Anda di halaman 1dari 12

i.

Konsep dan Budaya Masyarakat

Pengertian Budaya
Memang tidak dinafikan, sesungguhpun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza
dari haiwan primat tetapi apa yang pasti perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat
menggunakan akal fikiran dan peralatan. Setiap perlakuan manusia dikawal dan didorongkan
oleh akal. Proses pemelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu
pengetahuannya bersifat akumulatif dan mampu memahami lambang-lambang yang simbolis
seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan.
Budaya yang dikonsepsikan oleh kebanyakan orang selalunya meliputi hal-hal mengenai
kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian antropologi adalah suatu jalinan
yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas
kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses
pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Definisi
budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjana-sarjana antropologi
budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya
yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat
kesimpulan.
Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit
yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan
akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya
dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran
manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat
daripada kebudayaan.
Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban itu adalah
sebahagian daripada budaya.
Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada
unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu dapat dikelasifikasikan kepada beberapa bahagian yang
penting bagi memudahkan perbincangan akademik. Sebenarnya unsur-unsur itu saling
berkaitan antara satu sama lain. Dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri.

Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal
(cultural universal) yang dapat dibahagikan kepada: budaya peralatan bagi keperluan hidup
manusia, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan
agama serta magis. Dalam unsur-unsur budaya besar itu terdapat pula bahagian-bahagian yang
lebih kecil. Dalam berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat pula aktiviti-aktivitinya yang
tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya (cultural activities). Segala aktiviti budaya itu
terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang kita namakan trait complexes
dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada trait-trait yang lebih kecil. Daripada traits ini
terdapat pula pecahan yang lebih kecil yang dinamakan unsur atau items.
Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota
masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma,
nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini
adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan
budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang
dihasilkan.
Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi
memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu
harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu.
ii.

Pengaruh Luar Dalam Masyarakat Melayu

Pola-pola budaya merupakan satu prinsip atau dasar yang berulangkali berlaku dalam budaya,
sehingga ia melahirkan aktiviti budaya atau kompleks budaya. Ia melahirkan suatu sistem
pola. Dalam penyelidikan sesuatu unsur budaya itu, hendaklah melihat kedudukan pola itu
dalam budaya seluruhnya. Tidak lengkap jika penyelidikan itu hanya ditumpukan kepada
bahagiannya tanpa pertimbangkan kedudukannya yang lebih luas.
Fungsi
Dalam penyelidikan, fungsi mempunyai pengertiannya tersendiri. Fungsi dalam pengajian
akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan sesuatu tujuan tertentu; dan
menerangkan hubungan variable antara satu dengan yang lain; dan fungsi juga menerangkan
jalinan hubungan antara satu hal dengan hal yang lain dalam sistem yang bulat atau sistem
yang lebih luas. Fungsi yang selalu digunakan seharian itu juga dengan mudah difahami, iaitu

melihat peranan atau kepentingan sesuatu itu dengan hubungan masyarakat atau sistem yang
lebih luas. Dalam pengajian akademik, konsep fungsi itu kemudian melahirkan satu
pendekatan tersendiri yang dipanggil fungsionalism.
Para pengkaji anthropologi berusaha memberi pengertian yang lebih mendalam mengenai
pendekatan fungsi ini, iaitu cuba menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu mempunyai
guna, fungsi dan maknanya tersendiri dalam masyarakat. Setiap unsur itu dapat dihubungkan
dengan sesuatu tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat. Selain itu, sesuatu unsur itu
mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya. Aspek ini boleh dikaji dan
dianalisis dengan lebih mendalam.
Sesuatu unsur budaya yang lahir itu, bersangkut paut pula dengan berbagai-bagai aspek dan
unsur lain dalam masyarakat. Oleh itu, apabila mengkaji sesuatu unsur itu hendaklah juga
dikaitkan dengan minat-minat yang lain. Ini dikatakan pendekatan minat sosial.
iii.

Aneka budaya

Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan ruang.
Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha untuk
mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti barat dan timur; primitif dan
moden; tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan ke dalam
kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses
mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula
berbagai-bagai sokongan dan ulasan.
Pengertian masyarakat
Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam
penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Pengertian
masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan sosiologi. Segala
pengeritan yang dibincangkan itu adalah benar melihat kepada sudut pandangan masingmasing. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok
manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga
digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi, budaya adalah sebagai ikatan
kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak
dapat dipisahkan. Dalam masyarakat itu juga, pentingnya ialah interaksi antara individu-

individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui ini terdapatlah suatu sistem
komunikasi yang tersendiri. Proses interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai
sistem komunikasi. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola
interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial.
Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai ciri meliputi unitunit sosial dan institusi-institusi sosial yang lebih luas. Kelompok-kelompok interaksi sosial
yang kecil itu merupakan unit sosial yang tersendiri sehinggalah kepada unit sosial yang lebih
besar. Unit sosial itu wujud atas minat dan kepentingan tertentu dengan sistem interaksi yang
tersendiri. Masing-masing individu itu berinteraksi bersandar atas kepentingan tersendiri.
Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada kategori sosial yang lebih besar iaitu
golongan sosial. Golongan bermaksud kelompok sosial yang lebih besar dan selalunya
interaksi anggota-anggota itu tidak seerat unit sosial. Golongan sosial ini bergantung kepada
asas mana yang dijadikan ukuran atau pembahagiannya. Dalam sesuatu golongan sosial itu
terdapat ciri-ciri tertentu yang berasaskan kepada ciri-ciri yang digunakan untuk kategori itu.
Kolektif: Berasaskan kepada ciri-ciri tertentu berdasarkan sistem norma di kalangan anggotaanggota masyarakat.
Kelompok sosial (social group): Pembentukan kumpulan secara kolektif itu juga melahirkan
kelompok seperti kumpulan ras (racial group), kumpulan budaya (cultural group) dan
kumpulan etnik (ethnic group). Setiap kelompok itu mempunyai organisasi dan sistem
kepimpinan tertentu. Kumpulan kelompok mempunyai ikatan, seperti tujuan dan minat
bersama. Begitu juga anggota kelompok itu terdapat sistem nilai dan norma yang tersendiri.
Mereka mempunyai kesedaran bersama.
Komuniti: Berasaskan kepada hidup setempat ikatan yang rapat dalam kelompok kecil dan
unit sosial yang lebih besar.
Institusi sosial: Ini lebih khusus kepada sistem nilai dan norma, mempengaruhi aktivti
individu dalam satu kesatuan kemasyarakatan tadi. Mereka mempunyai kepentingan atas
minat bersama. Adakala berupa kebiasaan, adat istiadat atau adat resam anggotanya bersama
dalam aktiviti, dan menurut sistem norma bersama yang bertujuan untuk memenuhi kompleks
tertentu. Institusi pula bermakna badan atau organisasi khusus. Institusi bertujuan memenuhi

keperluan kehidupan, seperti institusi kekerabatan, institusi yang bersifat ekonomi,


pendidikan, politik dan sebagainya.
Struktur Sosial: Konsep struktur sosial dikemuakan oleh A.R. Radcliff-Brown (1939). Sesuatu
prinsip kebudayaan itu adalah terdiri dari jalinan-jalinan tertentu yang dapat menjadikannya
sebagai struktur sosial. Struktur sosial amat penting dalam memahami budaya dan
masyarakat.
Masyarakat dan Budaya
Dinamiks Sosial: dalam proses ini kita perlu memahami sosialisasi, enkulturasi, evolusi,
inovasi, difusi, assimilasi dan akulturasi. Dalam penyelidikan sosio-budaya persoalan ini
hendaklah dilihat dalam konteks perubahannya.
Proses sosialisasi: meliputi seluruh proses penyesuaian individu dalam budayanya secara
mempelajari, baik secara formal mahupun tidak formal bagi memahami masyarakat
sekitarnya. Seorang itu mengalami proses sosialisasi sejak lahir sehingga seorang itu
meninggal dunia. Seorang itu mempelajari norma, nilai dan peraturan-peraturan hidup dalam
masyarakatnya. Proses pembudayaan yang disebut enkulturasi, ialah penyesuaian dengan
kehendak-kehendak budaya sendiri. Konflik sosial selalu terdapat dalam proses sosialisasi itu,
sehingga

adakalanya

melahirkan

individu

yang

menyeleweng

(deviants).

Aspek

penyelewengan dalam budaya ini adalah suatu fenomenon yang terdapat dalam semua
budaya.
iv.

Kebudayaan Melayu Dalam Bahan Sastera dan Bukan Sastera

Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu berlaku perubahan dari masa ke masa.
Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala berbentuk reformasi
atau revolusi.
Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil masa
yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara bersendirian, iaitu tidak ada
tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam
jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih
bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu terjadi secara asimilasi dan akultrasi.

