Anda di halaman 1dari 3

Minggu Praktikum : 1

Tarikh : 1 Februari 2015 hingga 5 Februari 2015


Tajuk Jurnal : Masalah kelewatan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
1. Isu Yang Difokuskan :
Pada sesi praktikum pada semester ini, saya telah ditempatkan di SK Seri
Mendapat, Parit raja. Saya telah ditugaskan untuk mengajar murid tahun 5 bagi subjek
major iaitu Matematik. Pada hari kedua, saya telah menghadapi masalah kelewatan
masa untuk mengajar di dalam kelas sebagaimana yang telah dirancangkan dalam
rancagan pengajaran harian. Sesi pembelajaran yang sepatutnya berjalan selama
sejam tidak dapat dilaksanakan dalam lingkungan masa yang telah ditetapkan kerana
murid-murid lambat masuk ke dalam kelas pada waktu pagi selepas waktu
perhimpunan.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Masalah ini timbul mungkin disebabkan minggu ini merupakan minggu pertama
saya berada di sekolah ini. Oleh sebab itu,saya masih lagi dalam proses menyesuaikan
diri dan mengenali amalan serta budaya sekolah ini. Murid tidak bergegas masuk ke
dalam kelas selepas waktu perhimpunan. Ada juga antara mereka gemar pergi ke
tandas sebelum masuk ke dalam kelas. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan
masa pembelajaran terganggu.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas) :
As-Syahid Hassan Al-Banna menjelaskan perkaitan masa dengan kehidupan,
Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan
bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya.Manusia ini seringkali
terleka dengan masa lapang dan mudah saja lalai dengan kehidupan fana.
Kadangkala sudah bertekad dan berazam untuk menggunakan masa dengan baik,
namun akhirnya kecundang jua, jalan pembaziran yang menjadi pilihan untuk dilalui.
Begitulah hakikat makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini.
Sesungguhnya, Allah s.w.t telah berjanji dengan masa:
Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati
untuk kesabaran. ( Surah al-Asr, ayat 1 hingga 3)
Allah s.w.t telah memperingatkan kita akan kepentingan masa melalui kalamnya
iaitu kitab al-Quran. Melalui ayat di atas, kita ketahui manusia akan terus berada dalam
kerugian kecuali bagi orang mukmin yang sedar akan kepentingan masa lalu
menggunakan masa tersebut untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta memberi
peringatan untuk manfaat diri sendiri dan masyarakat sekeliling secara
umumnya.berasakan tumpuan pelajar. Pengajaran yang berfokuskan kepada guru
dalam sistem lama perlu dikurangkan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :-

1. Saya sewajarnya lebih membaca buku buku yang mempunyai perkaitan


dengan pengurusan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar
saya dapat mengaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
2. Saya seharusnya bersikap fleksibel dengan menyediakan pelan A dan pelan B
pada waktu waktu tertentu terutamanya setelah mengenal pasti cara untuk
menghadapi masalah pengurusan masa dalam P&P.
3. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa beberapa hari selepas
mengenalpasti masalah. Pengurusan jadual waktu sangat penting bagi mencapai objektif P&P.
6. Tindakan Susulan :
Saya akan memberi kata-kata motivasi dan nasihat kepada murid-murid saya agar
mereka menghargai masa. Saya akan menerapkan nilai menghargai masa ke dalam diri
mereka. Hal ini bertujuan memberi kesedaran kepeda mereka tentang kepentingan menepati
masa. Oleh yang demikian, mereka akan lebih peka terhadap tanggungjawab mereka
terutamanya bergegas untuk masuk ke dalam kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan.

7. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :


Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing dan rakan-rakan seperjuangan untuk
memberikan penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan cadangan
penambahbaikan terhadap situasi yang saya hadapi ini. Tindakan yang akan dilaksanakan
dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti telah diharapkan
agar dapat memberi impak yang positif.