Anda di halaman 1dari 19

Abstrak Kajian Tindakan

PISMP Sem 8 C Ambilan 2008


1.
PENGGUNAAN BUKU 3D DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS
HURUF KECIL BAGI KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Arina Abdul Rahim
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil kanakkanak prasekolah dengan menggunakan buku 3D. Tujuan dan objektif kajian ini dijalankan
adalah untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil a-z. Di
samping itu, kajian ini juga adalah untuk melihat kekemasan dalam menulis huruf kecil.
Pemerhatian dan analisis dokumen digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini
digunakan bagi mengenalpasti peningkatan dalam menulis huruf kecil dan kekemasan tulisan.
Subjek kajian terdiri daripada lima kanak-kanak prasekolah. Data telah dianalisis dengan
menggunakan analisis diskriptif (peratus). Refleksi kajian menunjukkan bahawa masalah
dalam kemahiran menulis ini berpunca daripada kaedah lihat dan tulis yang digunakan
sebelum ini tidak begitu memberangsangkan. Tambahan pula kemahiran psikomotor halus
kanak-kanak ini belum mencapai tahap kematangan. Buku 3D yang dihasilkan digunakan
untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah yang dihadapi iaitu kemahiran menulis dari
aspek kekemasan tulisan. Dalam intervensi yang dijalankan kanak-kanak dikehendaki
menggunakan buku 3D secara berulangan. Penyelidik memperuntukkan masa pada setiap
hari dengan meminta kanak-kanak menggunakan buku 3D sebelum dan selepas memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi dari penggunaan buku 3D ini menjadikan
huruf yang ditulis oleh kanak-kanak menjadi lebih kemas dan baik berbanding sebelum
menggunakan buku 3D.

ABSTRACT
This action research was carried out to improve the writing skills of the lowercase for
preschool children using the 3D books. The purpose and objectives of this study is to help
children improve writing skills lowercase letters a-z. In addition, this study was also to
identify the effectiveness of using the 3D book to improve housekeeping book written
lowercase. Observation and analysis of documents were used as the research instrument.
These instruments were used to identify writing skill increase and neatness of writing in the
lowercase. Subject consisted of five preschool children. Data were analyzed using descriptive
analysis (percent). Reflective studies have shown that problems in reading, writing stems
from the method used to read and write previously used were not encouraging. Furthermore,
fine phsychomotor skills of these children have not reached maturity. The 3D book produced
is used to help children overcome the problems of the neatness of writing skills in terms of
writing. Interventions conducted required the children to use the 3D book repetitively.

Researchers set aside some time every day to asking children to use the 3D book before
starting and finishing the process of teaching and learning. The implications after using the
3D book, is that it makes the lowercase font written by children to be smarter and better than
before
using
the
3D
books.
2
Teknik bercerita dalam membantu menerapkan tingkah laku positif
dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah.
Fatin Adila Jamil

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan teknik
bercerita dalam membantu menerapkan tingkah laku positif dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah. Objektif khusus kajian tindakan ini ialah mengenal pasti tingkah laku positif yang
kurang diamalkan oleh kanak-kanak prasekolah dan meningkatkan tingkah laku positif
terhadap kanak-kanak prasekolah melalui teknik bercerita. Tingkah laku positif yang ingin
diterapkan dalam diri kanak-kanak prasekolah ialah meminta kebenaran untuk meminjam
barang dari rakan dan menunjukkan amalan berterima kasih. Subjek kajian terdiri daripada
empat orang kanak-kanak prasekolah. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah temu
bual, pemerhatian serta ujian awal dan ujian akhir. Data dianalisis dengan menggunakan
analisis deskriptif (petikan perbualan dan peratusan). Hasil analisis mendapati keempat-empat
subjek menunjukkan peningkatan pada amalan tingkah laku positif selepas intervensi
berbanding sebelum intervensi dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa teknik
bercerita berkesan dalam membantu menerapkan tingkah laku positif dalam kalangan kanakkanak prasekolah. Pengkaji telah mencadangkan agar kajian seterusnya dijalankan dengan
menggunakan lebih banyak bilangan buku cerita berkaitan dengan pelbagai tingkah laku
positif kanak-kanak dan dilaksanakan pada waktu lain seperti pada waktu aktiviti permainan
luar dan waktu rehat. Seterusnya pengkaji mencadangkan agar kajian sebegini dijalankan
terhadap bilangan subjek yang lebih ramai iaitu untuk kanak-kanak normal pada peringkat
umur antara 7 hingga 9 tahun serta teknik bercerita berpandukan main peranan dan
pengukuhan
juga
digunakan
untuk
kajian
selanjutnya.

ABSTRACT
This action research was carried out to observe the extent of effectiveness of story-telling
techniques to help implement positive behaviour among preschool children. The specific
objectives of this research are to identify the positive behaviour that is less practiced and to
increase the positive behaviour of preschool children through story-telling techniques. The
positive behaviours applied to the preschool children were asking for permission when
borrowing things and also showing practice of gratitude. Subjects of the research consist of
four preschool children. Data collections were done through interviews, observations and
initial and final test. Data were analysed using descriptive analysis (conversation quotes and

percentage). Results of the analysis found that the four subjects showed an increase in
positive behaviour after the intervention compared to before intervention was carried out. The
research showed that story-telling techniques are effective to help implement positive
behaviour among preschool children. Researchers has suggested that further studies be
carried out using more related to a variety of positive behaviors of children and performed at
other times such as at outdoor activities and during the break. Researcher also suggested that
such studies conducted on larger numbers of subjects for normal children at the age of 7 to 9
years old also adding on using strengthening and the role-play storytelling techniques.

