Anda di halaman 1dari 3

Yang Berusaha

Tn. Hj. Md. Radzi bin Yaacob


Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (T&V)
Yang Berusaha
Tn Pengetua SMK Dato Bijaya Setia
Pn. Habibah binti Othman
Yang Berbahagia
YDP PIBG SMK Dato Bijaya Setia
En. Mohd Akhir bin Bidin
Pen. Kanan Pentadbiran
Pn. Sarojinee a/p Karuppiah
Pen. Kanan HEM
Pn. Norizam binti Yahya
Pen. Kanan Kokurikulum
En. Mohd Shas bin Abbas
Pen. Kanan Tingkatan 6
En. Steven Anthony Xavier
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran
Guru-guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian..
Kita panjatkan kesyukuran kerana pada pagi yang berbahagia ini, kita dapat samasama berkumpul sempena Majlis Restu Ilmu Pelajar-pelajar PMR, SPM & STPM Tahun
2011.
Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Ustaz Zulkarnain bin
Zakaria, untuk membacakan doa, dipersilakan.

Terima kasih kepada al-fadzil Ustaz Zulkarnain atas bacaan doa sebentar tadi.
Sidang hadirin dan para pelajar sekalian,
Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia YDP PIBG SMKDBS, En. Mohd Akhir
bin Bidin, untuk menyampaikan ucapan, majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada YDP PIBG SMKDBS atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.
Seterusnya majlis menjemput Tuan Pengetua SMKDBS, Pn Habibah binti Othman
untuk menyampaikan ucapan, dengan hormat dipersilakan

Terima kasih kepada Tn. Pengetua, atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Sidang hadirin dan para pelajar sekalian,
Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan untuk kita mendengar ucapan yang
akan disampaikan oleh Tn. Hj. Md. Radzi bin Yaacob, Pen. Pegawai PPD Teknik &
Vokasional. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.
Hadirin hadirat dan para pelajar sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan upacara penyampaian alat tulis kepada
ketua-ketua tingkatan.
Untuk itu majlis menjemput Tn. Pengetua untuk mengiringi Tn. Hj. Md. Radzi bin
Yaacob bagi menyempurnakan upacara tersebut, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Md. Yaacob.


Dengan berakhirnya upacara penyerahan alat tulis sebentar tadimaka
berakhirlah majlis kita pada pagi ini.

Belayar kapal ke Pulau Rawa,


Singgah berlabuh di Tanjung Tuan,
Sambil berdagang berjual beli,
Tanamkan tekad azam di jiwa,
Pasti kejayaan dalam gengaman,
Doa kami pahat di hati.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai