Anda di halaman 1dari 5

Soalan: Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu

yang sakit di kampung.Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan
perkara tersebut.
Muzaianah bt Mastor,
No, 8 Felda Gunung Besout 3,
35600 Sungkai,
Perak.
__________________________________________________
Guru Kelas 6 Cemerlang,
Sekolah Kebangsaan Besout 3,
35600 Sungkai,
Perak.

7 Mac 2012.

Tuan,
Tidak Dapat Hadir ke Sekolah
1. Merujuk perkara di atas, saya Muzaianah bt Mastur tidak dapat hadir ke sekolah.
2. Saya tidak dapat hadir kerana mengikut keluarga pulang ke kampung.
3. Kami melawat nenek yang sakit di kampung.
4. Untuk makluman cikgu, nenek saya dimasukkan ke hospital.
5. Saya akan bertanya kawan tentang kerja sekolah.
6. Saya berjanji akan menyiapkan semua kerja sekolah yang diberikan.
7. Saya akan hadir semula selepas itu.
8. Saya berharap cikgu menerima permohonan saya ini.
9. Sekian,terima kasih.

Yang benar,
........................................
(MUZAIANAH MASTOR)

Wan Arfa Bin Wan Zainal


Blok B 01-08, Pangsapuri Taman Maluri,
55100,kampung pandan
Kuala Lumpur
_____________________________________________________________
Guru kelas 1biru
sek keb taman maluri,
jalan maluri,
55100, Taman Maluri
Kuala Lumpur

1/10/2012

Tuan/Puan,
PER:TIDAK HADIR KE SEKOLAH
Merujuk pernyataan diatas ,saya waris penjaga Wan Arfa Wan Zainal ingin menjelaskan sebab anak
jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri pada 30/9/2012 .
2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam yang
bermula setelah pulang dari sekolah pada beberapa hari yang lepas.
3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 17/10/2011 berikutan demam
yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi
membolehkan anak saya bercuti sehari.
Saya ingin meminta maaf diatas kejadian ini dan berharap dari kerjasama pihak tuan .
Sekian terima kasih .
Yang Benar
(Wan Zainal)

Taufik bin Lahamid,


Batu 27, Jalan Kelubi,
Kampung Telok Gong,
78200 Kuala Sungai Baru,
Melaka.
___________________________________________________________________________________
__
Puan Emyliana binti Hamzah,
Guru Kelas Tahun Enam Inovatif,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang,
78300 Masjid Tanah,
Melaka. 19 MAC 2012.
Puan,
Tidak Hadir ke Sekolah
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Saya Taufik bin Lahamid ialah salah seorang murid Tahun Enam Inovatif. Saya ingin memaklumkan
kepada puan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari. Tarikh saya tidak dapat hadir
itu pada 19 dan 20 Mac 2012 iaitu pada hari Isnin dan Selasa.
3. Saya tidak dapat hadir ke sekolah pada dua hari tersebut kerana demam. Saya mengalami demam
kerana terkena hujan panas pada hari semalamnya sewaktu pergi membeli barang di kedai. Selepas
saya pulang ke rumah, kepala saya pening dan badan saya berasa menggigil.
4. Untuk pengetahuan puan, saya sudahpun dibawa oleh bapa saya ke klinik untuk mendapat rawatan
daripada doktor. Beliau telah memberi saya ubat demam dan antibiotik. Doktor juga telah memberi
saya surat cuti sakit selama dua hari iaitu pada hari yang saya tidak hadir ke sekolah itu.
5. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat cuti sakit yang telah diberikan oleh doktor untuk rujukan
dan tindakan pihak puan. Saya meminta maaf jika ketidakhadiran saya ke sekolah telah menimbulkan
kesulitan kepada pihak puan. Saya berjanji akan hadir ke sekolah setelah tempoh cuti sakit saya
habis. .Saya juga akan menyiapkan semua kerja sekolah yang tidak dapat dibuat selama saya tempoh
saya tidak hadir tersebut
Akhir kata, perhatian dan kerjasama pihak puan diucapkan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
Taufik


(TAUFIK BIN LAHAMID)
Murid Tahun Enam Inovatif,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang.

Tuan/ Puan/ Encik/ Cik


Sebab Ketidakhadiran Ke Kelas Tutorial/ Amali/ Kuliah
Perkara diatas adalah dirujuk. Saya, Mohamad Mazlan Bin Sulaiman dari praktikumF5P32 terlebih
dahulu ingin memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri kelastutorial /amali/kuliah yang
dikendalikan oleh tuan/puan/encik/cik pada 5 Mac 2009
2.Hal ini kerana, saya telah mengalami masalah cirit birit . Saya gagal untuk mengemukakan surat cuti
sakit kerana kegagalan berjumpa dengan doktor.
3.Dengan ini,saya ingin sekali lagi memohon seribu kemaafan diatas segalakesulitan dan berjanji akan
mengelakkan perkara ini daripada berlaku lagi

Sebab-sebabnya ialah pada 15/08/11 iaitu pada hari Isnin, saya tidak hadir ke kelaskerana saya
mengalami masalah keluarga pada hari Ahad. Oleh sebab itu, saya tidak dapathadir awal untuk
mengikuti kelas Ukur Kejuruteraan 2 yang dijalankan pada pagi Isnin.Kesulitan mengenai kenderaan
menyebabkan saya lewat sampai untuk menghadiri kelas tersebut.
Pada 25/08/11 pula, saya mengalami masalah kesihatan yang tidak mengizikan sayauntuk menghadiri
kelas tersebut. Saya tidak mendapat surat cuti sakit kerana saya tidak dapatpergi ke hospital disebabkan
ketika itu cuaca tidak mengizinkan.
Oleh yang demikian, saya berharap pihak puan dapat mempertimbangkan sebab-sebabketidakhadiran
saya ke kelas Ukur Kejuruteraan 2 tersebut. Saya memohon maaf di ataskesalahan saya dan berjanji
tidak mengulanginya lagi
sekian terima kasih...

Anda mungkin juga menyukai