html
http://meruankungenang.blogspot.com/2012/04/pergerakan-politik-awal-disabah-dan-di.html
i.
ii.
iii.
iv.
Mengapakah gerakan penentangan terhadap Malayan Union lebih berjaya berbanding dengan Gerakan Anti Penyerahan di Sarawak
Pengenalan
Malayan Union (MU) diisytiharkan secara rasmi pada 1 April 1946 yang bertujuan untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu sistem
pemerintahan berpusat yang diketuai oleh Gabenor. Gerakan anti penyerahan di Sawarak pula timbul apabila Charles Vyner Brooke mengambil keputusan
menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British selepas Sarawak mengalami kemusnahan akibat pendudukan Jepun. Kedua-dua dasar ini telah menimbulkan
tentangan daripada penduduk tempatan. Penentangan terhadap Malayan Union berjaya mencapai matlamatnya apabila MU diganti dengan Persekutuan 1948.
Penentangan Gerakan Anti Penyerahan di Sarawak gagal mencapai matlamatnya apabila Sarawak secara rasminya diserahkan kepada kerajaan British pada 15 Julai
1946.
Isi
Kepimpinan
Kejayaan MU banyak dipengaruhi oleh faktor kepimpinan. Kepimpinan Dato Onn berjaya menggerakkan penyatuan orang Melayu dan mengorganisasikan penentangan
terhadap gagasan MU secara berkesan. Dato Onn berjaya menyatukan semua orang Melayu atau pertubuhan-pertubuhan Melayu seluruh negara yang sebelum ini
bersifat kenegerian.
Di Sarawak tidak ada pemimpin yang berwibawa untuk menggerakkan penentangan yang berkesan terhadap penyerahan Sarawak. Keadaan ini berlaku selepas kematian
Datu Patinggi Abang Hj Abdillah.
Sokongan Penduduk
Penentangan terhadap MU mendapat sokongan menyeluruh daripada penduduk di Tanah Melayu. Hampir seluruh bandar utama di Tanah Melayu mengadakan tunjuk
perasaan membantah MU.
Di Sarawak tidak wujud sokongan yang meluas daripada penduduk Sarawak. Golongan yang menyokong Gerakan Anti Penyerahan terdiri daripada golongan terpelajar
yang berada di kawasan bandar. Penduduk yang berada di luar bandar tidak bangkit menentang kerana mereka tidak mempunyai kesedaran politik.
Pertubuhan Politik
Di Tanah Melayu diwujudkan sebuah pertubuhan Melayu hasil Kongres Melayu. Pertubuhan yang ditubuhkan di istana Johor iaitu UMNO berjaya menyatukan orang
Melayu dan menjadi wadah kepada orang Melayu untuk menentang MU.
Di Sarawak wujud beberapa pertubuhan yang menentang Gerakan Anti Penyerahan seperti Persatuan Melayu Sarawak, Pesatuan Dayak Sarawak dan lain-lain namun
mereka gagal membentuk sebuah pertubuhan politik yang lebih besar seperti UMNO.
Sokongan luar
Penentangan terhadap MU mendapat sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Cecil Clementi Smith, Frank Swettenham, George
Maxwell, Richard Winstedt, Ronald Bradell. Mereka ini membantah pelaksanaan MU di Tanah Melayu dan mengkritik dasar British itu melalui akhbar The Times di
London. Peranan bekas pegawai British ini juga penting dalam mempengaruhi dasar British itu di Tanah Melayu.
Di Sarawak tidak wujud sokongan seperti itu dalam penentangan penduduk tempatan terhadap gerakan penentangan terhadap British.
v.
Peranan Akhbar
Peranan akhbar cukup penting dalam menjayakan penentangan terhadap MU. Antara akhbar yang memainkan peranan penting ialah Majlis di Kuala Lumpur, Warta
Negara di Pulau Pinang dan Utusan Melayu di Singapura. Akhbar-akhbar ini berjaya memainkan peranan membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang bahaya
MU dan nasib yang akan menimpa orang Melayu jika MU dilaksanakan.
