Anda di halaman 1dari 13

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Alhamdulillah,bersyukur saya kehadrat illahi kerana dengan limpah Kurnia-Nya

dapat saya menyiapkan folio Kajian Sejarah Tingkatan Tiga ini dengan lengkap dan

sempurna.

Di kesempatan ini , saya ingin mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada

guru mata pelajaran Sejarah , Pn Nor Aisyah bt Samid yang telah banyak membantu saya

untuk menyelesaikan folio ini dengan mudah dan kepada pengetua, Pn Siti Zubaidah bt

Ahmad yang telah memberi kebenaran kepada saya menjalankan kajian ini.

Jutaan terima kasih juga kepada ibu dan ayah saya ,Pn Asmahlaili bt Saminagan , dan

Encik Azmi bin Ohtman yang banyak menghulurkan bantuan bagi mendapatkan maklumat

dan juga dalam bentuk kewangan . Tidak lupa juga kepada kawan saya Wia Artika bt Abdul

Rahman dan Nurul Atikah bt Mohd Rafi dan ,Nur Syafiqah bt Saharudin yang sudi berkongsi

buah fikiran bagi melahirkan idea –idea yang bernas .

Akhir sekali , terima kasih juga kepada orang sumber , Encik Mohd Nazri bin Mohd

Ali ,45 tahun kerana telah sudi meluangkan masa memberikan maklumat tentang kawasan

kajian .

Sebagai penghargaannya ,saya selitkan serangkap pantun :-

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga


Antara objektif yang dapat saya capai daripada kajian ini ialah saya dapat dapat

mengetahui tempat – tempat bersejarah di negara kita . Di samping itu ,semangat patriotisme

turut dapat di pupuk dalam diri para pelajar .

Selain itu , saya juga dapat menanamkan sifat cintakan tanah air yang selama ini

banyak menyimpan khazanah – khazanah yang bersejarah.Juteru itu saya amat bersyukur

dilahirkan di Negara yang aman damai dan harmoni.

Seterusnya , saya juga dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang bangunan

bersejarah yang saya kaji dengan bantuan daripada mereka yang banyak memberi maklumat

terutamanya orang sumber.

Akhir sekali , saya juga dapat mengemukakan cadangan agar khazanah dan warisan

tinggalan sejarah di Negara kita dapat di jaga dengan baik supaya generasi akan datang tidak

ketinggalan untuk mengetahui serba sedikit tentang sejarah Negara .


Saya telah menggunakan pelbagai kaedah bagi mencari dan mengumpul maklumat

yang diperlukan dalam kajian ini . Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah rujukan .

Saya telah merujuk kepada guru matapelajaran sejarah , Pn Nor Aisyah bt Samid , orang

sumber ,Encik Nazri bin Mohd Ali dan rakan – rakan .

Selain itu, melalui kaedah temubual. Saya telah menemu bual beberapa orang

sumber ketika kajian dijalankan. Maklum balas yang diterima adalah memuaskan.

Akhirnya,melalui kaedah pemerhatian .Kaedah ini dijalankan melalui proses

meninjau dan mengenal pasti bangunan bersejarah yang saya kaji.


Berdasarkan pelaksanaan kajian yang telah dilakukan , saya telah mendapat serba –

sedikit maklumat tentang kegiatan ekonomi yang dijalankan . Antaranya ialah nama bangunan

, latar belakang dan keistimewaan bangunan.

Nama bangunan bersejarah yang telah saya kaji ialah Balai Bomba Dan Penyelamat

Klang Selatan tetapi pada tahun 2009 bangunan ini telah ditukar namanya kepada Balai

Bomba Dan Penyelamat Kota Raja . Bangunan ini pada asalnya adalah sebuah bangunan

yang berada dibawah pengawalan jabatan polis dan dijadikan tempat menyimpan peluru –

peluru . Di bahagian hadapannya pula hanya terdapat bangunan – bangunan dan kini telah

dijadikan kedai – kedai yang menjual pelbagai barangan seperti pasaraya , kedai barangan

elektrik dan kedai pakaian .

Manakala dibahagian belakangnya terdapat rumah dan kediaman anggota bomba

(kuarters) dan kini digunakan sebagai bilik “STANDBY ” anggota . Terdapat sebuah

bangunan yang dinamakan “ BILIK AWASAN ” yang merupakan tempat mendapat

panggilan kecemasan lalu disebarkan melalui dua cara iaitu melalui operasi dan pentadbiran .

Bangunan ini juga pada dahulunya merupakan Ibu Pejabat Bomba Selangor tetapi

ditukar ke Pelabuhan Klang kemudian ke Shah Alam seterusnya ke Jelutong.

Bangunan ini telah diasaskan oleh Encik Virahan iaitu ketua bomba yang berbangsa Inggeris

sehingga tahun 1939. Bermula pada tahun 1939 sehingga 1944 , Encik Henry telah

mengambil alih kuasa pentadbiran kemudian diserahkan pula kepada Encik Harayanan

semasa pemerintahan Jepun sehingga tamat perang iaitu pada Januari 1976. Selepas tahun

1976 , pentadbiran bomba telah diambil alih oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan . Kemudian balai bomba ini disatukan menjadi Jabatan Perkhidmatan Bomba

Malaysia dan kini telah ditukar namanya menjadi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

kerana tugasnya merangkumi tiga aspek iaitu di udara , di darat dan di laut serta banyak

menanggung risiko berbanding jabatan yang lain .

Bangunan ini telah dibina pada tahun 1922 di bawah perbelanjaan Jabatan Polis

berhadapan “TEKSI STAND ”. Di situ juga terdapat sebuah bangunan lama yang dikenali

sebagai Menara Jam pada dahulunya . Tetapi bangunan itu telah dirobohkan dan tapaknya

didirikan Jambatan Museddin.

Bangunan ini terletak di Bandar Klang di Jalan Gedung Raja Abdullah bersebelahan

Balai Polis dan berhadapan Jambatan Museddin.

Tujuan penubuhan bangunan ini ialah sebagai memenuhi kemudahan asas

penduduk Klang dan ia merupakan bangunan yang menyimpan peluru pada suatu masa

dahulu.

Kos pembinaan bangunan berada di bawah perbelanjaan Jabatan Polis dan tidak

diperuntukan jumlahnya .

Reka bentuk bangunan masih dikekalkan lagi seperti asalnya dan telah dinaik taraf

menjadi sebuah bangunan yang moden .Reka bentuk pelan bangunan dapat dirujuk kepada

pelan bangunan yang terdapat pada lampiran.

Bahan binaan bangunan terdiri daripada simen , batu - bata , pasir , besi kapur ,

kayu ,paku dan bahan konkrit yang lain.

Sepanjang tahun 2001 hingga 2009 , bangunan ini telah dinaik taraf sebanyak 6

hingga 7 kali oleh ketua bomba , Encik Mohd Nazri bin Mohd Ali .

Hiasan dalaman yang terdapat dalam bangunan itu ialah terdapat gambar – gambar

yang di gantung di dinding – dinding.Selain itu , terdapat juga carta organisasi bomba dalam

bilik mesyuarat.
Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan , saya dapat mengetahui serba –

sedikit maklumat tentang bangunan bersejarah yang terdapat di kawasan Daerah Klang. Di

sini saya dapat memupuk semangat warisan bangsa akan pengetahuan tentang bangunan

bersejarah di tanah air kita.Melalui pengetahuan tentang tinggalan sejarah kita akan

berbangga dengan sejarah Negara kita ,secara tidak langsung dapat memupuk semangat

warisan bangsa.

Selain itu ,saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana terdapat bangunan

bersejarah yang masih kekal sehingga ke hari ini.Kita dapat menghargai jasa dan perjuangan

tokoh-tokoh negara dan kita juga taat dan setia kepada raja dan pemimpin Negara .

Saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana masyarakat Malaysia yang

berbilang kaum .Malaysia diduduki penduduk kaum cina,India dan melayu .Campuran ini di

bayangkan oleh ciri-ciri kebudayaan seperti masjid,kuil,dan gereja .Ia juga di bayangkan

dalam pelbagai makanan tempatan perayaan dan upacara amal .Meskipun demikian

,penduduk di Malaysia mampu mewujudkan perpaduan antara satu sama lain.


ORANG SUMBER

Encik Mohd Nazri bin Mohd Ali, 45 tahun,No55 Jalan 7,Taman Sungai Kapar

Indah ,Kapar 42100 Klang.

MELAWAT TEMPAT KAJIAN

Balai Bomba ,Jalan Dato Hamzah ,42100 Klang Selangor Darul Ehsan.
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat akan

cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia . Antarannya,setiap rakyat perlu

berbangga menjadi rakyat Malaysia .Ini dapat ditunjukkan dengan menghormati raja dan

pemimpin Negara selain menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh Negara yang banyak

menaikkan nama Negara .Selain itu , ahli masyarakat perlu menjaga dan mempertahankan

maruah bangsa dan Negara .Ini dapat dizahirkan dengan pengetahuan tentang bangunan

bersejarah di Negara kita .

Disamping itu, kita perlulah bersemangat setia akan Negara .Ini dapat dilakukan dengan

menunjukkan taat setia kepada raja dan pemimpin Negara dengan sedia berkorban untuk

bangsa dan Negara .Di bawah langkah ini kita perlu berani dan sanggup mempertahankan

kedaulatan bangsa dan Negara .Sebagai masyarakat kini ,kita perlulah peka kepada masalah

dan isu tentang bangsa dan Negara bukannya hanya mementingkan diri sendiri .

Tambahan pula , semangat kekitaan amat diperlukan demi membentuk perpaduan rakyat

yang kukuh . Semangat kekitaan sebegini perlulah dicorakkan kepada anak – anak sejak kecil

lagi. Antara nilai yang perlu diterapkan seperti bersatupadu dan berharmoni antara kaum.

Bertolak ansur dan bertoleransi amat perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Ini supaya

tidak berulangnya peristiwa 16 Mei yang menyebabkan pertumpahan darah dan

persengketaan antara kaum . Rakyat Negara ini perlu mempunyai persefahaman dan

pemuafakatan yang semakin hari semakin dilupakan .

Selain itu, langkah yang keempat ini berdasarkan lembayu kata berdisiplin. Disiplin di

sini membawa kepada pelaksanaan yang berbeza. Ia seperti berakhlak dan berbudi pekerti .

Hal ini seiring dengan amalan masyarakat timur yang begitu menjujung pekerti mulia .

Malahan sifat berdisiplin ini ditonjolkan dengan mematuhi peraturan dan undang – undang

Negara . Maka di sini Malaysia akan menjadi pilihan utama pelancong asing kerana
kurangnya kadar jenayah dan mereka berasa selamat berada di sini . Jadi kedatangan

pelancong akan meningkatkan ekonomi Negara seterusnya akan menjadikan ekonomi Negara

bertambah mantap. Ini membawa kepada kesejahteraan Negara kita.

Akhir sekali , rakyat perlulah berusaha gigih dan produktif dalam meningkatkan hasil

Negara. Di sini sikap rajin dan gigih perlu ada dalam diri seseorang dan tidak hanya

mengharapkan subsidi dari kerajaan . Rakyat perlu tabah dalam mengharungi cabaran yang

mendatang.

Justifikasi, di sini dapat kita lihat bahawa setiap ahli masyarakat memainkan peranan

yang amat penting dalam memastikan perpaduan di Negara ini dapat dikekalkan.
Rumusannya , bangunan bersejarah di Negara kita ini adalah satu sumber pemangkin

semangat patriotisme kepada rakyat Malaysia dan dapat memupuk semangat warisan

bangsa.Ianya juga melambanngkan semangat pahlawan –pahlawan yang telah berjuang

mempertahankan tanah air .Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana terdapatnya tempat

pembanguanan bersejarah yang kekal hingga ke hari ini Oleh itu,saya meti menjaga dan

menghargai warisan dahulu kala kita serta berusaha untuk mengekalkan di tanah air kita.

Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang

dapat menarik minat ramai pelancong asing.Selain itu, saya juga dapat menghayati erti

kerjasama antara rakan –rakan semasa menjalankan kajian ini ..Nilai kerjasama telah

membuat saya dan rakan –rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan

yang di kaji.

Kajian ini juga memberi peluang kepada saya untuk mempelajari kemahiran membuat

penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran

komunikasi,memupuk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa Negara kita.


BANGUNAN

BERSEJARAH

DI MALAYSIA

(KERETAPI TANAH MELAYU)


TAJUK HALAMAN

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

HASIL KAJIAN

RUMUSAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai