Anda di halaman 1dari 7

Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi

bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah
acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga
tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dua factor
yang mempengaruhi kepantasan seorang pelari iaitu panjang langkah dan
kekerapan langkah.
1) PERMULAAN

Teknik permulaan berdekam


Pengukuran untuk permulaan- blok hadapan 2 tapak kaki dari garisan
permulaan
Condongan muka blok hadapan 50-60 darjah
Condongan muka blok belakang 80 darjah
Jarak antara blok hadapan dan blok belakang- 1 hingga a1 tapak kaki
bergantung pada panjangnya kaki dan keselesaan pelari.
2) KE GARISAN

Teknik permulaan berdekam (crouch start)


1. Keadaan badan agak relaks
2. Tangan diletakkan di belakang garisan permulaan
3. Kedudukan tangan-depa seluas bahu, ibu jari dan jari telunjuk dibuka dan jarijari yang lain dirapatkan.
3) SEDIA

a) Berat badan dipindahkan ke hadapan supaya terletak di atas kedua-dua


belah tangan.
b) Bahu lebih ke hadapan sedikit daripada kedua-dua belah tangan
c) Punggung diangkat sehingga lutu kaki hadapan adalah 90 darjah.
d) Punggung lebih tinggi sedikit daripada bahu
4) MULA BERLARI

1. Tolak dari kaki hadapan sambil mengangat tangan


2. Pada masa yang sama, bawa kaki belakang ke hadapan dari blok belakang
3. Luruskan lutut kanan dan pinggang untuk langkah pertama semasa
permulaan larian
4. Badan condong ke hadapan sedikit ke hadapan semasa larian awal
5. Kedudukan badan semasa mula berlari
a. Langkah pertama- kaki belakang(kiri) mendarat.
b. Kaki tolakan diangkat dan dibawa ke hadapan.
c. Langkah kedua-kaki tolakan (kanan) mendarat dan menolak badan ke
hadapan.
d. Perhatikan tolakan dari hujung kaki dan keadaan badan yang condong
sedikit ke hadapan

5) HAYUNAN TANGAN

1. Kedua-dua tangan bengkok- sudut lebih kurang 90 darjah.


2. Jari-jari tangan dalam keadaan separuh genggam atau terbuka agak
relaks. Bukan genggam secara tegang
3. Hayunan tangan yang pantas
6) PERTENGAHAN TANGAN

1. Badan tegak
2. Lutut diangkat tinggi
3. Tolakan dengan bebola/ hujung kaki
7) TAMAT LARIAN

1. Apabila sampai ke garisan penamat, lakukan dip kepala ditundukan sedikit


dan bahagian atas badan (torso) dicondong sedikit ke hadapan atau
mendada garisan penamat dengan keadaan kepala sedikit mendongak.

2. Lari dengan pantas sehingga melepasi garisan penamat, bukan dengan


mengurangkan kepantasan beberapa langkah sebelum garisan penamat.
8) FASA LARIAN
8.1 Memulakan larian tanpa blok permulaan
1. Gaya peluru
a. Berdiri rapat garisan dan kira 2 atau 1 tapak.
b. Hujung kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
2. Gaya sederhana
a. Berdiri rapat ke garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki.
b. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
3. Gaya panjang
a. Berdiri rapat ke garisan dan kira 2 atau 1 tapak.
b. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
8.2 Memulakan larian dengan blok
Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat. Gaya
larian melibatkan tiga gaya.
1. Gaya peluru

a. Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan.
Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
2. Gaya sederhana
a. Gaya ini meletakkan blok pertama dus tapak dari garis permulaan dan
blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
3. Gaya panjang

a. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
8.3 Penempatan blok permulaan yang lebih tepat
Satu cara penempatan blok yang lebih tepat dikemukakan oleh Chris Brooks
(1981) dalam bukunya bertajuk Womens Hurdling: Novice, To Championship. Cara
ini melibatkan ukuran panjang kaki.
= Panjang kaki dari trochanter ke tanah
= Penempatan blok hadapan panjang kaki _x 0.55
= Jarak antara blok panjang kaki _x 0.42
Contoh
86cm
Penempatan blok pertama = 86cm x 0.55 = 47.30cm
Jarak antara blok = 86 x 0.42 = 36.12cm

8.4 Penempatan blok di selekoh


Acara larian 200m dan 400m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu
permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok diletakkan
berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditunjukkan ke garis
dalam lorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam.

9) FASA PECUTAN

Selepas arahan pelepas ke garisan diberi, pelari mengambil tempatnya di blok


permulaan.
1. Kedudukan tangan

a. Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari
dan jari petunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di
antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula.
2. Kedudukan kepala dan leher
a. Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari torso. Mata
pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan sedia
diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.
3. Pergerakan tangan dan kaki
a. Selepas bang atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan
ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.
b. Tangan yanag bertentangan dengan kaki belakang memulakan
pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan
kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.
4. Lutut
a. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap
rendah.

Kaki

melibatkan

hadapan

diluruskan

sepenuhnya.

Fasa

pecetan

larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter,

kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak


langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
9.1 Teknik kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari
pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan
maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan
maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.
Tambahan pula seseorang atlet tidak munkin boleh berlari pada kelajuan maksimum

lebih jarak 14-18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlet ialah untuk
mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.
9.2 Teknik larian di selekoh
Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari, semakin kuat kuasa
centrifugal. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk
mengimbangkan kuasa centrifugal, seorang pelari seharusnya merendahkan badan
ke arah dalam. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang
badan mengarah ke dalam.
10) FASA PENAMAT
Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet
berlari 10 meter lebih dari jarak larianya; sebagai contoh 110 m untuk 100m dan
200m untuk 200m. Jadi adalah mustahak bagi seseorang atlet terus memecut
sehingga melepasi garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian
ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangat bahu ke atas dan
menarik tanagn ke belakang.

Anda mungkin juga menyukai