kebajikan Masyarakat (1974-2002)

Statistiks mengenai penganiayaan kanak-kanak yang dilaporkan ke Jabatan


Kebajikan Masyarakat (JKM) semenjak 1974 menunjukkan bahawa secara umum gejala
ini semakin meningkat di Malaysia.

Statistiks ini juga memberi implikasi bahawa

sungguhpun masyarakat Malaysia dianggap sebagai sebuah masyarakat yang penyayang,


namun ada di kalangan anggotanya yang sanggup melakukan perbuatan menganiaya
kanak-kanak seperti juga yang terdapat di kalangan anggota masyarakat di negara-negara
lain. Secara keseluruhan jumlah kes yang dilaporkan ke JKM telah meningkat daripada
85 kes pada tahun 1974 kepada 1161 pada tahun 1998 (Jadual 1 dan Rajah 1).
Sungguhpun jumlah kes yang dilaporkan kelihatan berkurangan selepas tahun tersebut,
namun apapun jumlahnya itu hanyalah merupakan a tip of the iceberg kerana
terdapatnya masalah kurang laporan dibuat (under reporting). Bermakna banyak lagi
insiden penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak yang tidak dilaporkan atas sebabsebab tertentu. Lagipun, undang-undang yang mewajibkan laporan dibuat oleh golongan
profesional tertentu hanya baru beberapa tahun dilaksanakan. Selain itu, terdapat tekanan
dalam masyarakat supaya keluarga dilindungi daripada dimalukan. Dengan itu, mangsa
penganiayaan dan anggota keluarganya yang lain selalunya agak keberatan untuk
membuat laporan atau untuk membantu mangsa. Selain itu, berdasarkan nilai dan norma
masyarakat berkaitan pendisiplinan kanak-kanak hukuman secara fizikal sudah lama
dianggap sebagai suatu yang biasa dilakukan.
Jadual yang sama juga menunjukkan bahawa jumlah tertinggi kes yang dilaporkan
terdapat pada tahun 1998, iaitu sebanyak 1161 kes. Pada tahun tersebut negara sedang

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

50

mengalami kesan kegawatan ekonomi dan kewangan. Banyaknya kes yang dilaporkan
atau yang dapat dikesan pada tahun itu berkemungkinan besar disebabkan oleh tekanan
hidup yang dihadapi oleh keluarga pada ketika itu. Masalah kewangan, kemiskinan,
kekurangan kemudahan dan sebagainya yang timbul akibat krisis ekonomi ini boleh
menyebabkan seseorang individu berasa tertekan lalu bertindak di luar batasan. Dalam
keadaan yang tertekan ini terdapat ibu bapa yang telah melahirkan perasaan tertekan
mereka itu terhadap anak-anak dan seterusnya menyebabkan berlakunya penganiayaan.

Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-Kanak Mengikut Negeri

Sementara itu jumlah kes yang dilaporkan antara 1990-2002 mengikut pecahan negeri
pula menunjukkan bahawa negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
mempunyai bilangan yang tertinggi, iaitu masing-masing 3304 dan 3260 kes (Jadual 2).
Kemudian diikuti oleh negeri Johor (1369 kes). Negeri-negeri ini didapati mengalami
kadar pembangunan yang pesat dan kadar perbandaran yang tinggi selain mempunyai
kepadatan penduduk yang tinggi juga. Hal-hal ini boleh menyumbang kepada keadaan
tekanan hidup yang tinggi juga.
Berdasarkan Jadual 2 dapat dilihat bahawa dari tahun 1990 hingga 1999 pula, kes
penganiayaan telah bertambah sebanyak 596 kes. Iaitu dari 511 kepada tahun 1990
menjadi 1107 kes pada tahun 1999. Peningkatan ini mungkin disebabkan oleh bilangan
anggota masyarakat yang tampil untuk membuat laporan telah bertambah. Selain itu dan
sebagaimana yang telah disebutkan Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 mewajibkan
para doktor melapor kepada pihak berkuasa jika mereka mensyaki kanak-kanak yang
sedang dirawat itu telah dianiaya.

Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-Kanak Mengikut Etnik dan Jantina

Dari segi gender pula, Jadual 3 menunjukkan bahawa antara 1985 dan 1998 kebanyakan
mangsa penganiayaan yang diperiksa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah kanakkanak perempuan (1323) berbanding kanak-kanak lelaki (943). Hal ini lebih-lebih lagi

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

51

dalam kes penganiayaan seksual di mana 465 kanak-kanak perempuan telah menjadi
mangsa berbanding 35 kanak-kanak lelaki.
Perangkaan dalam Jadual 3 juga menunjukkan bahawa gejala penganiayaan
kanak-kanak lebih banyak berlaku di kalangan orang Melayu. Dari jumlah keseluruhan
kes pada tahun 1985 hingga 1998, 1201 kes berlaku di kalangan kaum Melayu. Ini
diikuti oleh etnik India sebanyak 621 kes dan Cina 323 kes, manakala yang selebihnya
melibatkan etnik yang lain. Dari segi jantina pula kanak-kanak perempuan lebih banyak
menjadi mangsa penganiayaan kanak-kanak.

Statistik dalam Jadual 2 di bawah

menunjukkan dari tahun 1985 hingga 1998 seramai 1323 kanak-kanak perempuan
menjadi mangsa penganiayaan. Angka ini jauh lebih besar jika dibandingkan dengan
mangsa kanak-kanak lelaki, iaitu hanya seramai 943 orang.

Dari sudut pandangan

psikologi, keadaan sedemikian mungkin disebabkan oleh sifat perempuan yang lebih
lemah dan dengan itu, lebih mudah untuk dianiaya.

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

52

Jadual 2: Malaysia: Jumlah Kes Penganiayaan Kanak-kanak yang Dilaporkan Mengikut Negeri, 1990-2002
1990a

1991a

1992a

1993a

1994b

1995b

1996b

1997b

1998c

1999c

2000c

2001c

2002c

Jumlah

Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
N.Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Penang
Selangor
Trengganu
WP: KL
WP: Labuan
Sabah
Sarawak

25
11
3
33
21
6
52
2
29
120
1
208
0

75
10
5
29
24
12
62
4
33
356
12
348
0

115
14
7
6
31
7
57
2
30
245
13
293
0

134
15
1
73
16
24
77
3
62
269
24
386
0
na
na

127
15
6
47
54
29
86
6
57
250
17
140
2
na
na

134
21
7
73
74
24
131
8
72
246
21
306
0
na
na

94
45
10
56
83
32
92
14
117
189
30
244
3
na
na

109
25
46
57
118
20
61
9
106
212
33
352
1
na
na

111
14
54
41
80
23
118
29
130
201
17
343
na
na
na

119
21
20
35
46
17
105
17
125
300
21
191
3
24
63

116
33
24
51
24
5
79
16
75
349
17
112
2
31
na

126
33
24
36
39
25
85
26
85
327
24
127
0
14
65

84
28
10
20
7
0
54
14
118
240
11
210
1
5
19

1369
285
217
557
617
224
1059
150
1039
3304
241
3260
12
74
147

JUMLAH

511

970

820

1084

836

1117

1009

1149

1091

1107

934

1036

821

12555

NEGERI

Sumber: a: Bahagian Perancangan dan Sistem Maklumat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia, Jan. 1998
b: Bahagian Perancangan dan Sistem Maklumat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia April 1999
c: Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, 2004

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

Jadual 3: Malaysia: Kaitan antara Agihan Jantina dan Etnik Kanak-kanak yang Didera dan Terabai
Sebagaimana Dirawat di Hospital Kuala Lumpur 1985 - 1998
Jenis
Salahlayanan
(Maltreatment)
Kump. Etnik
Penganiayaan
Fizikal
Jumlah
1156
Penganiayaan
Seksual
Jumlah

500

Pengabaian/
Ditinggalkan
Jumlah

610

JUMLAH

2266

Melayu
Jumlah
1201
lelaki

Cina
Jumlah

India
323

wanita

Jumlah

621

lelaki

wanita

Lain-lain
Jumlah
121

2266

wanita

lelaki

wanita

wanita

lelaki

318

271

85

86

160

190

20

26

583

573

24

296

61

82

26

35

465

164

128

34

52

103

83

24

22

325

285

506

695

124

199

266

355

47

74

943

1323

Sumber: SCAN Team Hospital Kuala Lumpur, Malaysia. Oktober, 1999

lelaki

JUMLAH

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

54

Jenis Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-Kanak

Jadual 4: Malaysia: Jenis Penganiayaan yang Diperiksa


di Hospital Kuala Lumpur (1985-1996)
Tahun

Penganiayaan
Fizikal

Penganiayaan
Seksual

Pengabaian /
Ditinggalkan
(Abandonment)

Jumlah

1985
1986
1987
1988
1989
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996

20
44
38
49
71
93
110
72
104
135
141
93

1
6
11
23
37
25
38
31
75
37
44
54

4
13
21
8
32
59
63
66
91
64
62
37

25
63
70
80
140
177
211
169
270
236
247
184

JUMLAH

970

382

520

1872

Sumber: SCAN Team Hospital Kuala Lumpur, 1996.

300
Penganiyaan Fizikal

250
200

Penganiyaan Seksual

150

Pengabaian/ Ditinggalkan
(Abandonment)

100

Jumlah

50
0
1985 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996

Rajah 2: Malaysia: Jenis Penganiyaan yang Diperiksa


di Hospital Kuala Lumpur (1985-1996)

Sementara itu jumlah kes yang telah diperiksa di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
antara tahun 1985-1996 juga menunjukkan peningkatan daripada 25 kes pada tahun 1985

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

55

kepada 247 kes pada tahun 1995 (Jadual 4 dan Rajah 2). Jenis penganiayaan yang
diperiksa tidak terbatas kepada yang berbentuk fizikal. Bahkan, merangkumi
penganiayaan seksual, pengabaian dan yang ditinggalkan atau dibuang (abandon). Dari
segi jenis penganiayaan yang diperiksa di HKL pada tahun-tahun yang sama, pada tahun
1995 bilangan kanak-kanak yang didapati telah dianiaya secara fizikal ialah seramai 141
berbanding 20 orang pada tahun 1985. Mangsa penganiayaan seksual pula ialah seramai
44 orang. Ini merupakan satu peningkatan bilangan yang besar memandangkan hanya
terdapat seorang mangsa yang telah dilaporkan pada tahun 1985. Seramai 62 orang
kanak-kanak pula telah dilaporkan sebagai telah diabai atau ditinggalkan pada tahun
1995, iaitu peningkatan seramai 58 kes berbanding angka tahun 1985. Jadual 3 juga
menunjukkan bahawa sehingga tahun 1998 lebih ramai kanak-kanak menderitai
penganiayaan fizikal (1156) berbanding penganiayaan seksual (500) atau pun pengabaian
dan ditinggal (610).
Jadual 4 menunjukkan bahawa dari tahun 1990 hingga 1996 penganiayaan fizikal
mencatatkan angka yang paling tinggi, iaitu 748 kes dan diikuti dengan 442 kes
pengabaian. Jumlah penganiayaan fizikal adalah lebih tinggi kerana ibu bapa mungkin
lebih banyak menggunakan hukuman fizikal sebagai cara mendisiplinkan anak.
Manakala kes penganiayaan seksual pula menunjukkan angka yang paling sedikit iaitu
hanya 304 kes berbanding dengan jenis penganiayaan yang lain. Ini mungkin disebabkan
jenis penganiayaan ini sukar dikesan. Tambahan pula, jika jenayah ini dilakukan oleh
ahli keluarga sendiri, maka mereka tidak akan membuat laporan kerana perbuatan
tersebut dianggap akan mencemarkan maruah keluarga.

Perubahan Hubungan Keluarga


Hubungan Mangsa kepada Penganiaya

Secara keseluruhan terdapat satu julat yang luas berkaitan individu yang mungkin
bertanggungjawab melakukan penganiayaan, iaitu daripada anggota keluarga itu sendiri
sehingga kepada orang luar keluarga yang sama ada dikenali atau pun tidak dikenali. Di
Malaysia, laporan menunjukkan bahawa kebanyakan mangsa telah dianiaya, sama ada
secara fizikal atau pun seksual, oleh orang yang mereka kenali (Jadual 5) termasuk ibu

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

56

bapa, adik-beradik, saudara-mara dan jiran. Antara tahun 1985 dan 1998 dari segi jenis
penganiayaan fizikal yang telah dilaporkan kepada dan diperiksa oleh kumpulan Society
for the Prevention of Child Abuse and Neglect (SCAN), didapati ibu bapa kandung
merupakan penganiaya utama, iaitu seramai 642 kes dan bilangan ini telah meningkat
kepada 2191 antara tahun 1999-2002. Bahkan, pada tahun-tahun 1999-2002 itu kira-kira
66 peratus daripada pemangsa penganiayaan adalah ibu bapa sendiri dan saudara-mara
yang lain.
Daripada 1156 kes yang diperiksa antara tahun 1985-1998, 642 kes atau 55.5
peratus kanak-kanak didapati telah dianiaya oleh salah seorang atau kedua-dua ibu bapa
kandung mereka.

Secara umum antara sebab berlakunya penganiayaan ialah

ketidakupayaan salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mangsa untuk menangani masalah
dan tekanan domestik atau juga bukan-domestik yang mereka hadapi.

Keadaan ini

merupakan suatu yang membimbangkan kerana ibu bapa seharusnya merupakan


pelindung dan pemberi nafkah hidup utama anak-anak mereka. Kegagalan ibu bapa
untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah ini dan sekiranya sesuatu tidak dilakukan
untuk membanteras keadaan tersebut boleh menggalak orang lain untuk juga menganiaya
kanak-kanak itu.

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

57

Jadual 5: Malaysia: Hubungan Peganiaya kepada Mangsa, 1985-2002


1985 1998a

1999 2002b

Penderaan
Fizikal

Penderaan
Seksual

Penderaan
Fizikal &
Seksual

Ibu
Bapa
Kedua-dua ibu-bapa
Ibu/ bapa tiri
Ibu/ bapa angkat
Saudara-mara
Adik-beradik
Penjaga/Pengasuh
Guru
Teman atau kekasih ibu/ bapa
Jiran
Kenalan keluarga
Teman lelaki
Orang asing
Majikan
Lain-lain

196
278
168
97
28
95
50
150
15
42

2
45
26
69
20
50
31
69
4
21
97

1177
1014
274
317
74
158
16
29
109
133
30
567

Tidak diketahui

37

66

1156

500

3898

Pertalian

JUMLAH

Sumber: (a) SCAN Team KLH, Okt. 1999


(b) Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, 2004

Perlindungan dan Pencegahan

Kesedaran mengenai keganasan keluarga dan penganiayaan kanak-kanak telah


menyebabkan negara bertindak menggubal dan melaksanakan pelbagai dasar, program
dan undang-undang. Secara umum langkah-langkah ini bertujuan menangani satu
masalah yang amat membimbangkan itu. Secara khusunya pula langkah-langkah tersebut
bertujuan melindungi mangsa dan membantu memperkukuhkan keluarga. Kini negara
telahpun menyediakan banyak dasar, rancangan, strategi dan program untuk kepentingan

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

58

kanak-kanak. Program berkaitan kelangsungan hidup kanak-kanak dalam konteks


penjagaan kesihatan, pemakanan yang lebih baik, pendidikan, sistem perundangan dan
kebajikan telah disediakan semenjak tahun 1957 lagi dan sentiasa ditegas dan
diperkuatkan menerusi Rancangan-rancangan Pembangunan Lima Tahun negara.
Antara langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ialah peranan yang dimainkan
oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam usaha menangani dan membendung
masalah penganiayaan kanak-kanak ini selain memainkan peranannya yang lebih umum,
iaitu menjaga dan melindungi kanak-kanak, khususnya golongan yang socially
disadvantaged. Antara usaha yang telah diambil oleh Jabatan ini adalah termasuk
penubuhan Pasukan Pelindung Kanak-kanak (Child Protection Team) di peringkat negeri
dan tempatan. Pusat-pusat perlindungan telah juga ditubuhkan seperti Child Abuse
Protection Team di Hospital Universiti Malaya dan SCAN Team di HKL-UKM.
Undang-undang juga telah digubal dan dilaksanakan bagi memperkukuhkan
usaha-usaha melindungi kanak-kanak. Undang-undang ini secara umum meliputi
kepentingan kanak-kanak berkaitan pencegahan, perlindungan, rehablitasi dan penjagaan
(Lihat Rajah 3). Langkah mewajibkan golongan profesional tertentu seperti doktor, guru
dan kaunselor melaporkan kanak-kanak yang disyaki telah dianiaya telah memudahkan
lagi usaha mengenalpasti insiden tersebut.

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

59

RAJAH 3
MALAYSIA: BEBERAPA PERUNDANGAN BERKAITAN KANAK-KANAK

Adoption Act 1952 (Revised 1981), (Act 257)


Age of Majority Act 1971 (Act 21)
Birth and Death Registration Act 1957 (Revised 1983), (Act 299)
Birth and Death Registration (Amendment) Act 1975 (Act A296)
Child Act 2001 (Act 611)
Care Centres Act 1993 (Act 506)
Child Care Centres Act 1984 (Act 308)
Children and Young Persons Act 1947 (Revised 1980) (Act 232)
Children and Young Persons (Employment) Act 1966 (Revised 1988) (Act 350)
Children and Young Persons (Amendment) Act 1981 (Act A519)
Children Protection Act 1991 (Act 468)
Domestic Violence Act 1994 (Act 521)
Education (Amendment) Act 1971 (ActA48)
Education (Amendment) Act 1974 (ActA260)
Guardianship of Infants Act 1961 (Revised 1988) (Act 351)
Inheritance (Family Provision) Act 1971 (Act 39)
Juvenile Courts Act 1974 (Revised 1972) (Act 90)
Juvenile Court (Amendment) Act 1975 (Act A297)
Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 (Act 164)
Legitimacy Act 1961 (Revised 1971) (Act 60)
Maintenance Orders (Facilities for Enforcement) Act 1949 (Revised 1971) (Act 34)
Married Women and Children (Maintenance) Act 1950 (Revised 1981) (Act 263)
Married Women and Children (Enforcement of Maintenance) Act 1968 (Revised 1988) (Act 263)
National Registration Act 1959 (Revised 1972) (Act 78)
Passport Act 1960 (Revised 1974) (Act 150)
Registration of Births and Deaths (Special Provision) Act 1975 (Act 152)
Registration of Adoption Act 1952 (Revised 1981) (Act 253)
Workers Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 (Act 446)
Widows and Orphans Pensions (Amendment) Act 1969 (Act A24)
Widows and Orphans Pensions (Amendment) Act 1972 (Act A96)
Widows and Orphans Pensions (Sabah) (Amendment) Act 1973 (Act A177)
Widows and Orphans Pensions (Sarawak) (Amendment) Act 1973 (Act A178)
Women and Girls Protection (Amendment) Act 1987 (Act A664)

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

60

Langkah kerajaan yang paling baru adalah meluluskan Akta Kanak-kanak 2001
oleh Parlimen. Akta ini bertujuan memastikan adanya kesejahteraan kanak-kanak dengan
menyusun semula undang-undang yang berkaitan penjagaan, perlindungan dan
pemulihan kanak-kanak. Akta ini menggantikan Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta
Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991.
Akta ini juga memungkinkan sebuah mahkamah khas kanak-kanak ditubuhkan. Selain
itu, hukuman yang lebih berat juga dikenakan, iaitu denda sebanyak RM20,000 atau
hukuman penjara selama sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali (Rahimah Abdul Aziz
1999).
Malaysia juga telah bersetuju menerima Convention on the Rights of the Child
(CRC) pada tahun 1985, sungguhpun dengan beberapa reservations. Tindakan kerajaan
menerima CRC ini adalah selaras dengan aspirasi Wawasan 2020nya yang bertujuan
membina sebuah masyarakat penyayang. Sungguhpun tanggungjawab utama memberi
perlindungan dan melaksanakan CRC terletak pada sesebuah negara berkenaan, tetapi itu
tidak menghalang pihak-pihak perihatin yang lain daripada turut serta. Bahkan, terdapat
banyak usaha dilakukan oleh kedua-dua kerajaan dan pihak organisasi bukan kerajaan
(NGO) khususnya, untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai CRC ini dan perlunya
mencegah penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.
Selain itu, pada tahun 1990 Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat ketika itu telah membuka talian Perkhidmatan TELEDERA bertujuan
membolehkan anggota masyarakat membuat laporan mengenai penganiayaan kanakkanak.
Pihak media massa (kedua-dua elektronik dan cetakan) juga memainkan peranan
mereka meningkatkan kepekaan dan kesedaran, mendidik anggota masyarakat dengan
melaksanakan pelbagai kempen, penyaluran maklumat melalui rancangan-rancangan
dokumentasi dan iklan-iklan mengenai penganiayaan kanak-kanak. Selain itu dalam
usahanya mendidik dan meningkatkan kesedaran awam itu juga kejadian-kejadian
penganiayaan telah juga dipaparkan.
Kempen-kempen kesedaran juga dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu dan
badan-badan bukan kerajaan (NGO) turut memainkan peranan dalam usaha menangani
gejala penganiayaan kanak-kanak ini. Untuk terus mendidik, merangsang dan

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

61

meningkatkan aras kesedaran awam selain untuk memberi penekanan bahawa mencegah
penganiayaan kanak-kanak dan bentuk-bentuk lain penzaliman terhadap kanak-kanak
adalah tanggungjawab semua, maka seminar, persidangan, bengkel, forum dan
sebagainya diadakan dari semasa ke semasa untuk membincang isu ini. Sasaran aktivitiaktiviti ini adalah kedua-dua golongan profesional dan orang perseorangan yang
berminat.
Secara keseluruhan sungguhpun pelbagai langkah dan strategi pencegahan telah
dilaksanakan namun, kadar kejayaannya masih kurang memuaskan. Hal ini kerana
sungguhpun pelbagai langkah telah dijalankan tetapi masalah ini terus wujud dan
bilangannya meningkat. Keadaan ini menunjukkan bahawa masih banyak lagi yang perlu
dilakukan untuk mengawal dan mengurangkan masalah ini. Antara lain perlu
ditingkatkan lagi kesedaran dan pengetahuan tentang penganiayaan dan pengabaian
kanak-kanak di kalangan (i) kanak-kanak sendiri (ii) ibu bapa dan juga (iii) orang ramai.
Kanak-kanak juga perlu diperkasakan dalam erti kata mereka perlu dididik supaya dapat
mengenali apabila penganiayaan telah berlaku dan berani melaporkan insiden tersebut.
Dalam hal ini saluran yang lebih bersifat mesra kanak-kanak harus diperkenalkan.
Selain itu perlu wujud dan tingkatkan kerjasama antara agensi yang berkaitan
supaya lebih mudah untuk berkerjasama dan menyelaras tugas-tugas yang harus
dilakukan. Meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak dan melindungi mereka daripada
sengaja disakiti akan bergantung kepada adanya satu proses perkongsian maklumat yang
berkesan, kerjasama dan persefahaman antara agensi yang berkaitan dan golongan
profesional. Dalam hal ini kurang kesefahaman dan kerjasaman antara agensi yang
berkaitan akan mudah diatasi sekiranya terdapat saluran komunikasi yang berkesan.
Agensi dan golongan profesional perlu berkerja secara perkongsian antara satu sama lain
dan juga dengan pelanggan perkhidmatan mereka, untuk merancang dan menghasilkan
satu rancangan perkhidmatan kanak-kanak yang komprehensif. Sehubungan itu perlu
adanya satu mekanisme yang jelas dan mudah difahami bagi membolehkan maklumbalas
disampaikan kepada pembuat dasar dalam usaha menghasilkan satu garispanduan yang
boleh diterima pakai oleh semua.
Kerjasama antara agensi adalah faktor penting supaya usaha melindungi kanakkanak dapat dilakukan secara holistik. Tanggungjawab asas mungkin diletakkan pada

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

62

sebuah agensi tertentu di peringkat yang strategik dan yang dikenalpasti oleh pihak
kerajaan, namun bimbingan terperinci untuk setiap agensi lain pendidikan,
perkhidmatan kesihatan, polis, pihak perundangan, kebajikan dan lain-lain seperti NGO
yang ada kaitan dengan perlindungan kanak-kanak -akan mempastikan setiap agensi itu
memahami peranan mereka, membolehkan adanya persefahaman antara agensi-agensi
tersebut dan akan membolehkan agensi-agensi itu melihat di manakah letaknya
sumbangan dan peranan mereka dalam gambaran melindungi kanak-kanak yang lebih
luas.

Penutup

Keganasan keluarga merupakan satu gejala yang kompleks, yang terhasil akibat
penjalinan antara ciri-ciri individu dan faktor-faktor sosio-ekonomi. Sungguhpun tidak
semua rumahtangga menderitai keganasan keluarga, namun keganasan merupakan satu
kitaran yang tidak berkesudahan dan terdapat banyak bukti yang menunjukkan
berlakunya pewarisan gejala keganasan keluarga ini di antara generasi. Individu yang
telah terlalu banyak didedahkan kepada keganasan dan penganiayaan adalah lebih
berkemungkinan untuk mengambil tindakan yang sama apabila mereka dewasa. Kanakkanak yang dibesarkan dalam suasana atau sekitaran yang penuh dengan keganasan akan
juga berkemungkinan menggunakan keganasan dan kekerasan terhadap anak-anak dan
pasangan mereka sendiri. Mereka kemudiannya akan mendapati diri mereka pula
terdedah kepada keganasan yang dikenakan oleh anak-anak mereka. Sungguhpun di
negara ini penganiayaan terhadap datuk dan nenek (granny bashing/abuse) dan keganasan
oleh kanak-kanak belum muncul sebagai satu masalah sosial yang serius yang sekaligus
menimbulkan kebimbangan di kalangan anggota masyarakat, namun kedua-dua gejala ini
mungkin akan terdapat satu hari nanti sekiranya langkah-langkah berkesan tidak diambil
daripada sekarang untuk menangani dan mencegah masalah keganasan keluarga ini.
Keadaan yang sedemikian akan tentu sekali menggagalkan hasrat negara membentuk
sebuah masyarakat penyayang setelah ia capai taraf negara maju industri kelak.

Rujukan

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

63

Alvy, K.T. 1975. Preventing Child Abuse. American Psychologist. September: 921-927.
Ann Wan Seng & Khadijah Alavi. 1997. Penderaan Kanak-kanak di Malaysia. Fajar
Bakti: Shah Alam.
Bandura, A. 1977. Social Learning Theory. Prentice-Hall: Englewood Cliffs, N.J.
Coser, L.A. 1970. Violence and the Social Structure. Dalam Endleman, S. (ed.). Violence
in the Street. Quadrangle Paperbacks: Chicago.
Eshleman, J.R. 2000. The Family. Allyn & Bacon: Massachusettes.
Finkelhor, D. & Korbin, J. 1988. Child Abuse as an International Issue. Child Abuse and
Neglect. 12: 3-23.
Freeman, M. D. A. 1979. Violence in the Home. Gower: Westmead, Hampshire.
Gelles, R.J. 1974. Child Abuse as Psychopathology: A sociological critique and
reformation. Dalam Steinmetz, S.K. & Straus, M.A. (Pnyt.). Violence in the
Family. Harper & Row: New York.
Gelles, R. & Cornell, C. 1990. Intimate Violence in Keluargaes. Ed. 2. Sage: Newbury
Park, CA.
Gil, D. 1970. Violence Against Children. Harvard University Press: Harvard.
Goode, J.W. 1974. Force and Violence in the Family. Dalam Steinmetz,S.K. & Straus,
M.A. (Pnyt.). Violence in the Family. Harper & Row: New York
Gough, D. 1996. Defining the Problem. Child Abuse and Neglect. 20 (1): 993-1002.
Kemp, C.H. 1978. Recent Developments in the Field of Child Abuse. Child Abuse and
Neglect. 20(7): 599-612.
Levinson, D. 1989. Family Violence in Cross Cultural Perspective. Sage: Newbury Park,
CA.
Merton, R.K. 1957. Social Theory and Social Structure. The Free Press: Glencoe, IL.
Ney, P.G. 1992. Transgenerational Abuse. Dlm. Viano, E.C. (ed). Intimate Violence:
Interdisciplinary Perspective. Hemisphere: Washington D.C.
OLeary, K.D. 1993. Through a Psychological Lens: Personality Traits, Personality
Disorders and Levels of Violence. Dlm. Gelles, R. & Loseke, D. Current
Controversies in Family Violence. Sage: Newbury Park, CA.
Rahimah Abdul Aziz dan Fatimah Abdullah. 1996. Socio-cultural Issues and Approaches
on Child Abuse Research; Malaysian Situation. Prosiding Workshop on
Perspectives of Research on Child Abuse and Neglect. Bangi: November 19-21.
Rahimah Abdul Aziz. 1999. Government Strategies for Prevention of Child Abuse in
Malaysia: Achievements, problems, and challenges. Kertas kerja 5th ISPCAN
Asian Conference on Child Protection. Hong Kong, November 25 27.
Rahimah Abdul Aziz. 2000. Cultural Beliefs and Awareness of Child Rights in Malaysia.
Kertas dibentangkan di 13th International Congress on Child Abuse and Neglect.
Durban, South Africa, 3-6 Sept.
Reuben, H. 1970. Modern Systems Theory and the Family: A confrontation. Social
Science Information. 10(Oct.): 7-26.
Ross, S.M. 1996. Risk of Physical Abuse to Children of Spouse Abusing Parents. Child
Abuse and Neglect. 20(7): 589 - 598.
Schechter, S. & Gary, L. 1988. A Framework for Understanding and Empowering
Battered Women. Dlm. Straus, M.B. (ed). Abuse and Victimization Across the
Life Span.). John Hopkins University Press: Baltimore.

Transformasi sosioekonomi:
Cabaran famili, gender & sosiobudaya

64

Simons, R.L., Lin, K. & Gordon, L.C. 1998. Socialization in the Family of Origin and
Male Dating Violence: A prospective Study. Journal of Marriage and the Family.
60: 467-478.
Steinmatz, S.K. & Straus, M.A. 1973. The Family as Cradle for Violence. Society. 10:
50-56.
Steinmetz, S.K. & Straus, M.A. (Pnyt.). 1974. Violence in the Family. Harper & Row:
New York.
Straus, M.A. 1973. A General Systems Theory Approach to the Theory of Violence
Between Family Members. Social Science Information. 12.
__________. 1994. Beating the Devil Out of Them: Corporal Punishment by Parents and
Its Effects on Children. Lexington Books:New York
Straus, M.A. & Smith, C. 1990. Family Patterns and Child Abuse. Dlm. Straus, M.A. &
Gelles, R.J. (ed). Physical Vilolence in American Keluargaes: Risk Factors and
Adaptations to Violence in 8,145 Keluargaes. Transaction Publishers: New
Brunswick, N.J.
Tajima, E.A. 2000. The Relative Importance of Wife Abuse as a Risk Factor for Violence
Against Children. Child Abuse and Neglect. 24(11): 1383 1398.
Tzeng, O.K.S., Jackson, J.W. & Karlson, H.C. 1991. Theories of Child Abuse and
Neglect: Differential Perspectives, Summaries and Evaluations. Praeger: New
York.
Wolfgang, M.E. & Ferracuti, F. 1967. The Subculture of Violence: Toward an
Intergrated Theory of Criminology. Tavistock: London.
Yllo, K. 1993. Through a Feminist Lens: Gender, Power and Violence. Dlm. Gelles, R. &
Loseke, D. Current Controversies in Family Violence. Sage: Newbury Park, CA.

Anda mungkin juga menyukai