Proses evolusi yang mengambil masa lama itu dalam anthropologi dikatakan directional
processes yang dilihat dari jauh. Proses evolusi secara berulang-ulang itu dipanggil proses
recurrent.
Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang tidak
begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu diterima serta
dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
Penemuan (discovery dan invention) ialah penemuan unsur budaya baru. Bila penemuan itu
diserap ke dalam budaya maka ia dikatakan penciptaan.
Difusi
Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang individu kepada
seorang individu lain, atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses
penyebaran unsur-unsur budaya dalam masyarkat yang sama disebut difusi dalam masyarakat
yang sama (intra-society diffusion) dan proses difusi antara masyarakat itu ialah inter-society
diffusion. Intra-society diffusion selalunya merupakan penyebaran dan peresapan unsurunsur budaya baru yang ditemui dari proses inovasi dan penciptaan. Dalam anthropologi
proses difusi budaya itu dimaksudkan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya daripada
satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses ini berlaku mungkin secara dibawa oleh
orang-orang yang berpindah, iaitu proses migrasi, terutama dalam zaman pra-sejarah yang
kerapkali berlaku migrasi kelompok-kelompok tertentu. Difusi budaya boleh berlaku kerana
kedatangan individu-individu dari luar, seperti pengembara, pedagang, pelaut dan sebagainya.
Misalnya, dalam perkembangan unsur-unsur budaya Hindu ke kawasan ini. Difusi juga boleh
berlaku dengan pertembungan kelompok penduduk tempatan dengan kelompok jiran dengan
berbagai-bagai cara pertemuan. Cara pertama ialah hubungan dalam bentuk daripada masingmasing budaya itu hampir tidak berubah yang disebut sebagai symbiotic.
Difusi peresapan budaya melalui pedagang-pedagang berlaku secara sukarela yang tidak
disedari. Difusi budaya juga dilakukan oleh missionary atau pengembang agama, cara ini
dilakukan dengan sengaja. Peresapan budaya secara tekanan (imposed) ialah melalui
peperangan, penaklukan dan seumpamanya, di sini terdapat unsur paksaan.
Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan sistem
komunikasi yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem.

Unsur-unsur budaya selalu bergerak, tersebar atau meresap dari satu budaya kepada satu
budaya lain dengan berbagai-bagai cara dan jalinan difusi itu merupakan satu kompleks yang
tersendiri. Perpindahan budaya itu menjadi satu gabungan atau kompleks yang agak sukar
untuk dipisah-pisahkan. Sesuatu unsur budaya itu mempunyai kait mengait dengan unsurunsur budaya lain yang menjadikannya sebagaimana satu kompleks tersendiri, misalnya
jualan kereta ke negeri lain, juga melibatkan hal-hal lain berkaitan dengan kereta.
Asimilasi
Proses ini berlaku dalam kelompok-kelompok yang budaya berbeza, mereka saling bergaul
antara satu sama lain, dalam masa yang lama sehingga budaya-budaya dari kelompokkelompok itu berubah saing menyesuaikan menjadi satu. Dalam komuniti Cina dan Siam di
Kelantan mengalami proses asimilasi dengan budaya orang Melayu. Proses ini berlaku
apabila terdapat pergaulan secara intensif dan luas dalam jangka masa yang lama. Kelompokkelompok itu mesti mempunyai sikap tolenrasi dan simpati antara satu sama lain. Antara
penghalang dalam proses ini ialah bila terdapat perasaan superioriti pada individu dalam
budaya tertentu terhadap budaya yang dihadapinya, dan sifat takut kepada kekuatan budaya
lain.
Akulturasi
Proses akulturasi berlaku bila budaya tempatan bertembung dengan budaya asing, dan
kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing sesuai dengan kehendak-kehendak
tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti budaya sendiri. Proses ini berlaku kepada
budaya Melayu sejak dulu kala, melampaui batas-batas tempatan. Proses ini berlaku oleh
kerana adanya migrasi, pertembungan secara individu dengan budaya asing. Penerimaan
unsur-unsur budaya asing itu tidak pula bertentangan dengan kehendak-kehendak budaya
sendiri. Proses ini amat pesat berlaku apabila berlaku campur tangan kolonial Barat di negaranegara yang mundur. Bersama dengan penyebaran agama-agama besar di dunia ini juga
bermakna penyebaran budaya melalui proses akulturasi ini berlaku secara leluasa.
Pertembungan budaya-budaya Afrika, Asia, Oceania, Amerika Utara dengan Ero-Amerika
menjadikan proses akulturasi itu pesat sekali berlaku dalam abad ke-20.
Dalam pengajian anthropologi budaya, tumpuan kepada penyelidikan proses akulturasi ini
semakin diminati dan berkembang luas. Berbagai-bagai method dan pendekatan penyelidikan

tentang ini telah dilakukan oleh sarjana-sarjana. Dalam penyelidikan ini memerlukan
pengetahuan yang luas kerana ia melibatkan usaha perbandingan antara satu budaya dengan
satu budaya lain.
Unsur-unsur budaya asing yang mudah diterima ialah yang bercorak atau bersifat konkrit,
seperti budaya kebendaan (material culture), dan unsur-unsur budaya yang mempunyai fungsi
atau gunanya yang tinggi kepada budaya yang menerima. Sesuatu unsur budaya yang diterima
itu adalah yang mudah disesuaikan dengan keadaan masyarakat yang menerima. Unsur-unsur
yang tidak sesuai dan dianggap sukar adalah lambat diterima.
Unsur-unsur budaya yang sukar diganti ialah unsur-unsur budaya yang sudah meluas dalam
masyarakat dan diamalkan secara turun temurun, seperti sistem kekerabatan. Kedua, unsurunsur budaya yang dialami dalam proses sosialisasi pada peringkat awal juga sukar
digantikan, seperti makanan. Makanan itu adalah sukar diubah. Ketiga, unsur yang melibatkan
agama dan kepercayaan juga adalah sukar diganti dan diubah. Begitu juga ritual yang
berkaitan dengan hal ini.
Individu yang dikatakan moden, maju dan progresif lebih mudah menerima unsurunsur budaya asing berbanding dengan individu kolot atau kampungan. Proses urbanisasi
juga memainkan peranan penting dalam menentukan pesatnya proses penerimaan. Pendidikan
juga menjadi ukuran dalam menentukan mudah atau tidak seorang individu itu menerima
unsur-unsur budaya asing. Lagi satu faktor ialah umur, iaitu antara golongan tua dan golongan
muda. Golongan muda itu mudah mengalami devian dan menerima unsur-unsur budaya asing
berbanding dengan golongan tua yang lebih kuat pegangan kepada tradisi.
Konflik dan ketegangan sosial kesan dari akulturasi
Peringkat perubahan selalu dikatakan tahap krisis, iaitu transisi antara golongan yang kuat
ikatan kepada tradisi dengan golongan muda yang inginkan perubahan. Konflik sosial muncul
dan perdebatan atau ketegangan sosial ini kerap berlaku dalam masyarakat. Golongangolongan itu menentukan dasar dan prinsip masing-masing. Antaranya golongan tua dengan
golongan muda; golongan berpelajaran dengan golongan kurang pelajaran; nasionalisme
dengan liberalisme; golongan maju, moden dengan golongan kolot; golongan urban dengan
golongan kampung.

Konflik dan ketegangan sosial ini jelas sekali apabila berlaku tekanan budaya dengan
pesatnya penerimaan unsur-unsur budaya asing. Dengan ini juga menyebabkan timbul
golongan-golongan penentang. Golongan yang selalu terlibat ialah pertubuhan keagamaan
yang berusaha mempertahankan tradisi. Adakala golongan agama ini melarikan diri daripada
masyarakat yang dianggap menghadapi kacau bilau. Inilah yang menimbulkan gerakangerakan cults, messianic movements, nativistic movements dan sebagainya. Gerakan-gerakan
ini berusaha mempertahankan indentiti sendiri.
Etnologi
Bidang etnologi menjadi persoalan etnografi yang memberikan huraian tentang sesuatu
budaya dalam konteks masyarakatnya. Pendekatan dalam bidang ini ialah melihat kepada
segala aspek yang menjadi unsur budaya universal. Ini termasuklah unsur-unsur:
(1)
(2)
(3)
(4)
(5)
(6)
(7)

Budaya kebendaan (Material Culture) dan teknologi,


Sistem ekonomi,
Sistem sosial,
Bahasa,
Kesenian,
Sistem pengetahuan,
Sistem kepercayaan.

