Anda di halaman 1dari 8

Penggunaan Video

dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Multimedia dalam Pendidikan di Malaysia

Multimedia merupakan satu teknologi baru dan satu pilihan dalam menyampaikan
maklumat. Secara umumnya, multimedia membawa maksud pelbagai media yang
biasanya merujuk kepada gabungan unsur-unsur seperti teks, gambar atau imej, warna,
bunyi, animasi dan movie. Impaknya dapat dilihat menerusi penggunaan penyampaian
sesuatu bahan dan maklumat yang berpaksikan komputer.

Dengan teknologi ini, keupayaan multimedia telah dapat ditingkatkan dengan unsur-
unsur berteknologi tinggi serta sistem komunikasi yang canggih. Umpamanya talian
telefon telah diperkaya dan dikaitkan dengan fungsi internet, sidang video dan faksimili
iaitu satu perkara yang tidak pernah terfikir dahulunya terjadi.

Langkah menggunakan multimedia dalam pendidikan merupakan satu strategik terkini


daam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia dalam pendidikan
sangat luas dan tidak terhad. Berkesinambungan dengan itu maka, golongan pendidik
harus melihat dari aspek positif mengenai keperluan berinteraksi dengan teknologi terkini
bagi membiasakan generasi yang akan datang dengan cara hidup canggih di abad 21
nanti. Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada
guru dan pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini
dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akan datang.

Penggunaan multimedia boleh dimanfaatkan dalam beberapa aspek dalam bilik darjah
seperti:

a. Pembelajaran berbantukan komputer


b. Sebagai sumber maklumat/pangkalan data (sistem hipermedia)
c. Bahan aktiviti pengajaran pembelajaran sebagai alat bantu mengajar.

Selain daripada penggunaannya dalam keadaan semasa, komputer multimedia juga boleh
menjadi tutor yang berkesan. Oleh itu, komputer selalunya digunakan dalam bentuk
tutorial. Dalam tutorial, struktur berikut berlaku :

a. Pelajar didedahkan kepada isi pelajaran


b. Maklumat disimpan secara logik dalam ingatan
c. Mengeluarkan semula maklumat atau kemahiran secara berkesan suatu masa
kemudian

Penggunaan kaedah PBK dapat membantu pelajar lebih memahami dan seterusnya
mampu menyampaikan mesej dan maklumat yang lebih kompleks hasil intergrasi teks,
grafik, audio dan video. Kelebihan multimedia ialah pada sifatnya yang interaktif. Sifat
ini menghidupkan suasana pembelajaran dua hala yang menarik dan berkesan. Teknologi
ini berjaya menukarkan proses atau cara pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan.

Dewasa ini, negara yang menguasai teknologi maklumat akan menjadi sebuah negara
yang maju. Bagi merealisasikan perkembangan ini negara kita juga tidak mahu
ketinggalan untuk menguasai era teknologi maklumat. Bagi merintis ke era dunia siber
dan agar tercapainya Wawasan 2020 adalah menjadi tanggungjawab Kementerian
Pendidikan untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang teknologi
KEBERKESANAN PROGRAM ICT DALAM MEMBENTUK PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Pengajaran merupakan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Di


mana pengajaran meliputi perkara – perkara seperti perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan dan penilaian, dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau
kemahiran kepada pelajar dengan cara berkesan (Mok Soon Sang, 2003). Manakala
menurut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah – laku dan kelakuan
pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Manakala
pembelajaran bermaksud proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.
Pengetahuan dan kemahiran ini boleh diperolehi melalui pengalaman dan ilmu
pengetahuan yang berada di persekitarannya. Kamus Dewan pula mentaksirkan bahawa
pembelajaran sebagai satu proses belajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan
menjalani latihan. Dalam konteks pendidikan, guru sebagai pelaksana bertanggungjawab
mengajar murid untuk menguasai satu – satu pelajaran bagi mencapai objektif tertentu.
Objektif ini perlulah membawa perubahan kepada diri pelajar tersebut. Perkembangan
serta keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini secara tidak lansung
membawa kepada perubahan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran masa kini.

Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu usaha
yang baik tetapi bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Bagi melihat
keberkesanan program ICT dalam membentuk proses pengajaran dan pembelajaran,
selain daripada guru itu sendiri perlu kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan teori –
teori pembelajaran ke dalam program ICT. Oleh itu, pengetahuan terhadap program ICT
perlulah bersifat terkini atau ‘up to date’.

Elemen-elemen multimedia dalam pengajaran-pembelajaran sebenarnya menyokong


penggunaan pelbagai sensor (multi-sensory) serta mampu merangsang penggunaan
pelbagai deria manusia. Selain itu, multimedia juga turut menyediakan kemudahan
interaktiviti dan membenarkan pengguna mengawal perjalanan dan massa media yang
digunakan (Vaughan, 1998). Menurut kajian Vaughan juga, beliau menyatakan bahawa
multimedia boleh menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif kerana melalui
teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan pada
waktu yang sama. Multimedia yang bersifat interaktif ini lebih berkesan daripada
pengajaran-pembelajaran tradisi dalam menarik perhatian pelajar menggunakan
multimedia yang lebih interaktif dalam pengajaran-pembelajaran serta dapat menarik
minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat memberi tumpuan yang
sepenuhnya pada proses pembelajaran (Thomas, 1996).
Aplikasi Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam proses pembelajaran murid, sudah pasti suatu pengalaman yang menyeronokkan
akan dialami oleh murid apabila sesuatu topik pembelajaran itu dapat difahami melalui
pelbagai elemen yang terdapat dalam tayangan video.

Walau bagaimanapun tayangan video yang digunakan sebagai media pengajaran dalam
proses pembelajaran perlu melalui beberapa pemeringkatan perancangan yang akan
bertindak sebagai strategi dalam proses pembelajaran murid.

Terdapat 3 pemeringkatan perancangan yang perlu diberikan penekanan sebelum sesuatu


pengajaran dan pembelajaran itu menggunakan video sebagai alat bantuan mengajar iaitu
pra tontonan, semasa tontonan dan pasca tontonan.

(i) Pra tontonan:

Pada peringkat ini murid terlebih dahulu harus mendapat maklumat awal tentang isi
kandungan video tersebut. Sebagai contoh jika video ini berkaitan dengan binatang
seperti harimau, pelajar harus mencari pelbagai jenis harimau yang terdapat di pelbagai
lokasi di dunia ini. Murid boleh lakukan ini dengan cara melayari internet, membaca
akhbar, majalah atau melalui pelbagai pengalaman sama ada melalui teks, grafik atau
melalui video klip. Ini bertujuan untuk memberi satu pengenalan serta gambaran umum
terhadap isi yang ada pada video yang belum ditonton itu.

(ii) Semasa tontonan:

Murid harus menonton tayangan tersebut serta mencatat perkara-perkara yang penting
mengikut kehendak dan panduan yang diberikan oleh guru masing-masing. Kebiasaannya
murid akan mencatat mengikut klasifikasi yang diberikan seperti alam dan benda, aktiviti
manusia, persekitaran, cuaca, dan sebagainya. Cara ini membolehkan murid membuat
perkaitan antara satu klasifikasi dengan klasifikasi yang lain. Sebagai contoh cuaca hujan
mungkin dapat dikaitkan dengan banjir, kejadian tanah runtuh serta juga hubungkaitnya
dengan aktiviti manusia di lokasi tersebut.

(iii) Pasca tontonan:

Dengan bantuan guru, catatan yang dilakukan oleh murid akan dijadikan perbincangan.
Perbincangan akan menjadi lebih menarik apabila guru menyediakan beberapa soalan
tambahan berlandaskan apa yang ditonton tetapi dalam masa yang sama mampu memberi
penerangan dan bimbingan kepada murid terhadap topik yang dipelajari pada ketika itu.

Dengan lain perkataan ketiga-tiga peringkat dalam proses pembelajaran melalui tontonan
video tadi bukan sahaja memperluaskan lagi sudut pandangan dan pengalaman mereka
tetapi juga mampu mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan.

RUJUKAN
Ali, W. Z. (2000). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd.
Fufrell, P. G. (1995). Teachers, Computer and Curriculum-Microcomputers in the
Classroom. Needhom Heghts: A Simon & Schuster Company.
Ishak, A. L. (2001). Pendidikan Pra Sekolah Untuk Guru (ed. 2). Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Paul F. Merill, K. H. (1996). Computer in Education 3rd Edition (ed. 3). Needham
Heights: A Simon & Schuster Company.
Rusli, M. &. (2005, Jun 22). Retrieved Ogos 13, 2007
Sang, M. S. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme
Keguruan Sekolah Rendah). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Selamat, A. R. (1989). Teknologi Sistem Pengajaran. Shah ALam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn Bhd.
Sharil @ Charil Marzuki, Z. I. (1993). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Shuhabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2004). Psikologi Pendidikan.
Wangsa Maju: PTS Publicatin & Distributors Sdn Bhd.
Tasir, J. H. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Wangsa Maju: PTS Publication &
Distributors Sdn Bhd.
Zain, I. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Zain, I. (2002). Pelajar Cemerlang Melangkah ke Alam Siber. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.