Anda di halaman 1dari 2

SUNNAH NABI

Pertama: Tahajjud,

kerana

kemuliaan

seorang

mukmin

terletak

pada

tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum
mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan
penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum
melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan
pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah,
dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, Orang yang selalu berwudhu
senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh
malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi
kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka
kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada
penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.

Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir
berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifatsifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.