0 Pengenalan
Koloni Amerika telah mengamalkan kegiatan kerja dengan menggunakan hamba abdi
bermula sejak tahun 1619 lagi. Keadaan ini didorong oleh pembukaan kawasan koloni baru
yang memerlukan tenaga kerja untuk mengusahakan tanah-tanah pertanian baru. Pada
awalnya orang kulit putih yang dibawa dari England dijadikan pekerja untuk membuka tanah
baru dibawah pengelolaan compeny dan baron atau tuan tanah, Namun keadaan berubah
setelah mereka dapat membebaskan diri dari baron dan mereka bebas kerana mendapat status
yang merdeka. Oleh itu, amalan hamba abdi ini beralih dengan mengambil hamba abdi dari
benua Afrika barat iaitu orang kulit hitam yang mendiami kawasan Gabon, Senegal, Angola,
Nigeria dan Cango serta Guiena. Mereka ini terpaksa menjadi hamba abdi kerana mereka
telah dipaksa untuk berkerja di tanah-tanah koloni baru dan kedatangan mereka disebabkan
mereka telah diculik oleh pedagang-pedagang Arab serta Afrika sendiri untuk dijual ke
kawasan koloni baru seperti di koloni Amerika iaitu Virginia, New Hampshire, Maryland,
Massachusetts ,Connecticut dan yang lain.
Pada awalnya kewujudan hamba abdi ini di dominasi oleh Belanda lebih kurang abad ke-17
lagi. Kemasukan hamba abdi ke benua Amerika disebabkan oleh keperluan tenaga manusia
yang tinggi oleh golongan tuan tanah untuk membangunkan kawasan pertanian. Keadaan ini
dapat dilihat dari peningkatan jumlah hamba abdi di Amerika yang mencecah kepada 11 juta
orang,jumlah ini dikatakan lebih ramai berbanding orang imigran dari eropah yang datang ke
coloni amerika tersebut. Contohnya di Georgia yang membenarkan sistem perhambaan untuk
kepentingan ekonominya
Hak Mengundi
Golongan hamba abdi tidak mempunyai hak-hak sivil atau tidak boleh mempunyai hak-hak
sivil dan tidak mempunyai hak untuk berbuat apa-apa serta juga tidak boleh mewarisi
sesuatu.[1]Dalam konteks ini, golongan hamba abdi dianggap tidak layak untuk mengundi.
Hal ini kerana, status mereka sebagai hamba tersebut tidak diiktiraf dalam mana-mana koloni.
Perkara ini berikutan, hanya lelaki berkulit putih serta yang mempunyai kuasa (harta) sahaja
yang layak untuk mengundi. Sehinggalah pada tahun 1870, dalam Pindaan ke-15, hak hamba
untuk mengundi diiktiraf telah diiktiraf setelah rakyat dalam setiap koloni diiktiraf berhak
untuk mengundi berdasarkan bangsa, warna kulit dan jantina.[2]
keadaan yang sangat teruk. Mereka dirantai dan dikurung di bawah dek kapal sepanjang
pelayaran ke Amerika yang mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasinya.
Hamba-hamba Afrika ini tidak bebas bergerak dan sebahagian mereka meninggal semasa
dalam perjalanan akibat penyakit dan bunuh diri.[5] Keadaan ini dapat digambarkan dalam
petikan berikut:
The trauma of leaving our African home, the suffering of the long middle passage, the
thirst, the hunger, the horrors of slave ship all these hollowed us out, numbed us, stripped
us, and left us only psychological urges, the feeling of fear and fatigue. [6]
Hamba-hamba abdi dari Afrika akan diserahkan kepada tuan-tuan tanah di Amerika dan
mereka tinggal bersama dengan tuannya sehingga kontrak mereka tamat. Golongan hamba
kulit hitam dan kulit putih diberikan tempat kediaman semasa mereka bekerja dengan tuan
ladang sehinggalah kontrak mereka tamat. Idea sistem hamba abdi (hamba kekal) atau
amalan perhambaan abdi mula menjadi aktiviti yang sah disisi undang-undang pada awal
abad ke-18, iaitu apabila dewan-dewan perhimpunan di koloni-koloni mula meluluskan slave
codes (kod hamba abdi) yang telah memperuntukkan kuasa mutlak kepada tuan-tuan koloni
terhadaphamba-hambanya.
Kedua-dua golongan ini bebas selepas kontrak mereka habis namun selepas undang-undang
baru telah dibuat, hanya golongan hamba kulit putih sahaja yang boleh bebas manakala
hamba kulit hitam bekerja terus secara abdi kepada tuan mereka.[7] Di New England terdapat
sedikit sahaja hamba kerana di sana hanya mempunyai ladang yang sedikit sahaja. Hambahamba di New England bekerja sebagai pembantu di rumah-rumah orang kaya.[8]
Selain itu, ramai perempuan yang membujang dalam tempoh yang panjang. Purata
perempuan berkahwin dalam sekitar usia 20 atau 21 tahun. Namun, berbeza pula dengan
hamba berhutang, Hamba berhutang ini dilarang berkahwin sehingga tempoh perkhidmatan
mereka tamat. Maka, tidak menghairankan bahawa perlakuan seksual sebelum kahwin
menjadi lumrah bagi golongan hamba abdi. Misalnya, di Chesapeake perkahwinannya lebih
satu pertiga berlaku setelah pengantin perempuan telah pun hamil. Kanak-kanak luar nikah
yang dilahirkan akan dipisahkan dengan ibunya bagi tujuan dijadikan sebagai hamba
berhutang pada usia yang terlalu muda.Selain itu, kebanyakan hamba abdi wanita dan
sebaliknya yang diimport akan berkahwin atau menjalinkan hubungan dengan majikan
mereka yang berkulit putih. Kewujudan slave code yang mengisyaratkan bahawa hamba
abdi yang berkahwin dan mempunyai anak, secara tidak langsung anak tersebut juga akan
mewarisi status ibu bapa mereka sebagai hamba abdi.[9]
Seterusnya, di Pennslyvinia, penduduknya melihat bahawa golongan hamba abdi ini
melakukan keganasan seks dalam populasi kulit hitam, terutama golongan kaum lelaki yang
tiada pasangan untuk berkahwin. Hal ini disebabkan kaum wanita di koloni Amerika utara
adalah sedikit berbanding dengan kaum lelaki. Maka, persaingan berlaku, tambahan segelintir
majikan juga menjadikan hamba abdi wanita ini sebagai isteri mereka menyebabkan
belakunya perlakuan seks secara bebas dan ganas dalam kalangan hamba abdi lelaki yang
tiada pasangan hidup. Namun, kehidupan golongan hamba ini semakin baik apabila beberapa
tokoh atau pemilik hamba telah menghapuskan amalan perhambaan ini. Antara tokoh tersebut
ialah William Bradford, Senator Benjamin F.Wade di Ohio dan ahli kongres Henry W. Davis
di Maryland dari Parti Radikal. Selain itu, pada Mac 1865, Kongres menubuhkan Freedmens
Bureau yang memberikan makanan, pakaian dan minyak kepada golongan hamba abdi yang
telah dimerdekakan. Hal ini memperlihatkan bahawa golongan hamba abdi di koloni-koloni
di Amerika Utara telah mendapat perhatian daripada orang ramai.
Selain itu juga, golongan kulit putih ini menentang penyerapan agama kristian kepada hamba
abdi kulit hitam kerana mereka dapat mengubah status hamba tersebut.[11] Hal ini kerana,
apabila penyerapan agama Kristian masuk dan diamalkan dalam kehidupan seharian mereka
mempunyai satu arah tuju yang dapat mengubah persepsi kehidupan masyarakat hamba ini.
Adakalanya mereka tidak juga dibenarkan masuk kedalam gereja untuk mengamalkan
kepercayaan mereka dimana mereka akan diasingkan ke tempat-tempat gereja yang lain.
Akan tetapi, ada juga golongan hamba yang dibenarkan oleh tuan tanah untuk
bersembahyang di gereja mereka tetapi tidak banyak. Dalam rekod perhambaan, jika pesalah
kulit putih dan kulit hitam melakukan kesalahan dan juga turut dijatuhi hukuman oleh
mahkamah, hamba kulit putih hanya didenda empat tahun tempoh perhambaan. Manakala,
hamba kulit hitam akan dijatuhi hukuman menjadi hamba seluruh hidupnya.[12]
4.2.2 Agama
Hamba abdi di Amerika Utara yang kebanyakkannya terdiri daripada orang Afrika berkulit
hitam juga mempunyai kepercayaan agama mereka tersendiri dan amalan serta kepercayaan
mereka ini dibawa ke dunia baru apabila mereka dijadikan hamba di Amerika Utara pada
tahun 1619[13].Namun setelah mereka dibawa ke Amerika Utara pengaruh agaman Kristian
mula tersebar dalam kalangan hamba dan hal ini menyebabkan berlaku penyesuaian amalan
kepercayaan mereka dengan agama Kristian itu sendiri. Pada mulanya sekitar tahun 1619 dan
awal tahun 1700-an, pemilik hamba abdi tidak mahu hamba mereka menukar agama kepada
Kristian. Hal ini adalah kerana orang kulit putih berpendapat apabila hal tersebut akan
mengapuskan status hamba. Kemudiannya, pemilik hamba mula mengubah pandangan
mereka kerana terdapat percanggahan pendapat di antara satu sama lain.
Pada tahun 1701, segalanya berubah apabila pendakwah daripada kulit putih dan pemilik
hamba abdi mula menyebarkan agama Kristian kepada hamba. Hal ini mendapat sokongan
daripada Society for the Propagation of the Gospel (SPG), merupakan persatuan penyebaran
Injil yang berpusat di London[14]. Dalam First Great Awakening, Baptis dan Methodist dari
New England telah menjalankan program dakwah bukan sahaja kepada hamba malah kepada
pemilik hamba serta orang kulit putih yang lain untuk tidak menghalang hamba daripada
menukar agama dan membebaskan hamba mereka menjadi manusia yang merdeka. Hal ini
membuktikan bahawa peranan SPG bukan sahaja menggalakkan penyebaran agama malah
menyeru untuk melakukan kebaikan. Hasilnya, berlaku peningkatan jumlah hamba abdi yang
menukar agama kepada Kristian sekitar tahun 1740 dan awal 1800-an.
4.2.3 Jantina
Terdapat undang-undang yang digubal oleh orang-orang putih dalam melarang kesatuan
lelaki dan wanita kulit hitam dan putih. Antara undang-undangnya adalah dimana wanita kulit
putih dilarang bercinta atau berkahwin dengan lelaki kulit hitam. Jika perkara ini terjadi,
wanita kulit putih akan kehilangan kebebasan serta anak-anak mereka tidak kira golongan
kulit putih atau hitam akan dijadikan sebagai hamba. Undang-undang ini hanya dikenakan
kepada wanita kulit putih dan hamba lelaki kulit hitam. Akan tetapi lelaki kulit putih di
bolehkan membuat perhubungan seks dengan hamba wanita kulit hitam.[15] Ramai hamba
wanita kulit hitam telah menjadi mangsa eksploitasi seks oleh tuan kulit putih merekakeadaan
ini telah menyebabkan penderaan seksual berlaku. Jika mereka tidak rela untuk memehuhi
kehendak tuan mereka mereka akan dirogol dan diseksa.[16]Keadaan penyiksaan ini boleh
dilihat menerusi kes Thomas James. Thomas Jep.[17]Perbuatan ini juga dianggap sebagai
salah satu cara untuk memperoleh lebihan hamba tanpa membeli dimana mereka boleh
mengambil anak-anak yang dilahirkan oleh wanita kulit hitam sebagai hamba kelak.[18]
Orang kulit putih juga turut mengasingkan suami isteri serta anak-anak hamba kulit hitam.
Hal ini kerana orang kulit putih tidak menggalakkan perkahwinan dikalangan hamba kulit
hitam. Keadaan ini sekaligus telah menyebabkan keruntuhan sebuah keluarga.
Di New Amsterdam golongan kulit hitam mampu membentuk unit-unit keluarga yang bebas.
Kebebasan ini di sebabkan oleh adanya sebuah kesatuan yang telah mengambil tempat gereja
Reformasi Belanda. Setiap perkahwinan turut di rekodkan dalam arkib Geraja Reformasi
Belanda dan juga merekodkan pembaptisan kanak-kanak mengikut bapa dan bukannya
pemilik dan godparents nama hitam sebagai saksi.[19] Sifat status orang kulit hitam juga
pada ketika itu sering berubah-ubah dan ini membolehkan mereka untuk mencapai kebebasan
untuk kaum kerabat mereka. Sesetengah ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka kepada
tuan jika mereka mendapat syarat-syarat yang memberi jaminan terhadap kebebasan anakanak mereka setelah beberapa tahun seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat. Ada juga
segelintir hamba kulit hitam berkahwin dengan wanita kulit putih demi memastikan anakanak mereka dilahirkan dengan bebas.[20]Pada 1661,Barbados telah meluluskan kod hamba
yang pertama untuk semua Carribean tanah jajahan. Dalam kod ini telah memberi jaminan
kepada hamba memperoleh rawatan dan dihormati. Kod perhambaan mewajibkan pemilik
hamba menyediakan pakaian kepada hamba-hamba mereka. akan tetapi kod perhambaan ini
telah di lupuskan.[21]
4.2.4 Pendidikan.
Dalam aspek pendidikan pula, golongan hamba Afrika di Amerika Utara bukan sahaja di
layan dengan buruk malah juga turut menerima layanan baik daripada sebilangan majikan
mereka. Sebilangan majikan hamba abdi di amerika utara tidak sama sekali menggalakkan
hamba abdi mereka untuk di beri pendidikan dan hamba abdi hanya terlibat pekerjaan.
Namun ada yang memberikan layanan yang baik apabila majikan menggalakkan pendidikan
dalam kalangan hamba abdi iaitu apabila pendidikan perantisan telah di perkenalkan oleh
penjajah The Massachussets Bay dan pendidikan perantis ini telah di kuatkuasakan oleh
undang undang tersebut. Tambahan pula, undang undang tersebut juga adalah untuk
memastikan bahawa golongan kulit hitam berpeluang untuk belajar dan menulis dan undang
undang tersebut juga di lihat sebagai satu pendekatan unik yang di mulakan oleh penjajah
Massachussets dan tanah jajahan yang lain turut mengikuti sistem pendidikan tersebut seperti
Connecticut pada tahun 1650.[22]Dengan itu, pendidikan perantis ini adalah satu proses
pembelajaran dengan melakukan dan pada dasarnya ia adalah gabungan pendidikan dan
industri, seterusnya latihan vokasional. Selain itu, perantisan juga adalah satu proses
pembelajaran pertukangan dan mereka akan terlibat dalam industri industri perkilangan
yang berkaitan dengan pembinaan dan perabot[23].
Selain daripada itu, ibu bapa orang kulit putih menuntut supaya kanak kanak kulit
hitam bersekolah di sekolah yang berasingan. Pendidikan orang kulit hitam di utara tidak
berjalan dengan lancar dan membangun kerana tiada pembiayaan dari segi kemudahan serta
tenaga pengajar , kerana guru guru kulit putih yang mengajar di sekolah orang kulit hitam
menerima pendapatan yang lebih rendah berbandingguru yang mengajar di sekolah kulit
putih. Oleh itu, anak anak kulit hitam kurang mendapat ilmu dan pendidikan bersifat
perkauman telah berlaku di kolonial british amerika utara.[24]
5.0 Analisis
Perkembangan hamba abdi di kawasan koloni Amerika adalah salah satu daripada kesan
daripada wujudnya kawasan pertanian dan perdagangan antara benua. Bidang pertanian di
koloni Amerika mendorong penggunaan tenaga kerja yang ramai. Apabila keadaan ini
berlaku ia meningkatkan sistem perhambaan. Mereka ini tidak mendapat layanan sepertimana
orang kulit putih dari aspek permulaan atau kedatangan mereka dibawa ke kawasan koloni
British,politik,sosial dan budaya. Ini kerana pada ketika itu,status quo memandang tinggi
kaum kulit putih. Disini kita dapat melihat layanan yang diberikan oleh para pemilik atau
tuan tanah dari awal mereka datang sehingga menjelang tahap dimana mereka boleh membeli
status mereka iaitu membebaskan diri sebagai hamba abdi.Seterusnya apa yang dapat dilihat
dalam perbincangan ini menyentuh berkaitan dengan layanan yang diberikan kepada hamba
mengikut tuan tanah dan mengikut koloni yang terdapat di Amerika tersebut. Seperti yang
kita sedia maklum bahawa golongan hamba ini mendapat layanan mengikut kreteria tuan
tanah mereka. Tidak semua tuan tanah di di koloni tersebut bersifat ganas melayan hamba ini,
ada juga yang bersimpati dan memberikan layanan seperti manusia biasa iaitu dengan
memberikan mereka tempat tinggal dan tanah untuk diusahakan. Di sini penulis cuba
mengulas beberapa layanan yang diberikan oleh tuan tanah mengikut koloni terhadap hamba
mereka dari pelbagai aspek. Adakah mereka juga mendapat layanan sama rata seperti orang
kulit putih?,keadaan ini sebenarnya yang menjadi intipati perbincangan di atas tadi. Walhal
menjadi isu yang sangat menarik kerana penulis cuba memperlihatkan bagaimana perjalanan
mereka dari awal golongan ini datang sehingga mereka dapat membentuk satu komuniti yang
bebas seperti golongan kulit putih di setiap koloni Amerika.Selain itu, ia juga turut
memaparkan satu proses dimana golongan ini cuba menjadi satu golongan masyarakat yang
lebih berdikari dan tabah walaupun mereka mendapat layanan yang begitu rendah. Misalnya
kita melihat dari sudut agama pada awalnya golongan ini tidak diterima untuk memasuki
agama kristian kerana bimbang golongan hamba ini mendapat kebebasan hak sepertimana
golongan kristian kulit putih, namun keadaan tersebut telah bertukar apabila mereka secara
beransur-ansur diterima.
6.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, amalan penghambaan di utara Amerika sememangnya telah lama
diamalkan dan mulai berkembang semasa abad ke-18. Ramai masyarakat Afrika yang telah
dijadikan hamba di Amerika utara yang kebanyakannya datang dari Selatan Amerika.
Kehadiran golongan hamba ke amerika utara telah banyak menyumbang tenaga buruh.
Manakal golongan yang mendapat manfaat yang lebih ialah golongan atasan seperti pemilik
tanah pedagang di amerika ketika itu. Amalan penghambaan pada ketika itu merupakan
sebahagian daripada perluasan kuasa British di Amerika utara. Proses Mekantalism adalah
sistem yang dibina untuk menyalurkan kekayaan koloni yang diperoleh oleh amalan
penghambaan kepada Negara Amerika terutamanya. Malangnya, walaupun golongan hamba
ini menghasilkan pulangan yang tinggi, namun kebajikan golongan hamba tidak sempurna.
Manakala bagi golongan hamba pula walaupun mereka mendapat sedikit sahaja ganjaran dan
tidak memadai dengan apa yang telah mereka sumbangkan dan telah banyak menderita,
mereka masih meneruskan kehidupan dengan membina kamuniti baru dalam koloni baru,
membina keluarga, menstruktur semula bahasa mereka sendiri, menghasilkan kebudayaan
mereka sendiri. Justeru itu, Perkembangan masyarakat hamba ini telah mendorong mereka
mula menuntut ilmu dan pengalaman baru untuk kepentingan mereka seperti pertanian dan
kesenian budaya mereka.
[1] Kpper, Stefan, Slavery in North America and The West Indies: An Attempt of
Comparism, German: GRIN Verlag, 2005, hlm 8.
[3] Buell, Tonya. Slavery in America, A Primary Source History of The Intolerable Practice
of Slavery, NY:
TheRosen Publishing Group, 2004, hlm 13.
[4] Simon and Schuster, Encyclopedia of African-American Culture and History, New York:
1996.
Hlm.2452-2454 dan2465
[5] Louise Kamara, Black Womens Relation to White and Black Man : A Heritage of Slavery
in Amerika ,
Chapter 3.
WRIGHT Richard, Twelve Million Black Voices: A Folk History Of The Negro In TheUnited
States Of America,
With Photographs by Edwin Rosskan, Lindsay Durmmand
Limited, London, 1947, p. 15
[7] Gary B. Nash et.al, 3rd ed, The American People: Creating a Ntion and a Society,
HarperCollins
College Publisher, 1994, hlm 75.
[8] David Goldfield et.al 1st ed. The American Journey: A History of the United States,
Prentice Hall Upper
Saddle River New Jersey. 1998. Hlm 50.
[9] David M.Kennedy et al, The American Pageant Twelfh Edition, American: Houghton
Mifflin Company,
2002, hlm. 62.
[13] Simon and Schuster, Encyclopedia of African-American Culture and History, New York:
1996.
Hlm.2452-2454 dan 2465.
[14] Jordan. Roll, Genovese, Eugene D.. New York: Random House, Inc., 1972. Hlm. 232255.
[15] Louis Karama,Black Womenss Relation to White and Black Men : A Heritage of
Slavery in America,
<http://dimension.ucsd.edu/CEIMSA-IN-EXILE/colloques/pdfPatri/ch-3.pdf>
[16] Ibid.
[17] Ibid.
[18] Ibid.
[20] Ibid.
[23] ibid