Anda di halaman 1dari 14

http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/penggunaan-alat-bantu-mengajardalam.

html

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM KELAS PEMULIHAN


PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN
PEMULIHAN.
PENGENALAN.
Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan. Kecerdasan ini
membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling
mereka. Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran.
Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses
oleh kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan atau
pengalaman.
Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu
merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan yang kemudiannya akan
bertindak memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Guru-guru disarankan
agar dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mereka dengan baik terutama dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan
bahan-bahan pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan
terhadap prestasi para pelajar.

DEFINISI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/penggunaan-alat-bantu-mengajardalam.html

Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru
bagi melincikan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar
memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Mohd Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah
binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar
bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukakan tetapi pelajar dapat
membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan
ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga
dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
Kit Pengajaran merupakan satu kaedah inovatif sebagai bahan bantu mengajar di
sekolah. Bahan ini digunakan dan dilaksanakan oleh guru-guru untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan difahami oleh pelajar.
Kit ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi kanak-kanak dan
mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza.
http://epulidpliukm.blogspot.com/

Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan,
dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.
http://rujuknota.blogspot.com/2011/07/definisi-dan-kategori-bahan-bantu-html

KEPENTINGAN KAJIAN PENGGUNAAN ABM

http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/penggunaan-alat-bantu-mengajardalam.html

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Charlie Anak Ungang penggunaan ABM penting
bagi menarik minat pelajar pemulihan. Semua pihak terlibat dalam
mempertingkatkan prestasi murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran
membaca.
i.

Pelajar

Membantu pelajar agar lebih memahami pelajaran yang diajar serta menghindarkan
mereka dari rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Dengan ini, diharapkan dapat mencungkil potensi individu pelajar dengan
pendedahan sumber pengajaran yang pelbagai bentuk.

ii.

Guru

Menjadi panduan kepada guru-guru di sekolah dalam melaksanakan proses


pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada kajian ini membolehkan guru menilai
semula pengajaran mereka. Seterusnya akan meningkatkan lagi mutu pengajaran
guru-guru ke tahap yang lebih membanggakan. Penyelidikan ini juga mampu
membantu guru-guru menggunakan pendekatan pengajaran yang bersesuai dengan
kemahiran yang diajar.

iii.

Pentadbir sekolah

http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/penggunaan-alat-bantu-mengajardalam.html

Membantu pihak pentadbir sekolah bagi menyusun teknik pengajaran guru melalui
pemilihan ABM serta menyediakan kemudahan peralatan mengajar kepada guru
agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

iv.

JPN ( Jabatan Pelajaran Negeri)

JPN juga dapat menyediakan dan melengkapkan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di
kawasan mereka bagi memudahkan guru-guru mendapatkan dan meminjamkan
ABM bagi kegunaan di sekolah masing-masing.

v.

KPM ( Kementerian Pendidikan Malaysia)

Kajian ini juga dapat membantu KPM dalam mengenalpasti jenis ABM yang
bersesuaian dengan kemahiran terutamanya bagi murid pemulihan. Dengan ini KPM
dapat membekalkan terus ABM ke sekolah-sekolah tersebut atau melalui JPN
seluruh negeri.
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HAYAZIAP050372D2008TTP.
pdf

METODOLOGI KAJIAN,;
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan Alat Bantu Mengajar dikalangan
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga cara digunakan
untuk membuat kajian tahap penggunaan ABM dikalangan guru dan
keberkesanannya dikalangan murid-murid. Kaedah yang digunakan adalah dengan

http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/penggunaan-alat-bantu-mengajardalam.html

cara soal selidik 5 orang guru pemulihan yang sedang mengajar dan mengendalikan
program pemulihan, kaedah temubual dengan pelajar-pelajar dan pemerhatian
rekod pengesanan pencapaian asas bacaan bagi meninjau tahap kemajuan pelajarpelajar pemulihan.

KEPENTINGAN ALAT BANTU MENGAJAR


Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65 ) kepentingan
ABM bolehlah dirumuskan seperti berikut:i.

ABM menyediakan satu asas yang kuat untuk semua konsep.

ii.

Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar.

iii.

Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.

iv.

Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri

dikalangan pelajar.
v.

Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.

vi.

Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata

pelajar.
vii.

Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih

mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin (1986) merumuskan kepentingan ABM seperti berikut:i.

Memberi rangsangan dan minat murid-murid.

http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/penggunaan-alat-bantu-mengajardalam.html

ii.

Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak

pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada
murid-murid.
iii.

Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan

pembelajaran mereka lebih kekal.


iv.

Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh

cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan


meragam.
v.

Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan

perbendaharaan kata.
vi.

Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat

menambahkan lagi bacaan murid-murid.

JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR


Bahan-bahan bantu mengajar bolehlah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:1.

ABM bukan elektronik iaitu ABM asas seperti papan tulis, buku teks, papan

pamer, buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model,
surat , lukisan, majalah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai
carta pusing, kad imbasaan, kad cantuman, boneka, bahan-bahan permainan dan
sebagainya.

http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/penggunaan-alat-bantu-mengajardalam.html

2.

ABM berbentuk elektronik seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP,

projektor LCD, pita video, pita rakaman, piring hitam, kad audio, lutsinar OHP, tv
atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer.
3.

Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam semulajadi

seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.


http://www.scribd.com/doc/12807608/ Definisi-ABM

PERANAN BAHAN BANTU MENGAJAR


Daripada hasil dapatan yang dijalankan oleh Charlie Anak Ungang 80% daripada
responden bersetuju dan 20% amat bersetuju, ini bermakna 100%
bersetuju bahawa penggunaan ABM membolehkan pelajar menerima dengan jelas
pengajaran guru.

Antara peranan ABM ialah:1.

Alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting di dalam proses

pengajaran guru dan pembelajaran murid. Menurut Atan Long (1982), kesedaran
terhadap cara pengajaran dan pembelajaran yang hanya mementingkan
penggunaan kapur, bercakap dan menggunakan buku-buku teks tidak lagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah untuk
menguji dan mencabar keupayaan fikiran, kebolehan dan daya imaginasi muridmurid. Adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar yang
bersesuai untuk memahamkan pembelajaran yang akan diajar nanti.

http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/penggunaan-alat-bantu-mengajardalam.html

2.

Sabri (2000) menyatakan bahawa terdapat tiga kepentingan alat bantu

mengajar iaitu:i.

Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya

memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi


pengajaran.
ii.

Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran

sedang berlaku.
iii.

Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran

dan pembelajaran.
3.

Menurut Ford Le Roy (1982) guru yang mahir bukan sahaja merupakan seorang

pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi seorang pelukis yang dapat
memahami perbezaan individu. Beliau juga menyatakan bahawa sesuatu bahan
dengan sendirinya tidak akan menghasilkan sebarang perubahan pembelajaran
tetapi kemahiran guru menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang
berkekalan.
4.

Menurut Asri (2000), pengajaran tradisional yang hanya tertumpu kepada

mendengar penjelasan guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak dapat dijadikan
peneguhan supaya lebih cepat memahami dan mengingati dengan berkesan.
Sebaliknya pengajaran yang menggunakan alat bantu mengajar dapat
mengukuhkan pembelajaran kerana pelajar dapat mengalami apa yang diajar.
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/NURBAIZURAAP030318DTT
P.pdf

http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/penggunaan-alat-bantu-mengajardalam.html

KESAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR


Mengikut analisa yang dijalankan oleh Charlie Anak Ungang seramai 60%
responden bersetuju dan 40% amat bersetuju bahawa penggunaan ABM menambah
minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan.
Terdapat dua faktor yang membantu keberkesanan penggunaan ABM di dalam kelas
iaitu faktor dari guru dan faktor murid sendiri.
i.

Faktor guru

Apa yang telah diketahui umum, kejayaan sesuatu perkara yang berlaku adalah
bergantung kepada faktor wujud secara langsung atau tidak langsung. Begitu juga
dengan kejayaan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar di dalam
kelas yang diikutinya. Pelajar akan dianggap berjaya apabila seseorang pelajar
dapat memahami apa isi kandungan yang diajar oleh gurunya semasa di dalam atau
diluar kelas. Maka peranan penggunaan ABM oleh guru di dalam pengajaran amat
penting dalam keberkesanannya terhadap pelajarnya.
ii.

Faktor Murid

Guru tanpa pelajar dan pelajar tanpa guru adalah situasi yang tidak mungkin wujud
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua watak adalah perlu wujud
di dalam waktu yang sama supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan
wujud. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Gould-Marks di dalam buku Zarul
Akhmar (1993) membuktikan apabila alat komunikasi digunakan dengan bijak
peratus pemahaman adalah sebanyak 30 peratus dan ingatan 40 peratus.
Kesimpulannya pelajar harus bijak menggunakan alat komunikasi mereka seperti
pancaindera sebaik mungkin supaya mereka dapat menguasai pelajaran mereka.

http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/penggunaan-alat-bantu-mengajardalam.html

http://eprints.utm.my/11426/1Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar


MASALAH PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR.
Kajian yang dijalankan mendapati bahawa 60% daripada responden mengatakan
bahawa kelengkapan ABM di sekolah tidak lengkap. Keadaan ini menurut Koh Boh
Boon (1987) menjadi tekanan kepada guru pemulihan yang akan membawa kesan
yang negetif kepada pelaksanaan program pemulihan di sekolah. Penggunaan
secara berkesan dan berterusan sememangnya mendatangkan faedah kepada guru
dan murid pemulihan. Menurut Mok Soon Sang (1995) seseorang guru yang proaktif
ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya
mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan serta menitik beratkan
penggunaan bahan bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat
itu.
Sesuatu ABM yang hendak dibina mestilah mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian
untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka iaitu:a.

Ketahanan

Alat dan bahan yang dibina dan dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar supaya
alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang atau pun
boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.
b.

Kos

Bahan yang dibina atau dibeli sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau
bagaimana pun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan
terletak pada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaan
akan lebih bererti jika bahan-bahan tersebut dibina oleh pelajar sendiri.

http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/penggunaan-alat-bantu-mengajardalam.html

c.

Ketepatan maklumat.

Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamakan maklumat yang
tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio dan
sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan
ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan sebagainya.
d.

Mudah alih

Guru juga harus memastikan sama ada alat yang dipilih itu digunakan di dalam bilik
lain atau tidak, atau pun alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada
kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh
digunakan bagi keseluruhan pelajaran atau bahagian tertentu sahaja.
e.

Jangka masa

Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan
dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimun yang mungkin.
Bagi waktu pengajaran yang pendek, alat atau bahan yang mudah dikendalikan
perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa.

f.

Strategi pengajaran dan pembelajaran.

Untuk strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat
atau bahan yang dipilih dengan objektif, taraf pengurusan bahasa
pelajar,pengetahuan dan pengalaman, minat pelajar dan situasi bahasa yang
dirancang.

http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/penggunaan-alat-bantu-mengajardalam.html

http://qaryfikir.wordpress.com/2008/09/11/kaedah-penyesuaian-bahan-bantumengajar-buku-teks/

Analisa pencapaian atau prestasi asas bacaan pada awal dan akhir semester pelajar
berbantukan alat bantu mengajar.
Hasil dapatan yang dijalankan oleh charlie Anak Ungang, menunjukan peningkatan
yang amat ketara bagi murid-murid pemulihan menguasai asas bacaan. Daripada 15
responden yang dijalankan di 5 buah sekolah kesemua murid-murid tersebut
menunjukkan peratus peningkatan yang tinggi. Paling ketara adalah peningkatan
sebanyak 35% dan paling sedikit sebanyak 7.7%. Mike dari SK St Alban telah
menunjukkan satu peningkatan yang paling ketara setelah mengikuti pembelajaran
yang sistematik dan berbantukan alat bantu mengajar.
Dilihat dari rekod pengesanan pencapaian bacaan pemulihan pada awal dan akhir
semester, menunjukan prestasi yang amat jauh berbeza berbanding penggunaan
alat bantu mengajar. Peratus purata min yang ditunjukkan pada awal semester ialah
59% berbanding pada akhir semester meningkat kepada 80%, iaitu peningkatan
sebanyak 21%. Ini jelas membuktikan bahawa penggunaan alat bantu mengajar
telah berjaya mempertingkatkan prestasi penguasaan asas bacaan dalam kalangan
pelajar pemulihan. Ini jelas bertepatan dengan Abdul Rahman Abdul Rashid (1995)
bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam proses
pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat
mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran
Bahasa Malaysia.

http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/penggunaan-alat-bantu-mengajardalam.html

KESIMPULAN
Alat bantu mengajar adalah elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan penggunaan perkataan di dalam kelas
sudah memadai untuk menyampaikan masej dalam sesuatu pengajaran. Dengan
menggunakan alat bantu mengajar segala bentuk simbol dan komunikasi verbal
yang abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi
kandungan sesuatu pengajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan
bervariasi juga dapat mengatasi sikaf pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan
menimbulkan minat pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman
pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
mengembirakan dan menyeronokkan.
Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap pelajar,
sifat unit yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula persekitaran yang
berbeza, ini akan membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi
perkata tersebut. Keadaan ini dapat diatasi dengan penggunaan alat bantu mengajar
kerana kemampuannya dalam memberikan pengalaman dan persepsi yang sama
serta tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu
pencapaian pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat bantu
mengajar. Ini kerana murid dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu
konsep dan secara tidak langsung dapat membaiki keputusan penilaian di dalam
kelas. Guru juga dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang
diharapkan dalam sesuatu isi kandungan pada akhir proses pengajaran dan
pembelajaran.

http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/penggunaan-alat-bantu-mengajardalam.html

Anda mungkin juga menyukai