Keadaan seperti ini tidak wujud di Sarawak.
Kesimpulan
ZamanpendudukanJepun di Tanah Melayumerupakansatudetikpentingdalamsejarahtanah air
keranatelahbanyakmendatangkankesanpositifdannegatif.PengunduranJepundari Tanah Melayupada September 1945 adalahdisebabkanpengebomanduabandarpenting
di Jepuniaitu Hiroshima dan Nagasaki.SelepaspendudukanJepun, Inggeristelahmemperkenalkanpentadbiran Malayan Union di Tanah
Melayutetapitelahmendapattentanganhebatdaripada orang-orang MelayueshinggamemaksaInggerismemansuhkannyadandigantikandengan Persekutuan Tanah
Melayu 1948. Kebangkitan orang-orang Melayumenentang Malayan Union merupakankesandaripadapendudukanJepun di Tanah
MelayusewaktuPerangDuniaKeduasehinggamelahirkansemangatnasionalisme di kalangan orang-orang Melayu.
Pengenalan
UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Oleh Dato Onn Bin Jaafar sebagai Presiden.
UMNO merupakan gabungan beberapa puluh persatuan Melayu.
1. Syor-syor MU:
a. gabungan sembilan negeri-negeri Melayu dan dua negeri-negeri Selat
b. diketuai oleh gabenor dan dibantu oleh dua majlis iaitu Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Mesyuarat Undangan
c. kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan tetapi kuasa dikurangkan kepada hal-ehwal agama dan adat istiadat orang-orang Melayu
d. taraf kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus-soli / taraf kerakyatan diberikan kepada orang asing dengan syarat yang longgar
e. hak kewarganegaraan yang sama kepada semua semua orang tanpa mengira bangsa dan dan keturunan
f. Singapura diasingkan dan British mengekalkan pemerintahan di situ - Singapura mempunyai kekayaan ekonomi dan merupakan pusat pertahanan Inggeris
(pengkalan tentera laut dan darat)
g. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal kerja tempatan
h. Gabenor diberi kuasa untuk meluluskan dan membatalkan undang-undang
2. Reaksi terhadap penubuhan MU:
a. orang-orang Melayu tidak puashati dan menentang cadangan MU
b. penentangan melalui akhbar - Utusan Melayu
c. menulis surat bantahan kepada kerajaan British di London
d. penentangan melalui persatuan-persatuan Melayu yang mengadakan perarakan dan tunjuk perasaan. Contoh : Persatuan Melayu Selangor dan Kelantan
e. Dato Onn dan Persatuan Melayu Selangor mengadakan Kongress Melayu SeMalaya dan menyatukan keseluruhan persatuan Melayu
f. 1 April 1946 - orang Melayu telah memulaukan upacara pelantikan Gabenor MU
g. 11 Mei 1946 - UMNO ditubuhkan dan akhirnya rancangan MU terpaksa dibatalkan
Kesimpulan:
1. MU mendapat tentangan darripada orang Melayu yang bersatu padu dan menubuhkan UMNO sebagai parti politik yang kuat.
2. Kerajaan British terpaksa bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Melayu. Hasilnya satu perlembagaan baru dibentuk iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948
menggantikan MU
Jelaskan perbezaan di antara Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Perlembagaan Malayan Union 1946
Pendahuluan
1. Selepas pendudukan Jepun, British memperkenalkan satu perlembagaan baru untuk Tanah Melayu iaitu perlembagaan Malayan Union
2. Pengenalan Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu yang tidak puas hati berkenaan pemberian kerakyatan yang terlalu longgar
3. British membentuk jawatankuasa untuk menggubal perlembagaan baru untuk memenuhi tuntutan orang melayu
Isi
Perlembagaaan Persekutuan Tanah Melayu mempunyai perbezaan dalam beberapa aspek penting berbanding Perlembagaan Malayan union iaitu:1. Jawatankuasa penggubal
a. Malayan Union
Perlembagaan Malayan Union digubal oleh kerajaan British di pejabat Tanah Jajahan London, digubal semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu
AJK The Malayan Planning Unit (MPU) dipertanggungjawabkan merangka perlembagaan Malayan Union terdiri daripada orang-orang British
MPU tidak mendapatkan pandangan penduduk Tanah melayu semasa merangka asas dan melengkapkan perlembagaan Malayan Union
b. PTM
Dirangka berdasarkan kecaman dan kritikan orang Melayu terhadap perlembagaan Malayan Union
Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946
Ahli Jawatankuasa kerja terdiri daripada 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 orang pegawai kanan British
4. Sistem Ahli dikenali sebagai kabinet bayangan yang merupakan satu barisan tokoh-tokoh tempatan mentadbir Negara secara tidak langsung dan mendapat latihan
mentadbir Negara
5. Tanah Melayu kemudiannya telah melalui proses pilihanraya
Isi:
1. Pilihanraya digunakan oleh British untuk menguji sama ada wujudnya perpaduan di kalangan rakyat Tanah Melayu
2. Pada peringkat permulaan, pilihanraya peringkat tempatan diperkenalkan pada 1951 bagi Majlis Bandaran Georgetown, Johor Bharu, Ipoh, Melaka, Seremban dan
Kuala Lumpur
3. Pilihanraya umum diadakan pada 27 Julai 1955
4. Sebanyak 52 kerusi dipertandingkan
5. Parti Perikatan mewakili kombinasi parti-parti politik tiga kaum berlainan dan memenangi 51 kerusi
6. Kemenangan menunjukkan rakyat percaya cara terbaik mencapai kemerdekaan ialah melalui kerjasama antara kaum
7. Penubuhan Parti Perikatan bertujuan untuk mendapat undi majoriti
8. Penubuhannya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa asing
9. Rundingan kemerdekaan diadakan di London antara pemimpin Tanah Melayu dengan kerajaan British
10. Keputusan pilihanraya umum 1955 memaksa kerajaan British menerima hakikat Parti Perikatan disokong oleh semua rakyat Tanah Melayu
11. Parti Perikatan telah berjanji akan mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun semasa kempen pilihanraya
12. Pada Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu
13. 8 Februari 1956, Perjanjian London dimeterai antara Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dan British
14. Perjanjian London menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
15. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis
16. Beberapa pindaan telah dibuat oleh Suruhanjaya Reid terhadap rang perlembagaan yang kemudiannya disahkan oleh Majlis Raja-raja
17. Perisytiharan kemerdekaan dibuat pada pagi 31 Ogos 1957
Kesimpulan:
1. Langkah awal untuk mencapai kemerdekaan ialah melalui Pakatan Murni dalam Sistem Ahli
2. British mengadakan pelbagai peringkat pilihanraya untuk menguji tahap perpaduan
3. Keputusan pilihanraya umum 1955 membuktikan dasar perjuangan sesuai dengan penduduk Tanah Melayu
Huraikan tindakan-tindakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang membawa kepada perisytiharan darurat.
Pengenalan:
1. PKM melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan di Tanah Melayu.
2. Menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu
3. PKM melakukan kekejaman iaitu dengan pembunuhan para pegawai British
4. British berusaha untuk membendung komunis dengan mengisytiharkan darurat pada 1948
Isi:
1. PKM ditubuhkan pada 1930 untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya
2. PKM menyusup masuk ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan sekolah Cina (golongan belia)
3. PKM bergerak secara sulit/gerakan bawah tanah kerana tidak didaftarkan
4. 1936 hingga 1937 organisasi PKM mantap dan menghasut para pekerja dan melancarkan mogok di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor.
5. 1939 keanggotaan PKM bertambah 37 ribu orang
6. Ramai orang Cina terpengaruh dengan perjuangan PKM untuk menjaga kebajikan dan kepentingan mereka
7. 1942 hingga 1945 pihak British bekerjasama dengan PKM untuk menentang PKM
8. PKM membentuk Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)
9. British melatih dan membekalkan senjata kepada tentera gerila komunis
10. Tamat Perang Dunia Kedua, British iktiraf PKM sebagai parti yang sah di Tanah Melayu
11. PKM meluaskan pengaruh menguasai sekolah Cina dan kesatuan sekerja
12. 1947 permogokan di Batu Arang untuk lumpuhkan ekonomi Chin Peng ambil alih lebih agresif- guna kekerasan dan melancarkan pemberontakan bersenjata
pada Jun 1948
13. Tiga orang pegawai British dibunuh di Sg Siput dan darurat diisytiharkan PKM diharamkan
Kesimpulan:
1. British telah berjaya melumpuhkan kegiatan komunis
2. British lebih bersedia untuk bekerjasama dengan pemimpin tempatan yang lebih berfahaman sederhana ini telah mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah
Melayu
1.
-
2.
-
3.
-
1.
-
Huraikan kesan-kesan Darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960
Pendahuluan ( 3/2 Markah )
Peristiwa perisytiharan darurat di Tanah Melayu pada 1948 adalah berikutan keganasan pihak komunis (PKM).Keganasan ini berpunca daripada cita-cita
PKM untuk meneruskan misi membentuk Republik Komunis di Tanah Melayu. Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward
Gent di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948, berikutan pembunuhan tiga orang peladang Eropah.. Berikutan dengan ini maka bermulalah secara rasminya
peperangan menentang pengganas komunis di Tanah Melayu.
Isi ( Kesan-kesan darurat )
Kesan Politik ( 8 Markah )
Mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu.
Pada peringkat awal, darurat menjadi alasan kepada British melambatkan proses politik dan perlembagaan di Tanah Melayu kerana British terpaksa memberi tumpuan
untuk membanteras kegiatan komunis. Namun setelah pihak British sedar bahawa mereka perlu menarik sokongan rakyat untuk menghadapi masalah komunis maka
British telah mempercepatkan proses persediaan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.
Kerajaan British bimbang Tanah Melayu akan diperintah oleh pihak komunis jika mereka lambat memberi kemerdekaan .
Pihak komunis tiada alasan lagi untuk meneruskan perjuangan mereka.
Parti-parti politik berhaluan kiri diharamkan
Ini termasuklah PKM dan dan parti-parti yang dilihat bersimpati dengan perjuangan PKM. Antara parti-parti yang dibubarkan ialah Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM), dan beberapa badan lain seperti Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang kemudiannya bergabung menubuhkan
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).
British hanya membenarkan parti politik berhaluan sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC.
Ramai pemimpin berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad.
Menjelang 1950-an, kegiatan berpolitik mula dilonggarkan
Lahir beberapa buah parti politik seperti Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
Para pemimpin politik berhaluan kiri juga membuat persiapan untuk bergerak semula dalam kegikatan politik dengan menubuhkan Parti Buruh dan Parti Rakyat.
Kejayaan pakatan kerjasama UMNO, MCA, MIC melalui Perikatan dalam pilihanraya Persekutuan pada Julai 1955, membawa kepada bermulanya rundingan
kemerdekaan.
Kesan Ekonomi ( 6 Markah )
Beban kewangan yang besar terpaksa ditanggung oleh kerajaan
Membelanjakan sebanyak $ 250 000 - $ 300 000 sehari bagi tujuan keselamatan untuk membanteras pemberontakan bersenjata PKM.
Kewangan juga banyak digunakan untuk membangunkan kampung-kampung baru.
4.
Ini menimbulkan beban kewangan yang teruk untuk kerajaan menjalankan rancangan pembangunan. Sehingga 1953, Tanah Melayu mengalami defisit belanjawan
sebanyak $ 1.46 juta.
2.
Kesan kegiatan sabotaj pihak komunis
Ladang getah dan lombong bijih timah menjadi sasaran bagi tujuan melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu.
Serangan ke atas landasan keretapi dan kenderaan awam memberi kesan kepada sistem perhubungan dan menjejaskan kegiatan perdagangan.
3.
Perintah Berkurung
Perintah berkurung telah mengehadkan masa penduduk Tanah Melayu untuk keluar bekerja. Ia juga telah mengganggu kelicinan perdagangan.
Pihak komunis juga telah menakut-nakutkan penduduk supaya tidak keluar bekerja memberi kesan buruk kepada ekonomi Tanah Melayu.
4.
Penubuhan penempatan semula kampung-kampung baru
Banyak kerja dan hasil pertanian di pinggir-pinggir hutan terbiar, apabila penduduknya dipindahkan ke kawasan lain.
Ini telah menyebabkan berlaku masalah kekurangan makanan dan catuan makanan terpaksa dilakukan.
Kesan Sosial ( 6 Markah )
1.
Rakyat hidup dalam penderitaan.
Kesukaran mendapatkan bekalan makanan dan bergerak.
Terpaksa bergantung kepada semua sumber makanan yang ada temasuk ubi kayu dan keledek, seperti yang dialami semasa zaman Jepun
2.
Undang-undang darurat menyebabkan ada individu yang teraniaya.
Kerajaan berkuasa menangkap tanpa bicara sesiapa sahaja yang disyaki dan dianggap mengancam keselamatan Negara.
Ini menyebabkan terdapat mereka yang tidak bersalah juga menjadi mangsa ekoran dari tertubuhnya undang-undang darurat ini.
Kerajaan British juga telah mengambil kesempatan ke atas undang-undang ini untuk menyekat dan melemahkan gerakan kebangsaan yang bersifat anti penjajah
walaupun bukan berfahaman komunis. Contohnya pada tahun 1948, kerajaan telah menangkap sebilangan besar pemimpinHizbul Muslimin yang berpusat di Gunung
Semanggol dengan menggunakan peruntukan di bawah Undang-undang Darurat. 1948.
3.
Syarat kerakyatan yang longgar untuk orang bukan Melayu 1952.
Untuk menarik minat orang bukan Melayu memberi kerja sama dalam memerangi komunis, kerajaan telah melonggarkan syarat kerakyatan. Ini membolehkan
seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 000 orang India diterima menjadi warga negara Tanah Melayu.
Jawatan dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang sebelum ini dikhaskan untuk orang British dan Melayu sahaja dibuka kepada orang bukan Melayu yang
menjadi warga negara, dengan sistem kuota 4:1.
Mereka juga diberi hak untuk memiliki tanah dan menikmati kemudahan pelajaran dan kesihatan di kawasan kampung-kampung baru.
Masalah perkauman
Ini muncul kerana sebilangan besar pengganas komunis adalah orang Cina dan ramai orang Melayu yang berkhidmat dengan pasukan keselamatan
Oleh itu , tindakan memerangi komunis seolah-olah dilihat sebagai peperangan antara orang Cina dengan orang Melayu.
Kesimpulan ( 2/3 Markah )
Pada tahun 1955, ketua Menteri Tunku Abdul Rahman telah menawarkan rundingan dengan PKM. Rundingan telah diadakan di Baling, Kedah tetapi
gagal. PKM meneruskan perang gerila di Tanah Melayu bagi membentuk sebuah republik komunis. Namun pada masa yang sama, kerajaan terus meningkatkan
usaha membanteras pemberontakan komunis. Oleh itu, kegiatan komunis mulai merosot. Pada tahun 1960, kerajaan telah mengisytiharkan tamatnya darurat di
seluruh Negara.
http://mohdfirdauswong.blogspot.com/2011/09/tema-penting-sejarah-2-2011bahagian_7306.html
Rosli Dhoby: rukun berdarah