Dari abad ke-19 lagi penulisan etnografi menumpukan perhatian serius kepada persoalan
teknologi. Pemerhatian pada masa itu lebih merupakan secara luaran sahaja. Dalam bidang ini
termasuk berbagai-bagai bahagian teknologi, seperti pakaian, rumah, alat senjata dan
sebagainya. Teknologi dalam masyarakat sederhana dapat dilakukan secara terperinci, tetapi
dalam masyarakat kompleks teknologi itu tersangat kompleks. Perbincangannya lebih
merupakan satu deskripsi secara luaran sahaja, tidak melibatkan tentang fungsi sosialnya.
Deskripsi secara terperinci itu penting dilakukan sebagai asas dalam membuat perbandingan
tentang penyebaran hasil budaya itu dari satu budaya kepada satu budaya lain. Kemudian
dalam tahun-tahun 20-an dan 30-an penulisan tentang teknologi seperti dulu semakin
berkurang dalam hasil-hasil etnografi. Sistem teknologi atau budaya benda itu sendiri adalah
luas sekali bidangnya. Oleh itu para pengkaji membahagikan kepada kategori-kategori
tertentu yang lebih kecil, seperti alat-alat pengeluaran, senjata, makanan, pakaian, perhiasan,
rumah, dan sebagainya.
Sistem ekonomi

Eknomi sara diri termasuk teknik dan alat-alat yang terdapat dalam masyarakat peringkat ini,
terutama dalam masyarakat primitif. Sebenarnya usaha menghubungkan sistem ekonomi
secara sederhana itu telah lama dilakukan, malah dapat dikesan sejak abad ke-4 lagi.
Dalam sistem ini juga para pengkaji menghubungkan dengan teori evolusi dalam
pertumbuhan usaha cari makan dari satu peringkat kepada satu peringkat perkembangan
manusia yang lebih tinggi. Cara hidup pertanian meletakkan pertanian secara usaha paling
atas.
Terdapat banyak kritik tentang evolusi dalam mata pencarian ini, iaitu tingkat-tingkat
ekonomi. Sistem ekonomi juga tidak terlepas dari sistem-sistem lain dalam masyarakat.
Sistem sosial
Pada peringkat permulaan, usaha pengkaji menggunakan teori evolusi dalam menerangkan
perubahan sistem sosial. Antara yang terkenal ialah Morgan, L.H. yang mengkaji sistem
kinship dalam berbagai-bagai budaya dan menerangkan proses evolusi dalam sistem ini.
Beliau tertarik dengan terminologi yang digunakan dalam sistem ini antara berbagai-bagai
budaya yang menjadi tumpuannya.
Kesimpulan.
Tidak dapat dinafikan lagi fungsi budaya dalam kehidupan masyarakat Malaysia moden kini
yang perkembangannya semakin meluas dan merupakan sebahagian daripada fenomenon
budaya moden. Kita tidak boleh lagi menganggap bahan-bahan budaya itu tidak penting atau
boleh membawa kesan-kesan yang kurang baik kepada masyarakat, terutama golongan muda.
Semua pihak perlu memahami kepentingan dan peranan budaya aspek positifnya, iaitu budaya
itu boleh memberikan sumbangan penting dalam pembangunan masyarakat dan budaya.
Untuk meletakkan budaya masyarakat Malaysia sebagai budaya kebangsaan, maka budaya
popular itu perlu digunakan seluasnya agar dapat memberikan kesan yang baik, terutama
kepada generasi muda. Bahan-bahan budaya itu juga boleh digunakan dengan berkesan
sebagai saluran pemupukan nilai-nilai sosial yang berteraskan nilai-nilai murni, khususnya ke
arah pembangunan masyarakat secara umumnya. Dalam perancangan pembangunan sosial
dan kebudayaan, peranan dan kepentingan budaya perlu diberikan pertimbangan serius
sebagai fenomenon yang dapat membawa perubahan masyarakat dan budaya, seterusnya
meningkatkan peradaban masyarakat Malaysia hari ini.

Rujukan.
1.

Cohen, Anthony P. 1985. The Symbolic Construction of Community.

Routledge: New York,

2.

Forsberg, A. Definitions of culture CCSF Cultural Geography course notes.

Retrieved: 20063.

Hoult, T. F., ed. 1969. Dictionary of Modern Sociology. Totowa, New Jersey,

United States:
4.

06-29.

Littlefield, Adams & Co.

Kroeber, A. L. and C. Kluckhohn, 1952. Culture: A Critical Review of

Concepts and Definitions.


Cambridge, MA: Peabody Museum
5.

Macionis, J. J. (2005). Sociology. Upper Saddle River: Pearson.

6.

Schaefer, R. T. (2008). Sociology. Boston: McGraw-Hill.

7.

White, L. 1949. The Science of Culture: A study of man and civilization.

New York: Farrar,


8.

Straus and Giroux.

http://www.TheSociologyPage.com (or http://www.macionis.com)

Anda mungkin juga menyukai