Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan


seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata mata
bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan,
pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.
Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap murid bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Salah satu cara mencapai cita cita dan hasrat murni ini adalah melalui
penganjuran aktiviti perkhemahan. Di sampingitu, setiap peserta sesuatu perkhemahan
akan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti
yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Berkhemah adalah penghidupan di luar samaada di hutan, di pantai, di bukit, di
gunung

dan

sebagainya.

Dahulu,

berkhemah

merupakan

satu

keperluan

untuk

hidup.Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap
pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan
persekitaran anda.
Kini,perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusi-institusi
pengajian. Perkhemahan sering dikaitkan dengan unit-unit beruniform. Unit beruniform yang
sering dikaitkan dengan aktiviti perkhemahan ialah pengakap.
Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental
dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang
terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi
kekurangan dan ketidakselesaan.

KONSEP PERKHEMAHAN

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di


gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa
tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam

aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau
berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semula jadi perlu anda utamakan.

TUJUAN PERKHEMAHAN

Rekreasi
mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam makan-minum dan tempat tidur.
Tidak mementingkan kegiatan kemahiran Ilmu perkhemahan.
Khusus
kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap kemahirankemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakang suasana back woods .
Pengembaraan ekspedisi
berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan jauh untuk
tujuan berehat atau untuk aktiviti tertentu seperti memancing, team-building,
perancangan baru organisasi dan sebagainya.
Misteri
siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkan panduan
yang diberikan sama ada menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya,
seperti aktiviti treasure hunt.
Penyelidikan
membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan jangka masa yang
lama di sesuatu lokasi. Kajian arkeologi misalnya.
Ikhtiar hidup( survival )
untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk pengembaraan yang lasak,
berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari

Secara dalaman pula, para peserta sesuatu program perkhemahan akan mengalami
kesedarandan membawa perubahan dalam diri masing-masing dengan :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.


Meningkatkan kecekapan dan kendiri.
Menghayati erti batasan kehidupan.
Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.
Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin.
Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

JENIS PERKHEMAHAN
P erkhemahan

Perkhemahan

Jenis

Perkhemahan

Perkhemahan Ringkas
Untuk 3 atau 4 orang ahli di tempat tinggal mereka
Biasanya dilakukan pada hujung minggu
Biasa diadakan selama satu malam atau dua malam
Tujuannya adalah untuk mendapatkan sesuatu lencana atau ujian atau sekadar
untuk perkhemahan sahaja.

Perkhemahan Kumpulan

Dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis Ketua Patrol


Dihadiri oleh sekumpulan ahli
Dijalankan selama dua atau tiga hari.
Biasanya diadakan sekali bagi tiap-tiap penggal persekolahan

Perkhemahansecarabesar-besaran

Dianjurkan oleh Majlis peringkat daerah, negeri ,Negara atau dunia

Dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu-ribu orang peserta

Dikenali sebagai jambori

Diadakan 4 tahun sekali

Mengambil masa 3-7 hari

Anda mungkin juga menyukai