Anda di halaman 1dari 18

Islam Hadhari dari

Perspektif Bukan Islam


Dr. Sarjit S. Gill
Fakulti Ekologi Manusia, UPM
Wacana Bulanan
Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
20 Mac 2007

Fokus perbincangan
1. Epistemologi Islam Hadhari
2. Peri pentingnya Islam Hadhari
3. Objektif Islam Hadhari
4. 10 Prinsip Islam Hadhari
5. Islam Hadhari dan Modal Insan
6. Respons Masyarakat Bukan Islam
Terhadap Islam Hadhari
7. Faktor Kelesuan Wacana Islam
Hadhari
8. Saranan Pemerkasaan Islam Hadhari
2

Epistemologi Islam Hadhari


YAB Perdana Menteri (2004) menegaskan:
... Islam Hadhari adalah usaha untuk
mengembalikan umat Islam kepada asas
kepada fundamental. Asas dan fundamental
menurut yang terkandung dalam Al-Quran
dan hadis yang merupakan teras
pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari
jikalau ditafsir secara jelas, sama sekali
tidak akan memesongkan mana-mana
umat Islam daripada asas akidah.

Peri pentingnya Islam Hadhari


Pendekatan

Islam Hadhari (PIH)


penting kerana menekankan
ketamadunan Islam yang
berpaksikan kepada ajaran asas
agama tersebut.
PIH bertujuan mewujudkan dan
mengukuhkan tamadun yang
berteraskan Islam.
4

Samb.

i.
ii.

Konsep IH yang membawa pendekatan


mulia dalam pembentukan sebuah negara
yang harmoni disalah anggap oleh bukan
Melayu. Ada dua pandangan popular
dalam kalangan masyarakat bukan Islam:
Apakah IH agama baharu?
Adakah IH satu proses Islamisasi yang
baharu di Malaysia?
Kedua-dua pandangan perlu diberi
perhatian secara ilmiah.
5

Objektif Islam Hadhari


Melahirkan

individu dan masyarakat


Islam yang mempunyai kekuatan
spiritual, akhlak, intelektual,
material, mampu berdikari, berdaya
saing, melihat ke hadapan, inovatif
serta cekap menangani cabaran
semasa secara bijaksana, rasional,
praktikal dan damai (JAKIM 2005:
14).
6

Samb.
Objektif

IH mantap, ideal dan


bersifat menyeluruh.
Ia wajar diberi perhatian oleh
masyarakat tanpa mengira latar
belakang agama kerana IH
berpaksikan nilai dan norma positif
sekali gus membentuk keperibadian
dan sahsiah individu bercirikan
agama.
7

Samb.
IH

menekankan pelbagai nilai


kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Tidak salah bagi penganut agama lain
memahami IH dan dijadikan panduan
mengikut acuan agama masingmasing.
Perlu ditegaskan semua ajaran agama
menekankan nilai kemanusiaan dan
kemasyarakatan yang murni.
8

10 Prinsip Islam Hadhari


(1)
Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah;
(2)
Kerajaan Adil dan Beramanah;
(3)
Rakyat Berjiwa Merdeka;
(4)
Penguasaan Ilmu Pengetahuan;
(5)
Pembangunan Ekonomi Seimbang &
Komprehensif;
(6)
Kehidupan Berkualiti;
(7)
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita;
(8)
Keutuhan Budaya dan Moral;
(9)
Pemuliharaan Alam Semulajadi dan
(10) Kekuatan Pertahanan
(Sumber: JAKIM, 2005: 17)
9

Islam Hadhari dan Modal


Insan

Menurut Abdul Rahman Embong (2006)


konsep pembangunan modal insan
adalah sebahagian daripada konsep
pembangunan insan (atau pembangunan
manusia) yg lebih luas.
Manusia atau insan yang dijadikan
matlamat pembangunan akan mendapat
faedah dan berupaya menikmati kualiti
kehidupan dan kesejahteraan yang lebih
baik.
10

Respons Masyarakat Bukan


Islam Terhadap IH
Wacana

mengenai IH agak lesu di


kalangan orang Melayu.
Ada pelbagai pandangan dan
kritikan mengenai IH.
Orang bukan Melayu semacam
keliru dan mahukan penjelasan
lebih lanjut mengenai agenda murni
yang dibawa YAB Perdana Menteri.
11

Faktor Kelesuan Wacana IH


Agenda

murni YAB Perdana Menteri


semacam tidak difahami oleh barisan
kepemimpinan negara.
Jarang sekali kedengaran wakil
rakyat terutama Melayu menyentuh
mengenai IH pada majlis perasmian,
pelancaran dan keramaian pada
peringkat nasional dan negeri.
12

Menurut

Mohd. Kamal Hassan (2005)


pendekatan Islam Hadhari (PIH) suatu dasar baru dan belum pun
sempat menunjukkan hasil, ia
terpaksa berhadapan dengan
pelbagai sikap sinis dan nakal dari
kalangan umat Islam Malaysia
sendiri tentang pengungakapan dan
konseptualisasinya.
13

Sehingga kini, jarang kedengaran pemimpin


MCA, MIC, Gerakan atau PPP yang memberi
pandangan mengenai IH.
Adakah pemimpin parti komponen Barisan
Nasional (BN) memahami dan menghayati
secara murni 10 prinsip IH?
Perlu ditegaskan, Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) dan Misi Nasional yang
digubal kerajaan memfokus kepada IH
terutama dalam konteks pembinaan modal
insan.
14

Penekanan

modal insan perlu


mencirikan personaliti unggul.
Ia amat penting kerana golongan yang
baik dari segi mental, fizikal dan rohani
sebenarnya berupaya menentukan hala
tuju dan pembangunan negara pada
masa hadapan.

15

Saranan Pemerkasaan IH

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
perlu lebih komited untuk memberi
penerangan kepada masyarakat bukan Islam
mengenai IH.
Hal ini kerana orang bukan Islam turut
mempunyai semangat ingin tahu mengenai
kandungan & mesej IH memandangkan
semua prinsipnya memberi mesej sejagat
kepada umat manusia untuk kembali kepada
ajaran asas agama masing-masing.
16

Samb.

Dialog terbuka mengenai IH;


Pertandingan menulis esei peringkat sekolah, kolej
dan universiti;
Papan iklan yang memaparkan 10 prinsip IH;
Ruangan soal jawab IH dalam akhbar dan laman web;
Media massa, iaitu media elektronik seperti televisyen
dan radio yang membahaskan Debat Perdana menjemput sarjana yang mengkhusus dalam bidang
agama & masyarakat; menambah program televisyen
atau radio 30 minit bersama Menteri mengenai IH;
Brosur - kandungan IH.

17

Penutup
IH penting difahami oleh semua lapisan
masyarakat terutama masyarakat Melayu
Muslim.
Tujuannya memastikan semangat
kerjasama dan muafakat serta toleransi
agama berkekalan sepanjang masa dalam
kalangan masyarakat Malaysia yang
multietnik sifatnya.
Semua prinsip IH relevan dengan agama
yang dianuti oleh masyakarat Malaysia.

18

Anda mungkin juga menyukai