Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

YABHG. DATIN SITI HANIFAH BINTI MADARSA


SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2011
PADA 24 FEBRUARI 2011 (KHAMIS), JAM 10.30 PAGI
DI KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1
Malaysia.
Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis
1. Yang Saya hormati Tengku ........ , Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa
Melayu, pensyarah-penyarah kanan, pensyarah-penyarah cemerlang dan
seterusnya pelajar yang saya kasihi sekalian.

2. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat


limpah dan kurnia Nya dapat kita bersama-sama berkumpul di hari yang penuh
bermakna ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada yang
menjayakan majlis ini kerana sudi mengundang saya untuk menyempurnakan
Majlis Perasmian Minggu Integriti ini pada hari ini. Saya amat gembira
menyaksikan ramai bakal pendidik dan pensyarah-pensyarah berkumpul di
dalam satu premis untuk sama-sama menjayakan Minggu Integriti ini.
Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan
ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya.
Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan
tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan

kesejahteraan

diri,

keluarga,

masyarakat

seterusnya

membantu

negara

mencapai kemajuan.

Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan


dengan pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan
membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong
dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah.
Guru

seharusnya

menjalankan

tanggungjawabnya

dengan

penuh

dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting
kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam
pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan
menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian
dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan
berhati-hati. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan
atau kod etika perguruan di Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta
tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika perguruan adalah satu set
tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar,
rakan sejawat dan ibu bapa.
Namau semua itu tidak akan mudah dicapai tanpa adanya nilai Integriti
dalam diri seorang pendidik yang bergelar guru. Sekiranya nilai integriti itu tiaada
dalam diri seorang guru maka pelbagai kemungkinan akan berlaku yang
mungkin akan menjatuhkan profession keguruan. Baru baru ini kita digemparkan
dgr soalan Upsr yang bocor. Yang membocorkn soalan itu sendiri adalah guru, ini
kerana tiadanya nilai integriti dalam diri guru itu. Oleh itu bersama-sama laa kita
menerapkan nilai integriti ini dalam diri kita agar kita dapat menjalankan tugasan
kita dengan bertanggungjawap dan amanah sekali gus dapat mendidik anak

murid kita dari kecil tentang integriti. Saya rasa setakat itu sahaja yang ingin saya
sampaikan. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah dan pelajar yang berusaha menjayakan Minggu Integriti ini dan atas
jemputan untuk merasmikan Minggu Integriti ini. Semoga dengan program
serupa ini yang dianjurkan setiap tahun dapat menyemarakkan lagi nilai-nilai
yang posotif dalam diri kita.
Dengan lafaz Bismillahi Rahmanir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan
Minggu Integriti IPG Kampus Bahasa Melayu
Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai