Anda di halaman 1dari 2

Laporan sebelum

Sebelum berlangsungnya Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 3 tugas kami


sebagai AJK Kepegawaian tidaklah terlalu padat dan banyak seperti ahli
jawatankuasa lain seperti AJK Peralatan, Teknikal, dan sebagainya. Ini kerana tugas
kami lebih tertumpu pada hari berlangsungnya acara. Namun begitu kami tidak
mengambil mudah akan tanggungjawab kami oleh itu kami mulakan tugas kami
dengan membahagikan acara yang bakal dipertandingkan. AJK kami terdiri daripada
_____ orang dan Alhamduillah setiap tugasan AJK Kepagawaian dapat di bahagikan
sama rata walaupun ahli kami masih lagi tidak mencukupi untuk menampung semua
tugasan AJK Kepegawaian dalam Kejohanan Olahraga Kali ke 3. Terdapat ____
acara yang dipertandingkan dan pada mesyuarat AJK Kepegawaian kali pertama
kami memastikan setiap acara mempunyai ketua untuk menguruskannya. Ini akan
memudahkan kerja kerana sebarang kekeliruan dan persoalan tidak lagi berada di
tangan ketua AJK Kepegawaian sahaja iaitu _______. Sebaliknya, setiap ketua
acara yang akan bertanggungjawab dan ketua AJK Kepegawaian hanya akan
membantu setiap ketua acara dari masa ke semasa. Sebaik sahaja kami diagihagihkan tugas mengikut acara kami telah mengambil masa untuk belajar dengan
lebih mendalam tentang acara-acara yang akan kami uruskan. Selain daripada
bersama-sama berbincang dalam kumpulan tentang cara-cara pengurusan acaraacara tertentu yang dipertandingan pada mesyuarat kali ke ____ kami juga menemu
ramah siswa-siswa pendidik yang telah mempunyai pengalaman sebagai AJK
Kepegawaian bagi kejohanan Olahraga terdahulu. Selain daripada itu, kami sentiasa
merujuk kepada buku KOAM agar kami tidak melakukan sebarang kesalahan.
Pada mesyuarat kali ke ___ kami telah diberi penerangan dengan lebih jelas oleh
Ketua AJK Kepegawaian tentang acara-acara yang dipertandingkan. Ini kerana ada
di antara kami yang tidak mempunyai pengalaman langsung akan acara yang
diketuanya oleh itu ketua kami _____ memainkan peranan penting agar kami anakanak buah beliau memahami dengan jelas akan tugas kami. Kami juga diberi
penerangan akan borang-borang yang bakal kami isi pada hari-hari berlangsungnya
acara. Perkara ini adalah perkara paling penting kerana setiap acara mempunyai
cara yang berbeza untuk mengetahui pemenang bagi acara tersebut. Namun begitu
kami masih lagi kurang jelas tentang beberapa perkara oleh kerana kami tidak

mempunyai pengalaman secara terus akan perkara-perkara yang dijelaskan oleh


ketua kami. Namun begitu, kami dijanjikan simulasi AJK Kepegawaian agar kami
lebih memahami skop-skop tugas kami. Pada mesyuarat berikutnya iaitu mesyuarat
kali ke ______. Kami diberi penerangan lebih lanjut tentang pengurusan acara dan
juga pengurusan-pengurusan borang setiap acara. Mesyuarat kali ini adalah untuk
mempersiapkan diri kami sebelum simulasi dijalankan kerana walaupun kami tidak
mempunyai

sebarang

pengalaman

tetapi

sebaik-baiknya

jika

kami

sudah

mempunyai semua teori-teori, peraturan-peraturan yang penting yang perlu diingat


sepanjang berlakunya acara.
Simulasi pertama adalah simulasi bagi acara lompat tinggi, sementara ketua acara
sedang sibuk menguruskan acara tersebut sambal dibantu oleh penyarah penasihat
iaitu ____ serta Ketua AJK Kepegawaian kami, ahli-ahli lain pula sibuk memberikan
taklimat kepada AJK Serapan Kepagawaian. AJK Serapan Kepegawaian adalah
AJK-AJK daripada bidang tugas yang lain tetapi diserapkan kepada AJK
Kepagaiwaian bagi membantu melancarkan lagi perjalanan acara-acara Kejohanan
Olahraga Tahunan Kali ke 3
Simulasi kedua
Simulasi ketiga _ saizura
Secara keseluruhannya, sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-3 diadakan
kami ahli jawatan kuasa kepegawaian telah berusaha sebaik mungkin dalam
menyediakan pegawai-pegawai dari segi mental, kemahiran dan pengalaman awal
sebelum mereka bertugas semasa hari kejohanan sebenar kelak. Kami juga banyak
melakukan rujukan dan kajian berkenaan dengan peraturan serta keperluan bagi
setiap acara yang bakal dipertandingkan kelak.

Anda mungkin juga menyukai