3
Penggunaan kad imbasan bergambar membantu meningkatkan
kemahiran membaca murid
Hasnurfarisha Hassan
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang dijalankan di sebuah prasekolah di Kuala
Lumpur. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah penggunaan kad
imbasan bergambar membantu meningkatkan kemahiran membaca murid. Kajian ini
melibatkan seramai 5 orang murid yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang
murid perempuan yang berumur lima hingga enam tahun. Objektif kajian ini ialah untuk
meningkatkan kemahiran murid dalam menyebut dan membunyikan suku kata KVKV
dengan betul melalui penggunaan kad imbasan bergambar serta meningkatkan keupayaan
murid dalam kemahiran membaca dengan menggunakan kad imbasan bergambar. Ujian dan
pemerhatian berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini digunakan bagi
mengenalpasti peningkatan keupayaan kemahiran membaca murid. Data dianalisis dengan
menggunakan analisis diskriptif iaitu menggunakan kekerapan dan peratusan. Hasil refleksi
menunjukkan bahawa masalah menyebut dan membunyikan suku kata adalah kerana muridmurid tidak mengingati dengan betul bunyi suku kata dan tidak mahir dalam menggabungkan
suku kata KV menjadi KVKV. Ia juga berlaku disebabkan oleh murid-murid menghafal
bunyi-bunyi suku kata KV tersebut dan mengalami kekeliruan apabila mahu menyebut suku
kata KVKV. Bagi mengatasi masalah ini, kad imbasan bergambar digunakan sebagai bahan
bantu mengajar untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih baik dan bermakna
kepada murid. Dalam kajian ini, murid diberikan intervensi secara berulang-ulang untuk
membantu meningkatkan kemahiran menyebut dan membaca suku kata KVKV.
ABSTRACT
This study is an action research carried out at a pre-school in Kuala Lumpur. The purpose of
this study is to evaluate to what extent the flash cards are helping us to improve the basic
reading skills of pupils. The study involved a total of five pupils consisting of three male and
two female pupils aged five to six years. The objective of this study is to improve student
skills in pronouncing KVKVs syllables and sounds correctly by flash cards and also to
increase the ability of the students in basic reading skills by using flash cards. Tests and
structured observations are used as a research instrument. These instruments are used to
identify the improvement of students basic skills of reading. The collected data is analysed

descriptively using frequency and percentage. The results show that the problems of
pronouncing syllables are because the pupils do not remember the sound of syllables
correctly and due to they do not have the appropriate skills in combining syllables from KV
into KVKV. Another reason is because though theyve memorised how the sound of the
syllables but they always get confused when it comes to pronounce the KVKV syllables. To
overcome this problem, flash cards are used as a teaching aid to provide better learning
experiences to students. In this study, pupils are given the repeated interventions to help
improve reading skills, and pronouncing KVKV syllables.

4
MEMBANTU MURID PRASEKOLAH MENULIS AYAT DENGAN BAIK MELALUI
PENGGUNAAN KAEDAH PETAK.
Huzaini Amir
ABSTRAK
Kajian yang dilaksanakan ini merupakan suatu kajian tindakan yang dilaksanakan bagi
membantu kanak-kanak prasekolah menulis ayat dengan baik menggunakan Kaedah Petak.
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk memperbaiki mutu tulisan kanak-kanak ketika
menulis agar lebih kemas, teratur dan tersusun. Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk
membantu kanak-kanak prasekolah menulis ayat dengan baik tanpa mengandungi sebarang
kesalahan sama ada dari aspek susun atur perkataan, jarak di antara perkataan, kedudukan
perkataan-perkataan, saiz tulisan dan sebagainya. Instrumen kajian yang digunakan dalam
kajian ini adalah seperti soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Instrumen kajian ini
digunakan adalah untuk mengesan peningkatan yang berlaku terhadap keupayaan menulis
kanak-kanak. Seramai tiga orang kanak-kanak prasekolah telah dipilih sebagai responden
dalam kajian ini. Setiap data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif (kekerapan,
peratusan dan petikan perbualan). Berdasarkan kepada hasil refleksi yang dijalankan
menunjukkan bahawa masalah penulisan ini berlaku sebenarnya disebabkan kanak-kanak ini
keliru dengan teknik penulisan yang betul. Ekoran daripada perkara tersebut, kanak-kanak ini
sering melakukan kesalahan dalam aspek penulisan setiap kali guru memberikan lembaran
kerja untuk dilaksanakan. Kaedah Petak telah dipilih dan digunakan sebagai suatu kaedah
ansur maju dan latih tubi yang dapat membantu kanak-kanak menulis ayat dengan baik.
Implikasinya, kanak-kanak dapat menulis ayat dengan baik tanpa sebarang kesalahan.
Penggunaan Kaedah Petak semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat membantu kanakkanak menulis dengan baik tanpa sebarang kesalahan.

ABSTRACT

The study conducted is a study of the actions implemented to assist preschool children to
write sentences with good plot method. The purpose of this study was undertaken to improve
the quality of children's writing when writing to a neat, orderly and organized. The objective
of this study was undertaken to assist preschool children to write good sentences without
containing any error either in terms of layout words, the distance between words, the words,

font size, etc. Research instruments used in this study are questionnaire, observation and
interviews. Instruments used in this study were to detect the increase occurring in the ability
to write for children. A total of three preschool children were selected as respondents in this
study. Each of the data obtained by descriptive analysis (frequencies, percentages, and quotes
a conversation). Based on the result of reflection carried out, shown that the problem is the
actual writing because these children are confused by the proper writing techniques. As a
result of these matters, these children are often committed in writing every aspect of the
teacher to give the worksheet to be implemented. Plot method was selected and used as a
flexible method developed to help children write a sentence properly. The implication,
children can write sentences properly without any errors. Use the current plot method of
teaching and learning sessions to help children write well without any errors.

5.
Meningkatkan kemahiran menyebut dan menulis dengan menggunakan Teknik Mulkad
murid-murid prasekolah
Md. Azri Sidik
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid prasekolah dalam
meningkatkan kemahiran menyebut dan menulis dengan menggunakan Teknik Mulkad.
Kajian ini telah dilakukan di salah sebuah sekolah di Subang Jaya, Selangor. Kemahiran
menyebut dan menulis adalah kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid
prasekolah. Seramai 5 orang murid dari prasekolah sekolah tersebut telah dipilih untuk
dijadikan responden. Satu tinjauan masalah telah dijalankan dengan menggunakan
pemerhatian, analisis dokumen, dan juga Ujian Diagnostik. Hasil analisis data yang telah
dilakukan menunjukkan bahawa terdapat perubahan serta peningkatan selepas menggunakan
Teknik Mulkad. Kajian ini selanjutnya mencadangkan ia dijalankan dengan menggunakan
Teknik Mulkad dalam mengenal nombor 1 10 .
Abstract
Action research was conducted to assist preschool students in improving spelling and writing
skills by using Mulkad technique. The study was conducted at one school in Subang Jaya,
Selangor. Spelling and writing skills to be mastered by preschool students. There were five
students from preschool was chosen to be the respondent. The review of the problem was
based on observations, document analysis, and Diagnostic Tests. The results of data analysis
has been done shows that there are changes and improvements have been shown with using
Mulkad technique. The future studied suggested that it be carried out using Mulkad
Technique in recognizing numbers 1 10 .

PENINGKATAN KEFAHAMAN KONSEP ASAS NOMBOR 1 HINGGA 10


MENGGUNAKAN KOMPUTER
Muhammad Aminnilah Mustapha
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan
penggunaan komputer dalam untuk memahami konsep nombor 1 hingga 10 kepada kanakkanak prasekolah. Responden kajian terdiri daripada 7 orang murid-murid prasekolah yang
mempunyai masalah untuk memahami konsep nombor kardinal 1 hingga 10. Penyelidikan
tindakan ini juga telah dibantu oleh penggunaan komputer dan televisyen berkonsepkan
media pandang dan dengar. Penggunaan media pandang dan dengar juga dibantu oleh
penggunaan perisian komputer secara audio dan visual yang bertujuan menarik minat muridmurid untuk belajar dan mengharapkan supaya fokus pembelajaran murid-murid dapat
dikekalkan sepanjang proses pembelajaran dan pembelajaran berlangsung. Data dikumpulkan
melalui ujian sebelum dan ujian selepas. Hasil analisis dokumen yang telah dijalankan
menunjukkan bahawa semua responden, iaitu sebanyak 7 orang murid prasekolah berjaya
menunjukkan peningkatan yang amat baik kerana sebanyak 4 orang berjaya mendapat
markah penuh serta menunjukkan peningkatan markah yang sangat tinggi. Keputusan kajian
yang telah dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan komputer sangat membantu muridmurid prasekolah yang lemah untuk memahami konsep nombor 1 hingga 10.

ABSTRACT
The research was conducted to evaluate the effectiveness of using computer for preschool
students in understanding the concept of number 1 to 10. The respondents consist of 7
preschool students whom have the difficulty in understanding the concept of cardinal number
1 to 10. This research was aided by the use of computer and television in a concept of visual
and hearing media. The use of these media was also aided by computer software audibly and
visually. It aims to attract students to study and to maintain their focus throughout the
teaching and learning process. The data were collected through pre and post tests. Based on
the analysis performed, all the respondents showed a very good result. A total of 4 pupils
manage to get full marks and shows a very high score. Results of the study conducted shows
that the use of computer helps the weak preschool students to understand the concept of
number
1
to
10.
7

Pengaplikasian kaedah METASI membantu


kemahiran murid prasekolah unutk
mengecamkan huruf kecil

Muhammad Fareez Hj. Mazlan


Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk
mengkaji sama ada pengaplikasian kaedah METASI
dapat membantu kemahiran murid prasekolah untuk
mengecamkan huruf kecil. Objektif kajian tindakan
ini adalah pengaplikasian kaedah METASI dapat
membantu kemahiran murid prasekolah untuk
mengecamkan huruf kecil. Kumpulan sasaran
dalam kajian ini terdiri daripada dua orang murid
prasekolah lelaki berusia enam tahun. Kedua-dua
orang ibu bapa subjek ini sibuk bekerja dan tidak
memantau pelajaran subjek ketika berada di rumah.
Dapatan kajian sebelum intervensi menunjukkan
bahawa subjek A hanya dapat mengecamkan 14
huruf
sahaja manakala
subjek
B
dapat
mengecamkan 15 huruf kecil sahaja. Kajian
tindakan ini menggunakan kaedah METASI yang
menggabungkan pelbagai teknik pembelajaran
seperti multimedia, permainan, dan latih tubi.
Gabungan pelbagai teknik ini bertujuan untuk
mewujudkan pembelajaran yang berkesan untuk
membantu kemahiran subjek untuk mengecamkan
huruf kecil. Data dikumpulkan melalui analisis
dokumen, senarai semak, dan temu bual. Data
yang diperoleh dianalisis dalam bentuk graf bar dan
peratusan. Hasil analisis keputusan menunjukkan
bahawa dua orang subjek tersebut dapat
menunjukkan peningkatan selepas intervensi

dijalankan berbanding dengan pencapaian sebelum


intervensi dijalankan. Huruf yang dapat dicamkan
oleh subjek A selepas intervensi ialah 21 huruf
manakala subjek B pula dapat mengecamkan 23
huruf. Keputusan ini menunjukkan bahawa
pengaplikasian kaedah METASI dapat membantu
kemahiran murid prasekolah untuk mengecamkan
huruf kecil.
Kata
Kunci: Kaedah
METASI
(multimedia,
permainan tapak kaki huruf, latih tubi melalui soalan
teka silang kata).
ABSTRACT
This action research was conducted to assess the
effectiveness the application of METASI methods in
enhancing preschool students identify small letters
of alphabet. The objective of this action research
was to use the application of method called
METASI, to help solve their problem of recognizing
small letters. Two subjects who were identified to
face difficulty in recognizing small letters were
chosen to take part in the study. Both of subject
parents are busy working and did not monitor their
children's education at home. The results of data
analysis before the intervention showed that the
subject A only identified only 14 letters of alphabet
when subject B only identified 15 letters of
alphabet. This action research used multimedia,
games, and drills in a learning method called
METASI. The combination of these methods were

to create effective learning and to increase students


ability to recognize small letters. For the studies,
data collection through document analysis,
checklists, and interviews. Data analysis shows in
the form of graphs and percentages. Data analysis
revealed that the two subjects did better in
recognizing small letters upon conducting after
intervention as compared to the before intervention
given earlier. The results of data analysis after the
intervention showed that the subject A identified 21
letters of alphabet when subject B identified 23
letters of alphabet The study showed that the
application of METASI was an effective method to
enhance preschool students to identify small letters
shown at random.

8
Meningkatkan kefahaman murid prasekolah dalam menyelesaikan operasi tambah
lingkungan 1 hingga 10

Muhammad Kamarul Ariffin Loqman

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid prasekolah dalam
menyelesaikan operasi tambah lingkungan 1 hingga 10. Objektif kajian ialah meningkatkan
kefahaman murid dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dengan
menggunakan bahan maujud iaitu batang aiskrim dan bola pingpong sebagai bahan bantu
untuk murid membuat pengiraan. Subjek kajian terdiri daripada tujuh orang kanak-kanak
prasekolah di Selangor. Temubual, pemerhatian dan ujian awal dan akhir digunakan sebagai
instrument kajian. Data analisis menggunakan analisis diskriptif (peratusan). Hasil refleksi
menunjukkan bahawa murid kurang memberi respon dalam aktiviti slot pengajaran dan

pembelajaran matematik terutamanya ketika melibatkan operasi tambah. Bahan maujud


digunakan untuk membantu murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi semasa
menyelesaikan operasi tambah dalam linkungan 1 hingga 10. Implikasinya kemampuan
murid menyelesaikan operasi tambah meningkat selepas intervensi menggunakan bahan
maujud dijalankan berbanding sebelum intervensi. Oleh itu, penggunaan bahan maujud dapat
membantu murid dalam menyelesaikan operasi tambah disamping meningkatkan kefahaman
mereka
ABSTRACT
This action research was conducted to improve understanding of pre-school children in
solving addition operations within 1 to 10. The objective of this study is to enhance the
understanding of children in solving problems involving addition operations using solid
materials which are ice cream sticks and table tennis balls as visual aids for the children to
count. Research subjects comprised of seven pre-school children in Selangor. Interviews,
observations, initial and final test were used as research instruments. Data analysis used is
descriptive analysis (percentage). Reflection results showed that the children gave less
respond in mathematics teaching and learning slots activities, especially when involving
addition operations. Solid materials were used to help children to overcome the problems
encountered while solving addition operation within marginal range of 1 to 10. As an
implication, the children ability to solve addition operation was improved after intervention
compared to before intervention. Therefore, the use of solid materials is capable in helping
children solve and improve their understanding of addition operations.
9
Meningkatkan tumpuan murid prasekolah menggunakan Kaedah Khalifah
Muhammad Raimi Yusof
ABSTRAK
Kajian ini adalah kajian tindakan yang dijalankan bagi meningkatkan tumpuan murid
prasekolah menggunakan kaedah khalifah. Objektif kajian ini untuk meningkatkan tumpuan
murid di dalam kelas. Instrumen kajian yang digunakan ialah pemerhatian dan soal selidik.
Instrumen ini digunakan bagi mengenal pasti peningkatan peratusan tumpuan murid
menggunakan kaedah khalifah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian
terdiri daripada 3 orang kanak-kanak prasekolah. Data dianalisi dengan menggunakan
analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Kaedah khalifah digunakan untuk membantu
kanak-kanak mengatasi masalah yang dihadapi iaitu masalah kurang tumpuan. Dalam
intervensi ini, pengkaji menggunakan tiga alat bantu mengajar iaitu tanda isyarat, lagu
khalifah dan lencana khalifah. Hasil refleksi menunjukkan masalah ini berlaku disebabkan
oleh kurangnya kesediaan kanak-kanak untuk belajar dan kurang pengaplikasian teknik
modefikasi tingkah laku yang digunakan di dalam kelas prasekolah. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kaedah khalifah boleh meningkatkan tumpuan murid di dalam kelas.
ABSTRACT
These study was carried out action research to improve the focus of preschoolers using the
Caliph Method The objective of this study to increase student attention in the classroom.

