Anda di halaman 1dari 8

Laporan Reflektif

Pengenalan
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu kegiatan luar kelas yang wajib
bagi semua guru pelatih. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada
kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah
pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat.
Kursus Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu wahana ke arah pembinaan dan
pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Pada hari pertama, kami kumpulan fasa 1 berkumpul di Dewan
Bendahara pada waktu tengah hari dan menyediakan bahan-bahan yang
diperlukan semasa berkhemah seperti khemah, bag, bahan-bahan makanan dan
sebagainya. Kami mengambil masa satu jam dan lebih baru sampai ke destinasi
iaitu di Taman Rekreasi Pantai Merang Setiu, Terengganu. Pemandangan sana
amat memikat hati kami dan udara yang segar telah membantu kami
menghilangkan pemikiran yang negatif. Selepas itu, kami telah diberi arahan
untuk mendirikan khemah dalam dua barisan untuk perempuan. Kami
bekerjasama membahagikan kerja supaya khemah dapat didirikan dengan
berjaya. Kami juga menggali tanah untuk membuat longkang untuk mengelakkan
air hujan masuk ke dalam khemah. Dengan atas kerjasama ahli kumpulan, kami
berjaya mendirikan khemah dalam masa yang singkat. Selepas itu, kami
membersihkan khemah itu dan mengangkat barang sendiri serta meletakkannya
di dalam khemah.
Pada pukul 4.00 petang, kami berkumpul di sebuah dewan yang kecil dan
diberikan taklimat tentang program Bina Insan Guru supaya kami dapat
memahami matlamat program ini dan menguatkan lagi fizikal dan mental kami.
Aktiviti selanjutnya ialah Panduan Ketika Kecemasan dan Asas Bantu Mula.
Encik Mohamad bin Ab. Latiff telah mengendalikan aktiviti ini dengan
memberikan ceramah tentang cara-cara membalut luka dengan betul. Beliau

memperkenalkan pelbagai jenis cara membalut luka seperti luka tikam, luka
patah tulang, luka tembus dan sebagainya. Hal ini telah membantu saya
menimba ilmu pengetahuan baru dalam aspek kecemasan. Selepas kami
menyiapkan makan malam sendiri, kami telah berkumpul di dewan kecil tersebut
untuk menjalankan aktivit yang seterusnya, iaitu ice breaking. Seorang
pensyarah bimbingan, Encik Mohamad Yusoff bin Ali menyuruh kami menulis
nama dalam sehelai kertas yang kecil dan masuk ke dalam kotak yang kecil.
Semua guru pelatih diminta mengambil sehelai kertas daripada kotak tersebut
dan mencari orang itu dengan menanya lima soalan tehadapnya. Selepas itu,
kami membuat satu bulatan yang besar dan berkongsi maklumat tentang latar
belakang orang yang kami jumpa.
Selepas kami lebih berkenal antara satu sama lain, kami pun dibahagikan
dalam enam kumpulan untuk menjalakan aktiviti Latihan dalam Kumpulan.
Setiap kumpulan diminta menghasilkan slogan, lagu, dan logo masing-masing.
Walaupun aktiviti ini mengambil masa yang agak panjang, tetapi semua guru
pelatih tidak menunjukkan wajah yang letih dan penat. Kami berasa amat
seronok terhadap aktiviti ini dan berusaha mereka cipta lagu kumpulan sendiri
dan berlatih untuk menyanyikannya dengan suara yang nyaring dan jelas. Aktiviti
hari pertama telah diselesaikan pada pukul 12.30 malam dan kami dihidangkan
dengan makanan tengah malam.
Pada hari kedua, kami telah dibangunkan pada awal-awal pagi untuk
menjalankan aktiviti Malaysia Cergas. Sebahagian guru pelatih dikecualikan
daripada aktiviti ini kerana mereka perlu menyediakan sarapan untuk semua
orang. Selepas aktiviti ini selesai, kami pergi membasuh muka dan gigi untuk
bersedia pergi makan sarapan yang begitu enak. Pada pukul 10.00 pagi, kami
disuruh berjalan kaki ke kawasan yang mana perahu kayak ditempatkan. Aktiviti
yang akan kami jalankan ialah aktiviti Keselamatan dan Keyakinan di Air.
Pertamanya, taklimat telah diberikan untuk membolehkan kami mengenali caracara penggunaan jaket keselamatan yang betul. Seterusnya, kami memanaskan
badan diri sendiri untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang mungkin

