Anda di halaman 1dari 10

Dimuat turun daripada: http://notakursusdalamcuti.blogspot.com/2011/12/normal-0false-false-false-en-us-x-none_11.

html
Rujuk dari buku:
Mok Soon Sang. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor Darul Ehsan
: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2013). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor Darul Ehsan
: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
Objektif-objektif KBSR, murid-murid dapat:
1. Menguasai Bahasa Melayu selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa
Kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita;
2. Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis
dalam bahasa pengantar sekolah berkenaan;
3. Menguasai kemahiran asas mengira dan menggunakannya dalam kehidupan
harian;
4. Kuasai kemahiran berfikir dan belajar;
5. Kuasai kemahiran saintifik dan teknikal;
6. Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris sesuai dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua;
7. Menimba pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya;
8. Kuasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayatayat al-Quran bagi murid-murid islam;
9. Kukuhkan asas keimanan, kerjakan amal ibadat dan amalkan akhlak mulia;
10. Amalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni serta
menjadikannya asas bagi amalan hidup;
11. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
12. Bentukkan daya kepimpinan dan keyakinan diri;
13. Memahami dan peka terhadap manusia dan persekitaran;
14. Kembangkan bakat dan kreativiti;
15. Memupuk semangat patriotisme;
16. Menikmati dan sertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam
lingkungan kebudayaan nasional.

Dengan itu, murid-murid dapat menggunakan kemahiran bahasa dan matematik


untuk berfikir, berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Selain itu, mereka juga
akan dapat berfikir secara logik serta memahami isu-isu kemasyarakatan dan
negara. Peluang-peluang juga disediakan untuk murid-murid mengembangkan
potensi, bakat, minat dan daya kreatif mereka melalui muzik, lukisan dan penulisan.
Perubahan dalam KBSR
Namun pada tahun 1988, KBSR telah disemak semula bagi mengetahui kelemahan
dan kekuatannya. Lanjutan daripada itu, KBSR yang dahulunya dikenali sebagai
Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah.
a. Kurikulum
Berikut adalah perubahan-perubahan yang terdapat dari segi kurikulum:
1. 3 mata pelajaran baru telah diperkenalkan, iaitu Kemahiran Hidup menggantikan
Amalan Perdagangan pada tahun 1984; Sains; dan KajianTempatan menggantikan
Alam dan Manusia pada tahun 1994.
Ketiga-tiga mata pelajaran ini bertujuan untuk membekalkan murid-murid sekolah
rendah dengan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai tertentu.
Di samping itu, menyedari mereka mengenai kepentingan bidang keusahawanan,
kemanusiaan, alam sekitar dan sains.

2. Mata pelajaran mata pelajaran sedia ada juga mengalami pembaharuan bagi
membantu murid menghadapi cabaran masa hadapan:
Bahasa kemahiran-kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa ditegaskan bagi
memudahkan penguasaan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran belajar dan
kemahiran berfikir.
Pendidikan Moral Empat nilai murni ditambah kepada jumlah asal menjadikannya
16. Tujuan berbuat demikian adalah untuk menyelaraskan sukatan pelajaran
Pendidikan Moral di peringkat rendah dan menengah;
Pendidikan Islam Satu lagi bidang baru, Bidang Asas Akhlak Islamiah, ditambah
kepada bidang-bidang sedia ada, iaitu Asuhan, Tilawah al-Quran dan Asas Ulum
Syariah. Penambahan tersebut diperlukan bertujuan untuk menegaskan amalan
nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid islam. Selain itu, pada tahun 1984,
pelajaran Jawi dimasukkan dalam pelajaran Pendidikan Agama Islam mulai Tahun 3.
Pada Disember 1990 pula, pelajaran Jawi diajar di Tahun 1;

Pendidikan Jasmani Menyedari kepentingan unsur kesihatan dan kecergasan bagi


mencapai kualiti hidup, maka mata pelajaran Pendidikan Jasmani diperkenalkan.
Penggunaan Sempoa Bagi meningkatkan kecekapan murid berfikir dan mengira,
sempoa diperkenalkan di Tahap 2.

b. Budaya Sekolah
1. Suasana Sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran diwujudkan
bagi tujuan menghasilakan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan
menyeleruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI);
2. Unsur Patriotisme diserap dalam semua mata pelajaran merentasi kurikulum
bertujuan melahirkan warga negara yang cintakan negara dan bangga menjadi
rakyat negara ini;
3. Unsur Kesepaduan yang telah dilaksanakan sejak Kurikulum Baru Sekolah
Rendah melalui unsur penggabungjalinan dan penyerapan ditegaskan lagi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui nilai, bahasa, sains dan
teknologi merentasi kurikulum.
Prinsip 1: Pendekatan Bersepadu
Pendekatan bersepadu merupakan pendekatan di mana unsur-unsur pengetahuan,
kemahiran dan nilai digabung agar wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek (JERI). Secara ringkas, konsep bersepadu berlaku melalui empat
cara, iaitu peggabungjalinan kemahiran, penyerapan, kesepaduan antara unsur dan
unsur merentasi kurikulum.
1. Penggabungjalinan kemahiran:
-Dalam satu mata pelajaran. Misalnya: empat kemahiran utama bagi mata pelajaran
bahasa ialah bertutur, mendengar, membaca dan menulis. Bagi satu sesi pengajaran
dan pembelajaran (P&P), hanya dua kemahiran (mendengar dan bertutur, atau
mendengar dan menulis) digabungjalinkan;
-Antara mata pelajaran. Misalnya: aktiviti menyanyi digunakan dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
2. Penyerapan
Pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata pelajaran. Misalnya:
unsur Matematik diserapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni
Nilai dalam mata pelajaran. Misalnya: aspek kerjasama dan hormat-menghormati
ditegaskan dlaam kerja kumpulan atau projek;
3. Kesepaduan antara duan unsur sama ada:

-Kurikulum dan kokurikulum. Misalnya: aktiviti kokurikulum (badan beruniform, kelab


dan persatuan, sukan dan permainan) menjadi pelengkap kepada aktiviti kurikulum
dalam bilik darjah;
-Pengetahuan dan amalan. Misalnya: ilmu yang diperoleh dalam bilik darjah boleh
diaplikasikan dalam situasi kehidupan seharian di rumah, masyarakat dan
sebagainya.
Pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.
4. Unsur merentasi kurikulum: Bahasa merentasi kurikulum; Alam sekitar
merentasi kurikulum; Sains merentasi kurikulum; Kemahiran berfikir merentasi
kurikulum; dan sebagainya.
Prinsip 2: Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
Bagaimanakah prinsip ini dilaksanakan? Melalui semua mata pelajaran yang
memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI) murid.
Menurut ahli psikologi, potensi potensi individu tidak boleh dikembangkan secara
berasingan. Dengan kata lain, ini bermakna setiap potensi memang mempunyai
hubungkait dengan potensi yang lain. Sebagai contoh, seorang murid yang
berpotensi menjadi pemain bola sepak yang handal bukan sahaja perlu
mengambangkan ilmu (cth; cara-cara bermain yang berkesan) dan kemahiran (cth:
cekap dan tangkas) mengenai permainan tersebut, malahan murid ini jugak perlu
dipupuk sifat kerjasama, mematuhi peraturan, berdisplin, berbakti untuk sekolah dan
negara dan sebagainya.
Prinsip 3: Pendidikan Seumur Hidup
Sejak kebelakang ini, pendidikan seumur hidup seolah-olah menjadi slogan yang
sentiasa dilaungkan. Tetapi, apakah maksud di sebaliknya? Ya, pendidikan
diibaratkan sebagai satu usaha yang berterusan hingga akhir hayat. Ia bermula dari
saat kita dilahirkan sehinga lah kita berada di liang lahat. Bak kata pepatah,
manuntut ilmu biarlah sampai ke liang lahat. Dengan kata lain, proses pembelajaran
berlaku secara berterusan dan tidak ada had dari segi jangka waktu. Oleh itu, tidak
timbul satu keadaan di mana seseorang itu akan berhenti belajar. Setujukah anda?
Jika ini benar, apakah perana sekolah?
Secara am, sekolah mempunyai dua peranan, iaitu:
i. Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu
dan kemahiran asas. Sehubungan itu, maka KBSR membina asas bagi setiap murid
dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka
menghadapi situasi dalam kehidupan seharian. Apabila tamat persekolahan nanti,
proses pendidikan tidak berhenti begitu sahaja. Di sebaliknya, setiap individu
digalakkan untuk meneruskan proses pembelajaran masing-masing.
ii. sekolah juga boleh memupuk minat murid untuk terus mencari ilmu dan
seterusnya member sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Usaha

mencari ilmu memerlukan tabiat mahu mencari dan tahu mencari ilmu. Dalam hal ini,
guru memainkan peranan penting dari segi menanam dan memupuk budaya ilmu
dan budaya membaca dalam kalangan anak murid mereka.
Prinsip 4: Pendidikan Yang Sama Untuk Semua Murid
Bagaimanakah prinsip ini dilaksanakan? Perkara ini telah menjadi persoalan banyak
pihak. Untuk pengetahuan semua, semua murid pada tahap persekolahan yang
sama mengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran
persekolahan, yang berbeza adalah bahasa pengantar sahaja.
B. Struktur KBSR
Secara umum, terdapat tiga bidang pelajaran dalam KBSR, iaitu: Bidang
Komunikasi; Bidang Manusia dan Alam Keliling; Bidang Perkembangan Diri Individu.
C. Bidang Pembelajaran KBSR
Tiga bidang KBSR tersebut dibahagikan kepada enam komponen, iaitu: Kemahiran
Asas; Kerohanian; Nilai dan Sikap; Kemahiran Hidup; Kesenian dan Kesihatan;
Kokurikulum.
Bidang Komunikasi
Komponen Kemahiran Asas;
Memberi tumpuan kepada tiga asas (3M), iaitu membaca, menulis dan mengira;
Merupakan tunggak kepada pendidikan asas di peringkat sekolah;
Mata pelajaran yang terlibat dalam bidang ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini
diajar pada Tahap 1 (Tahun 1 3) dan Tahap 2 (Tahun 4 6);
Bahasa Melayu.
i. Berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan
rakyat.
ii. Pada Tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti
bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu.
iii. Pada Tahap 2, penekanan diberi kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan.
iv. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan untuk melahirkan murid
yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta menghayati bahasa tersebut
sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan
semangat Rukun Negara dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Bahasa Inggeris.
i. Diajar sebagai bahasa kedua.

ii. Pada Tahap 1, , murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti
bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu.
iii. Pada Tahap 2, penekanan diberi kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan.
iv. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Inggeris bertujuan untuk melengkapkan
murid dengan ilmu dan kemahiran asas dalam bahasa tersebut agar mereka
berupaya berkomunikasi secara lisan atau bertulis di dalam atau di luar bilik darjah.
Bahasa Cina.
i. Berfungsi sebagai alat komunikasi dalam situasi-situasi tertentu.
ii. Pada Tahap 1, , murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti
bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu.
iii. Pada Tahap 2, penekanan diberi kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan.
iv. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Cina bertujuan untuk memberi muridmurid peluang untuk menguasai kemahiran asas berbahasa dalam Bahasa Cina
sama ada secara lisan atau bertulis.
Bahasa Tamil.
i. Berfungsi sebagai alat komunikasi;
ii. Pada Tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti
bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu;
iii. Pada Tahap 2, penekanan diberi kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan;
iv. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Tamil bertujuan untuk menghasilkan
murid yang berupaya berkomunikasi dalam Bahasa Tamil sama ada secara lisan
atau tulisan.
Matematik.
i. Mengandungi tiga komponen pembelajaran, iaitu Konsep, Bahasa dan Kemahiran
Prosedur yang merentasi tiga bidang kemahiran, iaitu Nombor dan Operasi, Ukuran
dan Sukatan serta Masalah Bercerita;
ii. Pada Tahap 1, murid-murid dibimbing untuk menguasai nombor, operasi asas
(tambah, tolak, darab dan bahagi) dan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
secara spontan;
iii. Manakala, pada Tahap 2 pula, penekanan diberi kepada penyelesaian masalah
harian yang disediakan dalam bentuk cerita. Di sampng itu, murid-murid juga

didedahkan kepada unit-unit ukuran dan sukatan, graf, purata, peratus dan pecahan
serta perpuluhan;
iv. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) berfokus kepada beberapa aspek
seperti kemahiran berfikir, asas penguasaan, perkembangan kognitif, kesepaduan,
kemahiran pra syarat dan sokongan, dan gaya pembelajaran;
v. Kesimpulannya, mata pelajaran Matematik adalah bertujuan untuk membentuk
dan meningkatkan kebolehan murid dari segi konsep nombor dan kemahiran
mengira. Kebolehan tersebut dapat membantu murid dalam penyelesaian masalah
harian secara berkesan dan berdisplin.
Bidang Manusia dan Alam Keliling
Komponen Kerohanian, Nilai dan Sikap;
Pada Tahap 1, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diajar di
sekolah rendah.
Pada Tahap 2, dua mata pelajaran yang lain ditambah, iaitu Sains dan Kajian
Tempatan.
Pendidikan Islam.
i. Mengandungi tiga bahagian seperti berikut:
a. Asuhan Tilawah Al-Quran berfokuskan kepada aspek mengenal, menyebut,
membaca, menulis huruf dan perkataan. Selain itu, ia juga menitikberatkan
aspek membaca dan menghafaz serta mengetahui pengertian ayat-ayat
tertentu dalam Al-Quran.
b. Asas Ulum Syariah merangkumi tiga aspek:
Aqidah menegaskan aspek keislaman dan keimanan melalui rukan iman
dan rukun islam;
Ibarat menekankan aspek ibadat dan amalan secara berterusan;
Sirah Rasulullah S.A.W menekankan sirah dan contoh yang dijadikan
iktibar dan contoh dalam kehidupan seharian.
c. Asas Akhlak Islamiah berfokuskan kepada pembentukan peribadi murid
agar berupaya menghayati akhlak dan tingkahlaku muslim yang mukmin.
ii. Kesimpulannya, mata pelajaran Pendidikan Islam bertujuan untuk membentuk dan
meningkatkan bakat dan potensi murid agar menjadi individu yang berilmu, beriman,
beramal soleh, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Pendidikan Moral.
i. Mengandungi 16 nillai yang berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai
kaum etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sawarjagat dan prinsip-prinsip
Rukunnegara.
ii. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan. Akan tetapi, isi
kandungan dan penekanan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan
kematangan murid. Sebagai contoh, pengajaran dan pembelajaran (P&P)
berasaskan isu dan situasi yang berkaitan dengan murid itu sendiri serta kehidupan
sehariannya.

iii. Pada tahap 2 pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputi institusi
masyarakat, negara dan antarabangsa. Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir,
berbincang dan membuat keputusan berhubung dengan isu moral yang timbul dalam
situasi kehidupan seharian.
iv. Kesimpulannya, mata pelajaran Pendidikan Moral bertujuan untuk membentuk
individu yang mempunyai budi pekerti yang mulia dan bertanggungjawab melalui
pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni.
Sains.
i. Terdiri daripada dua perspektif, iaitu:
a. Bidang keilmuan membekalkan rangka konsep agar murid dapat memahami
alam sekeliling, berupaya menggabungkan fakta dan konsep dalam kehidupan
seharian dan mencari perkaitan antara ilmu baru dengan yang sedia ada;
b. Kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah mengembangkan kemahiran
menyiasat alam sekeliing, menggalakkan sifat ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka,
ketahanan diri (fizikal dan mental).
ii. Secara pelaksanaan, pada Tahap 1, unsur Sains disepadukan dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa dan Matematik dalam modul-modul yang disediakan.
Manakala pada Tahap 2 pula, aspek-aspek seperti di bawah diberi penekanan:
Pengalaman eksperiential; Pendekatan inkuri; Kemahiran saintifik dan kemahiran
berfikir; Aplikasi prinsip sains; Penerapan nilai intrinsik sains dan nilai murni.
iii. Kesimpulannya, mata pelajaran Sains bertujuan untuk melahirkan individu yang
berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia ke arah pembentukan masyarakat
berbudaya Sains dan Teknologi, dinamik dan progresif.
Kajian Tempatan.
i. Merupakan tunggak utama bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan
murid. Di samping itu, dapat memupuk kemahiran sosial, kemahiran belajar dan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid.
ii. Pada Tahap 1, unsur-unsur Kajian Tempatan disepadukan mata pelajaran Bahasa.
Manakala pada Tahap 2 pula, mata pelajaran ini diajar sebagai satu pelajaran yang
berasingan.
iii. Kesimpulannya, mata pelajaran Kajian Tempatan bertujuan untuk melahirkan
murid yang taat dan setia kepada negara, cintakan tanah air, bangga menjadi rakyat
dan sanggup berkorban demi mempertahankan bangsa dan negara.
Bidang Perkembangan Diri Individu
Komponen Kemahiran Hidup, Kesenian dan Kesihatan.
Bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan

penghayatan kesenian dan kesihatan.


Antara mata pelajaran yang terkandung dalam komonen termasuk Kemahiran
Hidup, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.
Kemahiran Hidup.
i. Berfokus kepada pembelajaran esperiential.
ii. Murid-murid belajar cara menggunakan alatan, perkakas dan mesin tertentu
semasa mengikuti latihan amali yang dikendalikan. Dalam hal ini, empat tajuk utama
dititkberatkan seperti berikut: Merekacipta; Mengurus diri dan kerja; Mengusahaniaga
barang; Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil.
iii. Kesimpulannya, mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk memberi murid
peluang memperoleh ilmu berasaskan teknologi, kemahiran praktis asas,
keusahawanan dan pengurusan diri termasuk keselamatan diri, mengurus wang,
masa dan kerja dengan berkesan dan sebagainya.
Pendidikan Seni.
i. Melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni yang mencakupi tiga aspek seperti
berikut: Pemerhatian yang aktif dan terperinci; Interaksi yang inovatif dan kreatif
dengan alat dan bahan; Penghayatan karya seni dan alam sekitar.
ii. Untuk mencapai tujuan di atas, sukatan pelajaran diatur untuk member fokus
kepada empat kajian berikut: Melukis dan membuat gambar; Membuat rekaan corak;
Membentuk dan membuat binaan; Mengenal kraf tradisional.
iii. Pada Tahap 1, kegiatan seni dijalankan secara spontan dan tidak terbatas agar
mengembangkan daya imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid.
iv. Pada Tahap 2, tumpuan diberi kepada peningkatan pengetahuan serta kemahiran
seni.
v. Kesimpulannya, mata pelajaran Pendidikan Seni bertujuan untuk menyemai asas
kesenian bagi menghasilkan individu yang kreatif, inovatif, produktif, prihatin
terhadap nilai-nilai seni dan estetik dalam kehidupan, alam sekitar dan sebagainya.
Pendidikan Muzik.
i. Skop kurikulum berbentuk asas dan umum dengan fokus kepada latihan amali
yang menyeronokkan. Untuk itu, maka kandungan kurikulum merangkumi tiga
bidang seperti berikut: Nyanyian; Muzik dan Gerakan; Permainan Alat Muzik;
ii. Pada Tahap 1, murid didedahkan kepada kemahiran dan konsep asas muzik
secara tidak langsung. Pada Tahap 2, ilmu dan kemahiran mereka akan ditingkatkan
melalui aktiviti membaca dan menulis muzik.
iii. Kesimpulannya, mata pelajaran Pendidikan Muzik bertujuan untuk
mengembangkan bakat dan nilai estetika murid melalui pelbagai pengalaman muzik.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.


i. Menitikberatkan unsur sihat dan aktif.
ii. Sukatan pelajaran mencakupi tiga aspek utama, iaitu: Penglibatan yang aktif dan
selamat; Interaksi yang berkesan dengan rakan sebaya, alat dan bahan;
Dokumentasi dan penyimpanan rekod penglibatan murid.
iii. Untuk itu, maka kandungan mata pelajaran tersebut disusun untuk meliputi empat
tajuk seperti yang berikut: Perkembangan Fizikal dan Pergerakan;Sukan dan
Rekreasi; Jagaan Keselamatan; Jagaan dan Sayangi Diri Sendiri.
iv. Pada Tahap 1, mata pelajaran tersebut diajar secara bersepadu. Seperti contoh,
Pendidikan Pergerakan merupakan sebahagian daripada tajuk utama Mari Bergerak.
v. Pada Tahap 2 pula, fokus diberi kepada kemahiran asas, permainan, olahraga dan
pendidikan pergerakan.
vi. Kesimpulannya, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bertujuan
untuk menghasilkan murid yang aktif dan berilmu melalui pengajaran kemahiran dan
penyemaian nilai dan amalan gaya hidup sihat dan cergas.
Kokurikulum
i. Merupakan pembelajaran yang dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan dan
berasaskan gerakerja yang terancang. Merangkumi tiga aspek, iaitu: Pasukan
berpakaian seragam, cth: Pengakap, Bulan Sabit Merah dan sebagainya; Persatuan
atau Kelab, cth: Persatuan Landskap, Kelab Kewartawanan dan sebagainya; Sukan
dan Permainan, cth: Olahraga, Hoki dan lain-lain.
ii. Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum bertujuan untuk menghasilkan individu yang
berdisplin, bekerjasama, penyayang dan mempunyai keyakinan diri serta daya
kepimpinan demi keluarga, masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai