Anda di halaman 1dari 5

Bil

1.

AGENDA
Ketibaan
para
jemputan
dan ibu
bapa

TEKS
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat
________________________

dengan diiringi

_________________________(Yang Dipertua PIBG), PN. Hjh.


Rokiah binti Ahmad (Guru Besar SK Ayer Puteh), Penolongpenolong Kanan dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Ayer
Puteh.

2.

Nyanyian
Lagu
Negaraku

Sidang Hadirin yang dihormati,


Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyayikan lagu Negaraku.
.................................................
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

3.

Kata AluAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat


aluan
pagi.
Pengacara ...............................................................................
Majlis
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berhormat ____________________________
____________________.
Yang Berbahagia,
_________________________________
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama.

Yang Berusaha
_______________________________________________Guru
Besar SK Ayer Puteh

Yang Dihormati _______________________________


Yang Dipertua PIBG SK Ayer Puteh
_____________________________________________
Naib Yang Dipertua PIBG SK Ayer Puteh
_____________________________________________
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
_____________________________________________
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
_____________________________________________
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG
Guru-guru ,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta
limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat
Agung PIBG kali ke- ____ tahun 2015 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga SK Ayer Puteh, turut sama
merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat
________________________________________ kerana sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.
4.

Bacaan
Doa

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah


tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh
_______________________________
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

..............................................................................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


________________________________________________
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang
amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang
berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin
mencabar ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru
dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid
yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang.

Ucapan
YDP En.
Mohd
Yusof bin
Zakaria

5.

Ucapan
Alu-aluan
oleh Guru
Besar

Kita mulakan atucara kita pada pagi ini dengan ucapan


daripada Yang Dipertua PIBG . Dipersilakan.

Seterusnya, majlis menjemput__________________________,


Guru Besar SK Ayer Puteh untuk menyampaikan ucapan alualuan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.......................................................................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


___________________________________ atas ucapan alualuan itu tadi.
6.
7.

Selingan

Persembahan Nasyid

Ucapan
Perasmian Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan
yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat
___________________________________________ dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Ayer Puteh
bagi tahun 2015.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada _______________________________atas
ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan
ucapan itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

8.

Majlis
Penutup

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka


selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK Ayer
Puteh bagi tahun 2015.
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Kami mewakili AJK PIBG dan SK Ayer Puteh, merakamkan
penghargaan terima kasih kepada YB
_____________________________ atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG SK Ayer Puteh. Tidak dilupakan juga kepada ibu
bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh..
Seterusnya, kami serahkan kepada _____________________

untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Ayer


Puteh.

Anda mungkin juga menyukai