Anda di halaman 1dari 6

PERSATUAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK MELAKA

d/a Jabatan Pelajaran Melaka, Jalan Istana, 75450 Bukit Beruang, Melaka.
Telefon : 06 232 7317

Fax : 06 232 9553

emel : http://ppsmm.net/

R/PPPM/21/74

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN BUKU SKRAP SAINS DAN MATEMATIK


SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA 2013
1.

PENDAHULUAN
Pertandingan BUKU SKRAP SAINS DAN MATEMATIK ini merupakan salah satu
program anjuran Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Melaka (PPSMM) dengan
kerjasama Unit Sains dan Matematik, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran
Melaka. Ia memberi fokus kepada aspek mencari dan mengumpul maklumat,
pembacaan, penyusunan bahan dan membina buku skrap.

2.

OBJEKTIF
2.1
Mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyediakan buku
skrap.
2.2
Memupuk tabiat membaca di kalangan murid sekolah.
2.3
Meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran Sains dan Matematik
rendah.
2.4
Meningkatkan tahap pengajaran secara inkuiri supaya pembelajaran murid
menjadi lebih berkesan khususnya dalam pemahaman konsep Sains dan
Matematik.

3.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid sekolah rendah tahap 2.

4.

KRITERIA PENILAIAN
4.1
Tajuk.
4.2
Isi kandungan.
4.3
Unsur penyelidikan.
4.4
Kekemasan.
4.5
Bahan / gambar / gambarajah / petikan.
4.6
Kreativiti reka bentuk.

5.

SYARAT KHAS PENYEDIAAN BUKU SKRAP.


5.1
Tajuk berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains / Matematik sekolah rendah sahaja.
5.2

Reka bentuk:
5.2.1 Saiz 30 cm x 27 cm.
5.2.2 Kulit luar hard cover.
5.2.3 Bahan maujud tidak dibenarkan
5.2.4 Tidak terlalu fancy tetapi mesra pembaca.

6.

5.3

Ciptaan:
5.3.1 Hasil ciptaan sendiri atau karya asli.
5.3.2 Hasil karya hendaklah ditaip berkomputer atau ditulis tangan sahaja pada
sebelah muka surat.
5.3.3 Gambar atau keratan akhbar yang dilampirkan mestilah ditulis sumber,
tarikh dan ditampal dengan cermat.
5.3.4 Lukisan dibenarkan dan bahan dari media massa digalakkan.
5.3.5 Tidak melebihi 30 muka surat.
5.3.6 Maksima penyertaan setiap sekolah adalah 3 buku skrap Sains dan 3
buku skrap Matematik.
5.3.7 Bahan fotostat sepenuhnya tidak dibenarkan.
5.3.8 Kotak buku tidak dipertandingkan. Fungsi kotak sekadar melindungi buku
daripada rosak.

5.4

Bahasa
5.4.1 Karya yang ditulis atau berbentuk keratan akhbar / majalah dan lain-lain
perlulah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

5.5

Pengesahan
5.5.1 Setiap Buku Skrap yang dihantar mestilah disahkan oleh Guru Besar
sekolah masing-masing berserta cap rasmi sekolah dalam borang
pendaftaran yang dilampirkan.

5.6

Pengadilan
5.6.1 Hakim-hakim terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Persatuan Pendidikan
Sains dan Matematik Melaka.

5.7

Keputusan Panel Hakim adalah MUKTAMAD.

5.8

Johan, Naib Johan, Ke-3 dan 5 saguhati akan diberi hadiah dan sijil pencapaian.

5.9

Semua penyertaan hendaklah di hantar ke Unit Sains dan Matematik, Sektor


Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Melaka, Jalan Istana, Bukit Beruang,
Melaka. (u.p: Zainal Abidin bin Haris) sebelum 31 Ogos 2013.

PENUTUP
Adalah menjadi harapan Unit Sains dan Matematik, Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pelajaran Melaka dan Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Melaka agar
pertandingan ini akan dapat menyumbang ke arah memantapkan lagi proses
pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah ke arah mencapai sasaran 60:40.

BORANG PENGHAKIMAN
PERTANDINGAN BUKU SKRAP SAINS DAN MATEMATIK
SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA TAHUN 2013
SEKOLAH

: ..

NAMA MURID

Bil.

Perkara

1.

Tajuk
1.1 Sesuai dengan bidang kajian

Penuh

Markah
Perolehi

Jumlah

2.

3.

4.

1.2 Konsep / tema mudah difahami


1.3 Menarik / sensasi
Isi / Kandungan
2.1 Bertepatan dengan tajuk
2.2 Berunsurkan kajian / penyelidikan
2.3 Huraian isi ringkas dan tepat
Unsur Penyelidikan
3.1 Kesungguhan dalam membuat kajian / penyelidikan
3.2 Kesesuaian bidang kajian dengan peringkat umur
murid.
3.3 Menarik dan bermutu ( Kekuatan : meninggalkan
kesan / impak kepada pengguna)
Kekemasan
4.1 Susunan bahan / gambar / gambarajah - teratur
4.2 Posisi susunan (keseimbangan)
4.3 Tulisan (tangan / taip)
4.4 Susunan berkaitan antara satu sama lain.

5.

6.

Bahan / gambar / gambarajah / petikan


5.1 Sesuai dengan tajuk
5.2 Keaslian
5.3 Keindahan
5.4 Pelabelan
5.5 Kebersihan
Kreativiti dalam reka bentuk
6.1 Bentuk kulit
6.2 Tulisan pada kulit
6.3 Hiasan pada kulit
6.4 Hiasan keseluruhan
JUMLAH

PERSATUAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK MELAKA


R/PPPM/21/74

d/a Jabatan Pelajaran Melaka, Jalan Istana, 75450 Bukit Beruang, Melaka.
Telefon : 06 232 7317

Fax : 06 232 9553

emel : http://ppsmm.net/

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BUKU SKRAP SAINS DAN MATEMATIK
SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA TAHUN 2013

NAMA SEKOLAH

NAMA MURID

JANTINA

NO. SURAT BERANAK

TARIKH LAHIR

TAHUN / KELAS

MATA PELAJARAN

TAJUK

MARKAH

..
( TANDATANGAN DAN CAP GURU BESAR)

TARIKH : ..

Anda mungkin juga menyukai