Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR TAHUN 6

Tarikh

: 31 Julai 2013 1 Ogos 2013

Hari

: Rabu & Sabtu

Tempat

: SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT SENTUL 1

Objektif

Antara objektif yang ingin dicapai melalui program yang dijalankan ialah :
1. Mengetahui cara dan teknik yang betul untuk menjawab soalan UPSR.
2. Mengetahui topik-topik penting yang perlu diberikan tumpuan.
3. Meningkatkan pemahaman dan memperkasakan keazaman untuk
kecemerlangan diri.

Sasaran

: Semua murid Tahun 6 Sek. Keb. Convent Sentul 1

Senarai

: Nama peserta (Rujuk Lampiran 1)


Nama Guru yang terlibat (Rujuk Lampiran 2)

Strategi Perlaksanaan
i

Motivasi

ii

Kemahiran Belajar Berkesan

iii

Kemahiran Teknik Menjawab Soalan UPSR

a) Sebelum pelaksanaan
Program Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6 merupakan salah
satu program hasil perancangan guru baharu dengan Unit Peperiksaan.
Sebelum melaksanakan program ini, kami telah berbincang bersama-sama dan
juga berkolaborasi bersama guru mentor dan guru kaunselor sekolah. Hasil
perbincangan kami, guru kaunselor sekolah telah memanjangkan cadangan kami
kepada pihak pentadbiran sekolah dan juga guru besar sekolah.
Hasil daripada itu satu perjumpaan dengan semua guru Tahun Enam
telah dilaksanakan di mana dalam perjumpaan tersebut, penerangan ringkas
mengenai perjalanan program dari segi jumlah kewangan, tentatif program dan
juga pengisian program telah diberikan. Cadangan yang diberikan diterima oleh
semua guru yang terlibat dan mereka memberi sokongan yang baik terhadap
program tersebut. Oleh itu, kami berkolaborasi bersama guru mentor, guru
kaunselor sekolah dan beberapa orang guru bagi mengagihkan tugas mengikut
tugasan masing-masing.
b) Semasa pelaksanaan

Sesi Pendaftaran

Pada 31 Julai dan 1 Ogos 2013 yang lalu iaitu hari rabu dan khamis, Unit
Peperiksaan telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun
6 dengan kerjasama guru baharu dan guru-guru Tahun 6. Para peserta telah
berkumpul dan mendaftar pada jam 7.30 pagi. Setelah mendaftar semua peserta
dan guru pengiring perlu berada di dalam dewan dan seterusnya mengadakan
bacaan doa. Program ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 1 petang.
Aktiviti yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan 4 orang
penceramah iaitu Pn. Aidah bt Md Nor (Bahasa Melayu), Cik Norhazelinawati bt
Mohamed (Bahasa Inggeris), Cik Wan Nur Saadah bt Hasbullah (Matematik),
dan

Pn.

Hindun

bt

Iddress

(Sains).

Mereka

merupakan

guru

yang

berpengalaman dalam subjek masing-masing.

Sesi Teknik Menjawab Soalan UPSR: Matematik


Sesi teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek Matematik telah
dimulakan dengan aktiviti menyanyikan lagu motivasi. Aktiviti ini diadakan bagi
memberi kesedaran dan meningkatkan semangat peserta untuk memantapkan
persediaan mereka bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba.

Murid-murid telah dibekalkan dengan bahan edaran agar mereka dapat


memberi tumpuan yang lebih kepada isi kandungan yang akan disampaikan
oleh penceramah.

Sesi

ini

berjalan

dengan

lancar. Penceramah

telah

memberikan banyak panduan sebagai teknik menjawab soalan Matematik.


Murid-murid juga diminta untuk tampil kehadapan bagi menyelesaikan soalan
yang diberikan berpandukan teknik menjawab soalan yang telah dipelajari.
Semua murid tahun enam memberikan tumpuan yang baik dan menunjukkan
kesungguhan yang tinggi.

Sesi Teknik Menjawab Soalan UPSR: Bahasa Inggeris


Sesi teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek Bahasa Inggeris juga
berjalan dengan lancar. Penceramah begitu bersemangat memberikan panduan
dan tips dalam menjawab soalan bagi subjek Bahasa Inggeris. Penceramah
telah memberikan tumpuan serta bimbingan yang lebih terhadap murid yang
lemah dalam menguasai subjek ini. Aktiviti perbincangan dan soal jawab juga
telah diadakan bagi memberi ruang kepada murid-murid untuk menyatakan
masalah mereka dalam menjawab soalan. Semua peserta memberikan sepenuh
perhatian terhadap penerangan yang telah diberikan.

Sesi Teknik Menjawab Soalan UPSR: Bahasa Melayu


Pada hari yang berikutnya, sesi teknik menjawab soalan UPSR bagi
subjek Bahasa Melayu telah dijalankan. Penceramah telah menerangkan cara
dan teknik yang betul bagi menjawab soalan Bahasa Melayu. Semua murid
memberikan tumpuan yang baik terhadap penerangan tersebut. Murid diberi
peluang untuk menyalurkan idea mereka menerusi aktiviti sumbang saran dan
perbincangan.

Mereka

digalakkan

untuk

pengalaman dan juga pengetahuan sedia ada

berkongsi

idea

berdasarkan

yang mereka peroleh. Murid-

murid menunjukkan kesungguhan mereka dalam melibatkan diri dengan aktiviti


yang dijalankan oleh penceramah.

