Anda di halaman 1dari 3

Ruj.

Kami:MPT/ 144/ 100/ 4/18/1 (


Tarikh

Februari 2015

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Puteri
Jalan Labu Lama,
70200 Seremban.
Negeri Sembilan
Tuan,
PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN PENANDA ARAS
Dengan hormatnya perkara atas adalah dirujuk.
2.

Sukacita dimaklumkan bahawa siswa/siswi pendidik Program Ijazah Sarjana

Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2013 IPG Kampus Pendidikan Teknik akan
mengadakan lawatan penanda aras bagi memenuhi keperluan kursus Bina Insan Guru
(BIG). Pihak kami memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan tersebut di sekolah
tuan seperti ketetapan berikut:
Tarikh

: 10 Mac 2015 (Selasa)

Masa

: 8.00 pagi 12.30 tengahari

Bilangan peserta

: 39 orang siswa pendidik dan 2 orang pensyarah.

3.

Tujuan lawatan adalah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada

siswa/siswi pendidik tentang aspek pengurusan sekolah tuan sebagai salah sebuah
sekolah kluster cemerlang. Bersama ini, dilampirkan tentatif program untuk rujukan tuan.
4.

Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan

ini. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Mohd Izwan B Mohd Zulkifli
di talian 014-6081028 atau Amirah Batrisyia Binti Hamdan di talian 017-8847911.

5.

Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan

terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(ZAIMUDDIN BIN HJ HUSSIEN)


b/p Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Teknik,
Kompleks Pendidikan Nilai,
Bandar Enstek.
Negeri Sembilan Darul Khusus.

TENTATIF PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS BINA INSAN GURU


SEMESTER 5 PISMP MATEMATIK 1 DAN 2 AMBILAN JANUARI 2013

MASA
9.30 pagi

PERKARA
Taklimat oleh pihak sekolah:
- Maklumat am.
- Pencapaian sekolah.
- Pengurusan Hal Ehwal Murid sekolah.
- Pengurusan Kokurikulum sekolah.

11.30 tengah hari

Lawatan sekitar sekolah

Anda mungkin juga menyukai