Research instruments used were observations and questionair are used as a research
instrument. These instruments are used to identify the increased in the focus percentage of
students in teaching and learning sessions using the Caliph Method. Respondent of the study
consists of three pre-school children. Data was analyse using descriptive analysis (frequency
and percentage). Caliph Method is used to help children overcome the problem of lack of
concentration problems. In this intervention, the researchers used three teaching tool which is
signs stop, caliph songs and caliph badges. Reflection results showed the problems caused by
the lack of focus on the child's readiness to learn and less application modification behavioral
techniques used in pre-school classes. Collection data show that Caliph Method can increase
student attention and in the classroom

10
Meningkatkan pemahaman kanak-kanak prasekolah tentang penyelesaian masalah
operasi asas matematik dan nilai-nilai nombor serta fungsi simbol-simbol asas dalam
matematik
Mumtazah Johar
ABSTRAK
Kajian ini merupakan sebuah kajian tindakan yang berorientasikan kanak-kanak prasekolah.
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pemahaman kanak-kanak
prasekolah tentang penyelesaian masalah operasi asas matematik dan nilai-nilai nombor serta
fungsi simbol-simbol asas dalam matematik. Isu kajian adalah mengenai kanak-kanak yang
tidak dapat menjawab soalan-soalan asas matematik yang mudah di dalam kelas dan tidak
tahu simbol-simbol asas matematik seperti +, -, dan =. Kanak-kanak yang telah dikenal pasti
diberikan beberapa soalan asas matematik yang mudah (bawah 10) untuk diselesaikan.
Berdasarkan analisis jawapan yang ditulis oleh kanak-kanak ini, didapati penguasaan mereka
dalam mengenal dan menyelesaikan operasi asas matematik adalah sangat lemah. Kajian ini
menyasarkan lima orang kanak-kanak prasekolah yang lemah dalam matematik. Dua alat
kajian telah digunakan iaitu soal selidik berbentuk ujian kertas pensil dan temu bual tidak
berstruktur bersama kanak-kanak. Tindakan yang dijalankan adalah dengan mengajar kanakkanak menggunakan cerita bergambar di mana dalam cerita tersebut mengandungi operasi
asas matematik yang mudah. Data-data yang di kumpul diperoleh daripada soal selidik dan
temu bual. Data-data ini dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil daripada tindakan
yang telah dijalankan, kanak-kanak ini dapat menunjukkan nilai setiap nombor dan tahu
menggunakan simbol-simbol asas matematik dengan baik. Implikasinya, kanak-kanak dapat
menjawab soalan-soalan asas matematik dengan mudah. Cadangan kajian lanjut adalah
dengan menggunakan cerita bersiri berkonsepkan animasi dalam membentuk pemahaman
tentang
operasi
asas
matematik
dalam
kalangan
kanak-kanak.
ABSTRACT

This study is an action-oriented study of preschool children. The purpose of this study was
undertaken to improve understanding of pre-school children about the basic operations of
mathematical problem solving and values of the number and function of basic symbols in
mathematics. The issue is the study of children who cannot answer questions on basic
mathematical tools in class and do not know basic math symbols, such as +, , and =.
Children who have been identified are given some simple math basic question (under 10) to
complete. Based on the analysis of written responses by the children, found that their
knowledge in identifying and solving basic mathematical operations is very weak. The study
is targeting five preschool children who are weak in mathematics. The action was carried out
by teaching children to use picture stories in which the story contains simple mathematical
basic operations. The data collected from an observation and document analysis. These data
were analyzed using descriptive analysis. As a result of actions carried out, the children are
able to demonstrate the value of each number and know how to use basic mathematical
symbols properly. The implication, the child can answer these questions with a simple
mathematical basis. Further research proposal is to use the concept of technology such as
animated stories base on cartoon series.

11
Meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata dalam
kalangan kanak-kanak pra sekolah.
Noor Hafizah Ali
ABSTRAK
Kajian ini adalah kajian tindakan yang dijalankan bagi membantu kemahiran mengeja suku
kata terbuka kanak-kanak di prasekolah dengan menggunakan kad Gamsuka. Tujuan kajian
ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan membunyikan
suku kata dalam kalangan kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk membantu kanakkanak mengenal huruf a-z, membantu kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata
KVKV kanak-kanak. Kajian ini menggunakan instrumen kajian pemerhatian, soal selidik dan
analisis dokumen. Instrumen ini digunakan untuk mengenal pasti tahap keupayaan mengeja
dan membunyikan suku kata kanak-kanak prasekolah. Subjek kajian terdiri daripada lima
orang kanak-kanak lelaki prasekolah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif
(kekerapan dan peratusan). Hasil refleksi menunjukkan bahawa masalah mengeja dan
membunyikan suku kata yang dihadapi oleh kanak-kanak berpunca daripada kelemahan
kanak-kanak tersebut dalam mengenal huruf a-z dan kurang mendapat dorongan dan
motivasi. Kad Gamsuka digunakan bagi membantu kanak-kanak mengatasi masalah yag
dihadapi. Dalam intervensi ini, kanak-kanak terlebih dahulu diajar mengenal huruf a-z
seterusnya mengeja dan membunyikan suku kata KV dan suku kata KVKV dengan
menggunakan kad Gamsuka. Implikasinya kanak-kanak akhirnya dapat mengenal huruf a-z
dengan baik dan juga dapat mengeja suku kata terbuka KVKV dengan lancar dan jelas.
Penggunaan kad Gamsuka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
kemahiran mengeja suku kata terbuka kanak-kanak seterusnya membawa kepada keupayaan
membaca awal.

ABSTRACT
This research was done in order to help the preschoolers to master the open syllable spelling
by using GAMSUKA card. The purposed of this research was to increase the spelling skill
and syllable sounding among the preschoolers. The research objective is to help the
preschoolers in recognized the letter a to z, mastering the spelling skills and sounding the
children CVCV syllable. This research used observation, questionnaire and document
analysis as its instrument. This instrument was used to identify these preschoolers capability
in spelling and sounding the syllable. Five preschooler boys were selected as the subject for
this research. The data was then analyzed descriptively (by frequency and percentage). The
result shown that the problem in spelling and sounding the syllable among the preschoolers
are due to the students weaknesses in identifying the letter a to z and also lack of support and
motivation. The GAMSUKA card was used to help these preschoolers to solve the problem
faced. During this intervention, these preschoolers were beforehand being taught the letter a
to z and also spelling and sounding the CV and CVCV syllable by using this GAMSUKA
card. As a result, these preschoolers finally manage to identify the letter a to z better and they
can also spell the open syllable CVCV fluently and clearly. The usage of this GAMSUKA
card during the teaching and learning session helps to improve the preschoolers spelling skill
of the open syllable, which leads to an early reading ability.

12
KAEDAH DEMONSTRASI MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MELAMBUNG DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Nor Izzati Rohaimi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran melambung dalam kalangan kanakkanak prasekolah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah kaedah
demonstrasi membantu meningkatkan pembelajaran kemahiran melambung dalam kalangan
kanak-kanak. Objektif kajian ini untuk meningkatkan kemahiran motor kasar melalui
kemahiran melambung dan juga membolehkan kanak-kanak melambung objek lembut ke
arah sasaran menggunakan kaedah demonstrasi. Instrumen kajian yang digunakan dalam
kajian ini adalah pemerhatian yang menggunakan senarai semak dan temu bual yang
menggunakan beberapa soalan. Instrumen ini digunakan bagi mengenalpasti peningkatan
kanak-kanak dalam melakukan kemahiran melambung mereka. Kanak-kanak kajian terdiri
daripada enam orang kanak-kanak prasekolah. Data yang diperoleh dianalisis dalam bentuk
kekerapan dan peratusan. Hasil refleksi menunjukkan masalah kemahiran melambung ke arah
sasaran ini berpunca daripada masalah koordinasi mata dan tangan serta ketidakfahaman
kanak-kanak kepada arahan yang diberikan oleh guru. Kaedah demonstrasi ditunjukkan
kepada kanak-kanak terlebih dahulu sebelum kanak-kanak tersebut membuat lambungan.
Dalam intervensi ini, kanak-kanak melakukan latihan ulangan melalui empat aktiviti
melambung. Latihan ulangan berdasarkan demonstrasi yang dilakukan membantu kanak-

kanak dalam meningkatkan kemahiran melambung. Untuk cadangan seterusnya, kajian ini
juga boleh dijalankan dengan pengunaan video animasi bagi menggantikan pengunaan guru.
Oleh itu, peningkatan kejayaan dalam melakukan lambungan dapat ditingkatkan.

ABSTRACT
This study is a survey of soaring skills among preschool children. The purpose of this study
was to see the extent of the demonstration method to help improve learning skills soar among
children. The objective of this study is to improve gross motor skills by tossing skills and also
allows the child gently inflated to a target object using the demonstration. Research
instrument used in this study is the observation checklist and interview with several research
questions. Instruments are used to identify an increase of children in doing their soaring
skills. Sample consists of six preschool children. The data obtained are analyzed in terms of
frequency and percentage. Reflection results show a problem tossing skills towards this target
due to eye-hand co-ordination problems of children and because of misunderstanding of
children in receipt of instructions given by the teacher. Demonstration method is shown to the
child before the child is making flips. In this intervention, the children do retraining through
four activities that went towards the target. Training and demonstrations performed by
repetition to help children improve skills soar. For further recommendations, this study can be
conducted with the use of video animation to replace the use of teachers. Therefore, an
increase of success in doing flips can be improved.

13
PENGGUNAAN BONEKA MENINGKATKAN MINAT MURID MENGIKUTI SESI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Norhayati Mahdzir
ABSTRAK
Kajian ini adalah kajian tindakan yang dijalankan bagi meningkatkan minat dari aspek
penglibatan aktif dan interaksi murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan boneka. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan minat murid
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan
penglibatan murid secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan
interaksi yang lancar diantara guru dengan murid. Pemerhatian berstruktur dan soal selidik
berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian. Subjek kajian terdiri daripada enam orang
murid prasekolah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan
peratusan). Hasil refleksi, didapati bahawa punca utama berlakunya masalah ini adalah
disebabkan oleh proses pembelajaran dan pembelajaran yang kurang aktif. Boneka digunakan
untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid bagi meningkatkan
penglibatan murid secara aktif semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dan
mewujudkan interaksi dua hala yang lancar diantara guru dengan murid. Dalam intervensi ini,

murid akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan boneka yang
dilaksanakan oleh guru. Murid akan melibatkan diri serta berinteraksi dengan cara bersoal
jawab bersama boneka yang dimainkan. Implikasinya, murid dapat menjalankan aktiviti dan
menjawab soalan dengan betul. Penglibatan murid juga semakin aktif serta dapat berinteraksi
dengan lancar berbanding dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang tidak menggunakan
boneka. Didapati, penggunaan boneka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan minat murid secara lansung.

ABSTRACT

This article research is on how to enhance pupils interests in teaching and learning session
using puppet. The purpose of this research is to improve pupils interests seem from aspect
active participation and seamless two way interaction during teaching and learning session.
The objective of this research is to enhance the active participation of pupils during the
teaching and, also create a seamless two way interaction between teacher and pupils using the
puppets. Structured observation and questionnaires are used as research instruments. Survey
subject made up of six pre-school pupils. Data was analyzed using descriptive analysis
(frequency and percentage). It appears that the main cause of this problem is caused by the
lack of pupils interests in learning sessions. Puppets are used to help solve problems faced by
the pupils to enhance active participation during the teaching and learning sessions and create
a seamless two way interaction between teacher and their pupils. In this intervention, the
pupils will undergo teaching sessions using a puppet used by teacher as a teaching tool.
Pupils will engage in dialogues and interact with puppets play. As a result, pupils interest in
learning sessions conducted by teacher. The pupils have also increasingly active and
meaningful interaction can be carried out against the teaching and learning sessions to
enhance pupils interests.

14
PENGGUNAAN PLASTISIN DALAM MENINGKATKAN PEMBENTUKKAN HURUF
KECIL KANAK-KANAK
Nor Zehan Zakaria
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran pembentukan huruf kecil
kanak-kanak prasekolah menggunakan plastisin. Objektif kajian ini ialah meningkatkan
kemahiran pembentukan huruf kecil dan membezakan huruf h dan n dalam kalangan
kanak-kanak prasekolah dengan menggunakan plastisin. Ujian dan pemerhatian digunakan
sebagai instrumen kajian. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (peratus).
Pengkaji membuat pemerhatian menggunakan jurnal harian sebagai instrumen. Hasil refleksi
menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah sering memerlukan bantuan guru dalam
membentuk huruf kecil. Dalam pada itu juga mereka sering merungut untuk membezakan

huruf h dan n. Plastisin digunakan untuk membantu kanak-kanak prasekolah mengatasi


masalah ini. Dalam intervensi ini kanak-kanak prasekolah menggunakan plastisin untuk
membentuk huruf kecil. Kanak-kanak ini akan berpeluang menguli, menggentel dan
mencubit plastisin untuk membentuk huruf kecil. Aktiviti pembentukan huruf kecil
menggunakan plastisin yang dijalankan oleh pengkaji ialah dari aktiviti mudah kepada
aktiviti yang susah. Selain itu juga kanak-kanak berpeluang menyebut huruf kecil yang
mereka bentuk dengan menggunakan plastisin. Implikasinya kanak-kanak akan dapat
membentuk sekaligus membezakan huruf kecil. Kanak-kanak ini tidak akan lagi keliru antara
huruf h dan n. Penggunaan plastisin dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan pembentukan huruf kecil disamping membezakan huruf kecil h dan n.
ABSTRACT
This study was carried out to improve the skills of letter formation of small pre-school
children using clay. The objective of this study is to enhance the skills of the formation of
small letters and to distinguish the letter 'h' and 'n' among preschool children using clay. Tests
and observations used as a research instrument. Data analyzed using descriptive analysis
(percent of test scores and). Observation using diaries was use in this study. Reflection results
indicate that preschool children often need the help of teachers in shaping the case. At the
same time they often complain to distinguish the letter 'h' and 'n'. Clay is used to help
preschoolers overcome this problem. In this intervention preschooler children use the clay to
form small letters. These children will be able to knead, and pinching the clay to form small
letters. A lowercase letter formation activity using clay was carried out by researchers from
the simple activity to activity is difficult. In addition the children have the opportunity to
mention the small letters of the design by using clay. The implication of children will be
formed at once distinguish the case. These children will no longer confuse the letter 'h' and
'n'. The use of clay in the teaching and learning can enhance the formation of lowercase
letters as well as distinguish a small 'h' and 'n'.

15
PERMAINAN KETINTING ABJAD MEMBANTU KANAK-KANAK
MEMBANDINGKAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL Bb, Dd, Gg, Hh, Qq dan
Rr.
Rohaizah

Ahmad

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kebolehan kanak-kanak dalam
dalam membanding beza huruf besar dan huruf kecil Bb, Dd, Gg, Hh, Qq dan Rr. Objektif
kajian ini untuk membantu kanak-kanak dalam memahami perbezaan huruf besar dan huruf
kecil Bb, Dd, Gg, Hh, Qq dan Rr serta keberkesanan permainan ketinting Abjad dalam
membanding beza huruf besar dan huruf kecil Bb, Dd, Gg, Hh, Qq dan Rr. Pemerhatian
menggunakan senarai semak, ujian akhir serta analisis dokumen digunakan sebagai instrumen

kajian. Instrumen ini digunakan untuk mengenal pasti kadar peningkatan keupayaan kanakkanak dalam membanding beza huruf besar dan kecil tersebut. Enam orang kanak-kanak
prasekolah telah dijadikan respondan dalam kajian ini. Adalah diakui bahawa kanak-kanak
prasekolah menggunakan teknik belajar melalui bermain dan mereka sangat menyukai
aktiviti berbentuk penerokaan yang menggunakan fizikal mereka. Justeru itu, permainan
ketinting abjad direka dengan berteraskan kecerdasan kinestetik untuk membantu kanakkanak dalam memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial mereka.

ABSTRACT
This action research carried out to improve children's abilities compare the difference in
upper-and lowercase letters Bb, Dd, Gg, Hh, Qq and Rr. The objective of this study to help
children understand the difference in uppercase and lowercase letters Bb, Dd, Gg, Hh, Qq and
Rr and the effectiveness of the Ketinting Abjad games in comparing difference between
uppercase and lowercase letters Bb, Dd, Gg, Hh, Qq, and Rr. Observation checklist, final
testing and analysis of documents used as research instrument. These instruments are used to
identify the rate of increase in the child's ability to compare the difference of the capital and
lowercase letters. Six pre-school children have been made respondents in this study. It is
acknowledged that preschool children learn through play techniques, and they enjoy activities
which involve the use of physical exploration. Hence, the Ketinting Abjad game designed
based on kinesthetic intelligence to help children in developing physical, emotional, spiritual,
intellectual and social.

16
MENINGKATKAN PERKEMBANGAN MOTOR HALUS KEMAHIRAN
PENGGUNTINGAN DALAM DIRI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Suhainita Md. Zain

ABSTRAK
Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah untuk membantu kemahiran pengguntingan
kanak-kanak prasekolah dengan menggunakan kaedah garisan. Tujuan kajian ini ialah untuk
meningkatkan perkembangan motor halus kemahiran pengguntingan dalam diri kanak-kanak.
Objektif kajian ini ialah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran pengguntingan dalam
kalangan kalangan kanak-kanak prasekolah iaitu membantu meningkatkan kemahiran
pengguntingan dan untuk mengetahui aktiviti menggunting garisan (lurus, zig zag dan

bengkang-bengkok) dapat menghasilkan bentuk dalam kemahiran pengguntingan kanakkanak. Pemerhatian, temu bual dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Dalam
kajian yang dijalankan, enam orang responden telah dipilih setelah menjalankan pemerhatian
semasa tinjauan awal dijalankan. Data dianalisis dengan mengunakan analisis deskriptif.
Berdasarkan hasil refleksi, masalah menggunting yang dihadapi oleh kanak-kanak
disebabkan oleh kekurangan menggunakan gunting semasa berada di rumah mahupun di
sekolah. Kaedah garisan digunakan bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran
pengguntingan. Dalam intervensi yang dijalankan, kanak-kanak diberikan tiga jenis garisan
iaitu garisan lurus, garisan zig zag dan garisan bengkang-bengkok. Setiap jenis garisan dibuat
pengulangan sebanyak tiga kali. Implikasi yang dapat dilihat ialah kanak-kanak dapat
menggunting dengan lebih baik berbanding sebelum menjalankan intervensi. Penggunaan
kaedah garisan dapat meningkatkan penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran
pengguntingan.
ABSTRACT
This action research was carried out in the form of action research to find ways to improve
the cutting skills in preschool children by using lines. The purpose of this study is to enhance
the development of fine motor skills of cutting in the child. The objectives of this study are to
measure the effectiveness of their cutting skills by cutting out pictures using the line method.
To know this activity cutting using line (straight lines, zig zag lines and crocket lines) can
produce shape in cutting skills for the children. Observations and questionnaires were used
as survey instruments. In the study, six respondents were selected. Data was analyzed using
descriptive analysis. Based on the result of reflection, cutting problem faced by children was
due to their lack of using scissors while at home or at school. Line method is used to help
children master the skills of cutting. In the intervention carried out, children were given three
kinds of lines they were straight lines, zig zag lines and crocket lines. Each of the lines
required the child to repeat them thrice. Implication could be seen that the children could cut
better after the intervention. The use of lines can increase a childs mastery of the cutting
skills.
17
PENGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK DEMI PENINGKATAN PENGUASAAN
KOSA KATA BAHASA INGGERIS
Syaza Yasmin Ismail
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana lagu kanak-kanak dapat membantu
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah. Objektif kajian
ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris. Subjek kajian terdiri
daripada enam orang murid prasekolah di Kuala Lumpur. Data dikumpulkan melalui
pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan analisis
deskriptif (kekerapan dan peratusan). Hasil refleksi menunjukkan murid-murid ini kurang
memberikan respons dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di bilik
darjah kerana mempunyai kosa kata bahasa Inggeris yang terhad. Lagu kanak-kanak

digunakan untuk membantu murid-murid mengatasi masalah yang dihadapi dengan


meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Dua buah lagu kanak-kanak
digunakan dalam intervensi yang dijalankan. Kosa kata yang ingin ditekankan menjadi fokus
utama agar murid-murid dapat menguasai kosa kata tersebut. Aktiviti nyanyian lagu kanakkanak ini dijadikan sebagai rutin di prasekolah. Lagu kanak-kanak ini dinyanyikan dalam slot
perbualan pagi dan juga diselitkan dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa
Inggeris. Implikasinya, penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid meningkat.
Selepas intervensi dijalankan, didapati bahawa bilangan kosa kata kesemua murid meningkat
berbanding sebelum intervensi dijalankan. Penggunaan lagu kanak-kanak dapat
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah. Cadangan
kajian seterusnya adalah dengan menambah bilangan lagu kanak-kanak dalam intervensi agar
kosa kata yang dipelajari lebih banyak.
ABSTRACT
This action research is done to value how children songs can improve the vocabulary of preschool students. The aims are to enhance English vocabulary. The respondents for this
research are 6 pre-school students in Kuala Lumpur area. The data were collected from the
observation, enquiry and interviews. The data were analyzed by using descriptive analysis.
Moreover, the results shows that kids rarely gave respond in class because of them were lack
of English vocabulary. Children songs are used to help the kids to attain the problems faced
by enhance their vocabulary. Two songs were used during the intervention. In this
intervention, the teacher will focus on the target words in the songs so they can master them.
This activity should become a routine in pre-school. These songs are suitable to sing in circle
time especially in teaching and learning slot. With these activities, the kids can improve their
language automatically and they can respond towards the lesson. It is proven that the kids'
vocabulary improved drastically right after the intervention was done. Thus, children songs
can help the kids to master and improve their vocabulary in English.

Anda mungkin juga menyukai