Anda di halaman 1dari 5

Nota Ringkas

STRES
KONSEP
Pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini.
(Kyriacou, 2000)
Bebanan mental dan fizikal. Hal ini perlu ditangani kerana ianya
melibatkan kesihatan mental individu.
(Soluf, 1999)
Satu penyakit yang menyerang fizikal dan mental. Kesihatan
mental yang dimaksudkan ialah kebolehan mengekalkan
hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan dalam
mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan
kebolehan untuk menyumbang khidmat masyarakat.
(Kementerian Malaysia: Kempen Cara Hidup Sihat, 2000)

JENIS-JENIS STRES

Here and Now

Stress Anticipitation

Stress Imaginatif

Stress Reaktif

Stress Negatif

PUNCA-PUNCA STRES
Menurut Dunham & Varma (1998)...

Mengajar murid yang kurang bermotivasi

Mengawal disiplin bilik darjah dan sekolah

Tekanan masa dan beban kerja

Menangani perubahan

Dinilai oleh pihak lain

Mempunyai kaitan kerja dengan rakan lain

Konsep kendiri dan status

Pihak pentadbiran dan pengurusan

Konflik peranan dan tidak jelas

Persekitaran kerja yang tidak kondusif

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM STRES

Kognitif

masalah ingatan, kurang memberi tumpuan, membuat


penilaian yang tidak tepat, kerap bimbang, berpandangan negatif

Emosional

tanda-tanda muram, cepat marah, tidak boleh relaks,


rasa hendak menangis, rasa sunyi, murung atau sedih

Fizikal

sakit sendi, cirit-birit, sakit kepala, pening, sakit dada,


masalah pencernaan, denyutan jantung pantas, ulser mulut,
penurunan seks, kerap mendapat selsema

Tingkah Laku

makan lebih atau kurang, tidur terlalu banyak atau


kurang, menyendiri, menangguh atau mengabaikan
tanggungjawab, merokok, minum arak, mengambil dadah, resah,
menggigit kuku, mundar-mandir
KESAN STRES
Jika stres berpanjangan, kemungkinan besar kes kronik
seperti tekanan darah akan meningkat. Risiko lain
ialahstrok, serangan jantung, masalah tidak dapat
tidur,bimbang dan murung. Tahap stres adalah berbeza
mengikut individu tertentu.

LANGKAH MENANGANI STRES


1.
Guru perlu belajar mengatakan tidak dalam kehidupan
peribadi atau profesional.
2.
Mengelakkan diri daripada individu yang menyebabkan
stres.

3.
Kongsi masalah atau meluahkan dengan orang yang boleh
dipercayai.
4.

Melibatkan diri dengan forum atau perbincangan.

5.

Banyakkan membaca.

6.
Teknik yoga dan pernafasan mendalam untuk meregangkan
otot-otot.
7.
Mengelakkan diri mencapai tugas yang terlalu banyak dalam
kehidupan seharian.

BURNOUT
KONSEP
Satu keadaan di mana berlakunya daya fizikal, emosi dan mental
disebabkan oleh penglibatan jangka panjang dalam tekanan
emosi.
(Pines & Aronson, 1988)
Ketandusan daya emosi, ketandusan daya fizikal, penurunan
sikap dan perasaan kurang pencapaian dalam kerjaya.
(Greenberg & Baron, 1997)
Satu keadaan yang disebabkan oleh dipersonalisasi, keletihan dan
suatu perasaan pencapaian yang semakin menurun.
(Schwab et al, 1986)

PUNCA-PUNCA BURNOUT

Hasil daripada tugas yang dibebankan oleh guru

Gaya hidup

Personaliti guru

Tekanan kerja

Kurang pengiktirafan atas tugas atau kerja yang baik

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM BURNOUT

Fizikal

Rasa keletihan sepanjang masa, imuniti rendah,


perubahan masa tidur dan pemakanan, sakit kepala, sakit
belakang dan otot.

Emosi

Rasa kegagalan dan keraguan kendiri, kurang


bermotivasi, tidak berupaya/bermaya, kurang berpuas hati,
asingkan diri, imej negatif dan sinis.

Tingkah Laku

Mengundur diri dari tanggungjawab, asingkan diri


daripada orang lain, menangguh tugas dan mengambil masa
yang lama untuk siapkan, menggunakan bahan alkohol atau ubat
untuk selesaikan masalah, mengalihkan kekecewaan kepada
orang lain, mengabaikan tugas, datang bertugas lewat tetapi
balik awal.

LANGKAH MENANGANI BURNOUT


1.
Latihan atau sesi pengenduran dilaksanakan untuk peserta
meregangkan badan, membuat meditasi, membaca sesuatu yang
memberikan inspirasi atau menulis jurnal.

2.

Bengkel pengurusan masa.

3.

Program pementoran untuk guru novis.

4.

Bengkel pengurusan stres.

5.

Aktiviti perkembangan profesional guru.

6.

Latihan rekreasi.

7.

Latihan pemakanan.

Sumber Rujukan:
http://www.rasdian.edu.my/pengurusan_stress.htm

http://www.scribd.com/doc/55856877/37/Definisi-Stress

http://kajianpsikologi.blogspot.com/2012/02/definisi-stres.html

http://eprints.utm.my/6472/1/ThurayyaOthmanMFP.pdf

http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_06_2005/abdul_latif_2005.pdf

Noriati A. Rashid et al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa, Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd

Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Guru dan
Cabaran Semasa, Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai