Anda di halaman 1dari 5

Laporan Pameran Sains dan Matematik (Praktikum Fasa 1 - SK Jitra 3, Kedah)

LAPORAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2011

Minggu Sains dan Matematik telah berlangsung selama seminggu iaitu dari 10 April
hingga 14 April 2011. Program ini merupakan anjuran bersama panitia Sains, panitia
Matematik dan guru-guru praktikum major Sains dan Matematik sebagai memenuhi syarat
berpraktikum.
Perasmian Minggu Sains dan Matematik pada hari Ahad, 10 April 2011 yang lalu
telah berjalan dengan lancar. Perasmian bertempat di tapak perhimpunan sekolah dan Encik
Abdul Rahman b Ahmad, selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum telah merasmikan Minggu
Sains dan Matematik. Sebagai gimik perasmian, Encik Abdul Rahman bin Ahmad memotong
tali yang mengikat empat puluh biji belon yang di isi dengan gas helium dan memotong riben
yang mengikat kain rentang. Tema bagi Minggu Sains dan Matematik ialah Explore the
Wonders of Science and Mathematics.
Sejurus selepas perasmian oleh En. Abd Rahman bin Ahmad, murid-murid dari kelas
4 English telah menyampaikan persembahan bertajuk Stop that Noise bersempena Minggu
Sains dan Matematik. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar perasmian Minggu Sains
dan Matematik.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang berlangsungnya Minggu Sains dan
Matematik. Antaranya ialah pameran Sains dan Matematik yang diadakan di Bilik Sains 2,
kuiz Sains dan Matematik yang diadakan pada setiap hari sewaktu perhimpunan pagi,
pertandingan meneka harga hamper, pertandingan meneka jumlah kacang pertandingan buku
skrap bagi murid-murid tahap dua. dan pertandingan mencari benda tersembunyi bagi muridmurid tahap satu.
Pameran yang diadakan berjaya menarik minat murid-murid untuk datang berkunjung
ke Bilik Sains 2. Pameran tersebut adalah berkenaan dengan pengawetan basah, pengawetan
kering, herbarium, cara penggunaan mikroskop, ujian kertas litmus, dan pelbagai aktiviti
yang menguji minda seperti menyeimbangkan dua biji garfu di atas mulut cawan dengan
menggunakan sebatang mancis, menyeimbangkan tin pada sudut 45 0 , mendirikan straw dan
shining star iaitu mencantumkan sepuluh batang mancis menjadi bentuk bintang di dalam
dulang yang berisi air dan melihatnya berkembang daripada bintang yang kuncup. Berikut
merupakan gambar-gambar sekitar pameran.

Anda mungkin juga menyukai