Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
MAKSUD
Baris 1 & 2
Pak Pandir berkelakuan aneh kerana mengetepikan anak sendiri, sebaliknya menyanjung orang luar. Pak Pandir
membuat kerja yang sia-sia dan merugikannya.
Baris 3, 4 & 5
Pak Pandir mengikut perangai orang luar tanpa menyedari keadaan dirinya yang miskin. Sebagai akibatnya, Pak
Pandir kehabisan harta, kecuali dirinya sendiri.
Baris 6 & 7
Pak Pandir terlalu cepat mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti sehingga apa-apa yang ada disia-
siakannya.
Baris 8, 9, 10 & 11
Pak Pandir leka dengan kata-kata manis orang dagang yang sebenarnya berniat jahat. Kata-kata manis itu sungguh
bersopan tetapi amat tajam maknanya yang akhirnya merugikan Pak Pandir.
Baris 12-17
Kata-kata manis orang luar tidak mendatangkan hasil apa-apa, sebaliknya Pak Pandir sendirilah yang rugi atau
menerima akibatnya.
TEMA
Moral individu dan akibat sikap mengutamakan orang lain hingga merugikan diri dan keluarga. Tema ini tentang
orang bodoh menjadi makanan si cerdik kerana ia mudah tertipu dan terjebak.
PERSOALAN
1. Kerja yang sia-sia -melakukan kerja-kerja yang sia-sia bukan sahaja merugikan malah membahayakan diri
sendri
2. Kebodohan menyebabkan maruah tergadai -orang yang bodoh mudah ditipu dan menjadi permainan
orang yang mengambil kesempatan daripada kebodohan orang lain
3. Berfikir -fikir sebelum melakukan sesuatu kerja -kerja yang dibuat tanpa memikirkn hasil dan kesannya
akan memudaratkn diri sendri
4. Utamakn diri dan keluarga -waspada terhadap kehadiran orang asing dan jangan melupakn keluarga
sendri kerana orang lain
1. Pemilihan kata (diksi) yang indah. Contohnya: gelagak dagang, dipijak, dijinjing.
2. Anafora. Contohnya : Orang berbunga dia berbunga. Orang berbuah dia haram
3. Sinkof. Contohnya : tak sedar bertelanjang.
4. Peribahasa .Contohnya : mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
5. Paradoks. Contohnya: kucing diburu tikus dibela
6. Repitasi. Contohnya. orang berbunga dia berbunga
7. Asonasi. Contohnya: kucing dibunuh tikus dibela (pergulangan vokul ?u?)
8. Aliterasi. Contohnya : mendengar gelagak dagang (pergulagan konsonan ?g?)
NILAI
PENGAJARAN