berlaku semasa menjalankan aktiviti air. Pensyarah meminta kami menurunkan


badan diri di dalam air untuk membiasakan kami dengan jaket keselamatan.
Selepas itu, kami cuba berenang di kawasan air yang lebih cetek dan kami
menunjuk ajar daripada rakan-rakan dan pensyarah yang mahir berenang.
Bahagian aktiviti yang paling mencabar mental kami ialah aktiviti terjun air dari
kawasan yang sederhana tinggi untuk membina keyakinan diri dalam air.
Seterusnya, kami diberikan taklimat tentang cara-cara mengangkat
perahu, langkah-langkah keselamatan yang harus diambil dan sebagainya. Kami
mula berkayak mengelilingi tasik dengan kerjasama antara ahli pasukan.
Sebahagian guru pelatih yang letih berkayak akan berehat di tepi pantai dan
menunjuk ajar cara berenang yang betul daripada pensyarah yang mahir
berenang. Pada waktu tengah hari, kami telah menyimpan alat-alat berkayak ke
dalam stor dan berjalan kaki pulang ke tempat khemah untuk makan tengah hari.
Daripada aktiviti ini, saya mendapati sikap tolong-menolong telah ditunjukkan
antara satu sama lain. Semasa saya menghadapi masalah, ahli kumpulan saya
akan membantu saya dan menunjuk cara yang betul semasa berenang.
Aktivitii yang selanjutnya ialah ujian psikologi dengan tujuan mengkaji
kemungkinan bidang pekerjaan yang akan kami pilih pada masa hadapan.
Aktiviti ini telah memberikan refleksi terhadap diri sendiri dan berfikir adakah
profesion perguruan amat sesuai dengan diri. Semua guru pelatih menunjukkan
minat yang tinggi terhadap ujian ini dan menjawab soalan dengan teliti.
Seterusnya, pensyarah memberikan penjelasan terhadap ujian tersebut dan
memberikan dorongan kepada kami. Selepas tamat aktiviti ini, kami diberikan
masa rehat untuk menjalankan aktiviti masing-masing. Pada pukul 9.00 malam,
kami menjalankan aktiviti yang selanjutnya iaitu aktiviti Mengenali Potensi Diri.
Kami diarah membuat pembentangan tentang peranan guru dalam bidang
pendidikan. Semua ahli kumpulan diberikan peluang untuk meluahkan
pandangan diri dan membuat pembentangan di hadapan semua pensyarah dan
guru pelatih. Kemudiannya, kami pergi minum malam dan bersedia untuk tidur.
Sentri yang bertugas akan memulakan tugas mereka pada waktu tengah malam.

Tugas mereka amat penting untuk memastikan keselamatan semua orang


terjamin dan terjaga daripada ancaman luaran.
Pada hari ketiga, kami dibangunkan untuk menjalankan kuliah moral yang
banyak memberikan manfaat kepada kami. Salah satu daripada manfaatnya
adalah untuk menyakinkan seseorang berdiri di hadapan orang dan meluahkan
pandangan diri. Selesai sarapan, kami berkumpul di padang bola sepak dan
menyanyi lagu patriotik dan memberikan motivasi kepada kami. Selepas itu,
kami menjalakan aktiviti Motivasi Kepuasan Kerja. Setiap kumpulan diminta
membuat pembentangan mengenai logo kumpulan masing-masing yang direka
sebelumnya. Nama kumpulan kami ialah Harimau Mizan. Aktiviti ini amat
berfaedah kerana ia memberikan peluang kepada setiap orang untuk
mengemukakan pendapat diri dan membina keyakinan seseorang. Tambahan
pula, kami mempelajari kepentingan toleransi dalam sesuatu kumpulan untuk
mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan pergaduhan antara ahli
kumpulan. Di samping itu, kami diarah melukis sesuatu benda yang
menggambarkan personaliti diri dan membuat pembentangan di hadapan orang.
Di sini, saya mendapati semua orang mempunyai personaliti yang istimewa dan
unik dan membolehkan saya lebih mengenali ahli kumpulan saya.
Aktiviti yang selanjutnya ialah aktiviti darat iaitu menggembara bukit.
Sebelum memulakan aktiviti ini, kami menyediakan bahan-bahan yang
diperlukan seperti kotak kecemasan, bag, air, kain dan sebagainya. Dalam
proses penyediaan bahan-bahan, saya mendapati ahli kumpulan kami
menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi. Setelah semua bahan bersedia
siap, kami mula berjalan kaki ke pantai secara berkumpulan. Oleh kerana setiap
orang hanya mendapat sebotol air, kami perlu menjimat air untuk mengelakkan
dahaga pada masa kemudiannya. Kami akan menuju ke setiap stesen
Checkpoint dan menyanyikan lagu kumpulan diri supaya dapat meneruskan
perjalanan ke destinasi yang seterusnya. Semasa kami sampai di Checkpoint
yang pertama, kami diarahkan masuk ke dalam hutan dan menyediakan
makanan tengah hari untuk kumpulan masing-masing. Semua ahli kumpulan

kami menunjukkan semangat teamwork yang tinggi dengan melalui pengagihan


kerja. Ahli kumpulan kami sanggup mengambil air sendiri untuk memasak nasi
dan memberi makanan sendiri kepada ahli kumpulan yang tidak cukup makan.
Melalui aktiviti ini, kekuatan mental dan fizikal kami dapat dibina dan belajar cara
hidup dalam persekitaran yang susah payah. Kami juga belajar mencuci bekas
makanan dengan menggunakan pasir yang dapat menghilangkan kekotoran
yang tertinggal di dalamnya.
Semasa

kami

sampai

ke

checkpoint

yang

terakhir, pensyarah

mengarahkan kami mendaki bukit untuk mencatat lima jenis tumbuhan yang
telah dijumpai dalamnya. Aktiviti ini memang menguji fizikal dan mental kami
kerana ia membazirkan banyak tenaga dan memerlukan kesedaran diri yang
tinggi. Ahli kumpulan saya saling menolong antara satu sama lain dan
menghalurkan bantuan kepada orang yang terjatuh atau tergelincir. Kami
menghadapi masalah semasa menurun dari bukit kerana bukit tesebut sangat
serong dan hanya bergantung kepada tali. Kemudian, kami diminta membaling di
dalam sungai yang cetek dan merangkak melaluinya sehingga sampai ke tempat
yang ditetapkan. Selepas menyiapkan tugasan ini, kami diminta memberikan
refleksi terhadap pengalaman yang kami timba dalam sepanjang perjalanan
aktiviti ini.selepas itu, kami diberikan masa yang mencukupi untuk membersihkan
diri sendiri dan dihidangkan dengan makanan yang begitu sedap dan enak.
Pada

malam

tersebut,

kami

akan

menjalankan

aktiviti

Malam

Kebudayaan dan membuat persembahan secara kumpulan. Kumpulan kami


menyediakan lakonan dengan tema peranan seseorang guru dalam pendidikan.
Cara persembahan yang menarik telah membawa kegembiraan kepada para
penonton dan mendapatkan tindak balas yang baik daripadanya. Melalui aktiviti
ini, semua guru pelatih telah menjalinkan hubungan yang rapat antara satu sama
lain dan saling berkongsi kegembiraan dan pengalaman yang terdapat dalam
program ini. Pada malam ini, pensyarah membenarkan kami menidur lebih awal
kerana kami akan bertolak pulang ke kampus pada keesokan hari.

Pada hari terakhir, kami menjalankan aktiviti Penghargaan Kendiri dan


Perubahan Sikap yang bertujuan membolehkan kami mengetahui apakah
konflik yang wujud pada diri sendiri. Dengan ini, kami boleh lebih mengetahui
konflik yang ada pada dirinya dan berusaha menyelesaikannya. Selepas ini,
kami mula mengemas khemah dan barang-barang untuk membuat persediaan
pulang

ke

kampus.

Kami

bekerjasama

dan

bergotong-royong

dalam

pembersihan tempat berkhemah dan mengutip sampah di sekeliling khemah.


Pada pukul 2.00 petang, kami menaiki bus dan pulang ke kampus dengan
perasaan puas hati dan gembira. Segala aktiviti yang dijalankan semasa
program ini amat memuaskan hati semua guru pelatih.
Kekuatan
Sepanjang masa perjalanan program ini, saya mendapati banyak kekuatan telah
wujud dalam kalangan guru-guru pelatih. Pemikiran yang positif membolehkan
mereka menjalankan segala aktiviti dengan minda yang terbuka dan berasa
seronok terhadap aktiviti-aktiviti tersebut. Mereka tidak meluahkan perasaan
yang marah terhadap aktiviti-aktiviti yang dirancang dan memberikan komitment
yang tinggi dalam pelaksanaan tugas masing-masing. Selain itu, pensyarah kami
juga menunjukkan kesabaran yang tinggi dalam proses perjalanan aktiviti-aktiviti
tersebut. Mereka akan menghalurkan tangan kepada mana-mana guru pelatih
yang menghadapi masalah dan memberikan dorongan kepada mereka untuk
meneruskan aktiviti-aktiviti tersebut. Dalam aktiviti air, pensyarah akan
memberikan taklimat terlebih dahulu dan mengajar guru-guru pelatih yang tidak
mahir berenang.
Tambahan pula, kemudahan-kemudahan yang terdapat di tempat
perkhemahan kami amat melengkapi dan mencukupi seperti tandas, bilik mandi,
kantin dan sebagainya. Ia memberikan suasana yang selesa kepada kami untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti. Di samping itu, peralatan-peralatan yang kami guna
semasa aktiviti air sangat lengkap dan memenuhi keperluan kami. Perahu yang
mencukupi

telah

mengelakkan

pembaziran

masa

dalam

penggiliran

menggunakannya. Oleh kerana bilangan khemah yang mencukupi, tiada

masalah pergaduhan dalam pembahagian tempat tidur di dalam khemah. Akhir


sekali, makanan yang berkhasiat dan pelbagai gaya telah mengenyangkan
semua orang dan memberikan tenaga kepada kami untuk menjalankan aktivitiaktivit yang selanjutnya.
Kelemahan
Semasa menjalankan program ini, saya mendapati segelintir sentri yang
bertugas

telah

mengabaikan

tanggungjawab

mereka

dalam

menjaga

keselamatan guru-guru pelatih lain. Mereka mengambil masa tersebut untuk


berbual-bual dengan rakan-rakan dan bergurau-gurau dengan ketawa yang
besar. Terdapat juga sebahagian sentri pulang ke khemah sendiri dan
membaling tidur. Mereka tidak mementingkan tugas ini dan mengabaikan arahan
pensyarah terhadap mereka.
Selain itu, saya merasakan tempoh program ini terlalu singkat dan tidak
mendapatkan tindak balas yang besar daripada guru-guru pelatih. Mereka tidak
mempunyai masa yang mencukupi untuk menyesuaikan diri dalam perubahan
persekitaran yang begitu besar. Sesetengah guru pelatih yang belum bersedia
diri dalam perubahan ini akan menimbulkan perasaan marah terhadap
rancangan program ini dan selalu meluahkan kemarahan terhadap orang lain.
Peluang
Dalam program ini, saya berpeluang berinteraksi dengan orang-orang lain untuk
memperkembangkan keyakinan pada diri sendiri. Saya mendapatkan peluang
untuk menyampaikan pandangan diri di hadapan semua pensyarah dan guru
pelatih. Hal ini telah menyebabkan saya menjadi lebih yakin terhadap
kemampuan

diri

dalam

pelaksanaan

tugasan.

Tambahan

pula,

saya

mendapatkan peluang belajar berenang di dalam laut dengan panduan


pensyarah kami. Saya belajar pelbagai kaedah berenang yang betul dan
mengaplikasikan apa yang saya pelajari dengan bantuan rakan-rakan saya.

Selain itu, saya juga mendapatkan kesempatan untuk menguji keadaan


fizikal saya dengan menjalankan aktiviti darat iaitu menggembara bukit. Saya
belajar menurun bukit dengan menggunakan tali dan ini amat menguji
kecerdasan badan saya dalam menjalankan aktiviti fizikal.
Ancaman
Semasa menjalankan program ini, saya tidak merasakan sebarang ancaman
telah wujud dalam kalangan guru-guru pelatih. Segala tindakan keselamatan
telah diambil dan dititikberatkan untuk mengelakkan sebarang keadaan yang
bahaya dan akan mengancam nyawa kami.