Anda di halaman 1dari 5

Institut pendidikan guru

kampus temenggong Ibrahim

HUBUNGAN ETNIK
WAJ 3116

NAMA PELAJAR

: KALSUM BINTI MOHAMED

NO K.P

: 750321016576

NO MATRIK

: ICBI1106018

KUMPULAN/UNIT : PPG AMBILAN JUN 2011 /TESL 3


TAJUK TUGASAN : TUGASAN 1
PENSYARAH

: TN HJ MOHD JOHARI BIN MOHD SHARIFF

TARIKH SERAHAN : 21/7/2012

TUGASAN 1
ARAHAN :
Jawab soalan di bawah dalam fail MS Word dan hantar (upload) selewat-lewatnya
21 Julai 2012
1. Buat banding beza konsep perpaduan dan Integrasi berikut :

2.

a)

Segregasi

b)

Akomodasi

c)

Akulturasi

d)

Asimilasi

e)

Amalgamasi

Jelaskan TIGA (3) faktor pembentukan pluraliti di Malaysia

Soalan 1 : Banding Beza

Konsep

Segregasi

Tahap
Hubungan Etnik
Bersifat pemisahan
antara etnik

Formula

Berlaku atas dasar


A+B+C

namun tetap
mempertahankan

A+B+C=A+B+C

budaya masing-masing
dan berinteraksi secara

budaya sendiri
Proses penerimaan

aman damai

budaya majoriti oleh

Hanya melibatkan budaya

minoriti dan lebih


Akulturasi

agama, ras, kebudayaan


dan ciri etnik lain
Bebas mengamalkan

Proses penyesuaian
Akomodasi

Faktor Penyebab

mudah dicapai.

A+B+C=Ai+Bi+C
i

yang bersifat kebendaan


dan mendatangkan

Tiada perubahan

manfaat seperti makanan

identiti asal setiap

dan pakaian.

budaya.
Berlaku interaksi antara

Proses

etnik dalam tempoh yang

percantuman dan
Asimilasi

penyatuan dimana

A+B+C=A

minoriti menerima

lama sehingga berlaku


penyerapan sehala
individu ke dalam etnik

budaya dominan

yang lain.

Bersifat
pembentukan ras
Amalgamasi

dan budaya baru


melalui
percampuran.

A+B+C=D

Melalui perkahwinan
campur antara etnik

Soalan 2 : Faktor Pembentukan Pluraliti Di Malaysia


Pluraliti bermaksud wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat
pada satu masa secara semulajadi tanpa sebarang paksaan contohnya seperti
masyarakat di Melaka pada masa dahulu yang terdiri daripada pelbagai ras dan
etnik.
Kewujudan pelbagai etnik di Malaysia telah memberi sumbangan terhadap
pembentukan masyarakat pluraliti yang dapat hidup secara bersama dalam
kepelbagaian. Pembentukan pluraliti di Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor
utama. Faktor yang utama ialah faktor ekonomi negara yang berkembang pesat
dimana Malaysia memerlukan ramai tenaga manusia dalam pelbagai sektor
perkerjaan.
Keperluan guna tenaga manusia yang tinggi menyebabkan negara kita
mengimport pembantu rumah, buruh binaan, dan pekerja ladang dari negara-negara
seperti Nepal, Bangladesh, Filipina, Indonesia dan sebagainya. Faktor upah yang
murah namun amat berbaloi kepada pekerja-pekerja asing ini juga menyebabkan
mereka ingin kekal dan cuba menyesuaikan diri di negara kita. Permintaan tenaga
kerja untuk bidang profesional seperti bidang kedoktoran, kejuruteraan dan
kepakaran juga mengundang kemasukan etnik dari negara lain ke Malaysia. Mereka
terus menetap di sini dengan melanjutkan tempoh perkhidmatan. Malahan ada juga
yang berkahwin dengan rakyat tempatan.
Faktor kedua pembentukan pluraliti di Malaysia ialah faktor pendidikan.
Peluang pendidikan di Malaysia yang meluas dengan pelbagai kemudahan dan
prasarana menyebabkan belia-belia dari pelbagai negara datang ke sini untuk
melanjutkan pelajaran mereka. Kolej-kolej swasta dan universiti-universiti di negara
kita seperti Universiti Islam Antarabangsa juga menawarkan ambilan pelajar luar
negara. Ini menyebabkan negara kita dibanjiri pelbagai ras dan etnik dari setiap
pelusuk dunia seperti kaum negro dari Afrika. Segelintir dari pelajar-pelajar ini terus
menetap dan bekerja di Malaysia.
Faktor ketiga pembentikan pluraliti di Malaysia adalah faktor perniagaan atau
perdagangan. Jepun, China, India, Korea dan sebagainya masuk ke Malaysia kerana

peluang perniagaan yang cukup meluas dan mewah di negara ini. Banyak kilangkilang, restoran-restoran dan pusat peniagaan didirikan. Perniagaan yang paling
ketara ialah makanan. Ini kerana setiap etnik dan ras ingin mengamalkan budaya
pemakanan mengikut keselesaan dan kesesuaian dengan citarasa asal mereka.
Untuk memenuhi permintaan dan naluri pemakanan tersebut, terdirilah restoran
mengikut citarasa kaum yang tertentu. Kawasan seperti Cina Town dan Little India
mengesahkan bahawa masing-masing kaum mahu mengalami persekitaran yang
sangat mirip dengan asal kaum tersebut. Restoran mamak yang menyediakan
makanan india seperti thosai, roti nan, tandoori menandakan adanya permintaan
pemakanan tertentu daripada kaum India sebagai contohnya. Tetapi dalam masa
yang sama, kaum lain juga boleh menikmati, merasa pengalaman kaum yang lain.
Tanpa paksaan keluarga kaum melayu boleh merasa masakan kaum india di
restoran yang bercambah tumbuh di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai