Anda di halaman 1dari 4

1.

NAMA
: LOW ZI XIN (941219-14-5760)
2. ALAMAT IPG : IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, Johor BAHRU
3. ALAMAT
: 1, JALAN 2/17, TAMAN BUKIT RAWANG JAYA, 48000
RAWANG.
4. NO. TELEFON
: 017-6679336
5. E-MEL
: zi_xin1994@hotmail.com
6. IPG (ZON)
: SELATAN
7. NAMA PENSYARAH PENGIRING : TUAN HAJI AHMAD SALIM
8. NO. TELEFON PENSYARAH
: 013-7775612
9. PENGALAMAN
:10. HOBI
: MEMBACA BUKU

SYAIR SI GADIS CINA (JATI DIRI DAN PATRIOTISME)


Gadis Cina manisnya senyuman,
Tutur katanya lembut dan sopan,
Tertarik hati si jejaka tampan,
Dialah calon menantu pilihan.

Gadis Cina berbahasa Melayu,


Kedengaran pelat lagilah lucu,
Rakan karibnya Fatin dan Charu,
Hubungan erat sentiasa bersatu.

Nasi lemak sarapan pagi,


Waktu malam makan capati,
Makanan tradisi enak sekali,
Fatin Charu apakah resipi?

Amboi molek si gadis Cina,


Kain songket baju kebaya,
Cheongsam pula cantik digaya,
Sari biru muda kegemarannya.

Si gadis Cina teladan kita,


Toleransi kaum amalan bersama,
Berbeza agama, adat, dan budaya,
Bukan penghalang penyatuan bangsa.

PANTUN (JATI DIRI DAN PATRIOTISME)


Kerlap kerlip bintang sejuta,
Bersinar terang di malam hari;
Sopan santun tutur bicara,
Akhlak mulia disanjung tinggi.

Burung pelatuk di hutan lebat,


Hinggap di dahan membuat sarang;
Membaca sehingga ke akhir hayat,
Insan berilmu bangsa terbilang.

Bunga raya lambang negara,


Mekar berkembang wangi setaman;
Bahasa itu penyatu bangsa,
Martabatkannya demi perpaduan.

Ekor merak megah berdiri,


Cantiknya ratu istana rimba;
Pentingnya membina jati diri,
Citra identiti satu bangsa.

Bunga kenanga berkembang sudah,


Penuh menghiasi taman bunga;
Merdeka, merdeka laungan indah,
Semarakkan cinta menerangi nusa.

SAJAK (PATRIOTISME)
Bunga dan daun bersilih ganti
Segar dan berkuncup
Telahku pendam sebuah rindu
Bertahun-tahun lalu

Rindu kampung halaman ayah bonda


Gelak ketawa kawan saudara
Setiap menatap wajahmu
Rindu menusuk kalbu
Menitis air mataku
Wajahmu terlintas di laut fikiranku
Inginku kembali ke dakapanmu

Masih ku ingat lagi


Pokok melambai-lambai mesra menyambut kepulanganku
Masih ku ingat lagi
Padi menguning tunduk membiarkan pemergianku
Hatiku pedih bagai dihiris sembilu

Merdeka, merdeka, merdeka!


Hatiku terkobar-kobar mendengar laungan indah
Oh tanah airku
Demi kesejahteraan yang kita impikan
Aku pasti akan kembali

Tanah ini air dan laut semua suara


Tanah ini tercipta untuk semua
Cinta yang berputik ini
Bakal bersemarak menerangi nusa