Anda di halaman 1dari 28

IMPLIKASI TEORI TERHADAP P dan P

TERHADAP MURID-MRID
BERKEPERLUAN KHAS

M7

. Kanak-kanak berkeperluan
khas
kanak-kanak yang mengalalami masalah
penglihatan, pendengaran dan masalah
pembelajaran
guru-guru yang sudah lama
berkecimpung dalam dunia khas,
semestinya mereka telah memahami
dan begitu arif tentang pengubahsuaian
kurikulum berdasarkan kognitif dan
tahap keabnormalan murid- murid

Teori Behavioris
mampu meningkatkan sedikit ransangan
mereka agar terus berminat dalam
mengikuti pembelajaran
guru-guru boleh menggunakan
peneguhan positif atau negatif bagi
merangsang murid-murid berusaha untuk
meningkatkan kemahiran membaca.
Seelok-eloknya, guru perlu memberi
ganjaran atau hadiah kepada murid-murid
yang menguasai kemahiran tersebut.

Contoh, memberikan coklat kepada


muridnya yang mampu membaca
huruf a hingga h dengan betul.
Kaedah ini akan memberikan
motivasi kepada kanak-kanak lain
untuk mencuba dan kanak-kanak
yang memperoleh peneguhan
tersebut untuk terus menguasai
huruf seterusnya.

Guru perlulah membuat persiapan sebelum


mengajar.
Sediakan BBM yang menarik, rangsangan yang
sesuai dan teknik pendekatan yang praktikal.
Guru perlu memastikan tahap kesediaan murid.
Bagi mengetahui tahap murid-murid, gunakan
waktu set induksi untuk berinteraksi dan
bertanyakan hal-hal umum kepada muridmurid. Contohnya, guru bertanyakan apakah
yang dilakukan oleh anak muridnya yang
mengalami masalah hiperaktif.

Guru perlu memberikan respon yang


spesifik dan kerap. Hal ini kerana muridmurid khas sentiasa memerlukan
perhatian dan respon agar mereka dapat
meningkatkan tahap kelakuan kearah yang
lebih positif.
Respon guru dan teguran yang positif serta
spesifik agar kanak-kanak yang mengalami
masalah tingkah laku dapat mengetahui
masalah mereka yang lari dari norma asal

. Contohnya, kanak-kanak down


sindrom yang bermasalah akolalia
iaitu mengulang-ulang perkataan
dengan kerap, guru perlu menegur
secara terus terang bahawa
perlakuannya adalah diluar norma
manusia normal. Respon guru
tersebut, mampu mengurangkan
keadaanya kepada yang lebih baik.

Guru perlu menggiatkan penghapusan tingkah laku


yang tidak diingini.
Gunakan kaedah time-out, kontrak,
pengasingan, dan sebagainya dalam mengawal
dan mengurangkan tingkah laku yang tidak
diingini.
Kaedah atau hukuman tersebut perlulah sesuai
dengan masalah tingkah laku kanak-kanak
tersebut. Jika kanak-kanak yang mengalami
masalah down sindrom, kaedah time out
merupakan antara kaedah yang boleh digunakan.

Teori Kognitif
Guru perlu menyediakan BBM yang
berbentuk besar, maujud ataupun
benda yang senang dilihat dan
disentuh.
Adalah lebih baik sekiranya bahan
pengajaran tersebut berdasarkan
pengetahuan sedia ada murid- murid
dan sesuatu yang hampir dengan
kanak-kanak tersebut

Guru perlu mempelbagaikan BBM kerana


tahap kognitif mereka terhad. Contohnya,
guru ingin mengajarkan tentang buahbuahan, guru membawa dan
menunjukkan buah-buahan sebenar serta
menyuruh murid menyentuh, melihat,
mencium bau dan merasa buah tersebut.
Pendekatan tersebut akan menjadikan
murid lebih mudah mengingat apa yang
dipelajari pada hari itu.

Bagi kanak-kanak yang mengalami


masalah daya tumpuan yang singkat,
guru perlu lebih peka dalam
penyediaan rancangan pengajaran.
Jika murid-murid sudah menguasai
konsep terdahulu, guru tersebut
perlulah meningkatkan tahap
pembelajaran kepada sifat
egosentrik.

Sebagai contoh, jika murid sudah


mampu menguasai operasi tambah
dan tolak dalam subjek matematik,
guru perlu mempertingkatkan
pengajaran kepada operasi darab
dan bahagi yang lebih mencabar.
Pada masa tersebut, pemikiran
mereka akan terus berkembang.

Kanak-kanak khas perlu diajar


mengikut subjek yang telah disusun
dan diperingkatkan.
Pemeringkatan tersebut perlulah dari
yang senang kepada susah kerana
mereka sangat bermasalah dalam
menyusun maklumat yang diterima.
Apatah lagi untuk menyimpan
ingatan tersebut dalam stor jangka
masa panjang.

Contohnya dalam mengajar operasi


tambah dalam matematik, guru perlu
memulakan dengan nombor yang
kecil.
Setelah murid-murid mampu
menguasainya, barulah guru
memberikan soalan yang
membabitkan nombor lebih besar

Guru perlu mengubahsuai kaedah dan


pendekatan P&P untuk disesuaikan dengan
keadaan murid-murid khas tersebut.
Contohnya, jika seorang guru ingin
mengajarkan murid-murid yang
dikategorikan sebagai autisme, kaedah
pengajaran tersebut perlulah menekankan
komunikasi dan interaksi terutamanya yang
melibatkan eye contact.

Perbanyakkan interaksi dua hala dan


soalan yang mampu dijawab serta
menarik minatnya untuk terus
meningkatkan tahap komunikasi.
Kaedah Pdan P yang digunakan
perlulah ringkas dan berkesan kerana
kanak-kanak khas tidak mampu
menerima laras bahasa yang tinggi

Teori Konstruktivisme
Guru perlu membina suasana Pdan P
yang mampu membina pengetahuan
murid-murid.
Pastikan suasana yang dibina tidak
merencatkan pengetahuan mereka.

Contohnya, seorang kanak-kanak yang


mengalami mental retardation tahap
ringan dan boleh dididik dibiarkan dalam
kelas yang menempatkan kanak-kanak
mental retardation sederhana akan
memberi kesan negatif terhadap
perkembangannya.
Sepatutnya, kanak-kanak tersebut perlu
ditempatkan di kelas yang mampu
meningkatkan daya pemikirannya

Guru perlu merancang dan


melaksanakan strategi-strategi
pengajaran seperti soalan terbuka
dan dialog bersama murid- murid.
Kaedah ini akan membantu
peningkatan tahap komunikasi.
Komunikasi merupakan item
terpenting dalam membina
kemahiran menganalisis, mentafsir
dan meramal maklumat

Contohnya, semasa set induksi sesi P&P


guru bertanyakan khabar dan mengenai
hobi seorang kanak-kanak autisme
sebelum memulakan pembelajaran
bertemakan hobi pada hari tersebut.
Selain daripada itu juga, guru boleh
menggunakan kaedah dialog bersama
rakan sekelas untuk membantu kanakkanak khas meningkatkan tahap
interpersonal.

Guru menggunakan Rancangan Pendidikan


Individu (RPI) sebagai untuk menganalisis
perkembangan dan kemajuan murid dari
semasa ke semasa. Seperti yang diketahui
umum, kanak-kanak khas tidak mengambil
peperiksaan umum kecuali mereka yang
mengikuti kelas inklusif dengan kelas normal
RPI yang digunakan merupakan kolaborasi
pelbagai disiplin. Jadi, perkembangan dan
kemajuan yang dianalisis merupakan
peningkatan dari pelbagai aspek.

Contohnya, jika seorang murid yang


mengalami masalah tingkah laku,
perubahannya diperhatikan oleh semua pihak
yang terlibat dan terapi diberikan dari
pelbagai aspek. Keadaan dan
perkembangannya dicatat dari semasa ke
semasa. Apa yang menjadi fokus keutamaan
adalah proses perubahannya, bukanlah hasil
terakhir. Hal ini kerana setiap individu
mempunyai kebolehan dan kelemahan yang
pelbagai.

Teori Pembelajaran Sosial (Bandura)


MASALAH PENGLIHATAN
Berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah
dan sekolah. Guru hendaklah membawa kanakkanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah
dan terangkan kepadanya apa yang dilihat.
Semasa memandu arah, benarkan pelajar tersebut
memegang anda.
Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis
di papan tulis dan menggalakkan juga supaya
kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama

Kanak-kanak yang menghadapi


masalah penglihatan banyak belajar
melalui deria sentuh, dengar dan
hidu. Malah ada di antara mereka
menjilat objek / benda yang baru
baginya. Biarkanlah kanak-kanak itu
menggunakan caranya untuk belajar
tetapi guru perlulah mengawasinya

MASALAH
PENDENGARAN
Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran
tidak dapat bertutur.
Oleh itu guru perlulah mengajar mereka cara-cara
untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan
keperluan, dan melepaskan perasaan.
Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang
kuat selalunya mengalami perkembangan
pertuturan yang lambat.
Mereka patut diajar mendengar dan bercakap
dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan
cara lain juga iaitu bahasa isyarat.

Kanak-kanak ini mudah meradang.


Mereka sukar menumpukan
perhatian pada sesuatu perkara
dengan agak lama.
Maka, guru pelulah kreatif untuk
mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan. Antaranya
guru boleh menggunakan tangan,
mimik muka, gerak badan, menulis
dan bercakap

Selepas guru bercakap, beri peluang


murid berfikir dahulu kemudian
barulah guru menyambung semula
percakapannya.
Guru perlu mengajar murid bacaan
bibir supaya mereka mudah
membaca pertuturan bibir

MASALAH
PEMBELAJARAN
Bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi
pengajaran dan pembelajaran perlu disedia
dan diubahsuai mengikut keprluan individu.
Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan
pengukuhan perlu digred berpadanan dengan
keupayaan individu dengan merujuk kepada
Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I)
Kerjasama dan interaksi yang baik dengan
murid-murid serta guru-guru kelas boleh
meningkatkan usaha dan kerja-kerja
pemulihan.