Anda di halaman 1dari 1

SELOKA ANAK WATANKU

Aduhai anak watanku,


Mengapa benci membara,
Warna kulit jadi alasan,
Walang hatiku tiada terkira.
Hai musuh membidik nanti,
Jatuh bendera cinta,
Koyak dicarik orang,
Rugi meratap mengalir darah.
Hatiku hairan kematian akal,
Darahnya sama tiada berbeza,
Mengapa masih enau ditinggikan,
Aduhai anak watanku.