Sesi Teknik Menjawab Soalan UPSR: Sains

Sesi yang terakhir adalah teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek
Sains. Penceramah telah menekankan soalan yang sukar dikuasai murid untuk
dibincangkan secara lebih mendalam disamping menerangkan teknik yang betul
untuk menjawab soalan. Murid-murid digalakkan untuk berani mencuba
menyelesaikan soalan yang diberikan. Aktiviti perbincangan juga dijalankan bagi
mewujudkan interaksi yang aktif antara murid-murid.
Seterusnya pada hari terakhir majlis penutup berjaya dilaksanakan
dengan baik dan dihadiri oleh guru-guru Tahun 6 yang terlibat. Majlis bersurai
tepat jam 1.00 petang.

c) Selepas pelaksanaan
Selepas

terlaksananya

program

ini,

guru

baharu

dengan

Unit

Peperiksaan telah membuat refleksi terhadap program yang telah dijalankan.


Refleksi ini bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan program ini
terhadap pengalaman langsung yang telah dilalui oleh kami.

Refleksi
a) Kekuatan Program
Program Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6 telah direncanakan
bagi memberi pendedahan kepada teknik dan kemahiran menjawab soalan yang
boleh membantu kepada kecemerlangan UPSR. Program ini merupakan satu
program yang penting dan memerlukan persediaan yang rapi dan sistematik bagi
memastikan program ini berjaya. Program ini telah berlangsung dengan jayanya
hasil daripada kolaborasi pelbagai pihak. Program ini telah melibatkan semua
guru Tahun 6 yang diketuai oleh Unit Peperiksaan, Unit Bimbingan dan
Kaunseling sekolah, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta sokongan
padu daripada pihak pentadbir sekolah. Program ini merupakan satu medium di
mana sekolah dapat melahirkan lebih ramai murid yang mendapat keputusan
cemerlang atau 5A dalam UPSR tahun 2013. Kesatuan yang utuh juga dapat
dieratkan antara pihak sekolah, PIBG, dan juga murid-murid. Tambahan pula
program ini merupakan program tahunan sekolah. Melalui program ini juga,
jalinan silaturrahim antara pihak sekolah dan murid-murid juga dapat dieratkan
bagi masa ini dan masa akan datang.
b) Kelemahan Program
Program ini juga tidak terkecuali daripada beberapa kelemahan. Antaranya ialah
sebelum melaksanakan program ini masalah kewangan membelenggu pihak
sekolah. Namun begitu tindakan guru besar dan guru-guru yang sanggup
memberikan sedikit sumbangan berupa wang telah menyelesaikan masalah ini.

Sepanjang program berlangsung terdapat juga sedikit kelemahan dari


segi disiplin murid. Semasa program ini dijalankan saya dapat melihat beberapa
orang murid yang tidak bersemangat semasa melaksanakan aktiviti yang
dirancang. Kami terpaksa memantau murid dari semasa ke semasa bagi
memastikan murid melibatkan diri terutamanya murid yang lemah menguasai
sesuatu subjek. Murid-murid yang lemah ini tidak mempunyai sikap ingin
mencuba sesuatu perkara yang baharu. Mereka lebih cenderung untuk tidak
melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan kerana bersikap kurang keyakinan
terhadap keupayaan dan bakat diri sendiri. Namun begitu, murid berkenaan
telah ditegur dan diberikan nasihat oleh penceramah bertugas bagi memberikan
kesedaran dan mendisiplinkan diri mereka.

Cadangan Penambahbaikkan
Sepanjang Program Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6 ini,
terdapat beberapa perkara sebagai saranan dan cadangan untuk memperbaiki
kelemahan tersebut. Dari segi masalah murid yang tidak bersemangat,
penambahbaikan boleh dibuat dengan menggalakkan murid-murid untuk
mencuba serta memberikan pujian kepada mereka jika mereka melibatkan diri
dalam aktiviti yang dirancang. Pengiktirafan seperti hadiah dan sijil penyertaan
juga

boleh

diberikan

untuk

menggalakkan

murid

berusaha

gigih

dan

bersemangat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Murid-murid haruslah

diterapkan dengan nilai murni supaya mereka dapat berusaha bersungguhsungguh dan tidak mudah mengalah untuk mencuba pengalaman yang baharu.
Setiap sesi atau aktiviti semasa program ini berlangsung boleh juga
melibatkan guru sekolah. Hal ini kerana dapat mengakrabkan hubungan antara
guru dan juga murid. Selain itu juga, guru-guru matapelajaran juga seharusnya
tidak melepaskan peluang untuk sama-sama belajar bagi meningkatkan lagi
kemahiran serta pengetahuan dalam subjek masing-masing.
Kesimpulan
Setelah berlangsungnya program ini, banyak ilmu dan juga kemahiran dapat
diperolehi. Hal ini kerana program ini menuntut seseorang itu itu berfikir jauh ke
hadapan dan menuntut seseorang itu bertindak bijak dalam mengawal murid
yang berada dalam bilangan yang besar. Berdasarkan perkara tersebut dapatlah
saya merumuskan bahawa program ini dapat membantu murid-murid Tahun 6
untuk mengetahui cara dan teknik yang betul untuk menjawab soalan UPSR
serta mengetahui topik-topik penting yang perlu diberikan tumpuan seterusnya
dapat meningkatkan pemahaman dan memperkasakan keazaman untuk
kecemerlangan diri mereka. Selain itu, program ini juga dapat menghubungkan
kerjasama yang baik serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama
rakan-rakan guru dan pihak pentadbir sekolah. Akhir sekali, program ini berjaya
dilaksanakan berlandaskan kepada objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu,
kewujudan program seumpama ini di setiap sekolah adalah sangat digalakkan.

Disediakan Oleh,
..........................................
(CIK NURUL IZYANTI BT IDERIS)
Setiausaha,
Program Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6,
Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1, Kuala Lumpur.

Disemak oleh,
.
(PN. AIDAH BT MD NOR)
Penasihat,
Program Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6,
Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1, Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

(PN. HJH AUZARIAH BT HJ. ABDULLAH)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai